PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
Kebuntuan politik di Terengganu, Ahmad Said keluar Umno lepas letak jawatan MB Posted: 12 May 2014 07:08 PM PDT KerajaanTerengganu buntu dan semakin goyang. Ahmad yang mula menjadi MB pada 2008 letak jawatan dan keluar UMNO. Katanya juga lebih ramai Adun Umno akan keluar parti tidak lama lagi – menambahkan lagi tekanan politik kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang diserang kerana kelemahan kepimpinannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Insya-Allah ada lagi," katanya dipetik daripada portal berita Malaysiakini. Salinan surat peletakan jawatan Ahmad disiarkan oleh portal berita Astro Awani. Difahamkan, Adun Kijal itu akan bertemu media hari ini untuk menjelaskan mengapa beliau keluar Umno. Ahmad dilaporkan kecewa dengan keputusan Najib untuk menggugurkannya semalam. "Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM kenduri kahwin anak saya pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri. "PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya dipetik daripada Malaysiakini. Ahmad menjadi tajuk utama berita baru-baru ini kerana lawatan kontroversinya ke Antartika bagi memperlajari perubahan iklim di kawasan ais itu. Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar. Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia. Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib. Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu. Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas. "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi. Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI. Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi. Dengan perkembangan terbaru ini, Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1). Maklumat belum rasmi: Terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno menjadi YB Bebas di Terengganu.. Baki 6 lagi kerusi disandang: 1. YB Dato seri ahmad said Bekas Menteri Terengganu-Dun Kijal 2. YB Ghazali - Dun Ajil 3. YB Dato Mat jidin - Dun permasuri 4. YB ir Rosli - Dun Kemasik 5. YB Nawi - Dun Hulu Besut 6. YB Roslee Daud - Dun Bukit Besi Semakin menarik perkembangan krisis politik Umno Di Terengganu... Apakah akan terbentuk Kerajaan Pakatan Rakyat di sana... Atau pun hanya sekadar bermain tarik tali tawar menawar dari Abg Mat Said dan Konco2nya selepas di gugurkan dari MB dan keluar dari Umno berkuatkuasa Semalam... Sama2 Kita Saksikan... Apapun Umno Bn Terengganu Sudah Goyang Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk. Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi 'mesra Pakatan Rakyat', besar kemungkinan episod yang berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu. Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP menjadi 'mesra BN', apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat? Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB), yang kemudiannya keluar dari parti UMNO, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi. Peguam Syahredzan Johan yang mengulas perkara tersebut berkata situasi di Perak membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berulang di Terengganu. Tambah beliau, jika terdapat undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri. Namun Syahredzan turut berkata dalam kes di Perak, seseorang Menteri Besar boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN. "Saya masih belum berkesempatan untuk menelaah perlembagaan Terengganu, tetapi saya yakin peruntukannya berkenaaan dengan perlantikan dan kehilangan sokongan seseorang MB dan EXCO-nya adalah sama dengan perlembagaan negeri-negeri lain," kata beliau. Berikut adalah antara ulasan Syahredzan mengenai situasi di Terengganu yang dimuat naik di Twitter dan Facebook beliau:
|
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan