Isnin, 19 Mei 2014

bumiperak

bumiperak


Dyana Sofya mula pamer ketangkasan bidas serangan lawan

Posted: 18 May 2014 07:12 AM PDT

Semangat dan tenaga muda Calon DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kian menyerlah bagi membidas dan menbalah serangan lawan dari BN. Shahrizat semalam berkata beliau bersimpati dengan Dyana yang didakwanya diperalatkan oleh DAP dan menjadi "boneka" DAP.

"Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan." kata Shahrizat.

Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.

"Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini," ujar Dyana dipetik Roketkini.

Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.

"Jika saya memilih Umno, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang," tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.

Menurut Dyana, beliau tahu bagaimana untuk membezakan perjuangan BN yang mempertahankan kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, berbanding perjuangan DAP yang mempertahankan hak rakyat biasa tanpa mengira keturunan dan agama.

"Parti telah mencalonkan saya kerana saya benar-benar percaya dengan keadilan, peluang saksama dan urustadbir yang baik," ujar gaduan bidang undang-undang UiTM berusia 27 tahun itu.

"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.

"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.

"Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini," ujar Dyana.

Harakahdaily/Roketkini 

Tiada ulasan: