Ahad, 4 Mei 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno : Hudud Mau, Judi dan Arak lagi mau! mau!

Posted: 04 May 2014 04:00 AM PDT

Aku hairan bagaimana ada yang kata " ahli PAS juga tidak perlu meragui kejujuran UMNO kerana ia soal hati dan PAS akan sentiasa berwaspada...." 

Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak percaya mengenai keikhlasan Umno mahu sokong Hudud adalah seperti ini:

 Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengakui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bahawa orang Cina telah diberi "peluang adil" untuk berjaya tetapi menegaskan ini bukan kesnya.

 Untuk menggambarkan hujahnya, beliau berkata syarikat-syarikat milik Cina yang besar seperti YTL dan Berjaya, dan juga hartawan Robert Kuok, telah diberi "layanan istimewa" oleh kerajaan.

 "Semua lesen perjudian, hiburan, dan alkohol adalah milik bukan Islam dan umat Islam tidak boleh terlibat dalam 'haram' (berdosa) perniagaan," Ibrahim memberitahu The Malay Mail Online.

 "Walaupun Islam adalah agama (resmi) di negara ini, orang bukan Islam dibenarkan untuk menjalankan perniagaan 'haram' ini. Islam tidak membantah.

 "Jadi apa lagi yang bukan Islam mahu?" Katanya di sini

Kah! Kah! Kah! Ibrahim Ali mengakui bahawa Umnolah yang tolong kayakan syarikat-syarikat Cina yang diaorang gelar Kafir Harbi di Malaysia ni.....Jangan lupa bahawa Umno kata nak sokong Hudud!

 Sambil korang mengikuti ulasan saya mengenai dakwaan Ibrahim Ali ini, jangan lupa, janji Umno yang nak sokong Hudud tu....

Tapi, betulkah dakwaan Ibrahim itu bahawa hanya 'Cina Kafir Harbi' sahaja yang terlibat dengan judi dan arak? 

Ibrahim Ali melalui PERKASA menentang bangsa Cina seperti Vincent Tan yang kononnya telah merompak hak-hak bangsa Melayu dan menjadikan bangsa Melayu itu hamba di Negara sendiri tetapi dalam masa yang sama Ibrahim Ali adalah barua yang bekerja untuk Vincent Tan.Penyokong dan ahli-ahli PERKASA patut baca ini

Perjudian

UMNO dan judi adalah sinonim. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya.

 Hubungan istimewa Umno dengan Vincent Tan telah memudahkan penjenamaan semula ini. Mustahil sangat kalau Ibrahim Ali  tidak mengetahuinya.

Vincent Tan memiliki hanya sebahagian daripadanya. Selebihnya milik Umno tetapi dipegang di bawah amanah oleh Vincent Tan. Ini adalah perjanjian lama dulu sewaktu Ahmad Sebi Abu Bakar menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TV3. Muslihat itu dilakukan semasa Daim Zainuddin merupakan Menteri Kewangan. 

 Ahmad Sebi memberitahu Vincent Tan yang Umno tidak dapat meletak syer di bawah namanya sendiri kerana, sebagai parti Islam terbesar di dunia, sebagaimana yang di isytiharkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir , ini akan menjadi satu isu yang sensitif. Jadi mereka perlu menyembunyikan kepentingan Umno di bawah penama bukan Islam. Dan Vincent Tan adalah penama bukan Islam. Inilah bagaimana Sports Toto berakhir di tangan Vincent Tan.

Kemudian mengenai mesin judi 'one-armed bandits' milik Vincent Tan yang puluhan ribu beroperasi di seluruh Malaysia, termasuk Malaysia Timur (yang mempunyai paling banyak mesin per kapita)? 

Mengapa polis tidak menyerbu kedai-kedai perjudian haram ini dan merampas mesin dan menangkap pengendali? Nah, yang mereka lakukan, sebenarnya, tetapi polis hanya menyerang mereka yang cawangan tidak dimiliki oleh Vincent Tan. Mereka 'pesaing kepada Vincent Tan mengalami serbuan polis rampasan. Yang dimiliki oleh Vincent Tan tidak.Baca lagi di sini

Lim Goh Tong pernah menulis dalam bukunya, My Dream : 

"Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas." Baca seterusnya di sini.

Alkohol



Kilang pengeluar arak terbesar di Asia Tenggara adalah di Malaysia, sebuah negara Islam! 


Kenali Ketuanan Melayu di Kilang Arak di sini


Nampak benar bohongnya Ibrahim Ali bila cakap "Semua lesen perjudian, hiburan, dan alkohol adalah milik bukan Islam dan umat Islam...." 

Tetapi Umno adalah kepala bapak judi dan arak di Malaysia. Cer baca pendedahan blogger Umno sendiri  di sini

Apakah ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO?

 

Ahli Parlimen PAS setuju hudud ditangguh ...

Posted: 03 May 2014 06:30 PM PDT

Hanipa Maidin bersetuju hudud tidak perlu dijadikan keutamaan, 
namun berkata beliau perlu mempertahankan agenda parti.
Walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya, kata seorang ahli panel dalam satu forum mengenai hukum Islam itu, malam tadi.

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan‎ sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.

 Bagaimanapun, menurut Hanipa, ia merupakan pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS yang mahu pelaksanaan undang-undang Islam itu disegerakan.

 "Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti," katanya pada satu forum "hudud@Malaysia?" bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

 Ahli Parlimen Sepang itu menegaskan pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan merupakan kemahuan rakyat di negeri itu sendiri yang memberi mandat kepada PAS untuk merealisasikan undang-undang Islam tersebut.

 "Hudud inilah yang dimahukan rakyat Kelantan, mereka memberi mandat kepada PAS jadi kerajaan negeri dengan menggunakan demokrasi," katanya.

 Hanipa turut menangkis kritikan ‎ daripada Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.

 Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dipenuhi hadirin pelbagai 
lapisan masyarakat untuk forum 'hudud@Malaysia?', malam semalam.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor dipenuhi hadirin pelbagai lapisan masyarakat untuk forum 'hudud@Malaysia?', malam semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2014.

"Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.

 "Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP. Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka. Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan," katanya.

 Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan 'Save Sarawak River' Abun Sui Anyit daripada Sarawak.

 Forum itu turut mendapat sambutan luar biasa apabila dewan dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 200 orang ramai daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

 ‎Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang bakal dibentangkan PAS bertujuan mendapatkan kuasa daripada Parlimen untuk membenarkan Kelantan mewujudkan undang-undang perkara jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan.

 Ia juga ingin meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, di mana hukuman maksima dihadkan kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan diganti.

 Sebaliknya, ia mahu kuasa menjatuhkan hukuman bunuh, sebatan dan potong tangan bagi jenayah mengikut hudud diberikan kepada Kelantan.

 Hanipa berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.

 Katanya, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dan tidak dibuat sebarangan dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.

Dr Ahmad Farouk Musa berkata kerajaan Kelantan 
perlu menghantar wakil ke New Zealand untuk 
mempelajari kejayaannya menangani jenayah. 

Dr Ahmad Farouk Musa mempertikaikan tindakan kerajaan Kelantan membuat lawatan ke Brunei yang bakal melaksanakan hudud, dan berkata ia perlu menghantar wakil ke New Zealand untuk mempelajari kejayaannya menangani jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2014.Seorang lagi panelis, Dr Farouk dari IRF mempertikaikan hukum hudud kerana di dalam al-Quran tidak tertulis hukuman bagi kesalahan zina dan murtad.

 Beliau mempersoalkan adakah dengan pelaksanaan undang-undang Islam itu dapat mengurangkan jenayah seperti didakwa PAS Kelantan.

 Dr Farouk membentangkan senarai 10 negara paling selamat di dunia, tetapi Arab Saudi, negara yang mengguna pakai undang-undang hudud, berada di kedudukan ke 131.

 ‎"Keadilan dan kesaksamaan sentiasa menjadi mesej jelas dalam negara Islam, bagaimanapun statistik yang didedah membuktikan sebaliknya," katanya.

 ‎Menurut Dr Farouk, ‎daripada kerajaan Kelantan membelanjakan puluhan ribu ringgit menghantar delegasi ke Brunei bagi memahami pelaksanaan hudud, PAS perlu menghantar wakil mengkaji urus tadbir kerajaan yang baik di negara paling selamat di dunia, iaitu New Zealand.

 Beliau turut mencabar pemimpin PAS untuk bertemu dengan raja dan sultan untuk mendapatkan sokongan mengenai hudud kerana golongan monarki dilihat berada di atas undang-undang.

 ‎ Syahredzan pula mempersoalkan, biarpun hudud hanya tertakluk kepada masyarakat Islam dan perbicaraan hanya akan diadakan di Mahkamah Syariah, apakah negeri mempunyai kuasa perundangan untuk membicarakan kes jenayah daripada Putrajaya.

 "Parlimen tidak boleh memberi kuasa kepada kerajaan negeri di mana ia akan dipisahkan kepada dua perundangan jenayah‎.," kata beliau.

 Syahredzan berkata sekiranya Perlembagaan dipinda bagi membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan mengganggu struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

 Sementara Abun daripada Sarawak berkata, rakyat Malaysia tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud kerana faktor penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya di negara ini.

 "‎Perjanjian yang dipersetujui Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia akan tercemar sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud," katanya. – Rencana oleh DIYANA IBRAHIM dan Gambar oleh Nazir Sufari The Malaysian Insider, 3 Mei, 2014.

Tiada ulasan: