Selasa, 10 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli Parlimen Kuala Terengganu diisytihar muflis, hanya fitnah macai saja rupanya..

Posted: 10 Jun 2014 08:15 AM PDT


Samada macai ini mahu meningkatkan aliran traffik ke Blog miliknya atau mengundang saman kerana menyebarkan fitnah, aku tak tahu..

Sebuah blog Pro-UMNO, Kedahnews hari ini melaporkan kononnya desas-desus bertiup kencang mengatakan Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk penggal ini ekoran khabar angin yang mengatakan penyandang ahli Parlimennya diisytihar muflis.

Sekiranya desas-desus yang menggemparkan itu benar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengumumkan kekosongan bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu dan seterusnya mengadakan PRK, bergantung kepada ketetapan perlembagaan negara, lapor blog itu.

Maka tak pasal-pasal kehidupan Ahli Parlimen yang dilaporkan oleh macai itu menjadi huru hara kerana tak putus-putus menjawab telefon..

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah menafikan khabar angin yang mengatakan beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

"Macam mana ia boleh tersebar pun saya tidak tahu. Saya tidak buat apa-apa pinjaman, yang ada hanyalah pinjaman membeli kereta sahaja," kata Raja Baharin.

Ahli Parlimen penggal pertama itu berkata, sejak jam 6 petang tadi, beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon mengenainya termasuk daripada pimpinan PAS dan juga wartawan.

Seorang wartawan sebuah stesen TV, kata Raja Baharin, memberitahu beliau, berita ini mereka mula dengar selepas tiga hari Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno bulan lalu.

"Nampaknya ia semacam usaha untuk mengalihkan pandangan daripada perkara lain sahaja," kata arkitek terkenal yang pertama kali menjadi calon PAS dalam pilihan raya umum lalu itu ~ The Malaysian Insider

Apalah macai-macai ni.. tak habis-habis dengan cerita rekaan, kalau tak menyusahkan orang tak apa jugak.. ini menyusahkan orang saja...

Penjelasan JAKIM mengenai logo 'Halal' pada Bihun Cap Masjid..

Posted: 10 Jun 2014 05:00 AM PDT


'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.


Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim ~ BERNAMA

Gambar-gambar yang menjijikkan dalam operasi pengeluaran kilang tersebut sila lihat di SINI

Kejamnya.. Rumah masih berpenghuni di Kampung Chubadak diroboh DBKL?

Posted: 10 Jun 2014 02:24 AM PDT


Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Bagi mendapat gambaran yang jelas, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menyusuri kampung berkenaan berikutan berlakunya pertikaman lidah di antara penduduk dan pemaju yang didakwa menceroboh kawasan kampung tersebut baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.

Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.

Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.

Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Menurut Ketua Kampung Chubadak Tambahan, Rahim Ali, sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.

Katanya, yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut.

"Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat kami langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu kami untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk menempatkan kami.

"Kami bukan setinggan. Kami adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan kami memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Chubadak.

Tambahnya, lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang telah dilancarkan pada tahun 2008 bersama-sama lima buah kampung lagi.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

"Saya hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang kami yang meneroka kampung ini satu masa dahulu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ramlee Ahmad, 38, memberitahu, keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.

Ujarnya, jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan. Tambahnya, berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.

Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

"Kalau tidak silap saya, sudah beberapa kali saya terpaksa berdepan dengan insiden di mana penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju.

"Namun apa yang membanggakan saya ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

"Jadi saya amat berharap, kerajaan dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini," tegasnya.

Bagi Siti Solehah Husaini, 44, walaupun dia telah beberapa kali ditangkap polis kerana menghalang kerja-kerja pembinaan yang dijalankan pemaju, dia tidak kisah asalkan tanahnya tidak tergadai.

"Setiap kali saya ingin berbincang dengan pemaju mengenai hak tanah ini, pastinya ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik sehingga menyebabkan pergaduhan dan yang terbaru ialah pada 21 Ogos 2008 lalu di mana anak saya juga ditangkap.

"Saya tidak tahu apakah kesalahan kami... memperjuangkan hak ke atas kampung sendiri daripada diceroboh pun dikira kesalahan sehingga boleh ditahan.

"Penduduk kampung sama sekali tidak menolak pembangunan yang hendak dijalankan tetapi biarlah dengan beradab memandangkan kami adalah pewaris kepada tanah ini," katanya.

Nada yang sama disuarakan oleh Rosidah Mohd. Daud, 43, yang mengakui bahawa masalah tersebut berlaku memandangkan penduduk tidak mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut milik mereka, berbeza dengan pemaju yang memiliki geran tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana pemaju memperoleh geran tanah tersebut sedangkan kami tidak mengetahui siapa yang menjual tanah ini.

"Apa yang kami tahu, kami mempunyai keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa kami mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya. 

Itu adalah apa yang telah dilaporkan mengenai Kampung berkenaan oleh Utusan Malaysia pada 25hb Ogos 2008 di SINI

Masa berganti masa, hari berganti minggu, minggu berganti tahun.. tiba-tiba pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.

Dikhabarkan pada waktu kejadian ada lagi 50 keluarga di sana.

Khabarnya, khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi, padahal, kes masih dalam bicara Mahkamah Tinggi.

DBKL dengan tidak memperdulikan dan memikirkan nasib penghuni-penghuni yang ada dengan lagak laksana tentera Israel bakal merobohkan rumah-rumah yang ada..

Dikhabarkan juga selama ini penduduk-penduduk di Kampung ini begitu setia kepada UMNO tapi ini bukan soal politik.. ini soal perikemanusiaan..

Walaupun mereka menyokong UMNO/BN, mereka juga punya hak untuk hidup selesa walaupun tak selesa seperti dua ekor Panda dari China itu..


Sumber gambar dari Facebook Mazlan Aliman

Ooo.. Patutlah BN menang di Teluk Intan..

Posted: 09 Jun 2014 11:40 PM PDT


Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan kongsi gelap dalam pilihan raya sebelum ini.

"Mungkin itu yang dilakukan selama ini. Bukti, saya tahu ada yang beroperasi di Teluk Intan, Ipoh, Pulau Pinang," katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.

PRK Teluk Intan menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud lapor The Malaysian Insider


Oooo... patutlah BN menang...

Cuma yang pelik sikit dalam hal ini ialah Zahid Hamidi mengaku dia kenal dan tahu ada kegiatan Kongsi Gelap tapi kena tak ditangkap mereka-mereka itu?

Adakah Kongsi Gelap telah dibenarkan penubuhannya dinegara ini atau kata-kata Zahid itu hanyalah 'Tin Kosong' sebagaimana beliau mendakwa akan mendedahkan dalang insiden Lahad Datu dan juga bukti-bukti gred A yang mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah?

Lama dah rasanya... atau aku yang terlepas pandang pendedahan Zahid mengenai dalang Lahad Datu dan Syiah itu?

Ada logo 'Halal'.. Tapi tengoklah sendiri proses pengeluaran Bihun ni..

Posted: 09 Jun 2014 08:32 PM PDT


Gambar-gambar berikut tersebar di WhatsApp dan Facebook, Ianya merujuk kepada proses pembuatan dan pembungkusan bihun Cap Masjid.

Aku tak pernah beli bihun jenama ini. Tapi memang menjijikkan gila la dorang proses bihun neh. Nak muntah aku tengok.

Ada cop halal namun statusnya diragui pengesahan dari JAKIM diperlukan dalam hal ini.

Jika ianya terbukti palsu atau telah dibeli pihak JAKIM perlu mendakwa syarikat tersebut sebab menyalah gunakan cop halal bagi tujuan mengelirukan pengguna dan mengaut keuntungan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu memeriksa premis tersebut bahkan tak silap aku tugas-tugas menyerbu dan memantau ni dalam bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kot sebab ia melibatkan pengguna.

Ambil tindakan tegas dan tutup terus kilang kotor ni.

Lihat gambar-gambar yang tersebar...



Sumber dari SINI

Mana pinjaman mudah RM100 juta untuk peniaga pasar malam itu wahai Najib?

Posted: 09 Jun 2014 05:30 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjanjikan skim pinjaman mudah RM100 juta dalam Belanjawan 2014 tetapi wangnya masih tidak kelihatan, dakwa seorang anggota Parlimen DAP.

Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) berkata, beliau cuba mencari skim untuk untuk kawasan parlimennya tetapi dimaklumkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bahawa ia masih belum dilancarkan.

"Sejak belanjawan itu diluluskan di parlimen pada Disember tahun lalu, hingga hari ini, dana itu masih belum bermula.

"Saya tanya BSN berhubung permohonan skim itu tetapi mereka kata tidak menerima sebarang peruntukan untuk memulakan skim itu," kata Khooi.

Dalam Belanjawan 2014, Najib berkata, bagi membantu peniaga pasar malam, kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta bawah kendalian BSN.

Katanya, skim pinjaman mudah itu akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga RM30,000.

Kemudahan itu, menurutnya lagi, bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan ~ Malaysiakini

RUU Lembaga Perumahan Johor : A Kadir Jassin sindir siapa ni?

Posted: 09 Jun 2014 03:30 PM PDT


RANG Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua 38 Adun Barisan Nasional menyokong dan semua 18 Adun Pakatan Rakyat dilaporkan "tidak mengundi".

Tetapi siapa rakyat hendak percaya. Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli, dilaporkan berkata Sultan bukan orang di belakang rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu dilaporkan memberi kuasa kepada Sultan dan dikritik keras oleh banyak pihak di dalam dan luar Umno.

Seandainya betul Sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno Khaled Nordin?

Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!

Atau ini cerita sorong papan tarik papan. Buah keranji dalam perahu versi politik ajaib era Mohd Najib Abdul Razak?

Sorong papan tarik papan. Buah keranji dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu.

Abdul Rahim memberi tahu sidang akhbar di Johor Baru, Sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu (yang kononnya ditulis semula untuk mengurangkan kuasa Sultan) dikarang oleh kerajaan.

"Bukan Sultan (yang mewujudkan rang undang-undang itu). Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri. Adalah hak kerajaan negeri mencadangkan mana-mana undang-undang yang boleh membawa manfaat kepada rakyat," kata beliau.

Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi.

Gurindam kanak-kanak zaman dulu. Abc keladi hutan. Tikus mati kucing makan.

Gurindam politik 1Malaysia macam-macam ada. Abc keladi hutan. Kucing kembiri tikus jadi tuan.

~ A Kadir Jassin

Tiada ulasan: