Isnin, 12 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Pagi ni dah makan belum?

Posted: 12 May 2014 04:23 PM PDT



Difahamkan, Pemuda Umno Terengganu membantah tindakan Putrajaya menukar kerusi menteri besar kepada Razif dan mengugut mengadakan mogok lapar selama seminggu sekiranya Ahmad Said diturunkan.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..Kah.. boleh kah tak makan minum satu minggu?!

Mat Said kata "Janji Pariah"

Posted: 12 May 2014 06:54 AM PDT


Mat Said dijanjikan kekal  jawatan MB oleh Datuk Seri Najib.
Ia diumumkan Najib semasa mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur hujung bulan lalu.
"Tidak akan ada pertukaran jawatan menteri besar. Kita berpegang kepada janji Datuk Najib. Datuk (Seri) Najib kata tidak akan tukar menteri besar Terengganu.
"Kita nak percaya Datuk (Seri) Najib atau orang lain..Datuk Najib buat pengumuman ini dalam mesyuarat MT Umno dua minggu lalu," kata Abdul Rahman lagi.
Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Terengganu berkata, Najib sendiri berjanji akan mengekalkan Ahmad sebagai MB."Saya tidak dengar sebarang perubahan baru selepas pengumuman perdana menteri itu. Pertukaran Datuk Ahmad hanya khabar angin.
Tak sampai 2 minggu selepas itu..
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] - Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.    
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. Mat Said sudah kena main lahh ..mana orang-rang mat Said yang dah bagi warning dekat Najib? Kata nak join PAS kalau Mat Said digugurkan..

Tiada ulasan: