Jumaat, 20 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lulus lesen kasino, kerajaan terdesak tambah pendapatan

Posted: 20 Jun 2014 08:28 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kerajaan terdesak apabila meluluskan lesen untuk membuka pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

Katanya, keputusan itu diambil semata-mata untuk menambahkan hasil pendapatan negara, tanpa memikirkan masalah sosial kepada masyarakakat.

"Apakah kerajaan BN begitu terdesak sehingga terpaksa meluluskan lesen judi tambahan, semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara?

"Sedangkan perjudian ini banyak menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat, bukan sahaja di kalangan muslim tetapi juga orang bukan Islam," katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.

Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.

Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.

Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara ini ditentang Pakatan Rakyat, termasuk DAP apabila kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak satu ketika dahulu.

"Perjudian ini memberi impak negatif dalam masyarakat dan kerajaan tidak harus melihat soal meningkatkan pendapatan negara sahaja, tetapi perlu meneliti impak negatif dalam masyarakat," ujarnya.

Ketika ditanya apakah kelulusan membina kasino berkenaan menunjukkan amalan kronisme, Azmin berkata, umum mengetahui hubungan Vincent Tan dengan pemerintah dalam banyak perkara.

"Ini adalah isu yang dibangkitkan iaitu soal kapital kronisme yang makin menular dalam BN, ia sebenarnya tidak akan mengembangkan pertumbuhan ekonomi selagi amalan ini diteruskan," katanya.

Siapa Yang Buat Rekaan Politik Muhyiddin Mahu Berhenti?

Posted: 20 Jun 2014 08:23 AM PDT

shahbudindotcom



Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara berhubung kedudukan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dalam kabinet dengan menyatakan laporan media sosial mengenai perkara itu hanyalah rekaan politik politik pihak-pihak tertentu saja.

Najib berkata lagi, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu, bahkan Muhyiddin juga sentiasa mendukung dan menjayakan segala dasar pembangunan nasional terutama yang berkait dengan transformasi negara.

Apabila Najib berkata, isu perletakan jawatan Muhyiddin itu semata-mata rekaan politik pihak-pihak tertentu, apa yang menjadi perhatian sekarang ialah, siapakah pihak tertentu itu?

Adakah ia dalam pengetahuan Najib dan beliau memandang serius mengenainya? Atau beliau tidak langsung mengambil berat mengenainya?

Apakah pihak tertentu yang dimaksudkan Najib itu adalah kumpulan yang mahu menggugat kepimpinannya yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah sekarang ini?

Adakah juga mungkin pihak tertentu itu dari kumpulan Muhyiddin sendiri yang bertujuan untuk menguji sejauh mana Perdana Menteri benar-benar memerlukan Muhyiddin sebagai timbalannya?

Mungkinkah juga penyebaran berita itu sengaja direka oleh salah seorang Naib Presiden UMNO yang ada sekarang yang sudah tidak sabar lagi mahu mengambil alih tempat Muhyiddin itu? Jika ia benar, siapakah di antara tiga Naib Presiden UNNO yang ada sekarang yang paling mungkin menyebarkan cerita rekaan itu?

Apakah ianya daripada orang-orang Zahid Hamidi yang merasakan Menteri Dalam Negeri itu paling layak untuk menggantikan Muhyiddin berikutan sudah dua kali mendapat undi tertinggi dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO?

Adakah ini mungkin kerja kumpulan Shafie Apdal yang menyebarkan cerita rekaan itu untuk disesuaikan dengan adanya sekarang ini desakan perlunya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada Borneo untuk menanangi pelbagai isu ketidakpuasan hati penduduk kedua negeri itu terhadap Putrajaya?

Tidak mustahilkah cerita rekaan ini dilakukan oleh orang-orang Hishammuddin dengan maksud melalui ketiadaan Muhyiddin nanti, peluangnya juga menjadi terbuka untuk menjadi pemimpin nombor dua dalam negara?

Dalam pada itu, mungkinkah isu Muhyiddin ini sengaja direka oleh orang-orang Najib sendiri dengan tujuan memberi tekanan agar Timbalan Perdana Menteri itu segera mengundurkan diri. Ini kerana Muhyiddin dilihat lebih sebagai pesaing berbanding pengikut kepada Najib, selain kedua-dua mereka juga mempunyai perbezaan stail dan gaya.

Walaupun sehingga ini Muhyiddin tidak pernah bersetuju dengan desakan agar beliau menentang Najib, tetapi kedudukan Najib belum lagi seratus peratus selamat memandangkan satu demi satu isu yang timbul sentiasa membuatkan kerusi Perdana Menteri yang didudukinya berada dalam kedudukan dalam kedudukan bergoyang.

Lantaran itu, jika berlaku sesuatu yang menggugat Najib, orang yang paling mudah ditonjolkan ialah Muhyiddin. Jika Muhyiddin tiada lagi dalam kabinet, Najib boleh dikatakan tidak tergugat langsung biar bagaimana besar sekali pun gugatan yang diterimanya.

Atau mungkinkah cerita rekaan ini disebarkan oleh kumpulan Mahathir dan Daim yang hari demi hari semakin banyak rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan Najib?

Secara mudahnya, jika benar kata Najib bahawa spekulasi mengenai Muhyiddin ini hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu, tentulah ia direka oleh mereka yang sudah dapat membaca apa keuntungan daripadanya. Tentulah tidak mungkin ia direka oleh pihak-pihak yang tiada kepentingan atau sekadar suka-suka saja.

Dalam semua orang yang diandaikan berkemungkinan menyebarkan cerita rekaan itu, siapakah yang paling besar untungnya?

Mungkinkah Najib sebenarnya tahu siapa pereka cerita ini atau mungkinkah Najib sengaja berkata begitu untuk menutup perancangan lain yang sedang difikirkannya?

Bukanlah asing dalam politik, perkara yang dinafikan itu akhirnya menjadi sessuatu yang benar akhirnya. Di era kepimpinan Mahathir selama 22 tahun, banyak sekali perkara yang bermula dengan khabar angin, kemudian dinafikan tetapi akhirnya betul-betul menjadi kenyataan.

Perletakan jawatan Musa Hitam dan pemecatan Anwar Ibrahim misalnya, kedua-duanya dinafikan pada awalnya oleh Mahathir tetapi akhirnya tetap menjadi kenyataan.

Di era Najib pula, tidak sampai seminggu selepas beliau menafikan Ahmad Said akan ditukar sebagai Menteri Besar Terengganu, namun akhirnya hayat politiknya dipancung hanya beberapa hari sebelum kenduri kahwin anak perempuannya.

Sementara ramai mula menelah siapakah yang dimaksudkan Najib pihak tertentu yang cuba menyebar cerita rekaan politik mengenai kedudukan Muhyiddin ini, dan sebelum itu Muhyiddin juga sudah menafikan beliau akan berundur, apa pun yang di luar jangkaan atau sudah dinafikan, tetap tidak mustahil akan berlaku

Penjawat awam dibicara atas 6 tuduhan rasuah

Posted: 20 Jun 2014 08:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang penjawat awam berusia 39 tahun minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam tuduhan rasuah menerima imbuhan 10 peratus daripada projek bernilai RM600,000 ketika bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hazmi Shamsudin dituduh menerima imbuhan daripada beberapa projek naiktaraf pembangunan komuniti di Perak.

Beliau didakwa menerima pembayaran di kementerian itu di Bukit Perdana, Kuala Lumpur pada Jun 2011.

Beliau berhadapan enam tuduhan menerima imbuhan sebanyak 10 peratus daripada setiap projek.

Beliau kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ulama PAS: Malaysia negara umat Islam

Posted: 20 Jun 2014 08:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan Malaysia adalah "negara umat Islam" kerana kuasa majoritinya diperintah orang Islam, sementara pelaksanaan Islam belum terpakai sepenuh di negara ini.

Dalam kenyataan medianya, Ketua Penerangan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia juga tidak boleh ditafsirkan sebagai negara sekular sepenuhnya.

Ini kerana, katanya, terdapat peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 121 dan di peringkat negeri melalui Mahkamah Syariah yang membuka jalan kepada pelaksanaan Islam.

"Justeru, isunya ialah bukan status negara sama ada Islam atau Sekular tetapi ialah usaha untuk memberi makna bagi Islam yang lengkap dan syumul bagi peruntukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Ia menjadi kewajipan seluruh umat Islam sama ada yang telah berada di puncak kuasa atau sebagai rakyat yang mengundi memilih orang yang berkuasa untuk memberi makna yang signifikan untuk Islam di Malaysia," katanya.

Beliau mengulas perdebatan mengenai status Malaysia sebagai negara Islam atau sekular yang dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.

Pinda perlembagaan

Mohd Khairuddin berkata kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan perlu diberikan makna sebenar menurut sudut pandang Islam dan cara hidup bernegara melalui dua cara.

Pertama, dengan cara meminda peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi memperkasakan kuasa Islam dalam perlembagaan agar mendasari semua dasar urustadbir negara, katanya.

"Kedua, menerusi keputusan hakim-hakim berjiwa Islam di Mahkamah yang memberi tafsiran yang betul terhadap peruntukan tersebut dalam kes-kes mahkamah seperti kes pemakaian serban di sekolah sebelum ini," katanya.

Sementara itu, MP Kuala Nerus itu berkata negara Islam pula meletakkan dasar ekonomi, sosial, politik, jenayah dan hubungan antarabangsa dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah berdasarkan huraian ilmuwan Islam.

"Realiti amalan bernegara Malaysia hari ini sejak merdeka 1957 belum sampai ke tahap pelaksanaan Islam yang menyeluruh.

"Pemikiran urus tadbir dan perundangan penjajah masih menguasai minda politik dan pentadbiran meskipun pemerintah dan pentadbirnya adalah muslim.

Najib Juga Tidak Setuju Dengan MAIS

Posted: 20 Jun 2014 08:10 AM PDT

shahbudindotcom


Setelah beberapa hari berlakunya polemik mengenai kitab Bible yang enggan dipulangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Peguam Negara, Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataannya petang semalam dengan harapan kemelut itu dapat diakhiri dengan baik.

Peguam Negara memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan terhadap Persatuan Bible Malaysia yang didapati memiliki Bible bahasa Melayu serta terdapat kalimah Allah didalamnya dan mengarahkan kitab itu dipulangkan semula kepada persatuan terbabit.

Bagaimanapun, Majlis Agama Islam Selangor atau Mais yang menaungi Jais enggan mematuhi arahan Peguam Negara itu dengan alasan mereka di pihak yang betul serta mendakwa rampasan Bible itu mematuhi peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam).

Najib mengeluarkan kenyataan ini kerana di sebalik Jais atau Mais diminta mematuhi arahan Peguam Negara itu, semakin keras pula pendirian tidak mahu memulangkannya. Ini seolah-olah mengundang ketegangan yang berpanjangan.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menggesa Mais berunding dengan Peguam Negara jika ia berpendapat Peguam Negara perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jais.

Apa maksudnya? Jelas bahawa Najib mahukan Mais berunding dengan Peguam Negara dan bukannya terus membuat keputusan tidak mahu memulangkan Bible itu sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Maknanya, Najib tidak setuju dengan pendirian Mais yang yang tidak menggunakan kaedah rundingan dengan Peguam Negara, sebaliknya terus menyatakan tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara serta enggan pula mematuhi arahan yang diberikannya.

Perdana Menteri menambah lagi, penyelesaian isu rampasan kitab Bible milik Perstuan Bible Malaysia itu hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan dan semangat Perlembagaan serta Undang-undang Negara supaya ia dapat diterima oleh masyarakat.

Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mesti menghormati keputusan yant dibuat, demikian kata kenyataan oleh Najib itu lagi.

Apakah pula maksudnya? Ia tidak lain meminta Mais menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang menetapkan kuasa pendakwaan adalah terletak di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara mengatakan tiada kes, keputusan itu hendaklah dihormati kerana itulah semangat memahami undang-undang dan Perlembagaan.

Namun demikian, sekiranya tidak berpuas hati, ia boleh dirayu atau dibincangkan kemudian dengan baik, tetapi bukannya dengan membantah secara terbuka. Membantah secara terbuka samalah dengan tidak menghormati Perlembagaan dan Undang-undang Negara.

Dalam kenyataan seterusnya, Najib juga berkata, kerajaan negeri Selangor, Mais dan Jais yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbirah hal ehwal Islam di Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan kitab Bible tersebut atau sebaliknya.

"Sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesucian Islam dan umat Islam dari dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

"Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, juga memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan juga kerajaan negeri untuk mengawal atau menyekat perkembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam," kata Najib dalam kenyataannya itu lagi.

Sangat jelas bahawa Najib ingin mengatakan bahawa walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain juga boleh diamalkan, dengan syarat tiada sebarang percubaan menyebarkan agama lain kepada orang Islam.

Dalam konteks kitab Bible yang dirampas, ia dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak yang sememangnya kerajaan telah membenarkan penggunaan kitab Bible berbahasa Melayu di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam masa yang sama, kitab Bible itu juga difahamkan diletakkan di tempat terbuka ketika rampasan dilakukan. Ini bermakna tiada kebarangkalian ia digunakan secara sembunyi atau cuba diedarkan secara sulit kepada umat Islam di Semenanjung.

Bukan saja tiada bukti Bible itu sebagai alat menyebarkan doktrin agama lain kepada umat Islam, bahkan kitab itu juga diletakkan di premis yang jelas kaitannya dengan agama Kristian.

Walaupun Najib menyerahkan kepada kerajaan Selangor, Mais dan Jais membuat keputusan akhir, tetapi adalah jelas beliau mahukan keputusan itu sentiasa dalam ruang lingkup menghormati Perlembagaan dan Undang-undang serta memahami kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Najib ini, tidak terselindung juga niat dan kemahuannya agar keputusan Peguam Negara itu dihormati oleh Mais. Kerajaan sendiri Selangor sudah pun akur dengan keputusan Peguam Negara itu, hanya Mais saja yang berkeras ketika ini.

Dengan penjelasan Najib agar menghormati Undang-undang dan Perlembagaan, mengadakan rundingan jika tidak setuju dan memahami kebebasan beragama yang diamalkan, adalah diharapkan Mais dapat memahami bahawa bersikap keras, langsung tiada toleransi dan tidak menghormati Undang-undang dan Perlembagaan, lebih mencemarkan Islam itu sendiri di mata bukan Islam.

'Kenyataan Pandikar melampaui kuasa Speaker'

Posted: 20 Jun 2014 07:56 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah "melampaui" bidang kuasanya apabila beliau berkata, Malaysia bukan negara sekular ketika menolak satu usul semalam, seorang seorang ahli Parlimen.

MP DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang (kiri) berkata ini kerana seseorang Speaker tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perlembagaan.

Beliau berkata walaupun Pandikar menjelaskan bahawa kenyataannya adalah untuk tujuan Dewan semata-mata, namun beliau tidak boleh menghalangnya daripada digunakan sebagai asas bagi hujah pada masa hadapan.

Ini kerana Pandikar bercakap sebagai seorang speaker dan membuat keputusan terhadap usul tersebut, tegas Lim.

Sebaliknya, kata Lim, Pandikar sepatutnya memutuskan sama ada mahu merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan, dan bukannya terlibat dalam perkara itu.

Zam: Muhyiddin pendam kehampaan

Posted: 20 Jun 2014 07:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin tidak menunjukkan rasa terkejut dengan spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Zainuddin, yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," kata Zainuddin melalui tulisan di blog zamkata.blogspot.com

Zainuddin bagaimanapun tidak menjelaskan sebab di sebalik kekecewaan yang didakwa ditanggung oleh Muhyiddin.

Tulisan itu timbul susulan kenyataan Muhyiddin, 67, semalam yang menafikan dessas desus berhubung peletakan jawatan tersebut.

Muhyiddin juga berkata beliau akan meneruskan khidmat dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana perdana menteri masih menaruh kepercayaan kepadanya.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking," katanya kepada pemberita semalam.

Spekulasi itu timbul rentetan daripada cakap-cakap yang mendakwa Najib akan membuat rombakan Kabinet.

Ia didakwa melibatkan kedudukan Muhyiddin diganti oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini menjadi menteri pertahanan.

Zainuddin dalam blognya berkata spekulasi tersebut kini tersebar luas dan beliau sendiri menerima banyak pertanyaan berhubung perkara itu.

Beliau juga menyebut, timbul cakap-cakap bahawa jawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga akan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang kini merupakan menteri pelancongan.

Laporan setakat ini mendakwa rombakan tersebut akan melibatkan tiga naib presiden Umno, Hishammuddin, Zahid dan juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Zainuddin dalam tulisannya turut menegur wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin yang didakwa menunjukkan prejudis melalui tulisan yang mendakwa Najib akan digugurkan dari jawatan menteri kewangan.

'Bertemu Nik Aziz untuk sucikan skandal'

Posted: 20 Jun 2014 07:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu tulisan diterbitkan laman web Pemuda Umno mendakwa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering dipergunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan bertemu mursyidul am PAS itu untuk "menyucikan" skandal yang dihadapi.

Tulisan pojok oleh seorang penulis bernama Ameen Latiff itu mendakwa, ia bagi mengambil kesempatan ke atas golongan yang taksub kepada Nik Abdul Aziz, kerana penyokong tersebut didakwa akan menganggap pertemuan seperti itu sebagai penyelesaian kepada sesuatu isu.

"DAP tampil menggunakan taktik ampuh ini demi untuk mengekalkan status quo penguasaan mereka ke atas PAS. Elemen ini digunakan sebagai teras utama atau asas kepada pelan besarnya iaitu "pecah dan perintah".

"Tentunya pendekatan penyucian dosa sangat menguntungkan kerana apapun penghinaan terhadap Islam akan dianggap selesai oleh ahli PAS hanya dengan mendengar kenyataan kononnya selesai berserta gambar si pesalah bersama Nik Aziz.

"Dengan itu, akan bertautlah kembali kerjasama politik ahli PAS sambil mengembangkan hidung berbangga-bangga kononnya DAP berjaya ditarbiyah, dan tidak dilupakan (dakwaan ditimbulkan) bahawa ini hanyalah gembar-gembur dan fitnah dari Umno semata-mata," tulisan itu dipetik.

Tulisan itu antara lain membangkitkan mengenai pertemuan anggota Exco Selangor Elizabeth Wong dengan Nik Aziz pada tahun 2009.

Pertemuan itu berlangsung selepas satu rakaman gambar yang menunjukkan Wong dalam keadaan mengaibkan tersebar luas.

Selain itu tulisan itu juga membangkitkan mengenai  pertemuan MP DAP Teo Nie Ching dengan Nik Abdul Aziz pada tahun 2010, ekoran kontroversi yang timbul selepas Teo menyampaikan ucapan di sebuah surau di Kajang.

"Namun, segalanya terlerai apabila bertemu dengan Nik Aziz. Kembang kempis hidung ahli PAS mengatakan bahawa ianya selesai," tulisnya lagi.

Ia seterusnya membayangkan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang berpendirian tegas dalam soal pelaksanaan hudud juga mungkin akan mengambil langkah sama sekiranya menang dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.

Apakah Malaysia negara Islam?

Posted: 20 Jun 2014 07:38 AM PDT


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin


PADA tahun 2011, bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut: "UK is a Christian country and we should not be afraid to say so".

Sekali pun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Kristian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengaku inilai agama bagi negara UK.

Polemik beragama

Semasa kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir sekular? Pada umumnya kami semua difahamkan Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah politik yang kami dengar.

Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan 'beragama' dalam negara ini.

Mereka melabelkan negara ini sebagai negara kafir atau pun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam.

Hari ini keadaan berubah apabila bukan Islam juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza.

Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini.

Sebelum saya bahaskan tentang sekularisme dalam kerangka kefahaman yang sepatutnya, artikel ringkas kali ini akan bincangkan dulu apakah itu negara Islam?

Penjajahan dunia Islam

Seperti yang pernah saya sebutkan, apabila jatuh khalifah di Turki dan Kuasa Barat menjajah dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanah air Islam berkembang.

Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fikah lama.

Apa yang wujud adalah nation state atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (Islamic state atau negara Islam).

Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.

Dahulu yang ada dalam fikah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu wilayah Islam. Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam.

Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan Muslim dan bermusuhan dengan Dar al-Islam.

Ketiga, Dar al-Mu'ahadah iaitu negara bukan Muslim yang membuat perjanjian dengan umat Islam. Dalam erti kata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.

Tariq Ramadan dalam To Be A European Muslim menganggap pembahagian ini sebagai old concepts yang tidak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ia cetusan ulama di zaman tersebut disebabkan persekitaran politik yang wujud pada tiga kurun pertama dalam sejarah Islam (lihat: Tariq Ramadan, To Be A European Muslim, UK: Islamic Foundation 2002,pg 123-131 ).

Tariq mungkin terpengaruh kepada apa yang disebut oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Aathar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami. Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili terkesan dengan apa yang disebut oleh al-Syeikh Abu Zahrah dalam Al-'Alaqah al-Duwliahfil al-Islam.

Sementara Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Jihad mempertahankan pembahagian tersebut dengan menyatakan pembahagian itu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta sesuatu yang mantiqi (logical). (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah 2009. Ms 882-888).

Ciri Dar  al-Islam

Jadi, jika kita rujuk kepada kitab fikah terdahulu, secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; pertama; kekuasaan politik berada di tangan kaum Muslimin sekalipun majoriti rakyat bukan Muslim.

Kedua; zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja seperti hukum hakam kekeluargaan Islam.

Zahir syiar seperti azan, Jumaat, jemaah solat, Ramadan dan lain-lain.  Ketiga; kaum Muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah (rakyat non-muslim) aman berdasarkan perjanjian mereka. (Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, 2/889. Kaherah: Maktabah Wahbah)

Adapun soal sejauh manakah komitmen Islam seseorang pemerintah itu, ia diuruskan umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati pemerintah iaitu amar makruf dan nahi mungkar.

Apabila negara-negara membentuk nation state, pemerintah Muslim ramai mewarisi atau meneladani penjajah dalam menguruskan negara, maka istilah daulah Islamiyyah atau pun Islamic state ataupun negara Islam muncul dan dikembangkan.

Namun, istilah ini kelihatan akhirnya agak sukar untuk mendefinisikan. Ini disebabkan negara baharu yang dibentuk selepas penjajahan masih lagi mengikut acuan penjajah namun pemerintahannya berada di tangan umat Islam.

Sebagai bantahan, ada mereka melabelkan negara yang diperintah oleh umat Islam pasca penjajah sebagai 'negara kafir'.

Ertinya, mereka melabelkan Dar Islam yang diistilah oleh Sarjana Fikah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar al-Harb yang diperangi atau dimusuhi.

Ini disebabkan kecelaruan identiti negara Islam yang baru muncul dan penilaian siasah umat Islam itu sendiri yang masih di peringkat awal.

Dalam kalangan pengkaji dan sarjana seperti Fazlur Rahman menganggap adaptasi ini sebenarnya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis antara umat Islam. (Sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld Publications)

Cari definisi

Mencari definisi yang tersendiri bagi istilah daulah Islamiyyah memang agak sukar disebabkan kitab-kitab fikah lama tidak menggunakan istilah tersebut dan sudah pasti tiada takrifan baginya.

Jika memakai pentafsiran silam dar al-Islam yang memberi maksud wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, maka hendaklah diiktiraf negara-negara umat Islam sekarang adalah daulah Islamiyyah.

Maka, ada pula yang enggan pengiktirafan itu dibuat disebabkan zahirnya unsur-unsur yang bercanggahan dengan Islam.

Jika dipakai takrif lain yang dibuat oleh sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam seperti azan, solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti kebanyakan negara umat Islam hari ini diiktiraf sebagai daulah Islamiyyah.

Ada yang agak tegas enggan juga mengiktiraf hal itu. Lalu ada yang menyatakan negara Islam atau daulah Islamiyyah itu adalah negara yang sempurna perlaksanaan Islamnya. Jika takrif ini dipakai, sudah pasti tidak ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja, selepas al-Khaulafa al-Rasyidin.

Akhirnya, ada yang seakan menetapkan negara Islam adalah negara yang melaksanakan hudud. Lalu wujud dalam kalangan umat Islam yang apabila disebut negara Islam terbayang kepada mereka 'pencuri dipotong tangan', penzina disebat atau direjam dengan batu, peminum arak disebat dan seterusnya.

Wajah negara Islam atau negara yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW itu terbelenggu dengan gambaran darah, kesakitan, tangisan dan wajah bengis para pemimpinnya.

Hakikatnya, jika menurut takrifan fikah, negara Malaysia adalah dar al-Islam seperti yang ditakrifkan oleh ulama silam. Bahkan berasas fikah ini, Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyimpulkan keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah dar al-Islam.

Sementara kesemua negara bukan dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah dar al-'Ahd termasuk Amerika. Hanya dikategorikan sebagai dar al-Harb pada masa ini ialah negara zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, ms 888-908. Kaherah: Maktabah Wahbah)

Inti pati terpenting

Apa pun sebenarnya, perbalahan pasal takrif ini kadang-kala lebih banyak membuang masa daripada realiti yang patut kita tangani. Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka. Mereka yang akan dihadapkan di mahkamah Masyar di hadapan ALLAH pada hari kiamat ialah mereka yang menguruskan negara atas apa nama sekalipun.

Jika mereka amanah dan adil seperti yang ALLAH perintahkan mereka akan selamat. Jika mereka khianat dan zalim mereka tidak selamat walau apa jenama negara sekalipun. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi SAW tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabat yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas keadilan untuk rakyatnya.

Nabi SAW berutus surat dengan Najasyi, tetapi Baginda SAW tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya. Nabi SAW memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi SAW: "Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)". (Riwayat al-Bukhari)

Nabi Yusuf AS pula pernah menjadi menteri dalam sebuah kerajaan yang pemerintah tidak beriman kepada ALLAH namun Nabi Yusuf mampu menegakkan keadilan.

Tapi, jika mentadbir negara bernama Islam sekalipun namun zalim dan khianat, tempatnya tetap di neraka. Sabda Nabi SAW: "ALLAH tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan ALLAH haramkan untuknya syurga" (Riwayat Muslim)

Ertinya, yang penting nilai Islam itu mestilah terus diterapkan oleh pentadbir dalam negara ini untuk mencapai erti amanah dan adil bukan sekadar bergantung kepada takrif negara semata-mata.

'UiTM tak nafi projek untungkan kroni Umno'

Posted: 20 Jun 2014 07:32 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut menguntungkan ahli politik Umno.

"Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.

"Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.

"Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang setiap syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataa.

Hanya jawab keuntungan UiTM

Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.

"Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.

"Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah "private finance initiatives" (PFI)," katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.

Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.

Isu tender terbuka

Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu dijalankan secara telus dan terbuka.

"Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.

"Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus," katanya.

Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.

"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain," katanya.

‘Saya cuba mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar’

Posted: 20 Jun 2014 04:25 AM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
      
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
      
Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
      
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
      
Shahid berkata, Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
      
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
      
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
      
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

[PANAS] Najib Pamer Dirinya Sebagai PM Yang Guna Pelbagai Cara Untuk Terus Berkuasa

Posted: 20 Jun 2014 04:18 AM PDT

KELAB GREENBOC


Putrajaya 'sengaja pecah belah' untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review


Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.

Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.

Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.

Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.

Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."

"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.

Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata: "Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa." The Edge Review berkata, sukar untuk menentukan kedudukan tekanan politik isu agama dan kaum dalam masyarakat dan bagaimana tindakan mereka pada masa depan.

Akhbar itu bagaimanapun memberi amaran, sekiranya ketegangan itu semakin sukar dibendung, ekonomi negara akan menerima kesannya.

Manu Bhaskaran, pengarah Centennial Group International berkata kepada The Edge Review, polisi sedemikian akan menyakitkan Malaysia.

"Dalam tempoh terdekat, sukar untuk menyakitkan Malaysia, namun jika berterusan, kita akan hancur sedikit demi sedikit," katanya.

Barisan Nasional, menurut laporan itu, kehilangan sokongan politik di Malaysia kerana luasnya rasa tidak puas hati terhadap isu rasuah dan kegagalan Putrajaya untuk memperbaiki ekonomi dan sistem politik negara.

Ia ditunjukkan ketika Pilihan Raya 2008 apabila BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

"Bukan sahaja gagal memperbaiki jumlah mereka di Parlimen, tetapi kehilangan undi popular, apabila hanya memperolehi 47% berbanding 51% oleh pembangkang. Rakan komponen BN lebih teruk di kawasan campuran bandar, Umno hanya bergantung di kawasan pedalaman," katanya.

Mungkin insiden lebih buruk bakal berlaku dalam PRU akan datang, The Edge Review memberi amaran.

Proses urbanisasi masyarakat Melayu dan kegagalan parti menarik pengundi muda menjadikan masa depan Umno semakin kelam.

"Parti itu kini hidup dengan masa tambahan," kata pegawai senior Umno, yang juga berada dalam Majlis Tertinggi Umno,
berkata kepada The Edge Review.

Penganalisis difahamkan, gerakan menggunakan sentimen agama dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada pembangkang.

Seorang pemimpin DAP yang enggan dinamakan berkata," kami semua cuba mengawal pengundi tradisi kami. Namun kami sedar strategi Umno," katanya.

Bermain isu perkauman dan agama juga bakal mencetuskan kemarahan daripada komuniti Kristian yang besar di Sabah dan Sarawak.

Kedudukan Najib dalam situasi ini dilihat selamat, kata laporan itu.

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata, terdapat rasa tidak puas hati dalam parti terhadap pentadbiran Najib.

"Kawalan terhadap parti dan kerajaan lemah. Krisis parti mampu mengakibatkan serangan terhadapnya dan Umno, kata pegawai Umno yang pernah bekerja dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika parti berfikir untuk kehilangan kuasa memimpin, mereka perlu menolaknya." –TMI

ULASAN GB

 
,br> Apa lagi DS Najib... samanlah The Edge, takkan saman malaysiakini saja....

14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

Posted: 20 Jun 2014 04:06 AM PDT

Oleh: Asri Sapfie


SHAH ALAM  – Universiti Selangor (Unisel) menyambut baik saranan Kerajaan Negeri bagi membentuk masyarakat yang mempunyai modal insan cemerlang.

Terbaru, sebanyak 14 karya filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar Fakulti Kesenian dan Senibina dipertandingkan di bawah tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotion and Social' (S.P.I.E.S) sempena Fakulti Art and Design Exhibition (FAD.EX) anjuran universiti itu.

IMG_9182aExco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata filem pendek itu dapat memberikan mesej jelas penting program SPIES ini dalam masyarakat.

"Apabila mereka mempunyai 5 elemen penting ini dalam kehidupan seharian, sudah pasti mereka mampu menjadi modal insan yang berjaya dan diibaratkan campak di laut jadi pulau, campak di darat jadi gunung." kata beliau.

Beliau juga berpendapat setiap pelajar perlu ada lonjakan emosi positif dalam diri masing-masing supaya menjadi lebih bersemangat dalam menghadapi dugaan kehidupan.

"Modal insan dilahirkan dalam diri pelajar ini lebih mahal harganya berbanding sumber, inilah sumber utama di negeri Selangor." tambah beliau lagi.

Filem 'IQRAM' yang berjaya menjadi johan pada pertandingan filem pendek ini mengetengahkan aspek dan nilai spiritual islamik.

IMG_9200a

Pengarah Filem, Faiz Zauki, berkata filem itu memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat yang kadang kala tersesat daripada jalan benar kerana dihimpit tekanan hidup dan kewangan.

" Filem ini diharap dapat memberi mesej jelas kepada masyarakat supaya menjadikan nilai spiritual sebagai pemangkin kepada kehidupan," kata beliau.

Beliau yang ditemui melahirkan rasa berterima kasih kepada Unisel kerana memberi peluang kepada mereka dalam menghasilkan filem.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Naib Canselor Unisel Professor Dr Anuar Ahmad dan Dekan Fakulti Kesenian and Senibina Unisel, Sayuti Chik Tajuddin.EZY

Unisel, MSSA tingkat kerjasama lahir pelajar mahir guna keluli

Posted: 20 Jun 2014 04:03 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Universiti Selangor (UNISEL) bersama Malaysian Structural Steel Association (MSSA) menjalin kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) dalam mempromosikan penggunaan keluli kepada para pelajar khususnya jurusan Kejuruteraan Awam.

Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan, berkata MoU ini adalah hasil perbincangan yang diadakan pada Ogos tahun lalu dan selepas mendapat beberapa penerangan dari MSSA kepada fakulti kejuruteraan.

Mou Unisel - KeluliKatanya, perkara ini kemudian dibincangkan di peringkat mesyuarat eksekutif UNISEL sehingga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU seterusnya melibatkan diri di dalam kursus serta aktiviti ditawarkan oleh MSSA.

"Sebagai salah satu institut pengajian tinggi (IPT) menawarkan program kejuruteraan khususnya program kejuruteraan awam ini merupakan peluang baik untuk penambahbaikan kepada proses pembelajaran serta pengajaran kepada para pelajar," katanya dalam kenyataan media.

Hasril berkata, penglibatan para pelajar di dalam pertandingan dianjurkan MSSA seperti Open Idea Competition (OIC) akan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk mempersembahkan kreativiti daripada aspek pengstrukturan keluli di dalam pembinaan.

"UNISEL berharap MoU ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pensyarah untuk terlibat sama di dalam kursus anjuran MSSA dan syarikat yang berkolaborasi sama ada di dalam atau luar negara," katanya.

MB: Penyelesaian isu BSM diumum Isnin ini

Posted: 20 Jun 2014 04:02 AM PDT

Oleh :LIZAWATI MADFA


KUALA SELANGOR- Negara (AG) berhubung isu pengambilan Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) awal tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, perbincangan berkenaan menjurus kepada pelaksanaan keputusan yang perlu dibuat dengan tertib dan cepat serta berlandaskan undang-undang.

MB"Kita takut jika terlalu lama nanti masyarakat merasakan keadilan itu tidak dibuat dengan cepat dan keputusan tidak dibuat dengan segera sehingga semua ternanti-nanti.

"Saya difahamkan pagi tadi penasihat undang-undang negeri sudah berbincang dengan AG, Isnin nanti saya akan adakan perbincangan dengan Exco Negeri untuk mengumumkan keputusan hasil perjumpaan," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan dana kepada enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari DUN Bukit Melawati di sini petang tadi.

Semalam, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi setiausaha sulitnya mengeluarkan kenyataan menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada naskhah Bible yang dirampasakan dipulangkan atau dilupuskan.

Ia turut menyatakan bahawa titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh AG agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

"Itu sebab kita berjumpa dan berbincang dengan AG, sebab maksud Tuanku semua keputusan harus berlandaskan undang-undang, jadi kita bincang (tatacara) yang perlu dilaksanakan.

"Ini untuk menjaga kepentingan semua pihak terutama BSM, juga kepentingan Kerajaan Negeri berhubung enakmen undang-undang masyarakat bukan Islam.

"Kita tunggu sampai Isnin untuk buat pengumuman," katanya lagi.

Sejak Rabu, Abdul Khalid selama dua hari berturut-turut menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda dan keputusan muktamad dalam menyelesaikan kemelut rampasan Bible itu.

Abdul Khalid juga dijangka menemui BSM pada hari Isnin ini, selepas keputusan akhir isu yang kian berlarutan itu dicapai.EZY

LIHAT VIDEO DI SINI


YTL tarik diri projek janakuasa Track 4A, tamparan terhadap ketelusan kerajaan

Posted: 20 Jun 2014 03:56 AM PDT

tony parlimen 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Keputusan YTL Corporation menarik diri daripada rundingan terus loji janakuasa Track 4A memberi tamparan hebat kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) yang gagal menjalankan tender secara terbuka, kata Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Katanya, tindakan yang dilakukan itu kali pertama dalam sejarah apabila sebuah syarikat secara terbuka menolak konsesi lumayan dari kerajaan, walaupun dianugerah melalui rundingan terus.

"Walaupun langkah YTL wajar diberi pujian, namun ironinya 'pengorbanan' dilakukan bagi 'mengelak kesangsian terhadap komitmen tadbir urus dan ketelusan kerajaan'. Jadi ia jelas merupakan tamparan kepada ST dan amalan tidak telus kerajaan.

"Projek 4A bukan saja dirunding secara terus, malah termanya juga samar-samar, tidak spesifik dan disediakan secara tergesa-gesa.

"Lebih buruk lagi, perjanjian konsortium antara YTL, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy, syarikat yang dikaitkan dengan Sultan Johor, masih tidak selesai.

"Ini menunjukkan ST memanipulasi proses penganugerahan keseluruhan untuk memihak kepada syarikat konsesi tertentu dengan tidak mengambil kira prinsip tadbir urus yang baik, tender berdaya saing dan ketelusan," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Publisiti DAP itu menegaskan, ST harus berasa malu apabila ketidaktelusan dan kegagalan memastikan tadbir urus yang baik akhir didedahkan oleh syarikat swasta.

"Ini merupakan satu penghinaan besar terhadap misi dan matlamat mewujudkan persekitaran berdaya saing dalam sektor tenaga negara bagi memastikan tarif elektrik serendah mungkin kepada rakyat," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru syarikat korporat lain untuk mengikut jejak langkah YTL dengan menolak tawaran serupa daripada kerajaan dan meminta semua projek dibuat melalui tender terbuka.

"Ketika kerajaan kelihatan gagal, apakah keterlaluan untuk mengharapkan syarikat-syarikat korporat Malaysia memulakannya?" kata Pua.

Rabu lalu, YTL melalui kenyataan kepada Bursa Malaysia mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam projek janakuasa Track 4A di Johor.

Pengeluar janakuasa bebas negara itu berkata, pihaknya sedia untuk mengambil bahagian dalam projek itu atau projek lain pada masa akan datang sekiranya ia melibatkan syarat-syarat yang berdaya saing. – Roketkini.com

Sijil halal majukan industri bukan Islam

Posted: 20 Jun 2014 03:51 AM PDT


Muhammad Naim  
Muhammad Naim


SHAH ALAM - Sesetengah pengusaha makanan Islam didakwa mengambil sikap sambil lewa dalam mematuhi aspek kepatuhan sijil halal berbanding bukan Islam yang menjadikannya sebagai instrumen untuk memajukan perniagaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) , Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, produk yang diiktiraf halal bukan sahaja digunakan orang Islam sebaliknya bukan Islam juga menggunakannya.

"Kami (Jakim) berkhidmat bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua orang kerana bukan Islam juga mencari produk yang halal.

"Hari ini kita bawa sijil halal dalam industri supaya produk itu lebih berkualiti mengikut kehendak semua pengguna," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal

Posted: 20 Jun 2014 03:50 AM PDT


 Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
Dr Mohd Asri Zainul Abidin


SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.

Universiti Malaysia terkeluar senarai THE Asia, bukti kerajaan gagal

Posted: 19 Jun 2014 09:31 PM PDT

okm

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kedudukan universiti awam Malaysia yang langsung tidak tersenarai dalam senarai terkini Times Higher Education (THE) untuk benua Asia menunjukkan kegagalan kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara, kata Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming.

"Perkembangan ini amat merungsingkan kerana kerajaan kononnya telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan prestasi Institusi Pengajian Awam (IPTA) sejak 5 tahun lalu agar dapat menjadi antara terbaik di dunia.

"Malangnya berdasarkan senarai kedudukan terbaru oleh THE, untuk benua Asia pun kita masih gagal tersenarai. Ini jelas menunjukkan usaha yang dijalankan kerajaan sama sekali gagal.

"Jadi, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kualiti pendidikan negara kembali ke tahap sepatutnya," kata Kian Ming kepada Roketkini.

THE hari ini telah mengeluarkan senarai terkini 100 universiti awam terbaik Asia 2014, yang menunjukkan Malaysia tidak langsung tersenarai di dalamnya.

Lima universiti yang tersenarai dalam 10 universiti terbaik Asia adalah universiti negara Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China.

Singapura menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila National University of Singapore (NUS) berada kedudukan di tangga kedua dan Nanyang Technological University (NTU) di tempat ke 11.

India turut mempamerkan peningkatan mutu pendidikan apabila institusinya tersenarai antara 100 terbaik berbanding tiga tahun lalu.

Malah negara jiran, Thailand yang bergelumang dengan pelbagai masalah politik turut tersenarai dalam kedudukan 100 universiti terbaik Asia melalui King Mongkut's University of Technology dan Universiti Mahidol.

Universiti Malaysia gagal bagi kali kedua untuk masuk dalam senarai setelah kali terakhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempati tangga ke-98 pada tahun 2012.

April lalu, universiti awam Malaysia gagal tersenarai dalam 100 universiti terbaik Times Higher Education bagi universiti di bawah usia 50 tahun, selain gagal tersenarai dalam ranking terbaik dunia yang dikeluarkan THE, Mac lalu. -Roketkini.com

DAP Sabah persoal ketelusan Musa Aman laksana projek mega di Tanjung Aru

Posted: 19 Jun 2014 09:29 PM PDT

junz wong
Roketkini.com


Kota Kinabalu,: DAP Sabah membidas tindakan terburu-buru Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman melancarkan projek pemulihan Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) tanpa mengadakan perbincangan awam terlebih dahulu.

ADUN Likas Junz Wong berkata, tindakan itu jelas tidak mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah CAP 141).

"Jika Musa mempunyai sikap prihatin, beliau sepatutnya mendengar aduan orang ramai dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

"Bagaimana pula TAED mendakwa mereka mempunyai kelayakan Pelan Pembangunan sedangkan laporan EIA (Environmental Impact Accessment) masih belum lengkap?," soalnya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 2 Jun lalu, mengikut laporan Bernama, Musa Aman telah menyatakan projek pemulihan TAED bernilai RM1.5 bilion telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAEDSB).

Musa yang juga pengerusi TAEDSB mendakwa, ia akan merangsang pertumbuhan pelaburan, menangani masalah hakisan dan pencemaran yang telah merosakkan pantai Tanjung Aru serta Prince Philip Park.

Namun, projek pembangunan itu mendapat tentangan hebat dari orang ramai dan penduduk sekitar kerana khuatir kehilangan akses ke pantai berikutan kewujudan hotel-hotel besar dan resort-resort.

NGO Selamatkan Pantai Tanjung Aru juga telah ditubuhkan dan sedang berusaha mengumpul sebanyak mungkin tandatangan orang ramai sebagai gesaan supaya kerajaan negeri menarik semula projek tersebut.

Pada masa sama, Junz turut mencabar Pengarah Eksekutif TAED Datuk Victor Paul membuktikan kebenaran bahawa 60 hingga 70 meter pantai Tanjung Aru telah lenyap.

"Jika 60 hingga 70 meter pantai telah hilang, sudah tentu tembok laut di bahagian pertama dan kedua pantai sudah tidak ada.

"Jadi, Victor perlu mengemukakan bukti atau menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada orang ramai," katanya. -Roketkini.com

Pembantu Kejuruteraan Didakwa Hina Islam Di Facebook

Posted: 19 Jun 2014 09:24 PM PDT

 
MSTAR ONLINE
 
 
KLANG: Seorang pembantu kejuruteraan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook dua tahun lepas.

Gopinath Jayaratnam, 28, dari Taman Klang Jaya mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat beralamat No 14, Tingkat Bawah, Jalan Jasmin 8, Botanik Walk East, Bandar Botanik, Klang kira-kira pukul 6 petang, pada 25 Sept 2012.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, sebelum ini menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada September 2012.

Hakim menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes dengan mengenakannya wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam G.Sivamalar dan V.Thiru Kumar.

Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan

Posted: 19 Jun 2014 09:17 PM PDT


Tasha dan kekasihnya Han merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Han juga bersedia mendalami Islam.
 
Oleh: NIEZAM ABDULLAH 


PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

iklan
Aksi menarik Tasha ketika berkunjung ke Sydney 11 Jun lalu tajaan AirAsia X.

Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

Tasha (kiri) bersama ibunya Rosnah Suratman.

Bekas Tim. Menteri Di Pusat Jagaan Pesakit Alzheimer Atas Nasihat Doktor

Posted: 19 Jun 2014 09:14 PM PDT

Rahmah (kanan) bersama seorang lagi penghuni pusat jagaan pesakit Alzheimer (kiri) ketika menerima kunjungan pelawat.

 
 
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.

Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik.

"Memang doktor sarankan tempat itu kerana itu tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, Klang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam.

Menurut Raha, beliau kesal dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga di laman sosial kononnya anak-anak bekas Naib Ketua Wanita Umno itu mengabaikan ibu mereka dengan menempatkannya di pusat jagaan khas.

Jelasnya, ibunya telah ditempatkan di situ hampir dua tahun dan gembira sepanjang berada di sana.

"Macam-macam fitnah mereka buat, mereka tak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar. Saya anggap itu tuduhan tak berasas.

"Hubungan kami dengan emak sangat rapat, kami sentiasa bersama dengannya, melawat setiap minggu, bawa dia keluar jalan-jalan dan bawa dia pergi ke majlis tertentu," jelasnya yang turut membawa ibunya bertemu doktor pakar mengikut jadual.
Gambar Rahmah yang diambil salah seorang pelawat pusat jagaan khas pesakit Alzheimer dan tersebar di laman-laman sosial.

Mengenai kritikan terhadap tindakan menempatkan Rahmah di sebuah pusat penjagaan milik bukan Muslim, beliau berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka sekeluarga lebih mengetahui apa tindakan terbaik untuk membuatkan Rahmah lebih selesa dan terjaga.

Tambahnya, beliau telah membuat kajian mengenai pusat penjagaan itu sebelum membuat keputusan menempatkan ibunya di sana.

Katanya, selain penjagaan 24 jam dan persekitaran yang tenang dan bersih, kebanyakan jururawat di situ beragama Islam, begitu juga tukang masaknya, malah di sana juga terdapat beberapa lagi penghuni Muslim.

Beliau berkata sebagai pesakit Alzheimer berat, ibunya juga tidak diwajibkan menunaikan solat, justeru perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Dua tahun pertama memang kami adik-beradik jaga emak tetapi keadaan mak semakin teruk.

"Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi.

"Memang betul, keadaan emak sebagai pesakit Alzheimer semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif," katanya sambil mengakui menjaga pesakit Alzheimer adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dugaan.

Walaupun kesal dengan tuduhan-tuduhan di laman sosial, Raha berkata keluarganya amat menghargai pengunjung-pengunjung yang prihatin dan melawat ibunya selama ini.

Namun, selepas apa yang berlaku beliau membuat keputusan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat ibunya.

Beliau juga bimbang jika kunjungan pelawat boleh menjejaskan aktiviti harian pesakit yang telah disusun pihak pengurusan.

"Mak saya tak faham semua ni...apa yang berlaku. Kalau tidak, hidup dia akan lebih terganggu.

"Saya memang hargai kalau nak melawat mak, tapi jangan buat tuduhan bukan-bukan," katanya dengan nada kecewa.

Kisah mengenai Rahmah tersebar di laman sosial sejak tiga hari lalu dan mendapat kritikan hebat.

Turut disebarkan beberapa keping gambar Rahmah ketika menjalankan aktiviti di pusat jagaan tersebut yang dimiliki seseorang yang bergelar 'Datuk' bukan beragama Islam.

Selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Rahmah juga pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya 1982.

Pada 1989 beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Geopolitik dunia membelenggu pencarian MH370

Posted: 19 Jun 2014 09:08 PM PDT




Oleh Azmi Hassan





 Sudah lebih 100 hari misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 masih belum terungkai dan senario sebegini mengundang pelbagai teori dan andaian mengenai nasib yang menimpa penerbangan malang tersebut.

Ketandusan maklumat mengenai pergerakan pesawat membuahkan pelbagai bentuk usaha bermula daripada kaedah yang berlandaskan fakta dan ada juga yang menjerumus kepada mistik.

Penerbangan MH370 bukan sahaja dikatakan sebagai kehilangan pesawat yang penuh misteri tetapi dibelenggu oleh faktor geopolitik dunia. Setiap tindakan yang diambil akan memberi kesan kepada suasana geopolitik masa depan dan sebab itu tiga negara utama yang terlibat iaitu Malaysia, China dan Australia begitu berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka.

Geopolitik MH370 boleh ditafsirkan secara mudah sebagai setiap tindakan yang diambil bukan saja akan memberi kesan kepada proses merungkai misteri tetapi bakal memberi kesan kepada suasana politik global.

Paling terkini geopolitik MH370 adalah kempen Ganjaran MH370 yang bertujuan mengumpul dana sebanyak AS$5 juta. Dana tersebut akan digunakan sebagai ganjaran kepada sesiapa sahaja yang mampu memberi maklumat kehilangan pesawat tersebut. Secara asasnya kempen itu mempunyai niat yang murni tetapi jika diteliti arah tujunya, ia boleh menimbulkan kerumitan yang sepatutnya boleh dihindarkan.

Ini adalah kerana Ganjaran MH370 lebih menjerumus kepada kepercayaan wujud konspirasi di mana ada maklumat yang sengaja disembunyikan pihak tertentu. Pihak penganjur berpendapat ganjaran kewangan yang disediakan itu mampu menarik perhatian pemberi maklumat untuk membocorkan rahsia.

Ganjaran MH370 sebenarnya menguatkan pelbagai teori konspirasi yang menjerumus kepada andaian pesawat tersebut hilang kerana tindakan yang dilakukan secara sengaja. Keluarga penumpang dari Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis dan India dikatakan terlibat secara langsung dalam kempen tersebut. Sementara waris penumpang paling ramai iaitu dari China dan Malaysia tidak terlibat.

Jika digabungkan niat tersirat kempen tersebut dengan komposisi waris penumpang yang terlibat ia merupakan peledak yang mampu memberi kesan secara langsung, bukan saja kepada pencarian MH370 tetapi juga geopolitik dunia.

Tetapi misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang bermula di Laut China Selatan dan kemudiannya berpindah ke Lautan Hindi adalah manifestasi paling jelas bagaimana geopolitik global mewarnai misi tersebut.

Permulaan misi SAR di Laut China Selatan dilakukan secara separa koordinasi iaitu negara yang terlibat pada ketika itu seperti Malaysia, Vietnam dan China hanya melaksanakan pencarian dalam perairan masing-masing sahaja.

Senario sebegini timbul kerana faktor geopolitik Laut China Selatan yang begitu sensitif di mana ketiga-tiga negara ini terlibat secara langsung dalam tuntutan bertindih sempadan maritim yang melibatkan gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel.

Malah pada satu ketika terdapat 26 negara terlibat secara langsung dalam misi SAR di Laut China Selatan yang mana faktor geopolitik kawasan tersebut diandaikan menjadi tarikan utama.

Aset utama misi SAR adalah kelengkapan ketenteraan seperti pesawat peninjau dan kapal perang. Kehadiran aset seperti ini yang dipunyai oleh negara kuasa besar seperti AS, China, Australia dan India di kawasan yang begitu sensitif sudah pasti mempunyai kesan jangka panjang terhadap geopolitik rantau tersebut. Hal ini kerana negara terlibat mahu mempamerkan kekuatan aset mereka kepada pesaing masing-masing.

Jika geopolitik MH370 membuka peluang kuasa besar menyerlahkan kemampuan aset ketenteraan masing-masing, terdapat juga beberapa ketika di mana kemampuan aset ketenteraan sengaja disembunyikan.

Paling ketara adalah data radar pertahanan beberapa negara seperti India, Thailand, Indonesia dan Australia yang dapat membantu menjejak penerbangan MH370 langsung tidak dihebahkan oleh negara terlibat. Ini kerana data radar pertahanan begitu sensitif kerana ia memberi ruang untuk mentafsirkan kemampuan sebenar radar tersebut.

Bukan saja data radar pertahanan dikekang penggunaannya, data daripada satelit pertahanan beberapa negara yang mempunyai kemampuan juga begitu terhad digunakan. Memang benar terdapat beberapa imej satelit digunakan dan dihebahkan kepada umum seperti maklumat daripada satelit AS, Perancis dan juga Thailand tetapi semuanya adalah satelit komersial yang mempunyai kemampuan optik agak terhad.

Apa yang dipersoalkan adalah data satelit yang mempunyai kemampuan optik lebih jitu terutama sekali satelit pengintipan yang dimiliki AS, Australia dan China langsung tidak digunakan dalam misi SAR MH370. Ini kerana seperti mana data radar pertahanan, hebahan data satelit pertahanan akan memberi peluang kepada pihak yang berminat membuat penilaian kemampuan sebenar satelit tersebut.

Penggunaan aset pertahanan seperti kapal peninjau P3 Orion milik Australia, P8A Poseidon kepunyaan AS dan Ilyushin dari China mempamerkan senario geopolitik terbaik di mana perasaan syak wasangka mampu dihindarkan buat seketika demi kepentingan waris penumpang MH370.

Tetapi sifat geopolitik yang agak keterlaluan memaksa penggunaan data radar pertahanan dan satelit digunakan secara kekangan terpilih demi menjaga kepentingan geopolitik masing-masing. Begitu ironis sekali apabila data radar pertahanan Malaysia digunakan sepenuhnya, masih terdapat tuduhan sinis yang mengatakan kerajaan menyembunyikan maklumat tertentu.

Tidak kurang menarik geopolitik MH370 apabila kerajaan Britain menyatakan akan menggunakan kapal selam berkuasa nuklear HMS Tireless dalam misi SAR di Lautan Hindi. Menarik kerana lokasi kapal selam lazimnya dirahsiakan dan kemampuan SAR kapal selam walaupun di dasar laut adalah begitu terhad. Sehingga hari ini tidak dapat dipastikan sama ada HMS Tireless sudah berada dalam kawasan operasi SAR di Lautan Hindi.

* Penulis ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Adakah PM Najib akan mengemas barisannya?

Posted: 19 Jun 2014 09:05 PM PDT



Oleh Hazlan Zakaria


Mula-mula kita dengar pertukaran menteri besar dan kini, kedengaran kisah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang akan berundur bagi memperkukuhkan parti Umno.Adakah ini dongengan atau akan benar-benar berlaku? Tunggu dan lihat.

Ketika satu persatu tokoh besar Umno bertukar, persoalannya: Adakah Perdana Menteri akan membuat perubahan besar bagi mengukuhkan kedudukannya sendiri?

Setelah dikritik dan diserang dari pihak dalaman parti, termasuk tokoh veteran Umno kerana kurang berpendirian tegas dan tidak menunjukkan pengaruhnya, Najib dilihat berdepan cabaran besar mengekalkan kuasa.

Diberitakan terdapat beberapa kumpulan yang diterajui pemimpin veteran yang turut disokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamda yang kurang senang dengan Najib dan mahunya berundur. Muhyiddin dilaporkan menjadi pilihan bagi menggantikan tempatnya.

Ironinya, ia seperti apa yang berlaku apabila Najib mengambilalih jawatan perdana menteri daripada tangan Tun Abdullah Badawi dahulu, di mana Muhyiddn memainkan peranan penting menyingkirkan Pak Lah.

Berita yang berlegar-legar daripada kumpulan di dalam Umno telah dibaca pemerhati sebagai kemungkinan Najib bakal disingkirkan dari berterusan memimpin parti Melayu itu, selepas pencapaian hambar di dalam PRU13 yang lalu.

Namun Najib secara senyap-senyap (atau mungkin penasihatnya) mengorak langkah menyusun kembali langkah agar beliau kekal memimpin Umno.

Sejak berita pertukaran barisan MB tersebar, sekurang-kurangnya satu jawatan MB telah bertukar tangan dengan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu. Ini kemungkinan diikuti dengan Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang mengambil langkah yang serupa.

Tokoh lama diganti dengan pemimpin baru yang menyokong kepimpinan Najib.

Berita kemungkinan Muhyiddin direhatkan daripada jawatan TPM bakal mengesahkan bahawa Najib sedang memperkemas barisannya sambil menyingkir pesaingnya.

Berita tersebut dipetik daripada blog Umno dan Muhyiddin dikatakan akan mengambil cuti daripada berpolitik kerana beliau mahu memperkukuhkan parti Melayu itu.

Penyokong tegar Najib dan sepupunya yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikhabarkan akan mengambil tempat Muhyiddin selaku TPM.

Cerita yang mungkin sukar diterima, seperti juga Ahmad menandatangani perjanjian bagi menjadi MB hanya bagi tempoh setahun selepas PRU13 dan Adnan dijangkiti bakteria yang menyebabkannya berundur atas sebab-sebab kesihatan.

Seorang blogger Umno dilaporkan mengulas tentangnya di laman Facebook, walaupun beliau kurang gemar dengan langkah menjadikan Hishammuddin TPM, sambil menggelarnya 'pondan'. Ini bermaksud beliau bukan pemimpin kuat yang mampu menjayakan agenda Umno.

Tetapi mungkin benar Najib sedang mengemas kedudukannya. Namun bukan mudah menyingkirkan Muhyiddin. Malah penyingkiran Ahmad turut memberi kesan kepada Najib dari segi kos, modal politik dan pengaruh.

Langkah Ahmad keluar parti hampir menyebabkan BN tumbang di Terengganu. Muhyiddin bakal memberi kesan lebih besar kepada Najib dan kumpulannya sudah tentu tidak bersetuju beliau digantikan dengan Hishammuddin  /http://bm.theantdaily.com

Tiada ulasan: