DUNIACACAMARBA |
- Tiada Hudud Jika Putrajaya Tidak Pinda Akta Mahkamah Syariah - PAS
- Potong Tubuh Sendiri Demi Seni
- [Wajib Baca] GST Lebarkan Jurang Pendapatan Rakyat, Bagaimana? Baca!!!
Tiada Hudud Jika Putrajaya Tidak Pinda Akta Mahkamah Syariah - PAS Posted: 11 May 2014 12:39 AM PDT [TMI] Di sebalik segala retorik untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, PAS mengakui tidak dapat melaksanakan undang-undang Islam itu sekiranya Putrajaya tidak meminda Akta Mahkamah Syariah yang menjadi halangan . Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Putrajaya perlu mengambil tindakan awal meminda akta berkenaan untuk membolehkan rancangan mereka melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu. "Pelaksanaan hanya boleh dilakukan jika kerajaan buang halangan (pinda akta) itu. "Kita tunggu kerajaan, sebab mereka kata mereka yang akan buang," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS juga tertakluk kepada prinsip demokrasi untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mana anggota Parlimen boleh memilih untuk menyokong atau menolak enakmen yang ingin dibawa parti itu ke Parlimen. "Jika tidak boleh pinda maka tidak boleh buat hudud. Kita melalui proses demokrasi. Bukan soal PAS enggan laksanakan, tetapi wujudnya halangan kerana kerajaan tidak bersedia meminda halangan dalam akta Mahkamah Syariah," katanya. Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini berkata mereka akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Putrajaya bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud. "Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen terdekat oleh salah seorang ahli Parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. "Satu rang undang-undang persendirian juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," katanya. Keputusan kerajaan negeri itu dibuat kerana sebahagian besar kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara. Kerajaan Kelantan juga katanya bersedia memberi jaminan sekiranya tiada halangan dan Putrajaya memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015. Mahfuz berkata, memandangkan akta yang mahu dipinda itu akta yang digubal kerajaan pusat, maka lebih sesuai sekiranya pindaan itu dilakukan mereka. "Jika benar mereka mahu membantu maka kerajaan pusat perlu meminda akta berkenaan," katanya. Tindakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dikecam hebat oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang mengatakan tiada konsensus di antara tiga parti itu untuk melaksanakan syariat Islam. Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke (gambar) sebelum ini menggesa PAS keluar daripada PR sekiranya terus berdegil melaksanakan hudud di Kelantan. Semalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengatakan hudud perlu dilaksanakan kepada semua rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Menurut Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman, hudud akan menjaga keselamatan negara dan penjenayah tidak akan lagi berani melakukan jenayah sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan. Abdullah juga berkata, bukan Islam terutamanya kaum Cina daripada DAP dan MCA tidak perlu campur tangan dalam urusan umat Islam untuk melaksanakan hudud. – MOHD FARHAN DARWIS/11 Mei, 2014 |
Potong Tubuh Sendiri Demi Seni Posted: 11 May 2014 12:24 AM PDT [HM] Beijing – Artis terkenal China, He Yunchang mempamerkan karyanya 'One-Meter Democracy' yang antara lain memaksanya memotong bahagian badannya untuk mengeluarkan satu tulang rusuk tanpa menggunakan bius. Tulang rusuk itu kemudian dipakai pada lehernya seperti rantai. He – yang mendakwa karyanya itu bertujuan 'mengetengahkan ketegangan antara individu dan kerajaan' – melakukan prosedur itu dengan dipantau doktor sebelum potongan dibuat sepanjang satu meter dari leher ke pahanya pada sebelah kanan badan. Projek itu turut membabitkan sesi 'undian' membabitkan 25 pengundi yang bertujuan membayangkan proses demokrasi. Difahamkan, 12 pengundi menyokong projek itu manakala 10 menentang dan tiga berkecuali. Mengulas projeknya itu, He berkata: "Saya mahu hasil karya saya membuatkan orang berfikir. "Masyarakat China amat kompleks dan saya menganggap penting untuk menggabungkan kekuatan minda serta badan dalam berdepan realiti," katanya. He terkenal dengan karya yang menguji tahap kekuatan dan ketahanan fizikalnya. – Agensi/11/5/14 |
[Wajib Baca] GST Lebarkan Jurang Pendapatan Rakyat, Bagaimana? Baca!!! Posted: 11 May 2014 12:11 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 11 MEI: Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu merapatkan jurang kekayaan dilihat tidak masuk akal. "Tidak mungkin sama sekali cukai itu dapat merapatkan jurang pendapatan rakyat. Mungkin menteri tersebut tidak faham apa masalah sebenar yang menyebabkan jurang pendapatan," "Itu cuma alasan untuk membenarkan cukai GST dilaksanakan. Kenyataan bahawa cukai yang dikenakan akan merapatkan jurang pendapatan sangat tidak masuk akal," tegas Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad Shafie sebelum ini berkata GST melalui pengecualian cukai ke atas barangan tertentu dapat membantu meringankan beban hidup seterusnya meringankan kesan ke atas pendapatan yang diperoleh rakyat. Beliau juga mendakwa cadangan menangguhkan perlaksanaan GST sehingga jurang pendapatan antara rakyat diselesaikan adalah tidak relevan kerana cukai itu sendiri boleh merapatkan jurang berkenaan. Mengulas perkara itu, Dr Dzulkefly berkata, GST boleh difahami sekiranya melihat kepada sifatnya yang regresif iaitu lebih membebankan golongan miskin berbanding kaya. "Semua pakar ekonomi menyimpulkan bahawa cukai kepenggunaan atau consumption tax sememangnya regresif atau tidak adil, atau songsang. GST terkuat kuasa kepada semua, kaya atau miskin, bilionaire atau asnaf, muda atau tua, bahkan kanak-kanak. "Maka cukai pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih parah berbanding golongan kaya. Itu maksud regresif," ujarnya. Menurutnya, ia berbeza dengan cukai pendapatan yang sifatnya progresif kerana hanya dikenakan kepada golongan kaya, manakala mereka berpendapatan rendah dikecualikan cukai tersebut. "Bagaimana GST melebarkan jurang pendapatan, jawapannya mudah sahaja. Golongan pembayar cukai pendapatan dan korporat akan dapat reduction atau tax cut (potongan cukai). Maka sementara mereka mendapat peningkatan pendapatan, golongan miskin tidak mendapat manfaat apa-apa daripada potongan cukai pendapatan. Maka jurang kaya miskin akan semakin melebar," ujarnya. - Rusnizam Mahat dan Azuan Abd Rahman |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan