Ahad, 18 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MH370 – Seseorang sedang sembunyikan sesuatu – Tun Mahathir

Posted: 18 May 2014 12:45 AM PDT

MH370 – Seseorang sedang sembunyikan sesuatu – Tun Mahathir

 
Tun Mahathir berkata MAS dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing, pembuat pesawat ini dan juga CIA Amerika.
Tulis Dr Mahathir di blog Chedet hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.

"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tulis Dr Mahathir.

Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau "ping" daripada kotak hitam.

"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis bekas PM itu.

Beliau juga menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai "sistem pendaratan auto anti keganasan".


"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," kata Dr Mahathir dipetik The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: