Selasa, 13 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[TERKINI] ADUN Bukit Besi Keluar UMNO. BN Tumbang Di Terengganu? -updated

Posted: 13 May 2014 01:26 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3. -BH


Lagi keluar Umno, k'jaan minoriti di T'ganu

Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.

Hari ini, ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.
-mk






ULASAN GB

Kalau dilihat dari segi teknikalnya, UMNO BN sudah tumbang di Terengganu, BN 14, PR (PAS + PKR) 15.

Tiga Bebas - tidak dipastikan condongnya ke mana.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[BOM MELETUP] Ahmad Said & ADUN Ajil Keluar UMNO - Ulasan GB

Posted: 12 May 2014 06:21 PM PDT


Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas. -astroawani

ULASAN GB

GB sudah ulas banyak kali di dalam hal ini.

Kejadian-kejadian bangunan runtuh di Terengganu mempunyai "maknanya" yang tersirat - bahawa UMNO BN bakal runtuh. Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Kemelut perlantikan Menteri Besar di Terengganu selepas PRU-12 pada hakikatnya adalah akibat daripada kemenangan yang tidak diberkati Allah. Melalui penipuan pengundi terancang @ hantu dan pemalsuan kad pengenalan, BN telah mencapai kemenangan yang agak selesa di Terengganu. Tetapi kemenangan yang tidak diberkati itu akan tetap runtuh akhirnya....

Begitulah juga nasib kerajaan Pusat UMNO BN di Putrajaya. Kemenangan dengan penipuan itu tidak mampu bertahan lama. Hanya menunggu masa dan ketika!





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Terengganu Dapat MB Baru, Namun Terengganu Tetap Darul-Runtuh

Posted: 12 May 2014 02:47 PM PDT


SAtap Sekolah Runtuh Mengiringi Pelantikan Bekas Guru Sebagai MB

Ramli Abdullah berkata,"Masa saya kecil-kecil dulu boleh (di) kata (kan) kontraktor (daripada kaum) Cina belaka, tapi tak dengar pula bangunan runtuh, Le ni (sekarang) kontraktor ramai Melayu Islam pulok, banyak pulok bangunan runtuh,".

Muhamar Yusnizan Yusof pula memberi komen, "Runtuh lagi!"

Mukrimah Abdullah menegaskan gelaran Darul runtuh kepada negeri Terengganu Darul Iman, yang telah mengalami bepuluh-puluh kejadian bangunan dan binaan yang runtuh.

Manakala, Dahlan Kassim mendakwa, ia runtuh kerana "kroni punya pasal la jadi begini."

Ray Mitie mengeluh sambil berkata, "runtuh sokmo la…….."

Shaikh Salmin Mohamad Al-kathiri pula menyimpulkan, sebahagian bumbung Sekolah Menengah Sri Nilam yang runtuh pula itu, adalah sempena perlantikan Menteri Besar baru negeri Terengganu.

Komen-komen tersebut dinyatakan oleh rakan facebook buletinonline, sejurus selepas gambar SMK Seri Nilam dimuat naik ke laman sosial itu.

Akhbar-akhbar melaporkan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Desas-desus sejak setahun yang lalu, yang sentiasa dinafikan oleh Umno Terengganu, kini sudah menjadi kenyataan.

Ahmad Said menerima nasib seperti yang dirasai oleh penyandang terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh, yang dipecat oleh pihak istana kerana 'ketidakserasian' hubungan.

Namun tidak pula dinyatakan, mengapa Ahmad Said dipecat.

Semasa Idris dipecat, para penyokongnya meluahkan rasa amarah menempelak pihak istana dengan menaikkan kain pemidang, "kami nak Deris menatang"

Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa kain rentang telah dipamerkan oleh pihak-pihak yang menyokong Ahmad Said.

Antaranya, sehelai kain rentang yang bertulis, "pemuda Umno akan bermogok lapar" seminggu sekiranya Ahmad said diturunkan.


Maka selepas ini, pastikan para pemuda Umno yang gagah berani itu 'bermogok lapar beramai-ramai' kerana majlis angkat sumpah MB baru sudah rasminya akan didakan di istana Syarkiah Kuala Terengganu.

Sistem pesanan ringkas SUK Terengganu yang beredar, dirakam menjemput semua pembesar-pembesar negeri Terengganu ke Majlis tersebut.

" YB Dato'/YB/YBhg Dato'/Tuan. Dijemput ke Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu untuk Istiadat Perisytiharan Perlantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan Menteri Besar Terengganu pada 12.5.2014, jam 8.00 malam (malam ini).

"Pakaian: Kebangsaan Serba Hitam, bersongkok, sampin hitam benang emas/perak. Sekian, terima kasih,"menurut jemputan sistem sms SUK Tganu

Dalam sibuk-sibuk sejak pagi hari tentang khabar angin pelantikan MB baru itu, atap sebahagian bumbung SMK Seri Nilam runtuh.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika waktu solat zohor kira-kira jam 1.30 petang hari ini, isnin 12 Mei.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, bumbung itu runtuh secara tiba-tiba.

Seorang penjual minuman dihadapan sekolah tersebut mengesahkan kejadian itu ketika ditemui kira-kira jam 5.00 petang berkata, belu ada pihak berkuasa samada polis atau bomba yang datang.


Namun sekitar kawasan bangunan bagi kelas tingkatan empat dan lima itu telah dipagari dengan tali plastic berwarna merah putih.

Sinonimnya, bangunan sekolah yang runtuh itu seolah-olah memberikan 'petanda', mungkin kejadian buruk akan berlaku, mengiringi pelantikan Razif, yang juga seorang bekas guru, sebagai Menteri Besar negeri Terengganu! -BO







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: