Ahad, 4 Mei 2014

Biaqpila

Biaqpila


KAMERA TERSEMBUNYI DALAM TANDAS HOSPITAL BENTONG TERBONGKAR

Posted: 04 May 2014 06:31 AM PDT



Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkutbaju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

"Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

"Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,"katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadiperbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya. -nmp






LAWAK AHAD: MABUK

Posted: 03 May 2014 06:00 PM PDT



Ada tiga lelaki mabuk keluar dari pub dan terus masuk ke dalam teksi. 

Pemandu teksi itu kemudiannya hidupkan enjin beberapa minit dan selepas itu mematikan enjin teksi. 

Kemudia pemandu itu pun berkata: "Dah sampai encik..."

Salah seorang dari orang mabuk itu pun memberi duit tambang kepada pemandu teksi dan orang mabuk yang kedua pula mengucapkan terimakasih.

Tetapi orang mabuk yang ketiga terus menampar pemandu teksi tersebut.

Pemandu teksi yang marah teruk menempik: "Kenapa tampar saya???

Lelaki mabuk  menjawab: "Next time bawak slow-slow....dah nak accident dah tadi.."






Tiada ulasan: