WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Setujukah Anda Guna Kemudahan Yang Disediakan Kerajaan Tetapi Berbeza Ideologi Politik Dianggap Pengkhianat & Tidak Bersyukur?
- MAS bakal jadi PKFZ?
- TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?
- Dyana to Shahrizat: I won't betray the people
- LANGGAR BIAR MAMPUS...MENYEMAK SAJA...AKAI TAK DAK
Posted: 20 May 2014 06:03 AM PDT Adakah apabila kerajaan Selangor yang menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, mereka wajib sokong kepada kerajaan PR? Atas nama terima kasih? Begitu juga apabila kerajaan Malaysia sediakan sekolah, universiti maka adakah rakyat Malaysia wajib menyokong kerajaan UMNO & Barisan Nasional. Jikalau tidak, akan digelar pengkhianat? Apakah apabila rakyat masuk ke universiti awam @ menggunakan air percuma, maka rakyat tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah? Hakikatnya kepada kedua-dua persoalan di atas, taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan. Ini yang sebetulnya. Ya. Benar. Dalam Islam kita dinasihatkan untuk taat kepada umul amri. Tetapi ada syarat dan batas-batasnya yang mana Ulil amri itu adalah :
Di Malaysia atau mana-mana di dunia sekalipun tidak ada yang maksum dan sehabis adil. Tetapi di dunia ini kita dapat lihat contoh pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil kepada rakyatnya VS dengan yang sangat tidak adil yakni terang-terang melanggar hak rakyat. Jadi, pada waktu si pemimpin ini melakukan kesalahan, Berita Semasa tidak melihat rakyat perlu mentaati membuta tuli. Suara Anak Muda Hari IniAnak-anak muda hari ini cukup-cukup berbeza sehingga mampu memberikan ancaman besar kepada parti politik yang tidak mampu atau masih terkial-kial dengan cara politik lama dalam pada masa yang sama "menyerap kebangkitan" kebangkitan & aspirasi serta harapan anak muda hari ini. Anak muda apabila sel sel otaknya saling berhubung, campaklah ke mana msahaja hatta di universiti komunis sekalipun tetap akan teguh pendirian dan berdikari pemikirannya ibarat seperti : Inilah jadinya apabila patriotik disalahertikan. P/S : Jangan diharap apabila taat tidak boleh sama sekali boleh dikritik @ dikutuk pula kan? BUDAK YANG ADA FIKIRAN YANG BIJAK PP/S : Kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia, jika kita mahu anak muda hari hari ini menyokong kerajaan anda yang memerintah, berubahlah pendekatan dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik & kenyaatan memalukan diri sendiri atas nama mahu mengekalkan kuasa "dulu, kini dan selama-lamanya" MACAI SAJA TAK BOLEH FIKIR PPP/S : Sesebuah kerajaan itu hidup atas duit rakyat, kekayaan hasil mahsul negara & amanah yang diberikan oleh rakyat. Walaupun berbeza ideologi, semua rakyat perlu menunaikan kewajiban membayar cukai. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memangkah yang mana satu. Pemimpin parti politik boleh menarik undi, tetapi jangan sesekali menghalang kehendak & harapan rakyat……Bagaimana dengan lontaran pendapat anda pula? |
Posted: 20 May 2014 05:58 AM PDT MAS bakal jadi PKFZ?(Oleh: Fiza Halim)KUALA LUMPUR 19 MEI: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail bimbang kerajaan akan menerbitkan bon bagi menyusun semula hutang dan kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Katanya, keadaan ini sama sepertimana berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila projek itu mengalami kerugian berbilion ringgit. Menurut Azan, kenyataan menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan membantu MAS, membayangkan usaha untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu. "Biasanya apabila berlakunya penswastaan akan ada penyusunan, ada pihak yang membeli dan mendapat komisen (penswastaan). Apabila PKFZ nak diswastakan, bon jangka panjang dikeluarkan dan dijamin oleh kerajaan bernilai berbilion. "Saya bimbang jika MAS akan ikut langkah PKFZ di mana kerajaan jadi penjamin dan akhirnya menanggung kerugian," katanya menambah keadaan sama turut berlaku kepada Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad sebelum ini. Katanya, dalam muka surat enam, buku belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen, menyatakan jumlah bon jaminan dan hutang jangka panjang yang dijamin kerajaan mencecah RM421 bilion dan angka itu dijangka semakin meningkat. MAS pada 15 Mei lalu melaporkan kerugian RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta. Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang 2013, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012. Menurut Azan, MAS sepatutnya meneliti kaedah jangka panjang seperti mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan serantau, bagi memperkukuh kedudukannya tanpa terus menswastakannya. Malah katanya, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman sebelum ini turut mencadangkan MAS mengkaji pelan perniagaannya terlebih dahulu, sebelum syarikat itu diswastakan. Tambah beliau, MAS memiliki aset berharga bukan sahaja dari segi aset penerbangan malah aset bernilai tinggi seperti hartanah, bangunan dan sebagainya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61627 |
TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik? Posted: 20 May 2014 05:57 AM PDT TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?(Oleh: Fiza Halim)KUALA LUMPUR 17 MEI: Biro Kepenggunaan KEADILAN mempersoalkan bagaimana Tenaga nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sedangkan syarikat tersebut setiap tahun mencatat keuntungan bersih berbillion ringgit. Pengerusinya, Yahya Sahri berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan. "Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk menggunakan elektrik ini, jadi saya tak nampak dari aspek apa yang TNB ini rugi," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41 bilion tahun sebelumnya. Tambah Yahya, kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian bertambah. "Sekarang ini ekonomi negara kita di tahap yang parah, kemungkinan besar TNB sumber menampung hutang negara. Dengan cara ini, dana dapat dikumpulkan dengan cepat dan kerajaan akan gunakan untuk tanggung kos hutang tersebut," jelasnya. Beliau turut menjelaskan bahawa, kenaikan ini akan membebankan rakyat yang terpaksa membayar eletrik dengan harga yang tinggi, dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran Najib. "Rakyat akan terus hidup susah di bawah pentadbiran Najib. Najib akan sentiasa mengeluarkan kenyataan pelik yang akan mencelarukan hidup rakyat, PM ni bukan nak jaga rakyat tapi nak hancurkan rakyat habis-habisan," ujarnya. |
Dyana to Shahrizat: I won't betray the people Posted: 20 May 2014 05:47 AM PDT tak payah dok komen la....hangpa tak laku pun... |
LANGGAR BIAR MAMPUS...MENYEMAK SAJA...AKAI TAK DAK Posted: 20 May 2014 05:45 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan