Ahad, 11 Mei 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MCA Takut Hilang Deposit Di Bukit Gelugor, Tidak Wajar Sertai Kabinet

Posted: 11 May 2014 05:37 AM PDT

KELAB GREENBOC



MCA Tak Bertanding Di Bukit Gelugor



Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

Anak ketiga, Ramkarpal, telah dipilih oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA Teh Beng Yeam tewas di tangan Karpal dengan majoriti besar sebanyak 42,778 undi.-mk


ULASAN GB

Alasan MCA tidak bertanding di dalam PRK Bukit Gelugor amat melucukan - mahu memberi tumpuan kepada isu hudud katanya.

Jika benar begitu, PRK Bukit Gelugorlah sepatutnya menjadi medan untuk mereka melakukannya. Tetapi mereka menjadi ia hanya sebagai ALASAN kerana takut diaibkan dengan kehilangan depoosit di Bukit Gelugor. BACA: PRK Bukit Gelugor 25 Mei, Peluang Untuk BN Hilang Deposit Cerah!

Dengan tindakan pengecut MCA itu, MCA wajar tidak diberikan peluang untuk sertai kabinet kerana MCA bukan lagi mewakili suara kaum Cina.

[KISAH MASYARAKAT] Pengawal Bernafsu Iblis Ditahan Sedang Hisap Kemaluan Pelajar Tkn 1

Posted: 11 May 2014 05:33 AM PDT

KELAB GREENBOC




Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.

Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

"Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.

"Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini," katanya.

ULASAN GB

Macam-macam gila melanda masyarakat masakini. Inilah hasil daripada kehidupan yang meninggalkan aspek Islami sehingga kemungkaran menjadi-jadi.

Wan Azizah: Dulu rawat pesakit, kini rawat masalah rakyat Kajang

Posted: 11 May 2014 05:24 AM PDT

KEADILAN DAILY


KAJANG : Tanggungjawab Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada masyarakat tetap berterusan. Jika dahulu doktor mata ini pernah menyumbang bakti kepada pesakit, kini beliau berkhidmat untuk penduduk Kajang, sejurus menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, 23 Mac lalu.

longkang 1Sebaik memenangi Pilihan Raya Kecil DUN itu, Wan Azizah yang mesra dipanggil 'Kak Wan' menumpu gerak kerja pertama terhadap penyelesaian masalah pengurusan sampah yang sudah 10 tahun menghantui penduduk Kajang.

Perkara itu juga dibangkitkan beliau pada penampilan pertamanya di persidangan Dewan Negeri Selangor, bulan lalu.

Masalah berkenaan turut dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari tapak pelupusan sampah yang baru.

Kak Wan juga telah beberapa kali turun padang meninjau ke tapak tersebut selain mengadakan siri pertemuan bersama pihak berwajib, termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Terbaharu petang semalam, beliau bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat meninjau kawasan Sungai Sekamat dan Kantan Permai yang terjejas akibat banjir.

Pemerhatiannya mendapati, longkang di Sungai Sekamat sumbat dan dipenuhi sampah sarap.

"Alhamdulillah wakil Jabatan Kejuruteraan MPKj yang hadir sama dalam lawatan Kak Wan, berjanji akan bertindak segera menyelesaikan masalah penduduk.

"MPKj berjanji akan mendalamkan longkang dan membersihkan segala sampah sarap yang ada, bagi memastikan tiada lagi longkang tersumbat, dengan itu ia boleh membantu mengelakkan banjir," kata Kak Wan.

Masalah serupa turut dialami masyarakat Kantan Permai. Dalam lawatan beliau juga bersama Dr Rosli serta ahli-ahli majlis mendapati, banjir tersebut akibat kecuaian pemaju projek di kawasan berhampiran.

"Kak Wan meminta MPKj bertegas memantau kerja-kerja pemaju untuk memastikan operasi mereka tidak menjejaskan rakyat.

"Alhamdulillah pemaju bertindak pantas menghantar pekerja-pekerja mereka membersihkan sampah dan berjanji untuk membina penghadang banjir bagi memastikan ia tidak berulang," ujarnya.

JPS dan pihak terlibat mesti bertanggungjawab

WawiTegas beliau, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) perlu bertanggungjawab menguruskan pemantauan dan merekodkan masalah, seterusnya mengambil tindakan susulan pembaikan dengan kontraktor yang dilantik.

Katanya, JPS perlu memantau setiap premis memasang perangkap sampah, supaya sampah tidak terus mengalir ke sungai dari parit sekitar.

"Kak Wan sebagai doktor mengambil 'angle' untuk menjaga kebersihan, supaya kesihatan rakyat menjadi keutamaan Kak Wan. Apa pun, semua tempat mesti bersih dari nyamuk, lalat, tikus dan lain-lain," jelasnya.

Untuk itu, beliau menggesa Jabatan Kesihatan Majlis (MPKj) dan Federal (Pusat) untuk turut hadir dalam setiap lawatan tapak yang dilawati.

"Mereka terpaksa 'follow-up' untuk Kak Wan dengan JPS, Perkhidmatan Perbandaran (Urban Service) dan Jabatan Kejuruteraan.

"Semua pihak tanpa mengira latar belakang politik, mesti bekerjasama untuk memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. Ini yang sentiasa Kak Wan tekankan," katanya.

"Kak Wan berjanji dengan penduduk, Kak Wan akan 'follow-up' dan pastikan MPKj menjalankan tugas mereka dengan baik, InsyaAllah," katanya lagi di twitter pagi ini.

Umno nak hudud tapi buat kasino, rompak kekayaan negara- Anwar

Posted: 11 May 2014 05:15 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyokong cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan Pas membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.

"Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?

"Tidak mungkin orang curi ayam sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain," katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.

Katanya, perkara yang harus dibincangkan Jawatankuasa Teknikal Hudud tidak perlu diperbesarkan kerana kepincangan dalam kerajaan masih berleluasa.

"Saya ingat bukan soal teknikal tetapi prinsip yang penting. Umno hanya nak permainkan isu ini. Hala tujunya tidak ke mana. Dia kena jawab, betul ke dia nak?

"Dia kena betulkan banyak kepincangan yang ada. Saya tidak pakar dalam bidang ini tetapi saya banyak membaca. Semuanya yang dilakukan kerajaan bercanggah.

"Jika betul nak buat, dia kena betulkan rasuah yang meluas, kezaliman, bahang perkauman, menghina orang dan salah guna kuasa. Peguam negara macam itu, hakim macam ini. Nak cakap soal hudud.
Apa dia?" katanya.

Pemilihan PKR: MB Mohon Maaf Atas Kekecohan Di 9 Cabang

Posted: 11 May 2014 05:12 AM PDT

 


PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui wujud kepincangan dalam sistem pemilihan parti itu hingga mengganggu kelancaran proses pengundian yang berlangsung ketika ini.

Pengakuan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi akaun Twitternya selepas proses pemilihan di sembilan cabang di negeri itu pada Ahad terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat pelbagai masalah seperti sabotaj dan soal ketelusan.

"Saya memohon maaf kepada seluruh anggota PKR kerana kegagalan proses pengundian," tulis beliau.

Selain itu Abdul Khalid turut menggesa PKR melakukan proses reformasi yang menyeluruh terhadap sistem pemilihan yang digunapakai sekarang.

Menerusinya Twitternya juga Abdul Khalid seakan mengakui wujud gejala penipuan undi dalam parti itu untuk memenangkan calon tertentu termasuk bagi jawatan tertinggi parti seperti yang didakwa oleh banyak pihak.

Justeru beliau menggesa ahli parti untuk mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk diambil tindakan.

"Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR.

"Aduan dan tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa PKR ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan," katanya.

Sebelum ini calon Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mengkritik sistem pemilihan partinya yang dipimpin ibu dan bapanya apabila mendakwa kaedah pengundian mengikut nombor adalah 'menyusahkan'.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sistem baru yang digunakan lebih merumitkan berbanding sistem konvensional yang digunakan pada pilihan raya umum.

Umno Perlis bergolak, MB minta tinggalkan kerusi?

Posted: 11 May 2014 05:02 AM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar


Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain.

Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB.

Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.

Paling menyedihkan katanya, Azlan juga sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis tidak berfungsi dan gagal untuk menghadiri mesyuarat.

Sepanjang tahun ini, tidak lebih dua kali beliau hadir mesyuarat, kegagalan tanpa sebab ini menyebabkan veteran Umno Perlis kecewa terutamanya pengerusinya Shahidan Kassim.

Ekoran itu laporan telah dibuat kepada Presiden Umno Najib Razak agar mengambil perhatian termasuk menggugurkannya sebagai MB. Menurut sumber dalam sudah empat laporan mengenai Azlan dihantar kepada Najib.

Shahidan sebagai ketua Umno Perlis juga dikatakan pernah mengancam akan memecat Azlan sebagai timbalan ketua badan perhubungan Umno ekoran kegagalannya menghadiri mesyuarat beberapa kali.
Azlan dilantik menjadi MB selepas pilihan raya umum lalu setelah menang di kerusi DUN Pauh. Beliau dikatakan MB yang ditunjuk oleh Perdana Menteri.

Perlantikannya menimbulkan isu dan mengejutkan pemerhati Umno Perlis kerana beliau dianggap sebagai "orang asing" di Perlis yang tidak pernah bergelumang dengan Umno Perlis. Sebelum ini Azlan adalah Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awam dan merupakan Pegawai Tadbir Diplomati (PTD).

Umno Perlis bermasalah untuk mencari calon MB bagi mengganti Mohamad Isa Sabu yang mengambil alih daripada Shahidan Kassim.

Pergolakan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008 apabila bekas MB Shahidan Kassim tidak dilantik menjadi menteri besar Perlis kononnya beliau ditolak oleh Istana. Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah pun mengeluarkan watikah perlantikan Shahidan sebagai MB, tetapi ia tidak diperkenan oleh Raja Perlis.

Nasib Azlan menjadi tanda tanya dimana beliau kemungkinan akan terus diasak selagi tidak meninggalkan kerusi MB Perlis. Besar kemungkinan sekiranta Najib membuat semakan berhubung prestasiseluruh MB, Azlan salah seorang yang akan digugurkan-http://msomelayu.blogspot.com/

Tiga Penyeludup Ditahan Berhampiran Pulau Berhala, Sabah

Posted: 11 May 2014 04:58 AM PDT

MSTAR ONLINE


 

SANDAKAN: Anggota pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) terpaksa melepaskan tembakan amaran selepas terserempak sebuah bot laju yang dinaiki tiga orang dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka berhampiran perairan Pulau Berhala, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Pengarah ESScom, Datuk Mohammad Mentek berkata kejadian itu berlaku semasa anggota keselamatan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) menaiki dua bot sedang meronda di perairan antara Pulau Berhala dan Tanjung Aru terserempak sebuah bot laju menggunakan enjin 200 kuasa kuda pada kira-kira pukul 7.30 malam.

"Apabila bot laju yang dinaiki tiga lelaki yang disyaki penyeludup minyak petrol tiba-tiba terserempak dengan sebuah daripada bot anggota keselamatan di satu kawasan perairan di situ, keadaan (bot yang terumbang ambing) itu menyebabkan seorang daripada anggota kita tercampak ke laut dan cedera tangan kanan dan bahagian belakang pinggang.

"Anggota pasukan keselamatan kita dapat menahan bot suspek dan menangkap tiga lelaki tersebut dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Mohammad berkata selepas diperiksa, anggota pasukan keselamatan mendapati bot suspek dimuatkan 42 jeriken kosong. Bagaimanapun, tiada senjata dijumpai.

Beliau berkata maklumat awal menunjukkan ketiga-tiga suspek bergerak menaiki bot laju dari pulau Bangkungan Besar, Filipina ke Tanjung Aru, Sandakan pada kira-kira jam 6 petang.

"Suspek disyaki menyeludup minyak petrol dari Sandakan ke seberang (Bakungan Besar, wilayah Filipina) pada jam 4 petang dengan muatan sekitar lapan dram minyak petrol yang diisi dalam jeriken.

"Semasa kejadian suspek dalam perjalanan balik ke Sandakan setelah menyeludup keluar minyak tersebut," kata Mohammad sambil menambah dua daripada suspek itu berbangsa Suluk - seorang memiliki kad pengenalan berumur 54 tahun, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen.

Seludup 4WD curi ke Timur Tengah

Posted: 11 May 2014 04:53 AM PDT


Seludup  4WD curi ke Timur Tengah Pacuan empat roda antara kenderaan yang sering digunakan kerana tahap ketahanannya bergerak di kawasan padang pasir - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR- Kenderaan pacuan empat roda jenama popular  yang dicuri di negara ini kebanyakannya diseludup keluar untuk pasaran gelap  negara-negara  Timur Tengah dan Afrika untuk kegunaan  kumpulan militan  termasuk pengganas.

Malah melalui risikan pihak polis,  selain daripada digunakan untuk kegiatan haram, kebanyakan pacuan empat roda dari Malaysia terutama dari jenama Toyota Hilux yang dicuri menjadi pilihan  kerana ianya tahan lasak serta boleh digunakan dalam apa jua jenis keadaan termasuk mampu meredah padang pasir dan bukit-bukau.

Malah lebih mengejutkan apabila ada di antara kenderaan yang dicuri ini digunakan oleh kumpulan pejuang ini  untuk melancarkan  serangan termasuk digunakan pengebom berani mati.

Ketua Penolong Pengarah Risikan Jenayah, Operasi dan Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata,  pihaknya  turut tidak menolak kemungkinan sindiket curi kenderaan  di negara ini memasarkan pacuan empat roda curi berkenaan kepada orang tengah sebelum ianya dijual kepada kumpulan  pengganas yang membelinya  dengan harga mahal.

Menurut beliau,  kenderaan diseludup melalui jalan laut kerana ianya dikatakan  lebih selamat dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

"Statistik Januari hingga Mac 2014 menunjukkan  sebanyak 297 pacuan empat roda jenis Hilux dicuri sekitar Lembah Klang namun jumlah itu berkurangan kepada 40 hingga 45 buah pada April lalu selepas kita melancarkan 'Ops Lejang Mega',"katanya ketika ditemui,semalam.

Menurutnya, purata kehilangan kenderaan jenis ini dalam sehari ialah sebanyak empat buah. Meskipun dilengkapi sistem keselamatan canggih, pencuri kereta berkenaan cukup arif dengan jenama ini menyebabkan kegiatan ini sukar dibendung.

"Lazimnya pencuri akan mendapat bayaran secara tunai dan kemudian  pacuan empat roda ini  diletakkan di satu lokasi, sebelum  pihak kedua  tiba dan membawa kenderaan itu  ke lokasi lain, samaada untuk dileraikan ataupun terus diseludup keluar.

Di negara-negara bergolak  tiada kenderaan baru dijual, jadi cara paling mudah untuk mendapatkan kenderaan ialah mencari orang tengah yang boleh membekalkan kenderaan curi kepada kumpulan pejuang ini,"katanya.

Menurutnya orang tengah memainkan peranan besar untuk memastikan keperluan kumpulan pengganas ini dipenuhi dan mencari rangkaiannya di seluruh dunia.

"Mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan sindiket tempatan dan   seramai lima suspek kumpulan ini sudah ditahan dan mereka sudah mengaku menyeludup lebih 30 buah kereta ke Dubai melalui jalan laut,"katanya.

Menurutnya lagi, setiap kontena yang diseludup boleh memuatkan tiga buah kenderaan pacuan empat roda namun ada di antara kenderaan ini dileraikan mengikut keperluan tempahan,

"Mereka potong pacuan empat roda kepada dua bahagian, depan dan belakang, ini kerana di negara berkenaan tiada sebarang alat ganti dijual dan dengan cara ini setiap kenderaan milik pengganas yang musnah dalam pertempuran dapat diganti atau dibaik pulih dengan segera kerana keadaan amat mendesak. Malah dengan cara ini juga kerja menyeludup keluar kenderaan curi dapat dilakukan dalam kuantiti yang banyak.

Kerja-kerja meleraikan komponen pacuan empat roda lazimnya dilakukan di kawasan terpencil termasuk di dalam gudang dan sindiket akan mengupah warga asing untuk melaksanakan tugas ini,"katanya.

Menurut belIau lagi, kehilangan lebih 2000 pacuan empat roda setiap tahun di negara ini berpunca dari rangkaian sindiket ini  yang  dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Robin Hai.

"Ini berdasarkan kejayaan polis mematahkan cubaan menyeludup kenderaan berkenaan  melalui Pelabuhan Klang dan menjumpai semula 10 buah pacuan empat roda bernilai RM 1.9 juta pada Mac yang lalu yang bakal dihantar ke Pelabuhan Jabel Ali, Dubai selain bakal dijual untuk pasaran   Emiriah Arab Bersatu (UAE),"katanya.

Menurut Abd. Manaf, kegiatan ini juga sukar dikesan kerana  lazimnya sindiket mengisytiharkan sebagai barangan lain dan mereka turut menggunakan identiti syarikat serta  penghantar palsu bagi mengelak dikesan  pihak berkuasa.

Pemilihan PKR: 17 cabang belum selesai, keputusan 19 Mei

Posted: 11 May 2014 04:51 AM PDT

HARAKAHDAILY 


SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 17 cabang lagi masih belum selesai proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, keputusan penuh dijangka 19 Mei ini iaitu sejurus semua cabang selesai menjalankan proses pengundian.

"Kita tunggu semua proses pemilihan berakhir pada 18 Mei. Kita masih ada lagi 17 atau 18 (pemilihan cabang).

"Kita akan kendalikan beberapa cabang yang kita tangguhkan dan batalkan akibat masalah teknikal dan masalah keraguan," katanya dipetik Selangorkini.

Pada 5 Mei lalu, JPP telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincang isu-isu berkaitan perjalanan Pemilihan 2014, khususnya isu 17 Cabang yang mana proses pengundian telah didapati bermasalah.

Hasil mesyuarat itu memutuskan 17 cabang berkenaan akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17 Mei 2014.

Pengundi tak ikut arahan punca bertikam lidah

Posted: 11 May 2014 04:46 AM PDT


Pengundi tak ikut arahan punca bertikam lidah Seorang petugas parti cuba meredakan keadaan dengan mengarahkan anggota parti beratur di sudut lain di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Jalan Raja Lumu, Klang, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN


KLANG - Proses pengundian bagi Pemilihan PKR yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Jalan Raja Lumu yang berlangsung aman pada awalnya bertukar tegang apabila ahli parti di kawasan itu berebut memasuki pusat mengundi walaupun sudah diingatkan anggota keselamatan Rela supaya beratur.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati pertikaman lihah hampir 15 minit itu apabila pasukan Rela sendiri bercakaran mulut kerana ahli parti enngan mematuhi arahan.

Bagaimanapun selepas 15 minit, seorang petugas parti tampil menyelamatkan keadaan dengan mengarahkan semua anggota beratur di sudut lain bagi mengosongkan pintu masuk yang sesak itu.

  Tiada insiden buruk sepanjang pertengkaran itu dan proses pengundian kembali berlangsung seperti sedia kala.

DAP jangan harap menang mudah

Posted: 11 May 2014 04:20 AM PDT

Najib  
Najib menyampaikan ucapan dasar pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Bernama


NAY PYI TAW - MYANMAR. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.
  
Najib yang juga pengerusi BN berkata, akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.
  
Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab:
  
"Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian," katanya.
  
Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di sini, Najib berkata MCA sebagai sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.
  
"Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.
  
"Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN," kata Najib.
  
Semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak. - Bernama

Kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS

Posted: 11 May 2014 04:16 AM PDT

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) setelah empat tahun dewan tersebut dijadikan sayap parti.

Pengumuman kabinet baru itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejurus selesai mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, di Pejabat Agung PAS, tengahari tadi.

Pada pengumuman khas kepada Harakahdaily dan Harakah itu, Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan DHPP yang baru, selain mengharapkan kerjasama yang baik bagi suasana politik hari ini serta menghadapi pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang turut berada pada majlis pengumuman tersebut menegaskan perincian berkaitan DHPP akan dibincangkan kemudian.

"Detail mengenai DHPP ini akan dibincangkan kemudian. Mungkin penjawatan ini ada tempohnya yang mana akan disemak semula. Mungkin dalam tempoh dua tahun, perlu ada satu review. Semunya akan dibincangkan kemudian," tegas beliau.

Pada perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Penasihat DHPP.

Berikut senarai pemimpin baru DHPP peringkat Pusat yang berkuatkuasa serta-merta:

Ketua :  Balasubramaniam
Timbalan Ketua : Lim Guan Seng

Naib Ketua 1 : Tan Weng Fatt
Naib Ketua 2 : Deepakaran

Ketua Pemuda: Balendran Subramaniam
Ketua Wanita : Kumutha Raman

Setiausaha : Vincent Lee

Bendahari : Kong Tuck Wah

Pengarah Pilihan Raya : Appalasamy

Ketua Penerangan : Asokan

Bangsa Cina penceroboh? Surat bagi sang penuduh

Posted: 11 May 2014 04:14 AM PDT

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff


Assalamualaikum.
Saudara Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh.

Bayangkan saudara seorang guru beragama Islam berbangsa Melayu. Sekolah pertama saudara ditugaskan katakan sebuah sekolah aliran Cina. Atau sebuah sekolah aliran Tamil. Atau apa jua aliran asalkan bukan sekolah Melayu. Asalkan yang saudara bakal didik nanti bukan orang Islam.

Bayangkan pula sekolah pertama itu bukan sekadar sekolah pertama saudara ditugaskan. Bayangkan sekolah itu juga sekolah terakhir saudara. Bukan kerana saudara mati awal. Tetapi entah bagaimana sedar-sedar saudara sudah berkhidmat di sana sampai pencen. Ya, dari saat saudara pernah menjadi seorang jejaka yang bagak sehingga gigi saudara kini merongak. Rambut dahulu hitam berkilat kini menjadi putih yang amat.

Apa perasaan saudara rasa-rasanya?

Adakah saudara rasa tersiksa? Rasa terkilan? Terasa bahawa saudara tidak berbakti pada leluhur saudara sendiri?

Kalau saudara ada rasa begitu, demi Allah, saudara harus rasa malu pada Tan Gim Hoe.
Siapa dia?

TAN GIM HOE PENCEROBOH?

Saudara tanyalah Suhaimi Sulaiman, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz hatta Nik Nazmi - siapa Tan Gim Hoe.

Mr. Tan Gim Hoe.

Seorang guru matematik tambahan bagi semua tokoh nasional itu. Juga guru saya. Guru pelajar-pelajar Melayu Islam Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak Mr. Tan menjejak kakinya ke ranah Kuala Kangsar, berkhidmat di sekolah pertamanya itu mulai tahun 1972 hingga bersara sekitar tahun 2006.

Ya, dia seorang Cina. Seorang Buddha. MCKK sekolah pertamanya. MCKK jugalah sekolah terakhirnya. Ini bermakna, tidak ada seorang pun anak didik rasminya bukan Melayu. Tidak ada seorang pun bukan Islam. Bahkan semuanya Melayu Islam.

Hampir setiap hari akan ada kertas soalan beserta jawapan di belakang, tulisan tangannya sendiri. Dia pergi ke bilik cerok berhabuk itu untuk fotostat. Kemudian, dengan peluh masih belum diseka, dia terlebih dahulu mengedarkan kertas-kertas itu kepada bakal calon-calon SPM. Kalau ada tiga jalan kira jawapan bagi satu soalan, maka tiga jalan kiralah dia tulis. Dan kami, pelajar-pelajar MCKK tidak dinafikan rata-rata malas untuk mengulangkaji gunungan kertas latihan Matematik Tambahan itu.

Tetapi Mr Tan Gim Hoe seakan mustahil untuk tidak rajin - sabar dengan karenah kami, seakan keletihan tiada dalam kamus kehidupannya.

Maka, atas segala cerita saya tentang sosok ini, adakah Mr Tan, seorang guru Cina, seorang penceroboh?

Benarlah, Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.

HENG GAIK PENG, MR & MRS TAN JUGA PENCEROBOH?

Di Sekolah Kebangsaan Juara Cherok To'kun, Guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina saya, Miss Heng Gaik Peng, pernah berkata dengan penuh bangga di hadapan para muridnya :

"Dear students, this is my student, Za'im. He was just like you. Yesterday, he couldn't speak English that well but today, he sounds like a white man. He was a student like you but he will always be my student."

Seorang guru cina memberikan inspirasi kepada anak-anak didik Melayunya dengan menggunakan contoh seorang anak didik Melayunya juga.

Seorang penceroboh tidak akan pernah terlintas untuk melakukan sesuatu yang indah sebegini. Seorang penceroboh sepatutnya merobohkan motivasi anak-anak musuhnya.

Benarlah, Heng Gaik Peng bukan seorang penceroboh.

Saya jadi teringat pula pada sosok Mr Tan Taman Bukit Indah, guru kelas tambahan saya selama enam tahun yang bertanggungjawab menyebabkan saya menggondol 5A dalam UPSR –
"You makan coklat ini, jangan makan coklat tu. Itu coklat sudah buat sembahyang".

Seorang guru cina begitu beradab menjaga sensitiviti agama, halal haram makanan anak murid Melayunya meski tanpa kehadiran ibu bapa murid berkenaan juga adalah mustahil seorang penceroboh.

Benarlah, Mr dan Mrs Tan Taman Bukit Indah itu bukan seorang penceroboh.
 
APA SEBENARNYA HENDAK DISEBUT?

Apa yang sebenarnya hendak saya sebut? Saya tidak mahu panjang-panjangkan. Cukuplah saya petik kembali kata-kata rakan kami, Mud Luthfi, vlogger yang terkenal itu.

Kalau saudara tidak gembira dengan DAP. Cakap terang-terang, saudara tidak gembira dengan DAP. 

Hakikatnya, tidak semua orang suka DAP. Malah, dalam kalangan Pakatan Rakyat juga, ada juga yang tidak gembira dengan DAP. Malah, tidak semua Cina undi DAP – dan saya kira, saudara sedar akan hal itu. Semua orang ada hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu, termasuk juga saudara (ISMA mungkin salah satu contoh).

Tetapi untuk saudara pukul rata semua dalam kalangan Bangsa Cina itu sebagai penceroboh, adakah ia sesuatu yang perlu dan bijaksana untuk mengatakan sedemikian. Kalau pun kenyataan itu benar (kerana ia bergantung kepada tafsiran naratif sejarah yang mana yang saudara imani), apa perlu hal itu ditonjolkan? 

Saudara tidak akan berkata bahawa Allah itu Tuhan bagi khinzir sekalipun ia benar bukan? Ini soal adab.

Setiap perkara ada tempatnya.

Bangsa Cina – mereka itu antara kalangan guru-guru kita, rakan-rakan sekelas kita, mereka itu apek yang jual 'sulat khaba lama', ada juga yang jual 'tilam tilam tilam', juga Datuk Lee Chong Wei dan ada juga sudah menjadi saudara seakidah kita bagi yang memeluk agama Islam.

Lantaran itu, saudara tidak boleh sewenang-wenangnya mengazetkan, hanya kerana mereka itu Cina, maka mereka itu wajib DAP.

Saudara, pastikan saudara jelas dengan siapa saudara tidak setuju dan atas dasar apa saudara tidak setuju. Hal ini insyaAllah akan selamatkan saudara daripada kelihatan naïf, ataupun 'grandiose' mahupun daripada Akta Hasutan (masih ada lagi akta ini?).

Itu kata Mud Luthfi dengan beberapa editan. Dan saya bersama dengannya dalam hal ini. 

SERU BERHIKMAH

Masalah "Cina Penceroboh" dan "Muslimat Demo Pelacur" itu punya satu titik temu. Masalah seruan. Apa yang ditutur dari benturan mulut. Bahasa yang diguna. Gelar-gelar apa yang dipakai.
Saya masih ingat tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kata Tuan Guru, Nabi Muhammad tidak memanggil orang yang berhijrah ke Makkah sebagai Makkiyyun (orang-orang Makkah) atau yang membantu orang Makkah itu sebagai Ahlul Madinah (orang-orang Madinah).

Tetapi baginda memanggil dengan panggilan yang begitu mesra, Muhaajirin (orang-orang yang berhijrah) dan Ansar (orang-orang yang menolong). Semuanya, bagi mengalihkan pandangan manusia daripada memanggil sesuatu atas dasar ras dan kesukuan melampau kepada panggilan yang menghargai jasa dan bakti melalui perbuatan yang digerakkan tangan dan kaki.

Di sinilah mustahaknya rukun uslub (pendekatan) itu secara jujur difahami dan dilaksanakan dalam empat rukun dakwah selain daie (penyeru), mad'u (penerima seruan) dan maudu' (subjek seruan). Termasuk dalam rukun uslub itu ialah sejauh mana berkesannya gelaran kita, panggilan dan seruan kita bagi mereka yang kita target sebagai penerima seruan.

Oh, saudara tentunya lebih arif kerana telah memegang pelbagai ijazah syariah. Namun, cukuplah saya mengingatkan bahawa Junta Burma bunuh Muslim Rohingya atas dasar 'sejarah' dan istilah 'pendatang'. Dan adalah ironi andai mulut kita marah pada Junta Burma sedangkan kaki dan tangan kira sedang menuruti langkah mereka.

Akhirnya, bersempena program Hujung Minggu Pelajar Tua MCKK hujung minggu ini di samping Hari Guru 16 Mei tidak lama lagi, saya kira rata-rata anak didik Mr Tan dengan bangganya akan mengatakan – 

Saudara, Tan Gim Hoe itu guru kami. 

Dan Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.

Terima kasih, Saudara Sang Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh - kerana saudara, saya terkenang guru-guru saya semula. Ia amat berharga dan terlalu bernilai untuk diingati. 

Selamat Hari Guru kepada semua guru tanpa mengira siapa pun anda!

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff
Pinggiran Subang Jaya, Selangor

Hudud dalam psiki masyarakat Cina

Posted: 11 May 2014 04:09 AM PDT

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA


Jiwa dan minda adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan membuat tafsiran kepada logik yang akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu isu. Banyak faktor yang mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada persepsi yang diterimanya.

Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan dan dipolemikkan mengikut psiki (psyche) masyarakat Cina.

Psike Cina

kaum cina sokong pas oriPsiki atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psiki banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina mempunyai psikinya yang tertentu dan oleh kerana sejarah mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam lautan masyarakat yang ada psikinya tersendiri menjadikan pertembungan budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan berlaku di atas sebab 'pemaksaan secara sistematik' sesuatu yang mereka tidak memahaminya.

Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psiki ini dan ia tidak ada kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana kita dapat temukan psiki Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang lebih konstruktif dan objektif.

Psiki Bahasa Mandarin

Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.

Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psiki Bahasa Mandarin yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka memahami sesuatu istilah.

Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah "Hui Chjow" yang membawa maksud "agama kaum Hui". Kaum Hui difahami sebagai etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.

Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya diterjemahkan sebagai "Hui Chjow Tang" yang membawa maksud "Parti Agama Kaum Hui".

Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam secara terus dan literal iaitu "Ye Si Lan" dalam fonetik bahasa Mandarin sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai "Ye Si Lan Tang" iaitu Parti Islam.  Ia penting kerana sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psiki bahasa asalnya dan bukan psiki penterjemahnya.

Hudud

Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada Bahasa Mandrin bagi istilah 'hudud'.

Mereka menterjemahkannya sebagai "undang-undang memotong anggota badan" atau terjemahan terusnya "amputation law". Walaupun sesetengahnya menterjemahkan kepada "undang-undang jenayah Islam" tetapi penggunaan yang awal itu digunakan disebabkan kebimbangan terhadap hudud.

Samada kebimbangan itu kerana dianggap kejam atau kebimbangan mereka turut 'dipaksakan' untuk menerimanya sebagai hukuman.

Bagi saya terjemahan yang lebih hampir pada roh pada semangat hudud adalah "undang-undang jenayah syariah" dan bukan "undang-undang memotong anggota badan".

Apakah pula istilah "syariah" dalam bahasa Mandarin? Sedangkan istilah syariah membawa maksud panduan fiqah ke atas seorang Muslim dalam keperluan akidah, ibadah dan muamalatnya.

Hudud adalah aspek punitif kepada keseluruhan rangka syariah yang dimaksudkan. Apakah penghuraian ini diberikan keadilan dalam dalam psiki Bahasa Mandrin sekaligus memberi perspektif yang jauh daripada sekadar potong anggota badan atau mengkudungkan anggota badan?

Psiki bahasa yang agak rumit perlu kepada perbincangan akademik supaya Bahasa Mandarin yang dipengaruhi alam Melayu diberikan terjemahan yang lebih menyegarkan dan positif dalam memahami maksud bahasa asalnya.

Kebimbangan

Kebimbangan ada kepada semua anggota masyarakat dan ia menjadi lebih 'real' apabila konflik menuntut hak menjadi asas. Psiki masyarakat Cina amat membimbangi  bahasa, budaya dan adat resamnya terhapus dan cair.

bantuan-dap-pas-perlis-pix-650x400Kebimbangan ini terbawa-bawa kepada isu lain yang mereka anggap merampas hak mereka. Bukanlah sangat mereka mempertikaikan hudud hanya untuk orang Islam tetapi mereka sering mengaitkan apa situasinya apabila dua agama yang berlainan Islam dan bukan Islam didapati bersalah maka hanya yang Islam kena hudud  dan yang seorang lagi tidak kena hudud. Dualisme perundangan ini dikhuatiri tidak memberi keadilan kepada pesalah.

Kebimbangan seterusnya ialah apakah jaminan bahawa mereka juga kelak tidak akan dikenakan di bawah undang-undang hudud?

Psiki masyarakat Cina kepada pemerintah juga hasil dari sejarah panjang interaksi mereka bawah pemerintahan dinasti China. Banyak pemberontakan yang berlaku atas nama menentang kerajaan yang tidak adil.

Sifat penentangan ini dalam diaspora masyarakat Cina diterjemahkan dalam perjuangan menuntut hak mereka melalui ruang demokrasi. Hudud bagi psiki politik mereka bukan agenda parti-parti yang mereka bawa ke dalam parlimen.

Mereka mahukan kerajaan yang korup tumbang dan cara mereka ialah menyokong parti yang dapat membawa hasrat ini.  Mereka ada hak untuk mempertikaikan hudud melalui parti yang mereka bawa masuk khususnya Pakatan Rakyat (PR) kerana masyarakat Cina mengundi hampir 80 peratus untuk calon PR.

Walaupun hudud di Kelantan tetapi suara yang hendak meluluskannya di Parlimen juga adalah suara mereka. Psike politik demokrasi hari ini adalah warisan sensitiviti dan keprihatinan mereka dalam hubungan dengan kerangka kuasa yang ada.

Pertembungan Psiki?

Saya tidak melihat isu hudud adalah isu Islam dan anti-Islam kerana ia terlalu simplistik dalam dunia yang penuh komplikasi hari ini. PAS khususnya harus mengurus isu hudud ini melampaui jalur hukum tetapi hendaklah merentasi jalur demokrasi, perundangan dan teknikalitinya serta lebih memahami psiki masyarakat selain Melayu bagi menemukan perjuangannya dalam konteks masyarakat plural hari ini.

Artikel awalan ini cuba untuk merentasi jalur psiki untuk mendalami masalah hudud bukan daripada psiki Melayu tetapi dari minda, jiwa dalam dan intelektual masyarakat Cina.

Penulis adalah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS.

Bengang berputih mata, 4 lelaki bakar mesin ATM

Posted: 11 May 2014 04:07 AM PDT

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang bengang selepas mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecahkan kosong, nekad membakar mesin berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di sini, hari ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata semua suspek menaiki kereta jenis Proton Saga FLX yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam kejadian 4.45 pagi di Bandar Baru Sentul.
  
Beliau berkata suspek juga dipercayai menggunakan gas oxy acetylene untuk memecahkan ATM itu selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) pada mesin berkenaan dengan cat berwarna biru bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.
  
"Di dalam bank itu terdapat mesin deposit tunai dan ATM. Namun suspek hanya memecahkan ATM...apabila mendapati ia kosong (tiada wang) mereka marah dan bertindak membakar mesin terbabit.
  
"Sebenarnya mesin ATM itu telah dikosongkan pada 24 April lepas dan ia disahkan sendiri oleh pihak bank," katanya kepada Bernama.
  
Gan berkata kesan kebakaran akibat gas oxy acetylene dapat dilihat secara jelas pada ATM itu selain pihaknya turut menemui satu beg kain dipercayai milik suspek.
  
Polis sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV lain untuk menjejak semua suspek.

Caj tambahan: Mana istilah tambang murah AirAsia?

Posted: 11 May 2014 04:06 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Keputusan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang mengenakan caj tambahan baharu kepada semua penumpangnya yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bermula semalam dilihat menekan pengguna.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang kecewa dengan keputusan tersebut meminta agar AirAsia mahupun Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) lebih prihatin dengan apa yang dihadapi penumpang.

"Sepatutnya kos pengunaan AirAsia dikekalkan sepertimana penggunaan Terminal Tambang Murah (LCCT) sebelum ini.

"Keputusan meletakkan caj tambahan dari kos yang asal adalah tidak berpatutan kerana ia memberi tekanan kepada pengguna.

"Kalau semua kos tambahan dikenakan kepada pengguna, di mana istilah tambang murah," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang meminta kedua-dua pihak, AirAsia dan MAHB mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai caj-caj tambahan berikutan penggunaan KLIA2.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar memberitahu caj RM3 dikenakan kepada setiap penumpang berikutan penggunaan sistem daftar masuk baharu yang disediakan oleh pengendali terminal tersebut, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

Menurut Aireen, caj RM3 itu tidak termasuk bayaran penggunaan jambatan udara yang turut dikenakan kepada penumpang ketika proses tempahan tiket penerbangan.

"Kenapa penumpang yang menjadi mangsa bila adanya caj tambahan, sepatutnya kedua-dua syarikat tersebut cari jalan penyelesaian dan bukannya meletakkan beban kepada pengguna.

"Saya berharap ia dapat diselesaikan dengan baik, caj tambahan tidak memberi manfaat kepada pengguna sebaliknya hanya menguntungkan satu pihak sahaja," sambung Ahli Parlimen Pokok Sena itu

PAS tangguh hasrat bawa undang-undang persendirian laksana hudud

Posted: 11 May 2014 04:01 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Dalam satu kenyataan media tiga perenggan yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau berkata mesyuarat telah membuat pertimbangan dalam isu Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan mencapai keputusan berikut:
  1. PAS Pusat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

  2. Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya. 

Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, BN Juga Tak Perlu Tanding Di Teluk Intan

Posted: 10 May 2014 05:23 PM PDT

shahbudindotcom

 
Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor akibat kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu, bakal dimenangi secara percuma oleh DAP berikutan MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya, mengambil keputusan tidak mahu bertanding di kerusi tersebut.

Dengan ini, anak Karpal Singh, Ramkarpal yang telah diumumkan sebagai calon DAP oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sudah boleh menarik nafas lega dan meraikannya kejayaannya lebih awal daripada yang sepatutnya, meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 12 Mei ini.

Ini kerana jika ada pun calon Bebas yang turut bertanding untuk bersaing dengan Ramkarpal, mereka hanyalah ikan bilis dan bukannya pesaing yang sebenar kepada DAP.

MCA memutuskan tidak mahu meletakkan calonnya di Bukit Gelugor sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, adalah untuk memberi tumpuan kepada isu hudud dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ong lagi, jika MCA bertanding mungkin akan menyebabkan beberapa isu lain timbul dan seterusnya memesongkan tumpuan parti itu dalam menghalang isu hudud daripada dibentangkan oleh Pas melalui usul persendirian di Parlimen.

MCA sebelum ini bukan saja menentang usul hudud yang mahu dibawa oleh Pas dengan menyediakan 100 peguam bagi tujuan itu, bahkan juga mengancam untuk mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika UMNO mengambil sikap menyokongnya.

Dalam masa yang sama, MCA juga sedang berunding dengan Perdana Menteri mengenai jawatan dalam kabinet yang bakal diperuntukkan kepadanya berikutan keputusan parti itu mahu kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Meskipun hudud dijadikan alasan tidak mahu bertanding di Bukit Gelugor, kemenangan Karpal dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 42,778 undi juga turut menjadi pertimbangan MCA sebenarnya. Dengan majoriti sebesar itu bukan saja mustahil MCA untuk menang, bahkan jika undi yang diperolehinya lebih buruk atau lebih kurang sama, tentulah ia memalukannya untuk kembali semula menganggotai kabinet.

MCA akan dianggap sebuah parti yang tidak sedar diri kerana setelah ditolak oleh pengundi, tetapi masih juga mahukan jawatan dalam kerajaan. Maka, jalan paling selamat ialah tidak meletakkan calon dan pemimpin MCA boleh kembali memegang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri yang sudah sekian lama diidam-idamkan tanpa banyak pertikaian.

Selain Bukit Gelugor, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan pada 31 Mei nanti ialah di Teluk Intan berikutan kematian wakilnya, Seah Long Peng. Dalam pilihanraya lalu, wakil DAP itu menewaskan calon Gerakan, Mah Siew Keong dan seorang calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi.

Dalam pilihanraya kecil, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi. Tetapi memandangkan penamaan calonnya hanya pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini.

Namun demikian, jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud. Malah Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan.

Walaupun Gerakan tiada kerusi menteri atau timbalan menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihanraya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan pilihanraya kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui.

Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu. Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan.

Hujan lebat landa Makkah

Posted: 10 May 2014 05:20 PM PDT

Hujan lebat landa Makkah  
Keadaan kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir yang melanda Makkah kelmarin.


RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.

Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam.

Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan  seorang daripada maut akibat lepas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.

"Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ," katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.

"Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir," katanya.

Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong.

Majoriti rakyat tidak mahu ISA dikembalikan

Posted: 10 May 2014 05:18 PM PDT

Najib Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pergulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki
 
 
PUTRAJAYA - Kerajaan berdiri teguh dengan keputusannya, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana yakin ia merupakan kehendak majoriti rakyat negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam keadaan masyarakat yang semakin terbuka dan matang, beliau percaya rakyat negara ini tidak mahu pendapat mereka dikongkong, atau hidup dalam ketakutan.

"Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam wacana politik tanah air.

"Kalau kita buat penilaian, tidak semua hendak balik kepada zaman ISA. Saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif," katanya dalam rancangan Ruang Bicara Khas Bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.

Najib yang juga Presiden Umno ditemu ramah selama sejam di Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun Umno ke-68 Ahad ini.

Najib turut menepis tanggapan segelintir pihak, kononnya kesabaran beliau dalam mendepani suara-suara yang menentang, memperlihatkan 'kelemahannya' untuk bertindak.

"Saya tidak anggap itu (kesabaran) kelemahan. Kalau kita tanya apakah mereka mahu satu keadaan di mana ada saja yang mengeluarkan pendapat kita tangkap di bawah ISA?. Apakah itu yang kita hendak?.

"Tentu sekali majoriti rakyat Malaysia tidak mahu keadaan sedemikian. Mereka mahu kita merupakan masyarakat yang ada latitud atau ruang untuk mengeluarkan pendapat walaupun ia kontra atau berbeza," kata perdana menteri.

Bagaimanapun rakyat diingatkan agar tidak mengambil 'peluang' terhadap 'ruang' yang diberikan oleh kerajaan sehingga membawa kemudaratan kepada negara.

Kerajaan pada 2011 menunaikan janji untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam perundangan negara, antaranya membatalkan tiga Proklamasi Darurat yang membawa kepada pemansuhan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA) 1971, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan  memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis.

Susulan itu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) diwartakan pada Jun 2012 bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan setelah pemansuhan ISA antaranya melibatkan penahanan tanpa bicara di bawah undang-undang lama itu.

Turut diperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan menjamin hak bersuara rakyat mengikut saluran sesuai di samping memastikan ketenteraman awam tidak terjejas bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.

Menjawab desakan sesetengah pihak yang mahu ISA dikembalikan, Najib berkata kerajaan yakin undang-undang baharu yang diperkenalkan menyediakan kuasa yang cukup untuk kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian negara.

Katanya selain SOSMA, tindakan tegas juga boleh diambil di bawah Akta Hasutan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyentuh perkara sensitif, menghasut atau melakukan tindakan yang boleh membawa pergaduhan dalam negara.

"Kita memang ambil tindakan berdasarkan undang-undang negara tetapi bukanlah dengan cara tangkap ikut rasa kepada mana-mana individu kita tangkap bawah ISA.

Saya percaya kalau buat macam itu, lagi ramai orang marah pada kerajaan," katanya yang mengambil perhatian kejatuhan rejim pemerintah di negara-negara Timur Tengah akibat mengamalkan dasar-dasar politik yang lebih keras.

 Atas dasar itu juga, kata Najib, sebagai kerajaan, tidak boleh hanya mengambil pendapat sekumpulan tertentu kerana yang lebih penting ialah pandangan dan suara kumpulan majoriti masyarakat.

Najib berkata sebagai pemimpin, beliau bersedia melakukan apa sahaja yang difikirkan terbaik selepas mengambil kira penerimaan masyarakat, namun pada masa sama yakin apa yang dilakukan kerajaan selama ini adalah yang terbaik untuk negara. - Bernama

Isu Esscom: Umno Sabah bidas Pemuda MCA

Posted: 10 May 2014 05:14 PM PDT

Salleh Said Keruak  
Datuk Seri Salleh Said Keruak


KOTA BELUD - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas kenyataan Pemuda MCA yang mempersoalkan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam mengurus isu keselamatan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Beliau menyifatkan cadangan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon supaya Esscom ditutup atau dibubarkan susulan kes penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu, Isnin lepas, sebagai tidak bertanggungjawab.

"MCA sepatutnya memahami fungsi dan peranan Esscom serta memahami keadaan sebenar keselamatan di kawasan pantai timur sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan menembak anjuran Angkatan Relawan Malaysia (Rela) dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sin Woon dalam laporan akhbar tempatan yang mencadangkan Esscom ditutup dan memberikan kuasa penuh kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengurus isu keselamatan di negeri itu terutama kes penculikan.

Sin Woon juga dipetik sebagai berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Esscom, sepatutnya bertanggungjawab ke atas isu keselamatan di negeri itu dan kejadian penculikan yang berlaku di Esszone.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun, mengulas perkara yang sama, isu keselamatan di negeri itu tidak harus dijadikan sebagai alat politik oleh mana-mana pihak.

MCA harus membezakan antara politik dan perkara-perkara yang menjejaskan keselamatan negeri dan negara, kata Masidi, yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, dalam kenyataan. - Bernama

MCA tidak bertanding di PRK Bukit Gelugor

Posted: 10 May 2014 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hanya beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor, MCA mengumumkan parti itu tidak akan bertanding dalam PRK tersebut.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata parti itu telah mencapai keputusan yang terbaik selepas mengkaji senario politik dan selepas berunding dengan ahli-ahli parti mengenai perkara itu.

Ong (kanan) berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN,
Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai keputusan tersebut, sambil menambah bahawa keputusan muktamad dibuat dalam mesyuarat majlis presiden pagi ini di Ipoh, Perak.

Parti itu sebelum ini menimbang sama ada hendak bertanding atau tidak, dan telah menjalankan "kajian saintifik" di kalangan 400 pengundi di Bukit Gelugor untuk membantunya membuat keputusan yang tepat.

Walaupun perkara itu pertama kali dilaporkan dalam media Cina, Ong berkata, pengumuman di Pulau Pinang itu adalah "versi rasmi" .

Bercakap di ibupejabat parti itu di ibunegara, Ong berkata, MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isu hudud bagi  melindungi perlembagaan persekutuan.

Jika MCA bertanding, katanya, beberapa isu mungkin timbul dan memesongkan tumpuan parti itu untuk menghalang rang Undang-undang persendirian ahli PAS dibentangkan di Parlimen pada 9 Jun.

Katanya, MCA berharap rakyat akan memahami mengapa ia mengambil keputusan tersebut.

Walaupun tidak bertanding, tegas Ong, partinya akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Mengenai respon Najib terhadap keputusan MCA untuk tidak bertanding, Ong berkata, sebelum ini PM telah meminta partinya untuk mencari faktor-faktor positif yang akan memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil itu.

Ong berkata, pihaknya telah berusaha keras dan merasakan bahawa mereka tidak dapat mencari satu faktor positif yang boleh mencapai matlamat tersebut.

Turut hadir ialah ketua perhubungan MCA negeri, Datin Paduka Chew Mei Fun dan penasihat MCA negeri, Koay Kar Huah.

Mengenai sama ada MCA akan menyokong mana-mana calon bebas, Ong berkata, menjadi dasar parti itu untuk  tidak menyokong mana-mana parti kerana ia memutuskan tidak bertanding.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ong berkata perdana menteri yang juga pengerusi BN menerima keputusan parti itu selepas berbincang serta mendengar pendapat pimpinan tertinggi dan akar umbi parti itu.
  
Ditanya sama ada keputusan itu mendapat persetujuan akar umbi, Ong berkata terdapat pelbagai pandangan daripada mereka, bagaimanapun kebanyakan anggota parti mahukan MCA memperkukuh kedudukan parti selain memberi fokus kepada persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
  
Beliau berkata walaupun tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu, MCA akan terus berkhidmat kepada rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor bagi memastikan isu-isu berbangkit mendapat perhatian sewajarnya.
  
Sementara itu, Chew berkata Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berpendapat pelaksanaan hukum hudud oleh PAS bakal mencetuskan krisis Perlembagaan.
  
Beliau berkata MCA negeri akan menumpukan segala tenaga dan masa untuk menangani krisis itu dan parti itu juga akan mengadakan lebih banyak dialog dan usaha untuk mengekalkan integriti Perlembagaan.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya dari DAP, Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

DAP telah mencalonkan anak ketiga Karpal - Ramkarpal Singh - untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon MCA, Teh Beng Yeam kalah kepada Karpal dengan majoriti besar 41,778 undi. Teh hanya mendapat 14,061 undi.

Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini di Dewan Sri Pinang , manakala pengundian pada 25 Mei.

Masyarakat harap PDRM banteras jenayah

Posted: 10 May 2014 04:57 PM PDT

PDRM


TAPAH - Harapan masyarakat terhadap usaha yang telah dan sedang dilakukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  
Beliau berkata ini kerana inisiatif yang dilaksana penguat kuasa khususnya PDRM bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman rakyat dilihat berkesan dan mencapai sasaran di luar jangkaan.
  
"Yang berkesan ialah polis melancarkan Ops Cantas bagi mengurangkan jenayah terancang yang dilakukan gangster dan kumpulan kongsi gelap.
  
"Sebagaimana yang kita ketahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah isytihar 49 kumpulan kongsi gelap haram dan selepas tangkapan dilakukan, ini menunjukkan keberkesanan tindakan kementerian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'United Against Crime' (UAC) di sini hari ini.
  
Beliau berkata Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah pada tahun lepas juga dapat dibuktikan dengan beberapa pencapaian.

"Pencapaian NKRA tahun lepas iaitu pengurangan jenayah indeks sebanyak 4.3 peratus berbanding 5 peratus yang disasarkan iaitu sebanyak 86 peratus, pengurangan kejadian pecah masuk rumah 6.5 peratus berbanding lima peratus yang disasarkan iaitu 130 peratus.
  
"Peningkatan kadar pendakwaan bagi kertas siasatan yang dibuka mencapai 38.2 peratus berbanding 35 peratus yang disasarkan iaitu 109.14 peratus, indeks persepsi keselamatan 47.2 peratus dan peningkatan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan PDRM 85.7 peratus berbanding 70 peratus yang disasarkan iaitu 122.43 peratus," kata Wan Junaidi.
  
Meskipun kejayaan dicapai dalam mengurangkan kadar jenayah, beliau berkata persepsi terhadap keselamatan masih kekal membimbangkan dalam kalangan masyarakat.
  
"Masyarakat menganggap jenayah yang berlaku meningkat. Kabinet telah membincangkan bagaimana untuk menangani persepsi ini," katanya.
  
Mengenai program UAC yang berlangsung selama tiga hari, beliau berkata ia merupakan komitmen kerajaan dengan kerjasama pihak swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi awam, badan-badan berkanun dan golongan belia, bagi mengurangkan jenayah.
  
"Semua pihak perlu berganding bahu dalam membanteras jenayah kerana jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat, masa, umur, kaum dan jantina. Wajarlah kita semua bersama-sama melibatkan diri dalam membanteras jenayah ini," katanya. - Bernama

Jelas tentang hudud hingga masyarakat faham

Posted: 10 May 2014 04:53 PM PDT

Jelas tentang hudud hingga masyarakat faham  
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia dan Perpaduan Masyarakat (MAZLUMDER), Ahmet Faruk Unsal


KUALA LUMPUR - Usaha memberi kefahaman dan penjelasan berterusan mengenai hukum hudud kepada orang bukan Islam perlu dipertingkatkan sehingga majoriti rakyat Malaysia memahami hukum berkenaan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia dan Perpaduan Masyarakat (MAZLUMDER), Ahmet Faruk Unsal berkata kerajaan Malaysia digesa mengambil inisiatif meredakan kemarahan dan ketegangan antara agama sebelum boleh memperkenalkan undang-undang baharu itu.

"Seperti kita tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki berbagai kaum dan agama seperti Cina dan India. Jadi jalan terbaik adalah duduk semeja serta berbincang mengenai perkara ini supaya menemui kata sepakat.

"Rasanya seluruh rakyat negara ini tidak mahu perkara tidak diingini berlaku seperti perbalahan antara kaum kerana apa yang saya tahu Malaysia merupakan sebuah negara aman dan harmoni," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut hasrat Pas membawa draf undang-undang persendirian mengenai hukum hudud ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen beragama Islam sebelum boleh dilaksanakan di Kelantan.

Mengulas lanjut, Ahmet Faruk menambah, sekiranya Malaysia serius menjadikan hudud sebagai undang-undang, mereka perlu mencontohi negara yang telah berjaya melaksanakannya seperti Arab Saudi dan terkini Brunei.

Malah katanya hasrat itu juga turut dikongsi bersama masyarakat Islam di Turki yang kini mula menambah baik pentadbiran negara itu termasuk perundangan Islam.

"Turki pada masa ini merupakan sebuah negara sekular tetapi sejak10 tahun kebelakangan ini mereka cuba mempraktikkan nilai-nilai Islam dan mungkin hudud boleh dipraktikkan pada masa akan datang jika rakyat diberikan kefahaman," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan mana-mana pihak supaya lebih berhati-hati dalam menyatakan pendirian khususnya Syria kerana dikhuatiri akan menjejaskan rangkaian pengangkutan bantuan kemanusiaan di negara-negara Timur Tengah itu.

"Rakyat Syria sendiri masih berjuang mempertahankan hak mereka, campur tangan negara lain mungkin akan memburukkan keadaan termasuk melumpuhkan pusat misi bantuan," katanya

Al-Shabab rekrut anggota baharu

Posted: 10 May 2014 04:51 PM PDT


Al-Shabab rekrut anggota baharu  
Ahli kumpulan Al-Shabab yang ditahan polis, Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Al-Shabab dipercayai masuk ke negara ini untuk merekrut anggota baharu dalam usaha mengembangkan gerakan radikal mereka.

Menurut sumber, kumpulan ini menyasarkan warga Afrika Timur yang menuntut di institut pengajian tinggi di negara ini.

"Mereka menggunakan sama ada pasport curi atau palsu dan bergerak secara berkumpulan," katanya

Menurutnya,  setakat ini tidak kurang daripada 10 ahli anggota Al-Shabab berada di Malaysia dan polis  sedang menjejak mereka berdasarkan maklumat disahkan oleh Interpol.

Khamis lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menahan seorang lelaki  Afrika Timur yang dipercayai ahli kumpulan Al-Shabab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media kelmarin, berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, polis turut menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini.

Tiada ulasan: