. |
- DAP kalah di Teluk Intan
- Jengok pilihan raya Telun Intan
- Majlis Fatwa Kebangsaan umpama orang gaduh nak kencing lupa tarik zip
Posted: 31 May 2014 05:23 AM PDT TERKINI Perkiraan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pihak DAP, parti itu yang menurunkan calon Melayu Dyana Sofya, 27 kalah ditangan presiden Gerakan Mah Siew Keong dengan kekurangan undi sekitar 300 undi. Dyana mengutik undi sebanyak 19,919 undi atau kira-kira 49.0% manakala Mah Siew Keong mengumpul sebanyak 20,157 atau kira-kira 49.6% undi. Sebanyak 40,626 undi yang keluar sekitar 65.5%. Berbanding dengan peratus keluar mengundi pilihan raya lalu sebanyak 80. 60% kira-kira 16% pengundi tidak keluar mengundi. Kekalahan DAP sesuatu yang upset kerana sebelum ini Dyana Sofya yang dilihat mendapat sokongan padu dari kalangan generasi muda. Apa yang saya sebut dalam analisa awal mungkin ada kebenaran apabila melihat kekalahan DAP ini. Sudah dijangkakan sekiranya peratus pengundian rendah ia memberi masalah kepada DAP, kerana yang tidak akan keluar mengundi adalah orang Melayu khasnya dari saluran 1 dan 2. Sikap sesetengah jentera pilihan raya Pas Perak yang tidak bergerak aktif memberi indikasi bahawa Pas tidak menggerakkan penyokong mereka keluar mengundi. Hal ini pasti akan diambil kira oleh DAP ketika membuat postmortem kelak. Kelemahan jentera Pas Perak ini telah disebut oleh pimpinan tinggi Pas. Apakah faktor pengundi Melayu yang tidak turun itu disebabkan isu hudud? Semua pihak akan membuat kajian. Saya teringat sebelum hari penamaan calon akan kebimbangan disuarakan Husam Musa mengenai pilihan raya Teluk Intan. Kemenangan calon Gerakan itu sudah tentu akan menggembirakan BN dan Mah Siew Keong akan pasti dilantik menjadi menteri. Ada juga risikonya hubhungan Pas dengan DAP mungkin bermasalah sekiranya bedah siasat dibuat tadi menjelaskan kekalahan itu antara faktornya kerana Pas. [wm.kl.8:19 pm 31/05/14] |
Jengok pilihan raya Telun Intan Posted: 31 May 2014 02:11 AM PDT TUNGGU KEPUTUSAN 7:58 pm - Keputusan tidak rasmi pilihan raya Teluk Intan DAP menang dengan majoriti tipis bawah 300 undi. 7:45 pm - Kedudukan terkini terkini DAP akan kalah tipis ditangan BN.7:32 pm - DAP kutip 19,202 BN 18,379 7:05 pm - Setakat ini BN mendapat 13,781 manakala BN 12,734, DAP mengatasi sebanyak 1,038. 6:48 - DAP sehingga ini memperolehi 10,000 sementara BN 8,287. Sehingga ini sebanyak 18,491 undi sudah dikira. Sebanyak 204 undi ditolak. 6:40 - DAP meninggalkan BN agak jauh dengan mengutip 8,525 manakala BN 7,421. Sudah hampir separuh undi dikira. 6:30 pm - DAP 6,498 manakala BN 5,863. Sudah 12,503 undi dikira. 6:21 pm - DAP 5,078 manakala BN 4,738. 6:13 pm - Kedudukan terkini BN masih mengatasi DAP 1% dengan 3,211 undi manakala DAP 3,053 undi. Setakat ini Dyana Sofya banyak mendapat undi saluran 3 dan 4 manakala Mah saluran 1 dan 2. 6:05 pm - Keputusan pengundian sudah mula diperolehi. Di satu pusat pengundian calon BN mendapat 2,147 calon DAP 1,928. Tempoh pengundian pilihan raya parlimen Teluk Intan sudah berakhir dan semua pusat pengundian telah pun ditutup. Dengan mengambil kira peratus keluar mengundi sehingga jam 4:00 petang tadi sekitar 63.4% (38,000) berkemungkinan peratus keluar mengundi tidak sampai 75%. Peratus keluar mengundi rendah akan memberi implikasi kepada calon. Sekiranya peratus itu disebabkan kerana pengundi Melayu tidak keluar mengundi ia mungkin menjejaskan kedudukan Mah Siew Keong, manakala kalau ianya disebabkan pengundi luar ia memberi implikasi kepada calon DAP. Sesiapa calon yang akan diistyharkan menang mojoritinya tidak akan cecah 5,000. Sepanjang proses pengundian di semua pusat pengudian berjalan lancar tanpa ada kejadian buruk berlaku. Kejadian atau ketegangan di beberapa kawasan adalah perkara biasa. Yang penting tidak ada yang cedera dan maut sepanjang porses pengundian. Keputusan pilihan raya dijangka diketahui menjelang 9:00 malam. Bagaimana pun selepas jam 6:30 apabila proses pengiraan setempat berlangsung keputusan sudah dapat diramalkan siapakah pemenang antara Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud. [wm.kl. 5:08 pm 31/05/14] |
Majlis Fatwa Kebangsaan umpama orang gaduh nak kencing lupa tarik zip Posted: 30 May 2014 08:40 PM PDT SENYUMAN UNTA Sambil melayani pilihan raya Teluk Intan saya hendak bercakap sikit fasal doklat Cadburry yang dicemari dengan DNA babi (procin) yang menjadi "viral" (kerihan) dalam Facebook dan belum reda sepenuhnya. Kita tahu babi ini sensitif bagi umat Islam. Isu babi dalam coklat ini juga tidak semena-mena menangkan sedikit isu hudud. Dah menjadi kebiasaan di negara "tigatujuhkosong" ini isu berlarian dan silih berganti. Manusianya pula akan jadi panik tak tentu fasal apabila timbul sesuatu isu. Semuanya nak bercakap termasuk si bisu dan si gagap. Si bisu ialah yang jahil, si gagap ialah yang tahu sedikit sebanyak. Mengenai dua produk keluaran Cadburry yang disangsikan kehalalannya ekoran penemuan DNA babi ke atas dua jenis produknya, saya nak singgung sikap Majlis Fatawa Kebangsaan (MFK) yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan dua jenis produk berkenaan halal. Fatwa kebangsaan itu tentu sekali sangat menggembira syarikat berkenaan dan bagi mereka yang ketagih dengan coklat perasa kacang dan badam itu. Fawta itu berdasarkan kepada apa istilah bahasa Arab dinamakan "Umum al-Balwa" iaini keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. Perkara itu diumum oleh pengerusi MFK, Abdul Shukur Husin setelah bersidang membincangkan perihal DNA babi yang ditemui dari dua sample coklat keluaraan Cudburry itu. Katanya dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada penggunaan yang asasnya dihasilkan melalui pemerosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, yang kemudian disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi (penyerapan) DNA babi pada sebahagian produk tertentu, maka dalam keadaan ini ia dikategorikan "Umum al-Bawa". Memangnya dari segi prosudernya MFK itu telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti digariskan. Tetapi apa yang hendak dimusykilkan kenapa terlalu cepat keputusan dan fatwa "Umum al-Balwa" itu dikeluarkan. Apakah keadaan yang menimpa coklat berkenaan dalam keadaan sukar dan berleluasa. Dari pandangan orang yang "gagap" rasanya tidak sukar untuk mengawalnya kerana coklat itu diberikan jenama dan kod-kod tertentu. Dalam dunia bersistementik ini ia bukan sesuatu yang sukar untuk mengawasinya. Apa yang berlaku ke atas coklat itu bukan seperti darah babi yang terjatuh ke dalam sungai atau kolam yang luas. Ia boleh diibaratkan ia terjatuh dalam sebuah tempan sahaja. Fatwa "Umum al-Balwa" itu tidak tepat digunakan ke batas isu coklat berkenaan. Apakah ahli-ahli MFK juga bisu dan gagap? Iya seperti sedikit pincang dan tindakan MFK itu tergesa-gesa dan membelakangnya tindakan lain yang lebih akurat dari majlis berkenaan. Jabatan Kimia misalnya, yang memeriksa ke atas sampel coklat berkenaan masih belum mengeluarkan hasilnya apakah ia mengandungi DNA babi atau tidak, tetapi majlis fatwa telah menghalalkannya. Gimana sih? Walaupun majlis itu boleh memutuskan berdasarkan prosuder halal yang dibernarkan dan didapati syarikat pengeluaran berkenaan mengikut semua prosudernya, tetapi apabila ia disangsikan ekoran penemuan, elok pengesahan semula secara menyeluruh secara saintifik diguna pakai. Dalam kes seperti coklat itu dan persubahatan lain, MFK idak boleh menggunakan kaedah lama berdasarkan pendapat dan ijmak usang semata-mata tanpa ada ujian saintifik. Dunia hari ini sudah moden dan mempunyai semua alat untuk mengesan sesuatu yang kabur atau disangsikan dan yang tidak dapat diputuskan oleh akal lisan manusia. Jadi keputusan atau rumusan yang berdasarkan kepada ijmak ulamak yang dibuat sebelum ini ke atas sesuatu yang tidak dapat diuji dengan alat canggih sudah tidak relevan lagi dan perlu diubahkan dan kaedah baru diperkenalkan. Keadaan "Umum al-Balwa" itu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana kini sudah ada alat (Jabatan Kimia) untuk mengetahuai apa yang ada dalam sesuatu bahan makanan itu. Elok kalau MFK memasukan Jabatan Kimia (analisa dan kajian saintifik) sebahagian prosuder untuk membuat fatwa. Seeloknya MFK menunggu keputusan hasil kajian dan analisa Jabatan Kimia dalam kes-kes seperti coklat itu. Tidak ada guna kita membuat tindakan segera tetapi tindak itu tidak akurat atau pun berdasarkan hujah-hujah yang kemas. Kerja dilakukan MFK samala degan orang yang terlalu hendak kencing hingga terlupa menarik zip. Fawat-fatwa seperti itulah menimbulkan kecelaruan daripada menyelesaikan masalah. Tindakan Kementerian Hal Ehwa Pengguna yang melarang keras semua premis dari menjualkan dua jenis coklat berkenaan tampaknya lebih pratikal daripada sikap dan keputusan tergesa-gesa MFK. [wm.kl.11:24 am 31/05/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan