. |
Kerajaan Terengganu diambang keruntuhan Posted: 12 May 2014 08:05 PM PDT ULASAN SAKIT Kelamrin Ahmad Said dibaham dengan tiga kosong menerusi sepakan penalti oleh Najib Razak. Tendangan itu pada saat-saat terakhir permaiann selepss genap 2,1900 minit atau 1 tahun. Ahmad Said yang meminta masa tambahan hingga 17 Mei sebelum beliau dikenakan penaliti tetapi tidak dihiraukan oleh Najib yang bertindak memegang dua fungsi pengurus pasukan dan pengadil.
Kenyataan kemenangan Najib itu diumumkan oleh Ketua Jurulatih, Teuku Adnan Mansor di Primula Hotel Kuala Terengganu. Sifat orang menang Teuku Adnan kelihatan senyum-senyum kambing semasa menjawab pertanyaan wartawan. Sesuatu sudah tidak kena dengan pengumuman itu apabila Ahmad Said tidak mendampingi Teuku Adnan. Sepatutnya Teuku Adnan membuat kenyataan kekalahan (perletakan jawatan) Ahmad Said itu dalam keadaan tertib dengan dihadiri sama oleh bakal penggantinya Ahmad Razif Abdul Rahman barulah dikatakan pengumuman itu dalam smooth. Tetapi tidak berlaku situasi itu. Para penonton sudah boleh mengagak sesuatu yang kusut akan berlaku di sebalik keputusan itu. Sudah pasti Ahmad akan membuat come back untuk mempertahankan dirinya. Mungkin game itu akan berakhir dengan baik tanpa menimbulkan implikasi lain kalau Najib sabar sedikit dan tidak begitu mendengar asakan oleh pengurus luar yang tidak bertanggungjawab. Hari ini walaupun permainan sudah tamat mengikut masa sebenarnya, tetapi Ahmad Said semacam tidak mahu meninggal stadium. Beliau mengira permainan belum game over. Bola kini berada di kakinya. Dari 17 pemain yang meraikan kemenangan dua kini kembali ke padang untuk bersama Ahmad Said. Mereka ialah Ghazali Taib dari kelab Ajil dan Rosli Daud dari kelab Bukit Besi. Dipercayai Ahmad Said akan berusaha untuk mendapat beberapa lagi pemain dari kelan BN untuk menyertainya. Dipercayai satu perbincangan sedang diaturkan untuk membatalkan kemenangan kelab Najib (BN) semalam, dijangka akan berlaku perundingan di antara kelab Ahmad Said dengan kelab Haji Hadi (Pas). Sekiranya perundingan berjalan lancar dan segala terma dan syarat dipertejui kemungkinan kedua-dua kelab itu akan bergabung untuk melawan kelab BN. Kini terpulang kepada kelab Pas. Dalam perkembangan lain, beberapa pakar perunding juga sedang menghubungi Ahmad Said untuk tidak mengambil tindakan agar menerima keputusan semalam. Sejauh mana ia berjaya, akan diketahui sedikit masa lagi. Kelab Najib (BN) akan menjadi lebih parah sekiranya tiga atau empat orang lagi pemain kelab BN akan berhirjah kepada Ahmad Said. Tunggulah perkembangan lanjut. [wm.kl.11:00 am 13/05/14] | ||
Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi? Posted: 12 May 2014 03:30 AM PDT TERKINI
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini. Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini. Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan. Perletakan jawatan Ahmad itu sempena hari ulang tahun Umno ke 68 menyebabkan ia memberi signifiken tersendiri buatnya. Persoalan kini apakah Ahmad akan mengosongkan Dun Kijal yang dimenanginya itu? Kalau beliau bersedia untuk beundur sebagai MB, apa guna lagi untuk beliau kekal di Dun Kijal. Berlaku sedikit gangguan perasaan kepadanya, sebelum ini ditempatkan di kerusi pertama di dalam Dun Terengganu, tetapi apabila jadi ahli biasa kerusinya akan berubah. Nasib Ahmad sama dengan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Dun Kelantan hari ini, tempat duduk berubah sebagai Adun biasa selepas tidak lagi menjadi MB. Elok kalau kedua-duanya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil? [wm.kl. 6:26 pm 12/05/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan