Sabtu, 31 Mei 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Najib Berbohong Lagi!!

Posted: 31 May 2014 07:20 AM PDT


Bila kita bercakap tentang sesuatu isu, atau perbincangan dalam sesuatu isu yang ternyata tidak benar, atau tidak menyeluruh, dan banyak perkara di sorot dari pengetahuan para pendengar, maka, mereka yang bercakap itu dikatakan berbohong.

Dengan berbohong mereka mendapat keuntungan besar... maknanya dengan berbohong mereka akan mendapat faedah besar dalam mempengaruhi pendengar, dan ini adalah satu perbuatan menipu.

PM kita DS Najib Razak antara orang yang dimaksudkan.. suka berbohong dalam banyak hal. Mengenai kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang, tarif elektrik, pertukaran MB dan lagi lagi lagi sehingga saya tak mampu nak tulis!!

PM yang suka berbohong, pemimpin yang suka berbohong adalah suatu MALAPERTAKA untuk rakyatnya. Tapi bagi Najib bohong itu dah jadi macam darah daging..

Terkini Najib kata Malaysia membebaskan 2 warga asing yang dijadikan tebusan tanpa sebarang bayaran. Ya kita bangga tapi dalam hati kita betul ke CAKAP NAJIB NI??

Hari ini laporan Reuter kata pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar".

Laporan ini bercanggah sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.

Najib menggunakan twitter untuk mempengaruhi pemikiran rakyat terhadap dirinya. Tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China:

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."

"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."

Apa yang saya boleh simpulkan KALAU TAK BOHONG tak dinamakan BN @ UMNO.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: