Ahad, 18 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Kami percaya ..

Posted: 18 May 2014 06:05 AM PDT

"Sebelum jadi YB ADUN/MP, pakai kereta apa?". 
"Proton Datuk Seri."
"Sekarang?."
"Sekarang ni Mercedes ada,BMW pun ada."
"Nak pakai kereta Proton balik?."
"Tak mau Datuk Seri."
"Kalau tak mau,pi balik duduk diam-diam."
"Baik Datuk seri."
Pokoknya kami percaya kenapa Mat Said buat U turn..
KUALA LUMPUR 16 MEI: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said didakwa tidak ada pilihan selain kembali ke pangkuan Umno sekiranya tidak mahu kes rasuah melibatkannya diteruskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .
SHAMSUL_ISKANDARKetua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan Ahmad Said membuat 'pusingan u' menimbulkan spekulasi beliau diugut pihak tertentu yang mahu membuka semula kes berkenaan.
"Tindakan Mat Said telah timbulkan kesangsian dan persoalan kepada semua orang selepas berhubung dengan (perdana menteri) Najib (Razak) (untuk menyertai semula Umno).
"Mungkin berlaku ugutan kerana melawan kehendak PM dan Umno BN, di mana siasatan kes SPRM beliau (Mat Said) akan diteruskan," kata Shamsul.
Selain itu, katanya terdapat maklumat bahawa beberapa fail melibatkan pentadbiran Ahmad Said dihilangkan dengan sengaja oleh pihak tertentu.
"Saya desak SPRM untuk memantau perkembangan dan mulakan siasatan segera atas kes rasuah Mat Said," tegasnya.
Pada 21 Februari lalu, tiga pemimpin Pakatan di Terengganu menyerahkan dokumen berkaitan salah laku dan penyelewengan projek kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ahmad Said kepada SPRM di Kuala Lumpur.
Tiga Adun berkenaan ialah ADUN kawasan Batu Burok, Syed Azman, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan wujud pemberian habuan kepada tiga Adun Umno yang mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas, sebelum 'merujuk' semula kepada parti itu.
Ia susulan kenyataan Badan Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 yang mengesyaki berlaku tipu helah melibatkan rasuah wang dalam usaha menyelesaikan kemelut di Terengganu, apabila BN hilang penguasaan majoriti di negeri itu.
Menurut Shamsul, sekiranya wujud politik wang, ia menunjukkan kegagalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selama ini melaungkan slogan transformasi untuk membendung rasuah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61580

Tiada ulasan: