Rabu, 21 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Khairy Juga Tiada Pengalaman & Pernah Sertai Acara Ala "Ratu Cantik"

Posted: 21 May 2014 01:01 AM PDT


Khairy pun tiada pengalaman jadi menteri

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar pengundi Teluk Intan menolak calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya kerana beliau masih muda dan kononnya tidak berpengalaman.

Bagi Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Khairy sendiri tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai menteri ketika dilantik menyertai kabinet tahun lalu.

"Hakikatnya, kita semua adalah orang baru yang tidak berpengalaman, sehinggalah diberi peluang. Sebelum Khairy menjadi menteri pada tahun 2013, beliau juga tiada pengalaman.

"Adakah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya itu satu keputusan yang salah?" kata mereka dalam satu kenyataan bersama dipetik Roketkini.

Mereka percaya lebih penting untuk Khairy menilai prestasinya sendiri sebagai menteri sejak setahun ini, memandangkan itu adalah kali pertama beliau menjawat jawatan itu.

"Bagaimanakah Khairy menilai prestasinya? Jika gagal, bila beliau akan meletak jawatan?

"Jika beliau rasa prestasinya bagus, apa yang membuatkannya fikir Dyana tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi mandat?" soal mereka lagi.

Dyana sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama setahun.

Dalam sidang media semalam, Khairy juga berkata, jika menang pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana selaku Ahli Parlimen DAP tidak akan memiliki akses kepada agensi-agensi persekutuan.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu ugutan, mereka mengingatkan Khairy bahawa tugas kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya kepada pengundi mereka di kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.

"Ia adalah satu ugutan terbuka yang angkuh. Jelas, Khairy juga terperangkap dalam politik 'I help you, you help me.'

"Walaupun popular dan dianggap bintang dalam Umno, beliau gagal memupuk politik baru yang mengutamakan tadbir urus yang baik, keadilan dan kesamaan.

"Berbeza dengan Dyana yang berikrar terhadap politik baru, seperti memecahkan tembok perkauman dan agama. Walau pun masih baru, beliau sememangnya harus diberi peluang," kata mereka lagi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Parlimen Teluk Intan mempunyai komposisi pengundi yang hampir seimbang iaitu 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana dicabar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam PRK kali ini.

Mah, 53, ialah penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004..

ULASAN GB

Khairy Jamaluddin juga tidak berpengalaman, malah Khairy Jamaluddin juga yang pernah menyertai satu acara ala "Ratu Cantik" - dengan catwalk bersama isterinya menggayakan pakaian batik.

Mahu cakap orang, sekarang terkena batang hidung sendiri....hipocricy of the highest degree!






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO & BERGAMBAR] Dyana Sofya - Kehadirannya Yang Menggemparkan

Posted: 20 May 2014 09:15 PM PDT


Ramai yang tidak sedar dan meluapai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. Dan kehadiran serikandi anak Perak (negeri aku tu) untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa 'air' sudah bah tetapi 'pasir' yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana 'mengejut dan memeranjatkan' banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. Serupa juga dengan kemunculan Nurul Izzah dalam PRU12 yang lalu. Media sosial telah memberikan liputan yang cukup meluas kepadanya yang menyebabkan media arus perdana seolah-olah 'terkapai-kapai' cuba mengahadapi gelombang yang luar biasa ini. Samada media sosial tajaan UMNO (BN) atau media arus perdana hanya boleh 'menentang' dan 'menghentam' dari berbagai-bagai sudut mengenai Dyana sedangkan media sosial bebas pula terus menerus 'menaja' calon ini dengan memamaprkan kualiti yang dimiliki oleh calon berkenaan tanpa menokok tambah.

'Excitement' yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam 'ring' di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaa politik tanah air yang 'menyamankan'.

Ini berkemungkinan bermakna bahawa rakyat sudah agak bosan melihatkan telatah wakil rakyat yang rasuah dan tidak menjalankan tugas dalam erti kata yang sebanrnya. Maka dengan kehadiran Dyana mereka mengharapkan agar memberikan tambahan tenaga baru kepada yang sedia ada seperti Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Pada peringkat awal Dyana telah menunjukkan kematangannya apabila berhadapan dengan kritikan-kritikan (yang melampau) dari pihak lawan apabila sudah muncul blog-blog yang cuba memfitnah beliau dengan menampailkan gambar seorang model Filipina dalam keadaan yang agak menjolok mata, yang dituduh sebagai gambar beliau. Cara tindakannya menangani isu berkenaan telah memberi keyakinan banyak pihak bahawa 'anak muda' ini akan melangkah lebih jauh.

Dan cara beliau membalas kenyataan DS Shahrizat juga menampakkan kecerdikannya apabila mengatakan, "I ask that she learns from my mother who herself is an Umno member but has realised that my candidacy by the DAP heralds a breakthrough for young women in politics, especially for young Malay women, who have long been held back by an inflexible, patriarchal structure in Umno. It is precisely this sort of negative attitude that originates from the crop of BN women leaders that has constantly robbed women of opportunities to lead in this nation" (Malaysiakini, May 18, 2014)

Bagi aku Pakatan Rakyat sudah mendahului zaman. Kemasukan Nurul Izzah bertanding di parlimen Lembah Pantai telah memberikan kejutan kepada banyak pihak. Ramai pada mulanya yang merasakan bahawa Nurul akan kehilangan deposit bertembung dengan DS Shahrizat pada ketika itu. Tidak terfikir oleh sesiapa pun pada ketika itu bahawa Nurul berjaya menewaskan Ketua Wanita UMNO berkenaan. Dan YB Nurul pada ketika itu baru berusia dalam lingkungan tiga puluhan. Jelas sudah menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa rakyat sudah mula mahu melihat perubahan berasaskan pertandingan Shahrizat-Nurul itu.

Pengundi, golongan muda khususnya mahukan orang muda menjadi calon mereka.

Mereka tidak memilih jantina untuk menjadi wakil rakyat mereka. Yang dipentingkan oleh mereka ialah bahawa calon yang bertanding mesti 'bersih'

Kini Dyana Sofia pula akan 'berentap' dengan Timbalan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong. Dari segi usia jelas menunjukkan bahawa Mah lebih berumur dari Dyana. Namun Dyana memiliki kualiti istemewa yang membolehkan beliau meyakinkan kepimpinan DAP meletakkan beliau (Melayu pulak tu) bertanding di situ.

"The party (DAP) has nominated me precisely because I strongly believe in the ideals of justice, equal opportunity and good governance' katanya. Dan beliau telah menjawab balik tuduhan yang dilemparkan oleh DS Shahrizat kepada beliau. "Shahrizat and Puteri Umno should not belittle my intelligence and my ability to tell the difference between BN which protects the interest of the rich and powerful, and DAP which protects the rights of ordinary Malaysians, regardless of race, religion or creed," she said.(Malaysiakini May 18, 2014).

Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia. Jikalau sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa DAP adalah merupakan parti yang dimonopoli oleh masyarakat Cina, maka dengan kemasukan beberapa orang calon Melayu akhir-akir ini telah dapat mengubah pandangan masyarakat Malaysia bahwa sebenarnya Pakatan Rakyat, memperjuangkan rakyat Malaysia keseluruhannya dan bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Apatah lagi apabila melihatkan penglibatan secara aktif parti komponan Pakatan Rakyat ( PAS dan PKR) dalam PRK Jelutung dan Teluk Intan.

Pakatan Rakyat mungkin sudah berpengalaman apabila melihat tentang sambutan penuh semangat pengundi muda di PRK Kajang baru-baru ini. Telah terbukti bahawa orang muda dari berbagai kaum sudah mula memainkan peranan penting dalam perjuangan politik tanah air kini. Mereka sudah mula mengorak langkah seolah-olah memberikan isyarat kepada 'orang lama' bahawa mereka berhak menentukan nasib masa depan bangsa dan negara. Dan dengan sebab itu jugalah DAP mengemukakan caln muda di Gelugur dan calon muda (wanita) di parlimen Teluk Intan.

YB Khairy Jamaluddin seharusnya mengalu-alukan kehadiran Dyana Sofya dalam gelanggang yang diceburinya ini kerana beliau akan menolong melengkapkan rangkaian orang muda di arena politik tanah air (walaupun berlainan parti). Kini sudah sedia berada di parlimen tokoh-tokoh muda yang menjadi harapan bangsa sperti YB Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah dan sekiranya diizinkan Tuhan dengan kemenangan Dyana nanti akan menambahkan lagi tenaga muda yang akan mencerahkan lagi suasana politik di Malaysia. -abuhassanadam

FOTO & VIDEO DYANA SOFIA SEKITAR KEMPEN PRK TELUK INTAN
kredit: wargamarhaen













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Mahasiswi Malaysia Diculik & Dirogol Semasa Keluar Wang Di ATM

Posted: 20 May 2014 04:01 PM PDT


Jakarta: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran kampus Jatinangor, Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, awal pagi Sabtu lalu.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

"Dugaannya pelaku empat orang," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.

Laporan itu bagaimanapun menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung. -astroawani


Mahasiswi Malaysia diculik, rogol

Jakarta : Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mahasiswi itu kini dirawat Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Katanya, selain diculik dan dirogol, mahasiswi itu turut cuba dibunuh oleh kumpulan suspek berikutan ada kesan jerutan di leher mangsa.

Beliau berkata, mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

"Kami sudah meminta polis di Jakarta untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian ini," katanya.
-HM


Mahasiswi Unpad Asal Malaysia Tak Kenali Pelaku Pemerkosaan


Cimahi - Mahasiswi Unpad asal Malaysia yang diduga menjadi korban perkosaan mengaku tak mengenali para pelaku yang tega melakukan perbuatan keji pada dirinya.

Hal itu dikatakan korban saat memberikan keterangan pada polisi. Saat ini, korban masih berada di RS Hasan Sadikin untuk mendapatkan perawatan karena masih dalam kondisi shock.

Hal itu diungkapkan Kapolres Cimahi AKBP Erwin Kurniawan saat ditemui di Mapolres Cimahi Jalan Raya Cibabat, Selasa (20/5/2014). "Kami sudah meminta keterangan di RS. Ya, pengakuan korban dirinya diperkosa," ujar Erwin.

Selain pengakuan korban, polisi pun akan menunggu hasil visum et repertum korban. "Kita tunggu hasil visumnya," katanya.

Erwin mengatakan, korban keluar dari kosnya di kawasan Jatinangor pada Jumat (16/5) sekitar pukul 20.00 WIB. Saat itu korban akan mengambil uang ke ATM di dekat kampusnya.

"Saat melewati lorong gelap, dia dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenalnya. Lalu dia ditarik dan dimasukkan ke dalam mobil," terangnya.

Kemudian sekitar 6 jam kemudian sekitar pukul 03.00 WIB Sabtu (17/5/2014) dini hari ia ditemukan warga di tempat parkir RM Grafika di Jalan Raya Tangkuban Parahu Desa Cikole Kecamatan Lembang Kabupaten bandung Barat.
-detiknews








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: