DIALOG RAKYAT |
- Penumpang terkandas, kelam kabut di LCCT
- 'Jangan ancam penjawat awam'
- Dakwa beri air percuma punca catuan, Najib Razak dikecam di laman sosial
- Lelaki OKU hilang belum ditemui
- MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?
- Wanita MCA lancar kempen tolak hudud
- Boeing ingin tahu misteri di sebalik MH370
- Presiden Gerakan calon sesuai PRK Teluk Intan
- Hudud: Adakah Umno berbaloi untuk dipercayai?
- GST bercanggah dengan prinsip percukaian dalam Islam
- BN bincang dua pilihan raya kecil, buat penilaian terperinci - Muhyiddin
- Hishamuddin Rais nafi ada kaitan dengan kumpulan serang media
- Zaman BN satu masjid RM10 juta, PR bina dua buah
- Hudud bela perogol? Mapim selar Ketua Wanita Gerakan
- MH370: PDRM tidak akan keluar hasil siasatan ketika ini
- Kerajaan digesa dedah keputusan audit ICAO
- Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
- MCA hanya tolak hudud, bukan agama Islam
- Hudud: BN mungkin pecah
- Tidak ada perubahan dan keinginan SPR ubah proses pilihan raya, kata Bersih
- Pusat menyelamat sepatutnya dimaklum selepas 30 minit
- 'Penjawat awam cuma perlu setia pada raja dan negara'
- Nurul gesa ICAO audit sistem radar
- Calon Ketua AMK Sungai Petani Protes Nama Tiada Dalam Senarai
- Wartawan Terkorban Ketika Bertugas Wajar Diberi Penghormatan - Pengamal Media
Penumpang terkandas, kelam kabut di LCCT Posted: 04 May 2014 08:30 AM PDT MALAYSIAKINI Dianggarkan seramai 1,000 orang penumpang terkandas Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini dalam suasana "kelam kabut" kerana hanya beberapa kaunter imigresen dibuka. Penumpang yang dihubungi Malaysiakini juga berkata, tiada anggota ditugaskan untuk mengawal barisan penumpang. "Saya beratur selama 45 minit dan ada seribu orang di hadapan saya. "Tiada penyaman udara dan ada yang pengsan," katanya yang enggan dinamakan. "Saya tidak tahu jika bantuan perubatan diberikan kerana saya tersepit di tengah-tengah orang ramai ini." Seorang lagi penumpang, yang juga enggan namanya disebut berkata beliau terperangkap selama kira-kira sejam dan hanya melepasi kaunter imigresen selepas lebih banyak kaunter dibuka. "Hanya ada satu atau dua kaunter dibuka untuk warga Malaysia tetapi lebih dari 1,000 orang sudah sampai. Tiada barisan atau polis bantuan yang membantu. "Seorang VIP dibenarkan untuk melepasi sekatan dengan keluarganya, menyebabkan orang ramai berteriak. Mereka menjerit, 'Kami juga bayar cukai'. "Ini salah Malaysia Airports. Kami bayar cukai lapangan terbang supaya mereka boleh sediakan perkhidmatan," katanya ketika dihubungi. Tambahnya, tiada papan tanda disediakan menyebabkan orang ramai menuju ke kaunter yang salah selepas beratur panjang. | |
Posted: 04 May 2014 08:27 AM PDT MALAYSIAKINI Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu. "Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi... Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan," katanya. Dalam kenyataan itu, Tan juga berkata Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. "Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan," katanya. Pemuda GERAKAN juga menggesa ketua setiausaha negara agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang bertentangan dengan perlembagaan. "Ini bertentangan dengan prinsip asas BN," katanya. Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan. Ali dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan itu memberi amaran bahawa penjawat awam yang menyertainya boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan kerja. Beliau memberi alasan, penjawat awam tidak boleh menentang aspirasi dan dasar kerajaan. | |
Dakwa beri air percuma punca catuan, Najib Razak dikecam di laman sosial Posted: 04 May 2014 08:23 AM PDT Oleh: Lizawati Madfa SHAH ALAM : Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial. Semalam, Najib dilaporkan berkata langkah populis Kerajaan Negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini. Tinjauan Selangor Kini di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran. "Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah 'selfie' di sana," tulis Sariph Sariphuddin. "Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik," luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid. Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998. "Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang," kata Rossi Hail. "Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR," ulas Joe Faris pula. Selepas kontroversi kangkung, 'selfie' bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial. "Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja," sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook. "Beri air percuma menyebabkan musim kemarau, jadi kerajaan berhasrat naikkan tarif air supaya tak kemarau lagi- Jibby," sindir seorang lagi, Anwar Haldir Aswad. Sejak penghujung Februari lalu, Kerajaan Negeri mengambil langkah melakukan penjadualan atau catuan air ekoran musim kering luar biasa yang menyebabkan paras empangan semakin merosot. Bagaimanapun, minggu lepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan ditamatkan ekoran paras empangan semakin meningkat selain taburan hujan di hilir yang banyak membantu pengurangan pelepasan air di Empangan Sungai Selangor. EZY | |
Lelaki OKU hilang belum ditemui Posted: 04 May 2014 08:12 AM PDT BATU KURAU - Masih belum ada petunjuk. Itu rintihan sebuah keluarga berhubung kehilangan Yuseiri Kasim, 35, yang dikatakan keluar dari kediaman mereka di sini, sejak 19 April lalu. Abangnya, Hairun Kasim, 38, berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi mencari adiknya, namun sehingga kini ia belum berhasil. "Tiada sebarang petunjuk dan maklumat diterima selepas berita kehilangan adik tersiar dalam akhbar. "Ada juga terima beberapa panggilan, namun kesudahannya tetap menghampakan. Kami buntu, tak tahu mana mahu cari lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Hairun berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Yuseiri diminta segera menghubunginya di talian 012-6176749. Pada 19 April lalu, Yuseiri yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat keluar dari rumahnya dengan menunggang sebuah motosikal jenis EX5 berwarna biru dengan nombor pendaftaran ADX 9379. | |
MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu? Posted: 04 May 2014 08:09 AM PDT PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang. Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza. Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat 'jarak kosong' yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio. Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal. "Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. "Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit," katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC. Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit. Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab. "Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti," kataya. Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru. | |
Wanita MCA lancar kempen tolak hudud Posted: 04 May 2014 08:06 AM PDT Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan. "Ia selaras dengan penubuhan negara sejak kemerdekaan yang mengutamakan konsep intergrasi perkauman dan bukan asimilasi. Perpaduan harus diutamakan demi keharmonian terutama negara kita yang mempunyai bangsa yang majmuk. "Wanita MCA bertekad untuk memelihara masyarakat negara yang bersepadu dan aman damai demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA di sini, hari ini. Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong kempen terbabit terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan kesatuan wanita. | |
Boeing ingin tahu misteri di sebalik MH370 Posted: 04 May 2014 07:55 AM PDT KL TODAYKUALA LUMPUR – Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan dan mengapa. Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin. Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia. "Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang," kata Boeing. Boeing berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia. "Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita," kata Boeing. Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21. | |
Presiden Gerakan calon sesuai PRK Teluk Intan Posted: 04 May 2014 07:52 AM PDT IPOH – Presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong merupakan calon paling sesuai untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata penasihat parti itu Datuk Chang Ko Youn. Beliau berkata ini kerana Siew Keong mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membawa pembangunan, sumbangan dan menabur khidmat kepada komuniti di Teluk Intan, sejak beberapa tahun lepas. "Saya percaya beliau paling layak dan calon paling sesuai bagi pilihan raya kecil ini kerana pengundi Teluk Intan telah melihat prestasi, rekod perkhidmatan, personalitinya dan lebih penting beliau ialah anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Charity Food Fair' Rumah Orang Tua Kampung Simee di sini hari ini. Bagaimanapun Ko Youn berkata, senarai calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan akan dikemukakan parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN. Parti Gerakan juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan rundingan mengenai calon yang paling sesuai dan berpotensi untuk mewakili BN, katanya. Ko Youn berkata, Gerakan sedang mempersiapkan untuk menghadapi PRK itu dan adalah 'malang dan terlalu cepat" kerana ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perlembagaan Persekutuan. "Pastinya PRK yang akan datang ini akan menjadi perlawanan amat sukar memandangkan senario politik semasa tetapi Gerakan mempunyai rangkaian yang kuat, keahlian dan pasukan berdedikasi yang semuanya akan digerakkan untuk menghadapi PKR…kami mempunyai rekod prestasi yang baik, nama dan juga dikenali masyarakat. Beliau berkata senario PRU13 tidak sama dengan keadaan semasa memandangkan pada tahun 2013, pengundi dipengaruhi khabar angin yang mencetuskan kemarahan seperti dakwaan kononnya berlaku kemasukan warga asing untuk mengundi. "Pada ketika itu pembangkang juga dilihat mempunyai harapan untuk menjadi kerajaan. Kali ini saya berpendapat pengundi mahu menghargai sumbangan BN dan lebih baik mereka memilih calon BN yang boleh memberi perkhidmatan berkesan serta menjadi jambatan antara penduduk Teluk Intan dan kerajaan," katanya. Siew Keong pernah bertanding dan memenangi kerusi Parlimen itu pada PRU10 dan PRU11 bagaimanapun tewas pada PRU12 dan PRU13. PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya dari DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas. Pada PRU13, Leong Peng menewaskan Siew Keong sebagai calon BN dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Mendiang sebelum ini pernah menjadi Adun Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999. | |
Hudud: Adakah Umno berbaloi untuk dipercayai? Posted: 04 May 2014 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi mengingatkan PAS agar tidak terpengaruh dengan 'sokongan' Umno dalam isu pelaksanaan hudud yang jelas berniat untuk menimbulkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, Umno sebelum ini bertegas tidak ingin melaksanakan undang-undang itu walau pun berkemampuan berbuat demikian. "Pada 25 September 2011, kerajaan mengisytiharkan tidak akan menguatkuasakan hudud di Malaysia. Ternyata Umno tiada prinsip dan kini hanya menyokong hudud untuk membuat perangkap politik terhadap PAS, untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dan memecahkan Pakatan. "Jika PAS terus bersama-sama dengan Umno, ia akan dilihat sebagai mudah terpedaya, malah mengkhianati pengundi bukan Islam. Itu akan memudahkan Umno untuk menghancurkan Pakatan. "PAS perlu seirus bertanya pada diri sendiri, 'Adakah Umno berbaloi untuk dipercayai?'" tegasnya dalam satu kenyataan. MCA bisu dengan sokongan UMNO Ahli Parlimen Bagan itu turut menyifatkan MCA sebagai terlalu terdesak untuk kembali dilantik ke dalam kabinet kerajaan, sehingga sanggup menggadaikan prinsip dengan membisu terhadap sokongan Umno berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. Guan Eng berkata, tiada sekali pun pimpinan MCA bangun mengkritik Umno yang secara terbuka menyokong hudud. "Sejak lima minggu lalu bermula 27 Mac, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai gagal mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan menteri lain (yang membuat kenyataan). "Beliau juga gagal membantah Jamil berhubung (cadangan) penubuhan jawatankuasa teknikal hudud antara kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan pada 2 Mei lalu," katanya. Jelas, katanya lagi, kebimbangan MCA bahawa parti itu tidak akan mendapat sebarang jawatan dalam kabinet telah menyebabkan pimpinannya takut untuk melawan Umno yang menghasut PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Guan Eng merujuk kenyataan Jamil pada 27 Mac lalu di Parlimen, bahawa kerajaan BN akan menyokong sebarang usaha PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud yang menjadi pencetus isu ini kembali berbangkit. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya semalam mempelawa MCA untuk kembali menyertai kabinet, bertentangan dengan keputusan parti itu sebelum ini yang enggan dilantik dalam jemaah menteri ekoran kekalahan memalukan dalam Pilihanraya Umum ke-13. –Roketkini.com | |
GST bercanggah dengan prinsip percukaian dalam Islam Posted: 04 May 2014 12:06 AM PDT NEGARA Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul jibayah) tetapi berasaskan prinsip negara hidayah dan berkebajikan. Negara percukaian meletakkan cukai sebagai dasar hasilan utama negara yang perlu dioptimumkan sedangkan negara hidayah meletakkan cukai sebagai hanya tindakan sementara di kala terdesak dan perlu diminimakan dan bukan dimaksimakan. Negara Islam meletakkan bebanan kewangan negara ditanggung oleh golongan berada yang mempunyai lebihan kewangan dan berkemampuan sebagai satu tanggungjawab harta bagi menampung keperluan rakyat yang miskin dan kewangan negara apabila bermasalah. Golongan berada dalam Islam diberi pelbagai insentif galakkan bagi mengoptimumkan semangat menyumbang secara sukarela kepada negara di kala kewangan bermasalah dan kepada rakyat yang tidak berkemampuan secara berterusan menerusi tajaan kewangan, sedekah, hibah, hadiah dan wakaf negara. Kehormatan harta rakyat 1. Islam menghormati hak pemilikan harta manusia. Harta rakyat tidak boleh diambil oleh kerajaan atas nama cukai dan sebagainya tanpa sebab. 2. Kerajaan mesti mengoptimumkan hasil negara menerusi pelbagai sumber bukan cukai. 3. Sekiranya berlaku kekurangan dana negara maka barulah cukai dibolehkan untuk dikenakan kepada rakyat atas nama dharurat dan keperluan dan ia mesti berlaku dengan pelbagai syarat yang ketat dan hanya dengan sekadarnya demi memenuhi keperluan tersebut. 4. Disyaratkan juga untuk dikenakan cukai bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran perbelanjaan. Sekiranya masalah kewangan negara berlaku kerana kegagalan kerajaan menguruskan harta secara berhemah maka cukai haram dan tidak boleh dikenakn kepda rakyat. 5. Apabila cukai rakyat diperlukan kerajaan hanya boleh mengambil cukai daripada golongan berada yang berkemampuan dan tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang hanya cukup makan atau faqir yang tidak cukup makan. GST cukai yang zalim yang bercanggah dengan Islam kerana beberapa sebab: 1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan. 2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pada semua golongan kaya atau miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pada golongan berada yang berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta 3. Cukai GST bersifat sumber tetap bagi kerajaan sedangkan cukai dalam islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yang terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan 4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dengan kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dengan prinsip cukai dalam Islam yang menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kepada rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara. 5. Kadar cukai GST sebanyak 6 peratus atas perbelanjaan bercanggah dengan prinsip cukai Islam yang sepatutnya tidak melebihi 2.5 peratus. Kadar zakat yang wajib pun maksimanya 2.5 peratus atas pendapatan orang yang berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yang sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5 peratus. Kesan GST 1. Kajian yang banyak terhadap negara-negara yang telah melaksanakan GST menunjukkan peningkatan harga barang yang tidak terkawal kerana cukai tersebut. Akhirnya yang menjadi mangsa akhirnya rakyat yang tidak berkemampuan. 2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yang tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pada tahap sederhana. 3. Kesan GST pada kewangan peribadi rakyat bawahan dan berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan. 4. GST akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dengan GST. Ia akan mewujudkan jurang yang makin lebar antara si kaya dan si miskin yang akhirnya menggugat kestabilan kehidupan bermasyarakat >> Penulis adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu. | |
BN bincang dua pilihan raya kecil, buat penilaian terperinci - Muhyiddin Posted: 04 May 2014 12:01 AM PDT ANTARAPOS.COM MUAR: Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan membincangkan dua pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi dan satu keputusan akan dibuat oleh pengerusi BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN akan membuat penilaian terperinci dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan. Beliau ditanya untuk mengulas pilihan raya kecil yang dijadualkan pada 25 Mei untuk kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu yang juga bekas pengerusi DAP Karpal Singh, dalam satu kemalangan pada 17 April. Satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei. Ketika ditanya sama ada BN akan membincangkan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Muhyiddin berkata: "Itu tak tahulah, jangan buat ramalan". Berhubung cadangan MCA menyenarai pendek tiga nama calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Muhyiddin berkata BN sentiasa menghormati dan mengambil kira cadangan parti-parti komponen. Bagaimanapun, keputusan muktamad akan diputuskan pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Muhyiddin berkata BN akan membuat persiapan sambil menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung tarikh pilihan raya. Terdahulu, timbalan perdana menteri sempat beramah mesra dengan penduduk Kampung Masyarakat Jasa di sini. Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh. Sementara itu, Muhyiddin turut menziarah bekas Imam masjid kampung Jawa, Lenga, Markusin Tarimin, 85, serta beramah mesra dengan masyarakat setempat. Beliau kemudiannya merasmikan Pusat Sumber Ilmu dan Gelanggang Futsal Kampung Parit Tunggol serta menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan. Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh juga meninjau tapak medan selera dengan kos RM1.4 juta yang bakal dibina di Pekan Pagoh sebagai satu daripada usaha Majlis Perbandaran Muar (MPM) untuk menaik taraf pekan itu. Dalam taklimatnya, Yang Dipertua MPM Ramlee A Rahman berkata projek di atas tanah seluas 0.4 hektar di sebelah Balai Raya Pagoh itu, akan memulakan pembinaannya pada suku akhir tahun ini. "Medan selera ini akan mempunyai 15 buah gerai bagi menempatkan pengusaha-pengusaha gerai makanan yang berselerak di tepi-tepi jalan dan berhadapan bangunan komersial di pekan ini," katanya kepada pemberita selepas tinjauan Muhyiddin ke tapak itu dekat sini. Ramlee berkata, peruntukan kira-kira RM600,000 pula akan digunakan untuk projek pengindahan dan menambah baik sistem pencahayaan pekan Pagoh. | |
Hishamuddin Rais nafi ada kaitan dengan kumpulan serang media Posted: 03 May 2014 11:59 PM PDT SHAH ALAM: Aktivis pro-pembangkang, Hishamuddin Rais menafikan dirinya terlibat di dalam tindakan provokasi yang dibuat sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Antifa Malaysia' selepas selesai Himpunan Bantah GST, 1 Mei lalu. Hishamuddin memberitahu beliau berada di luar kawasan Dataran Merdeka dan ditugaskan mengawal keadaan peserta himpunan tersebut, ketika dihubungi Antarapos. Malah beliau berkata hanya mengetahui kejadian kekecohan yang dilakukan oleh kumpulan berpakaian serba hitam dan bertopeng itu, semasa berada di Pasar Seni. "Tidak, tidak, saya tak tahu. Saya tak kenal. Saya kenal ramai orang. Tapi mereka ini budak-budak macam mana? Adakah mereka yang mengikuti kuliah saya? Atau siapa? Saya tak tahu siapa. "Saya dah balik, masa itu baru ada orang beritahu saya. Malam itu saya jumpa Mat Sabu, saya kata tak tahu (insiden). Hishamuddin ketika ditanya lanjut bersabit tingkah laku agresif kumpulan anak muda itu memberitahu, beliau tidak mempunyai apa-apa maklumat berhubung insiden itu. "Saya tidak tahu apa, siapa dan kenapa mereka belasah. Saya tidak di situ. Saya tidak ambil kisah hal itu sebab ia sudah diselesaikan. Media akan ambil sesuatu, itu biasa. Tapi saya tidak tahu siapa kena belasah dan semua itu. ," katanya. Hishamuddin dan aktivis mahasiswa, Adam Adli sebelum ini didakwa ada kaitan dengan kumpulan berkenaan. Sebaik sahaja selesai Himpunan Bantah GST sekumpulan anak muda tiba-tiba bertindak agresif dan menyerang petugas media. Mereka turut dirakam memaki hamun, mencarut dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. Unit Amal PAS yang bertindak menghalang tindakan kumpulan itu bagaimanapun tidak berjaya mengawal kemaraan mereka, apabila seterusnya kumpulan itu membaling kayu sepanduk kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera media yang cuba merakankan gelagat mereka. Media yang menjadi mangsa kekasaran itu adalah Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah, Jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim dan Jurufoto Malaysian Reserved Hafzi Mohamad. Hishamuddin kemudiannya berkata tindakan anak muda itu adalah 'perkara biasa'. "Pada saya ia perkara biasa, anak-anak muda selalu tak puas hati. Kalau mereka puas hati mereka bukan anak muda. "Malah adalah sesuatu yang disesali jika anak-anak muda terus berpuas hati. Mereka kena tidak puas hati," ujar beliau. Pihak polis semalam memberitahu akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan anak muda tersebut yang bertindak ganas dan melakukan provokasi di Himpunan Bantah GST semalam, mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata pihaknya sudah menerima laporan bersabit insiden itu. | |
Zaman BN satu masjid RM10 juta, PR bina dua buah Posted: 03 May 2014 11:53 PM PDT http://omakkau.blogspot.com KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SUDAH MELAMPAU!!! .. DULU ZAMAN UMNO/BN JADI PEMERINTAH NEGERI SELANGOR RM10 JUTA UNTUK SATU MASJID TETAPI SEKARANG BOLEH BINA DUA!!!!!KUALA SELANGOR Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid. Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini. "Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula," kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam. Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur. Projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada 2012 dan dibina oleh syarikat pembinaan Santun Tegas Sdn Bhd dengan pengawasan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Abdul Khalid turut berharap agar penduduk Kampung Harmoni dan kampung berhampiran dapat mengimarahkan Masjid Darul Ibadah itu. Berhubung dengan bangunan Masjid yang didirikan, Nabi Muhammad S.A.W lantas memberikan pencerahan terhadap firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah, ayat 107 dan 108 itu supaya umat Islam mendirikan solat di Masjid yang dibina kerana takwa kepada Allah bukan kerana masjid dibina itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. "Sabda Nabi Muhammad S.A.W , riwayat Muslim; sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga," kata Abdul Khalid lagi. | |
Hudud bela perogol? Mapim selar Ketua Wanita Gerakan Posted: 03 May 2014 11:48 PM PDT Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!" (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!). Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud. "Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah adalah suatu pembohongan. Tarmizi menambah, Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian. Menurut beliau, isu rogol yang dibangkitkan Ketua Wanita Gerakan itu tidak berasas memandangkan pembuktian jenayah rogol bukanlah seperti zina (hubungan seks antara bukan mahram dengan kerelaan pelaku). Jelasnya, pembuktian dengan qarinah seperti air liur, DNA dan sebagainya boleh mensabitkan perogol ke hukuman takzir yang kadangkala lebih keras berbanding hudud sendiri. "Antara perkara yang perlu difahamkan kepada mereka iaitu Hudud adalah sebahagian daripada hukum Jenayah Islam. Kes yang sukar dibuktikan melalui bayyinah biasa (4 saksi lelaki adil), boleh disabitkan dengan takzir yang sama seperti undang-undang sivil berdasarkan kebijaksanaan hakim dan pemerintah," ujarnya. Tarmizi berpendapat, sikap gelojoh sebahagian bukan Islam dan penganut Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud adalah disebabkan tiada track record enakmen itu dilaksanakan. "Seumpama kes-kes sivil, sistem merujuk keputusan lampau mahkamah menjadikan penghakiman akan datang berkembang, mudah dan ada rujukan kes yang terperinci. "Begitu juga dengan perjalanan Mahkamah Syariah yang kini melaksanakan hukuman jenayah Islam tanpa mengikuti kod hukuman hudud sebenar. Sekurang-kurangnya mereka telah ada rujukan kes yang sebenarnya menjadikan penghakiman akan datang lebih licin dan lancar," ujar beliau. Tarmizi juga menggesa Umno untuk berusaha menangkis penghinaan terhadap syariah yang datang daripada anggota kerabat BN seperti Gerakan. Beliau menasihati pemimpin Gerakan dan MCA yang begitu lantang menentang hudud malah sanggup mengambil tindakan undang-undang jika hudud dilaksanakan supaya terlebih dahulu mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam. | |
MH370: PDRM tidak akan keluar hasil siasatan ketika ini Posted: 03 May 2014 11:38 PM PDT Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu termasuklah empat aspek siasatan iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal. "Oleh kerana siasatan masih dijalankan, kita tidak akan beritahu apa-apa hasil kedapatan siasatan yang kita ada sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah. Beliau turut berkata sehingga semalam, pihaknya merekodkan 311 keterangan termasuk daripada keluarga mangsa terbabit. Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi. Sementara itu, berhubung kejadian penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, April lepas, Khalid berkata pihaknya masih berhubung dengan rakannya di China dan Filipina. "Mangsa selamat dan kita sedang lakukan semua yang mungkin dan mampu untuk selesaikannya," katanya. Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh Singamata Adventures Reef and Resort dan menculik dua wanita iaitu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, China dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40. | |
Kerajaan digesa dedah keputusan audit ICAO Posted: 03 May 2014 11:37 PM PDT "Saya merujuk kepada Laporan Awal Insiden MH370 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara di Kementerian Pengangkutan Malaysia." katanya Menurut beliau, walau diterima baik laporan tersebut yang julung kalinya diterbit buat tatapan ramai, kehilangan pesawat MH370 dan langkah susulan pihak berkuasa khususnya Jabatan Penerbangan Awam, lebih banyak menimbulkan tanda tanya daripada memberikan jawapan. Sejauh ini, Laporan Awal tersebut menyentuh butiran-butiran yang telah diulang beberapa kali termasuk garis masa penerbangan, rumusan transkrip transmisi radio, gerakan mencari dan menyelamat (SAR), termasuk juga cadangan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memperkenalkan sistem penjejakan bagi pesawat-pesawat awam. Ia telah dilaporkan secara meluas di media massa, memandangkan tiada ketetapan undang-undang, syarikat penerbangan Malaysia Airlines tidak menaik taraf sistem software pesawat yang dapat memudahkan penjejakan pesawat dengan lebih berkesan. "Saya sendiri pernah membangkitkan seawal Julai 2012 dan sekali lagi selepas kejadian kerosakan pada sistem radar di Lapangan Terbang Subang pada September 2012 agar sistem udara Malaysia diaudit oleh ICAO untuk melindungi ruang udara Malaysia dengan lebih ketat dankomprehesif. Pada waktu itu, kali terakhir audit dilaksanakan adalah pada tahun 2005." Ujar beliau lagi. Nurul Izzah menyatakan bahawa rakaman dari radar angkatan bersenjata hanya menunjukkan bahawa ada kemungkinan sebuah pesawat yang meyerupai MH370 merentasi Semenanjung Malaysia ke arah barat. Persoalannya adalah, jika pesawat tersebut adalah MH370, mengapa ia tidak dikenalpasti dengan lebih awal dan seandainya ia bukan MH370, adakah ia satu kebiasaan bahawa pesawat pesawat yang tidak diketahui asal usulnya dengan senang wenang dapat menembusi ruang udara Malaysia? Selain itu, beliau mempersoalkan kerana pihak berkuasa mengambil ringan perkara ini, sedang ia melibatkan keselamatan individu-individu yang berada di dalam pesawat serta keselamatan negara. "Sebagai seorang rakyat yang turut prihatin, adalah diharapkan agar laporan awal ini memperlihatkan kesediaan kerajaan untuk melalui satu pengauditan oleh ICAO demi mempertahankan ruang udara serta keselamatan sistem penerbangan di Malaysia ini." "Saya mendesak agar Menteri menerbitkan kepada umum keputusan audit ICAO secepat mungkin; secara minima sekalipun harus dibentang di dalam Dewan Rakyat. Audit yang pernah saya sarankan secara konsisten sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentang bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan bagi mengenalpasti tindakan dan langkah susulan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pertahananan ruang udara. kita wajib melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang lagi." Katanya lagi Pada pertengahan April 2014, pemangku Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa ICAO akan menjalankan audit berkenaan keselamatan di KLIA2. | |
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang Posted: 03 May 2014 11:33 PM PDT Kedua-dua pesawat berlepas kira-kira pukul 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal. Pesawat yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun yang tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce dalam perjalanan pulang selepas pencarian udara pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu melibatkan tumpuan di kawasan dasar laut. Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing pada 12.41 tengah malam. Gerakan SAR mula-mula dilancarkan di Laut China Selatan kemudian ditumpukan di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asal. Isnin lepas, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan misi mencari memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut. | |
MCA hanya tolak hudud, bukan agama Islam Posted: 03 May 2014 11:24 PM PDT Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara. "Pendirian MCA untuk menolak Hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada. "Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program 'Teguh Bersama' MCA di sini, hari ini. Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mempertahankan pendirian parti untuk menolak hukum Hudud. "Kami mempunyai pakar perundangan khususnya yang boleh membincangkan tentang hukum Hudud dan akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistem perundangan negara yang sedia ada serta menghalang hukum itu dilaksanakan di negara ini," katanya. Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.-Bernama | |
Posted: 03 May 2014 11:18 PM PDT Beliau fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mungkin pecah jika Umno menyokong hukum hudud di parlimen kelak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, beliau fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan "Sebaliknya DAP menolak atas dasar Perlembagaan tetapi tidak mencerca hudud. Kita akui ada perbezaan dalam PR kerana enakmen hudud wujud sebelum PR lagi tetapi kita saling hormat menghormati," katanya Oleh itu beliau yakin polemik perlaksanaan hudud di Kelantan tidak akan menyebabkan mana-mana parti dalam PR keluar dari gabungan itu. Katanya, melalui mesyuarat Majlis Setiausaha PR tiga hari lalu, semua pemimpin bersepakat untuk bersama mengurus isu tersebut. "Kita putuskan tidak akan berpecah. Dalam mesyuarat tiga hari lepas kita bersetuju untuk memperkukuhkan PR, perbezaan pendapat mesti diuruskan. Jadi tak timbul isu PAS, PKR dan DAP bersendirian. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, mengakui tindakan DAP dan PKR menolak hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi, tetapi mereka juga perlu menerima hakikat rakyat Kelantan memberi mandat sehingga lima pilihan raya kepada Pas dan mahu hudud dilaksanakan. Beliau berkata, sokongan penuh ahli Parlimen Umno dan empat ahli Parlimen daripada komponen BN cukup untuk meluluskan rang undang-undang persendirian yang dibawa, tetapi Pas masih perlukan sokongan PKR dan DAP. Katanya, ahli Parlimen Islam dari PR boleh menyokong secara peribadi pembentangan rang undang-undang terbabit walaupun parti yang mereka wakili mempunyai pendirian berbeza. "Bukan empat kerusi sahaja yang kita mahu. Kita perlukan semua sokongan PKR, DAP dari Umno. Apa yang penting komitmen wakil rakyat Islam. Mungkin rakan-rakan wakil rakyat DAP Islam mahu sokong. Itu hak ahli Parlimen. Bagi PAS kita mahu semua Muslim dan bukan Muslim. Semua ini untuk atasi jenayah," katanya. | |
Tidak ada perubahan dan keinginan SPR ubah proses pilihan raya, kata Bersih Posted: 03 May 2014 10:32 PM PDT Meskipun terdapat pelbagai desakan dan laungan dilakukan umum bagi menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya disebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dicemari dengan penyelewengan dan salah guna, aktivis reformasi pilihan raya yakin situasi itu masih belum berubah. Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin bersama dengan bekas pengerusi badan bukan kerajaan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu The Malaysian Insider bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) langsung tidak mengendahkan untuk mengubah sistem pilihan raya yang dikritik hebat sejak tahun lalu. "Daripada segi tuntutan kami, tidak ada apa yang berubah," kata Maria. Ambiga berkata: " SPR tidak berupaya untuk berubah. Matlamat mereka bukan untuk memperbaiki atau menawarkan pilihan raya adil dan bersih. Objektif mereka adalah untuk mengekalkan kerajaan memerintah untuk terus berkuasa. Peguam dan bekas pengerusi Majlis Peguam itu yang tegas mengkritik SPR berkata badan itu tidak mempunyai "niat ikhlas" untuk membuat perubahan seperti mana dituntut rakyat. "Kita tidak mendapat apa-apa pencapaian hebat dan bermakna," katanya. Maria bersetuju dan menambah pemimpin SPR sekarang hanya bertindak untuk Barisan Nasional (BN). "Saya tidak nampak mereka bergerak ke mana-mana arah, tiada tindakan ke atas keganasan, pembelian undi dan beberapa lagi insiden PRU13 banyak memberitahu kita. Ia amat mengecewakan," tambah beliau. "Sudah tentu terdapat sedikit perubahan dilakukan namun akhirnya menjadi tidak berguna kerana dilaksana secara tidak jujur," kata Ambiga. Beliau menambah, isu dakwat kekal sebagai contoh: " Benar, itu yang kita inginkan namun kita tahu apa yang terjadi." Maria pula berkata bingung mengenai penggunaan dakwat kekal kerana ia berkesan sebelum PRU13. "Terdapat banyak aduan mengenai dakwat tersebut dan selepas itu ia berkesan pula. Kenapa SPR tidak membuat kerja dengan betul?" Dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 lalu diguna pakai sebagai ciri keselamatan memastikan pengundi hanya mengundi sekali dan menunjukkan proses pengundian itu adil. Dakwat itu sepatutnya tahan lama sehingga beberapa hari namun pengundi mendapati ia hilang selepas dicuci. November lepas, SPR mengakui dakwat tersebut mempunyai kelemahan, senang di cuci dan mengambil masa lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kesan kepada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan bahawa dakwat kekal akan tetap digunakan dalam setiap pilihan raya. "Sudah tentu mereka juga memperkenalkan pengundian luar negara dan itu juga bermasalah. "Proses pengundian tidak telus seperti mana yang kita mahu," kata Ambiga. Pakatan Rakyat cuba membatalkan keputusan PRU13 bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan mendakwa ia merupakan langkah tidak pernah berlaku sebelum ini kerana beberapa alasan termasuk isu dakwat kekal dan penipuan dalam pilihan raya. Mereka bagaimanapun gagal selepas Mahkamah Tinggi membenarkan SPR membatalkan saman itu. Ambiga juga berkata SPR dikatakan akan membentangkan garis panduan kepada kerajaan sementara sebelum pilihan raya lepas tetapi gagal mengotakan janji. "Ini kerana kerajaan sendiri melanggar peraturan berkaitan dengan kerajaan sementara," katanya. Anggota SPR mendedahkan selepas pilihan raya tahun lepas Putrajaya tidak membenarkan suruhanjaya itu menyediakan panduan. Menggambarkan PRU13 sebagai pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia, Ambiga khuatir dengan pilihan raya akan datang. Berikutan dengan prestasi hambar SPR, Maria dan Ambiga meluahkan kebimbangan mengenai proses persempadan semula. "Kami amat bimbang. Kami tidak mempunyai maklumat, tiada peta dan tiada apa-apa. Kami perlukan peta bagi rakyat menyatakan setuju atau tidak, " kata Maria. Ambiga berkata SPR tidak mempunyai rancangan untuk memperbaiki diri mereka dan ini sangat membimbangkan kerana proses persempadanan semula akan berlaku tidak lama lagi. Persempadanan semula sering dilihat sebagai alat BN untuk manipulasi pilihan raya. "PRU14 mungkin lebih teruk dari kita lihat tahun lepas dan jika ia berterusan. Sememangnya ia sengaja untuk dijadikan lebih kotor," kata Ambiga. Menurut Maria rakyat perlu mempunyai suara tentang bagaimana pilihan raya dijalankan. "SPR perlu belajar bahawa penglibatan rakyat adalah penting." | |
Pusat menyelamat sepatutnya dimaklum selepas 30 minit Posted: 03 May 2014 04:47 PM PDT MALAYSIAKINI MH370 Pusat penyelarasan penyelamat sepatutnya dimaklumkan tentang kemungkinan berlaku kecemasan dalam tempoh 30 minit hubungan dengan pesawat terputus, demikian menurut garispanduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini menguatkan lagi kebenaran kritikan bahawa Malaysia lambat kerana mengambil masa kira-kira empat jam untuk memaklumkan kepada Pusat Mencari dan Menyelamat Kuala Lumpur (ARCC) mengenai pesawat MH370 hilang pada awal pagi 8 Mac bersama 239 penumpang dan anak kapal. Peraturan yang digariskan dalam Lampiran 11 dan Lampiran 12 Konvensyen Chicago mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, berkaitan dengan perkhidmatan kawalan trafik udara dan operasi mencari dan menyelamat. Peruntukan di bawah Lampiran 11 menghuraikan tiga fasa berkaitan kecemasan udara dan juga kaedah mengenai bila untuk mengisytiharkannya. Ini dipanggil : 'Uncertain', 'Alert', dan 'Distress' mengikut urutan keadaan kecemaran. Keselamatan pesawat dianggap sebagai "Uncertain (tidak pasti)" jika ia terputus komunikasi dalam masa 30 minit seperti yang dijangka, atau dalam masa 30 minit percubaan pertama untuk berkomunikasi dengan pesawat, gagal. Ia kecuali "tidak wujud keraguan" bahawa pesawat dan dan penumpang dan kru selamat walaupun tiada komunikasi. Di bawah Lampiran 12, ARCC sepatutnya bertindak balas dengan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan supaya sebarang laporan yang masuk mengenai pesawat, boleh dinilai dengan cepat. Jika percubaan seterusnya untuk menghubungi pesawat gagal, Lampiran 11 selanjutnya menetapkan bahawa situasi kecemasan sepatutnya ditingkatkan ke fasa 'Alert', dan kemudian akhirnya 'Distress' jika percubaan seterusnya masih gagal. Apabila di fasa 'alert', ARCC sepatutnya memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat pasukan, dan mereka digerakkan apabila kecemasan memasuki fasa 'Distress'. Hubungan terakhir dengan MH370 adalah melalui radar di jam 1.21 pagi 8 Mac, dan ia mengambil masa 17 miit untuk pengawal trafik udara di Bandar Raya Ho Chi Minh untuk memberitahu rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur bahawa ia tidak mempunyai komunikasi dengan pesawat. ARCC Kuala Lumpur hanya digerakkan pada jam 5.30 pago. Dalam masa interim empat jam, pengawal trafik udara di Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, Kemboja, Singapura dan lain-lain, berkomunikasi dengan satu sama lain untuk mencari maklumat mengenai pesawat tersebut. | |
'Penjawat awam cuma perlu setia pada raja dan negara' Posted: 03 May 2014 04:44 PM PDT MALAYSIAKINI Seorang pakar Perlembagaan membidas tindakan melabelkan penjawat awam yang menyertai perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai pengkhianat. Abdul Aziz Bari (kiri) berkata penjawat awam tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya, hanya perlu melaksanakan dasar-dasar kerajaan, "selagi ia mengikut undang-undang". Beliau merujuk kepada amaran yang dikeluarkan Presiden Cuepacs, Azih Muda Khamis lalu bahawa penjawat awam yang menyertai himpunan itu melanggar akujanji dan ikrar perkhidmatan dan dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak menjawat jawatan kerajaan. Menurutnya, Aziz tersilap kerana akujanji yang 'dipaksa' ke atas penjawat awam pada tahun 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertentangan dengan Perlembagaan. | |
Nurul gesa ICAO audit sistem radar Posted: 03 May 2014 04:42 PM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan tidak boleh mengambil ringan kegagalan radar menjejaki pesawat MH370 kerana ia mungkin boleh digunakan dalam serangan pengganas seperti serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat , berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Oleh itu, Nurul Izzah menggesa supaya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengaudit sistem radar komersial di negara ini, terutamanya di KLIA2 yang baru dibina. "Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan keselamatan individu-individu yang berada di dalam pesawat serta keselamatan negara. "Kejadian serangan 9/11 sentiasa terngiang-ngiang di ingatan kerana serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan jet penerbangan awam," katanya dalam satu kenyataan. Dalam kejadian tersebut, dua pesawat awam telah dirampas dan merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York. Pesawat ketiga terhempas di Pentagon, Virginia manakala yang keempat yang dikatakan mensasarkan Rumah Putih telah digagalkan oleh tindakan penumpang dan terhempas di Pennsylvania. Lebih 2,900 orang terbunuh dalam serangan tersebut termasuk penumpang keempat-empat pesawat berkenaan. Nurul Izzah juga memetik laporan awal mengenai kejadian kehilangan MH370 yang dikeluarkan pada hari Khamis, yang mendedahkan bahawa radar tentera telah mengesan kemungkinan pesawat tersebut tetapi tiada tindakan diambil. "Persoalannya adalah, jika pesawat tersebut adalah MH370, mengapa ia tidak dikenalpasti dengan lebih awal dan seandainya ia bukan MH370, adakah ia satu kebiasaan bahawa pesawat-pesawat yang tidak diketahui asal usulnya dengan senang wenang dapat menembusi ruang udara Malaysia?" katanya lagi. Nurul Izzah berharap laporan awal itu akan mendorong kerajaan Malaysia untuk memberikan lebih perhatian kepada keselamatan udara di Malaysia dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada. | |
Calon Ketua AMK Sungai Petani Protes Nama Tiada Dalam Senarai Posted: 03 May 2014 04:33 PM PDT SUNGAI PETANI: Proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Sungai Petani pada Sabtu kecoh apabila nama seorang calon bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu tiada dalam senarai. Penyokong S. Arvind Kumar bertindak melakukan protes apabila mendapati nama Arvind Kumar tiada dalam senarai pencalonan atas alasan tidak layak bertanding. Perkara itu hanya diketahui Arvind Kumar apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Taman Seri Wangi di sini. Arvind Kumar berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembatalan pencalonannya daripada ibu pejabat PKR. Katanya, hanya terdapat seorang nama calon dalam senarai itu. "Yang sakit hati ni sampai semalam kita dok kempen...seminggu dah saya dok kempen...so bila masuk pagi tadi...tengok dalam senarai AMK langsung tak ada (nama)...mana boleh menang tanpa bertanding? "Saya panggil jawatankuasa pemilihan, depa semak. Jawapan mereka lepas (selesai) ketua cabang wanita baru jadual balik AMK. Jadi depa mintak tunggu," katanya. | |
Wartawan Terkorban Ketika Bertugas Wajar Diberi Penghormatan - Pengamal Media Posted: 03 May 2014 04:25 PM PDT SHAH ALAM: Wartawan yang terkorban ketika menjalankan tugas wajar diberi penghormatan di atas sumbangan dan pengorbanan mereka terhadap masyarakat dan negara, kata seorang pengamal media Thailand. Ketua Pengarang Bangkok Post, Pichai Chuensuksawadi berkata, sudah terbukti wartawan mempertaruhkan atau kehilangan nyawa ketika bertugas untuk mendedahkan salah laku dan ketidakadilan dalam masyarakat tempat mereka berkhidmat. "Bagi saya secara peribadi, perkara paling penting sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini ialah untuk memberi penghormatan kepada wartawan terbabit yang kehilangan nyawa kerana melaksanakan tugas mereka demi mencari kebenaran. "Nyawa wartawan melayang kerana mereka memegang prinsip yang turut dihargai oleh kita semua," katanya dalam ucap tama pada forum bertajuk 'Memupuk Kebebasan Bersuara' (Kebebasan Media Bagi Masa Depan Yang Lebih Baik: Membentuk Agenda Pembangunan Pasca 2015) bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Universiti Selangor (Unisel) di sini, Sabtu. Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong. Mengulas lanjut, Chuensuksawadi berkata, beliau sendiri mempertaruhkan nyawanya ketika berdepan serangan mortar semasa membuat liputan pertempuran sempadan antara tentera Myanmar dan pemberontak minoriti Karen di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar. "Sebagai pengarang, saya telah disoal siasat oleh Polis Cawangan Khas dan ditahan sehari di dalam lokap ketika menunggu untuk diikat jamin ketika berhadapan satu daripada beberapa kes fitnah jenayah yang difailkan terhadap saya. "Tetapi pengalaman saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan wartawan yang dibunuh kerana profesion mereka. "Berapa ramai wartawan yang berkata mereka bersedia untuk meneruskan tugasan walaupun diancam keganasan dan kematian? Berapa banyak yang bersedia untuk membuat pengorbanan? Bagi saya, adalah sangat penting untuk memberi penghormatan kepada wartawan yang telah melakukan pengorbanan yang amat besar," katanya. Beliau berkata, Hari Kebebasan Akhbar Sedunia diadakan sejak lebih 20 tahun lepas dan meskipun rayuan demi rayuan dibuat, operasi media di banyak negara masih lagi ditapis, didenda, digantung dan ditutup selain wartawan, pengarang dan penerbit diganggu, diserang dan ditahan. Beliau berkata berdasarkan statistik, sejak 1992 sehingga sekarang, seramai 1,052 wartawan terkorban ketika menjalankan tugas di seluruh dunia. Chuensuksawadi juga berkata kebangkitan dan penyebaran internet serta platform media sosial telah membenarkan orang ramai untuk menyebarkan maklumat dan menyatakan pandangan dan pendapat mereka dengan serta-merta. Sementara itu, Yong, yang merupakan seorang daripada anggota panel pada forum itu, berkata rakyat terutama dari negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama harus lebih matang untuk memahami isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan bagi memastikan kebebasan akhbar lebih besar di negara itu. Beliau berkata, dengan menjadi lebih matang dan mendapat maklumat yang relevan, mereka boleh membuat keputusan bermaklumat. Yong yang juga bekas Ketua Pengarang Bernama berkata, organisasi media perlu mempunyai lebih ramai penyelidik untuk membantu wartawan mengajukan soalan semasa sidang akhbar. "Perlu ada anjakan paradigma dalam operasi media dengan mempunyai lebih banyak penyelidik yang boleh membantu wartawan media cetak dan penyiaran," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan