Hari tu bukan main semangat sangat! Tuduh orang kafir sbb tidak yakin kemungkinan undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Buat saja dulu, nescaya Allah akan tolong kita! Bagai....Tiba-tiba tangguh pulak!
Bukankah Allah suruh kita siapkan kekuatan kita untuk menghadapi musuh? Apakah sekarang ini Umno sudah bukan musuh PAS dalam politik?
Oh, dalam agama kita boleh bersatu....Kah! Kah! Kah! Kalau benar begitu apa salahnya Umno beri kebebasan yang secukupnya untuk PAS menjelaskan mengenai Hudud ini kepada rakyat Malaysia.
Kalau Umno benar-benar ikhlas untuk tolong PAS melaksanakan Hudud di Kelantan, apa kata dalam tempoh masa penangguhan ini, dipergiatkan kempen di media-media perdana sebagaimana BN berkempen untuk GST.
Apakah kerajaan Umno/BN sanggup beri laluan kepada pemimpin PAS keluar TV untuk memperjelaskan Hudud itu?
Ataupun rancangan-rancangan agama yang sedia ada , umpamanya 'Tanyalah Ustaz' atau 'Kalau Dah Jodoh Tak Kemana' dipergunakan sebaik mungkin untuk mengajar rakyat mengenai Hudud.
Apakah kta akan dapat lihat ustaz-ustaz PAS akan dibenarkan berkuliah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara?
Jangan mabuk daun ketumlah! Kelantan nak minta buat Radio sendiri pun tak leh!
Sekadar PAS menganjurkan seminar atau ceramah Hudud, maka yang akan datang dan mendengarnya tetap orang yang sama itu lah juga.Orang yang kerja kerajaan takut nak datang, apa lagi orang Umno!
Aku percaya, bukan Umno dan geng UG sahaja yang kecewa bila cadangan membawa rang Undang-undang itu ke Parlimen pada Jun 2014 ditangguhkan. Aku juga turut kecewa.
Aku kecewa sangat sebab tidak dapat menyaksikan betapa PAS dibodo-bodokan oleh Umno dalam isu tersebut.Dan ini akan dapat memberi pelajaran yang baik bagi PAS dan PRU pun masih lama lagi; boleh buat kerja-kerja untuk baikpulih semula...
Jangnalah pula bila dah hampir PRU nanti, buat perangai macam tu lagi ... Samy Vellu pun suka terguling-guling!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan