Jumaat, 20 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bintang-bintang bolasepak dunia kena jual di China

Posted: 20 Jun 2014 07:18 AM PDT


Sedang perlawanan Piala Dunia FIFA berlangsung, Song Chongxun, seorang tukang patung doh dari Suzhou, wilayah Jiangsu, mempunyai cara sendiri untuk meraikan kejohanan bola sepak itu.


 Dia mencipta patung bintang-bintang terkenal bola sepak daripada doh. Foto ini menunjukkan dia sedang tekun bekerja pada patung doh daripada bintang-bintang  bola sepak dunia yang terkenal pada 19 Jun 2014. [Gambar oleh Wang Jiankang / Asianewsphoto]

Malaysia hanya negara umat Islam - Dewan Ulama PAS

Posted: 19 Jun 2014 11:59 PM PDT

20 Jun, 2014. Dewan Ulama PAS beranggapan, Malaysia setakat ini bertaraf "negara umat Islam" kerana ia bukan negara sekular atau negara Islam, kata Ketua Penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar).

 Negara umat Islam, katanya, ialah negara yang diperintah oleh kuasa majoriti umat Islam tetapi kuasa Islam belum terpakai sepenuhnya.

 "Pelaksanaan Islam secara menyeluruh menerusi dasar-dasar bernegara belum terlaksana sepenuhnya. Itulah 'negara umat Islam'," kata beliau dalam satu kenyataannya.

 Isu bentuk negara Malaysia menjadi isu panas apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia bukan negara sekular atau Islam. Ia dibantah oleh DAP yang mendakwa Malaysia adalah negara sekular.

 Menurut Khairuddin, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang ditegaskan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan perlu diberikan maknanya yang sebenar menurut sudut pandang Islam sebagai ad-Din dan cara hidup bernegara.

 Ia boleh berlaku menerusi dua cara, iaitu pertamanya meminda peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi memperkasakan kuasa Islam dalam perlembagaan agar mendasari semua dasar urustadbir negara. 

 Kedua, menerusi keputusan hakim-hakim berjiwa Islam di Mahkamah yang memberi tafsiran yang betul terhadap peruntukan tersebut dalam kes mahkamah seperti kes pemakaian serban di sekolah sebelum ini, katanya.

 Katanya, usaha ini sangat penting bagi Malaysia supaya isu status Malaysia sebagai negara sekular atau negara Islam tidak menjadi perbahasan.

 Bagi ahli Parlimen Kuala Nerus itu, negara Islam ialah negara yang meletakkan dasar-dasar bernegaranya sama ada ekonomi, sosial, politik, jenayah, hubungan antarabangsa dan lain-lain adalah dasar-dasar Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah menerusi huraian para ilmuwan Islam yang muktabar.

 "Realiti amalan bernegara Malaysia hari ini sejak merdeka 1957 belum sampai ke tahap pelaksanaan Islam yang menyeluruh," katanya.

 Malaysia juga, katanya, tidak boleh ditafsirkan sebagai negara sekular sepenuhnya kerana adanya peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan.

 Begitu juga kedudukan Islam di peringkat negeri menerusi kuasa Mahkamah Syariah membuka jalan kepada pelaksanaan Islam.

 "Justeru, isunya ialah bukan status negara sama ada Islam atau sekular tetapi ialah usaha untuk memberi makna bagi Islam yang lengkap dan syumul bagi peruntukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan," katanya.

 Bagi beliau, ia menjadi kewajipan seluruh umat Islam sama ada yang berada di puncak kuasa atau sebagai rakyat yang mengundi memilih orang yang berkuasa untuk memberi makna yang signifikan untuk Islam di Malaysia. –  SUMBER

Bila Menteri dan Professor Kangkung tumbuh melata dalam negara

Posted: 19 Jun 2014 09:32 PM PDT


 Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Najib pada tahun 2012 pernah mengaku bahawa pendidikan di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di dunia, namun kata-katanya itu terbukti kosong sahaja.

Inilah jadinya bila para menteri dan professor kangkung tumbuh melata dalam negara.

Tidak ada sebuah universiti di Malaysia berjaya tersenarai ke dalam 100 The Asia University Rankings 2014 apatah lagi penarafan dunia!


Senarai yang dikeluarkan semalam, menyaksikan Universiti Tokyo mendakwa tempat teratas di Asia, diikuti oleh Universiti Nasional Singapura.

 Universiti Hong Kong, Seoul National University Korea Selatan dan Universiti Peking China muncul ketiga, keempat dan kelima masing-masing.

 Dua universiti Thai - Universiti Raja Mongkut itu of Technology, Thonburi, dan Mahidol University - juga membuat senarai, bersama-sama dengan 10 institusi India dan beberapa universiti dari Timur Tengah.

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak termasuk dalam senarai walaupun menduduki tempat ke-87 tahun lepas. 

Tiada ulasan: