Sabtu, 31 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Nak tengok dia makan

Posted: 30 May 2014 08:09 AM PDT



Kumpul cokelat Cadbury yang ada DNA Babi tu, dan suruh dia makan!!!

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Katanya lagi "Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

Saya tak nak ulas panjang pasal perkara ini sebab ini adalah kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang arif tentang agama Islam!!!!!!

Saya hanya minta persatuan & NGO Islam kumpul coklat Cadbury yang ada DNA BABI tu suruh Pengerusi dan Ahli Majlis Fatwa MAKAN!!!

Lagi baik bagi makan semua anak beranak Dr Abdul Syukor.. Tak apa Ummum al-Balwa!!!


sumber : TEMPAYAN RETAK

dollah yankee -
yang haram dihalalkan,yang halal pula diharamkan..
bila hukum agama dipermainkan,itu lah tanda-tanda  akhir zaman

Tiada ulasan: