WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAT SAID DAN BEBERAPA ADUN SERTAI PAKATAN?
- [LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
- RANGKUMAN BERITA
MAT SAID DAN BEBERAPA ADUN SERTAI PAKATAN? Posted: 12 May 2014 08:15 AM PDT Panas: Di Pecat, Mat Said Mungkin Akan Sertai KeADILan !Bukan rahsia lagi bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hampir pasti akan dipecat dari jawatannya akibat kegagalan BN mengekalkan 2/3 kerusi DUN Terengganu dalam PRU13 yang lepas. Ahmad Said atau kebelakangan ini lebih dikenali sebagai Mat Said Gardenia (kerana tindakannya 'mencuri' roti Gardenia dari lori untuk diberi kepada mangsa banjir tahun lepas) ini mula dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU12 pada tahun 2008. Ura-ura penyingkiran Mat Said dari jawatan tersebut sudah semakin hangat diperkatakan di negeri tersebut sejak minggu lepas lagi, dengan penggantinya pun sudah dikenal pasti iaitu ADUN Seberang Takir, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut sumber, selain kegagalan tersebut, Mat Said juga ada beberapa isu dengan pihak Istana yang menjadi barah sehingga membawa kepada penyingkirannya kali ini. Menariknya, Mat Said dulu adalah orang pilihan Istana untuk mengenepikan Idris Jusoh dari kerusi Menteri Besar. Pemecatan Mat Said bagaimanapun dilihat satu rahmat terpijak untuk Pakatan Rakyat bila dia dan beberapa orang ADUN BN (antara 2-4 orang) dikatakan telah membuat keputusan untuk menyertai PKR dan seterusnya membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di Terengganu. Ini bukan cerita baru kerana perbincangan Mat Said untuk menyertai PKR ini telah pun bermula dari pilihanraya kecil Kuala Besut lagi, apabila BN mengenepikan calon pilihan Mat Said untuk memberi jalan kepada calon pilihan Idris Jusoh. Bagaimanapun, campur tangan saat akhir untuk mengelakkan Mat Said menyertai PKR, menyaksikan calon pilihan Mat Said, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dipilih semula dan akhirnya menang dalam pilihanraya kecil berkenaan mengalahkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti meningkat berbanding PRU13. Tengku Zaihan atau Abe Ku ini juga dikatakan termasuk dari kalangan 2-4 orang ADUN yang akan ikut bersama Mat Said untuk menyertai PKR. Pakatan Rakyat berharap ura-ura ini akan menjadi kenyataan dan dengan itu kita boleh menambah Terengganu dalam koleksi negeri terbaru yang kita berjaya perintah. Terengganu penting dalam perkiraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya kerana berbeza dengan kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia ini, Terengganu dilimpahi dengan rahmat royalti minyak, setaraf dengan Sabah dan Sarawak. Pendek kata, Pakatan Rakyat tidak perlu berusaha keras mencari duit untuk Terengganu kerana pendapatan hasil royalti minyak ini sudah tersedia untuk digunakan tanpa susah paya bekerja. Sebaliknya sekarang, Pakatan Rakyat perlu memikir cara terbaik untuk menguruskan wang yang banyak ini bagi membantu usaha menawan Putrajaya pada PRU14 yang akan datang. PAHANG DAILY ONLINE |
[LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad Posted: 12 May 2014 06:22 AM PDT |
Posted: 12 May 2014 05:10 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan