Selasa, 10 Jun 2014

Cendawan MALAYA

Cendawan MALAYA


ISU LPHJ: KENAPA MESTI SULTAN..??

Posted: 09 Jun 2014 09:47 PM PDT

Majlis Raja-Raja Johor menjelaskan bahawa peruntukan dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 tidak memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor. Menurut Presiden Majlis Raja-Raja Johor menyebut ia juga bukan satu bentuk campur tangan Istana dalam bidang pentadbiran negeri.

Namun walaupun MB Johor telah memaklumkan bahawa "LPHJ bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)" yang digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, akan tetapi rakyat bimbang di sini amalan sebenar yang bakal berlaku sebaliknya nanti.

Campur tangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri akan menyebabkan institusi beraja tercemar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini. wallhuaalam

POLITIK ANTARA DUA DARJAT...

Posted: 09 Jun 2014 09:32 PM PDT


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya di sini...

Tiada ulasan: