Selasa, 8 April 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DUNIA KE TIGA

Posted: 08 Apr 2014 07:16 PM PDT




DALAM DUNIA KETIGA

pilihanraya adalah penipuan

KOMENTAR TUKAR TIUB

kenapa turun  ke jalan raya?

kerana ditipu dalam  pilihan raya

dalam pru 13 pakatan rakyat 
telah mendapat 52% undi popular

united malays national organisation 
hanya mendapat 47% undi
tapi gerombolan ini
diistihar menang

gerombolan menang
kerana penipuan yang dirancang oleh spr

tak caya?

dakwat kekal tak kekal
undi hantu berkeliaran
240,000 undi awal pekerja spr
undi polis
undi tentera

dr zul dari sabak bernak kalah
dr aziz bari kalah
undi rosak lebih banyak dari jumlah undi menang
kalau ini bukan tipu apa namanya

dalam sejarah dunia
dalam negara ketiga 
tidak ada kerajaan zalim undur dengan pilihan raya
semuanya dengan jalan  raya
suharto
marcos
mubarak
ziz ul haq
zainal abidin
muamar gadaffi

malah mahathir anak lelak

 iskandar kutty
 di halau melalui jalanm raya
jika tidak ada demo 1998
anak lelaki iskandar kutty 
sampai hari ini akan gila kuasa

NOTA
ke jalan raya
untuk menubuhkan satu
suruhanjaya yang baru
untuk
menjalankan pilihanraya 
bebas bersih dan adil

Definisi demokrasi perlu ditulis semula?

KUALA LUMPUR 8 April - Definisi demokrasi perlu ditulis semula sekiranya pembentukan sesebuah kerajaan melalui demonstrasi jalanan dibolehkan dan dianggap sah.

Mahathir Mohamad berkata, terdapat kecenderungan di sesetengah negara di mana kumpulan anti kerajaan berusaha menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihan raya, melalui demonstrasi jalanan.

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ialah fenomena tersebut semakin berkembang dan pendekatan itu sering disalahgunakan oleh kumpulan tertentu sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

"Dalam demokrasi, rakyat majoriti memilih kerajaan, tetapi terdapat kumpulan minoriti yang berusaha menggulingkan kerajaan (dipilih melalui proses pilihan raya).

BACA KITAB INI
untuk faham
 penipuan pilihan raya


KAH  KAH KAH
tak kan nak kena
tipu sampai kiamat
kah kah kah

--------

NAJIB DARI SEWELSI

Posted: 08 Apr 2014 06:39 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB

najib memang nasib kurang baik
lepas satu bala
satui bala menimpa

kapal terbang hilang
majoriti warga china yang gugur teramai
najib tuduh ahli politik pakatan yang bakar isu

kena colek warga china
najib tuduh ada orang dalam
cuba retakan hubungan
china/malaysia

kali ini warga china mati tenggelam
siapakah akan dituduh
bertanggung jawab oleh najib
allah?
atau air laut?
atau anwar ibrahim?




KAH  KAH KAH
najib razak ini
berasal dari sewelasi

yb teng kata tb 
najib ini manusia sewey
sewey cakap china
ertinya sial
i rest my case my lord
kah kah kah


--------

SATU MEI ANTI GST

Posted: 08 Apr 2014 06:08 PM PDT



KENYATAAN MEDIA | 8 APRIL 2014

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST DAN HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI
SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.
Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;
·         Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.
·         Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.
Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu
Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.
Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.
Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.
Sekian.
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekretariat GST SAMM


----------

SELANGOR PERLU MB BARU

Posted: 08 Apr 2014 06:38 AM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
apa hubungam khalid dengan bank islam
kenapa bank islam selesaikan
bagaimana bank islam selesai hutang ini
walhal
hutang khalid yang berjuta juta

ini masih belum terjawab
dan 
ini wajib di jawab bukan sahaja untuk
ahli-ahli pkr
tetapi untuk rakyat malaysia
khususnya rakyat selangor

ADUN tegur pemusatan kuasa pada Khalid

ADUN Pakatan Rakyat Selangor menegur Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa bekerja secara bersendirian dan seolah-olah tidak percaya kepada exco dan wakil rakyat lain.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata kelemahan kerajaan Selangor sejak 2008 akibat pemusatan kuasa di tangan Khalid sehingga exco negeri "tiada kerja".

Beliau membangkitkan apa salahnya kita kuasa itu diagihkan kepada exco lain seperti Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Muhyi dan Seri Kembangan.


KAH KAH KAH
khalid ini banyak kuasa
bank islam pun
dia kontrol
kah kah kah


------

ILMU SEMIOTIK

Posted: 08 Apr 2014 04:37 AM PDT






GUNAKAN
ILMU
SEMIOTIK


Rodziah nafi dakwaan Zuraida, minta bukti atau ia hanya fitnah politik kotor

Calon Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menafikan dakwaan berlakunya unsur salah guna kuasa oleh calon dari Selangor dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan percubaan membawa politik kotor.
Beliau menolak dakwaan calon dari Selangor menggunakan kapasiti sebagai pentadbir kerajaan negeri meraih undi ahli parti, seperti yang didakwapenyandang jawatan itu, Zuraida Kamaruddin.
Rodziah berkata, Zuraida perlu mengemukakan bukti kukuh dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah.

SEMIOTIK
dari ilmu semiotik
imej siapakah 
yang bercakap benar


---------

SERANGAN TANDA SEHAT

Posted: 08 Apr 2014 04:24 AM PDT




Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...
KAH KAH KAH
ini petanda baik
kalau tak kena serang
ertinya tak berguna
kalau di serang ertinya
bahaya untuk musuh

kalau utusan sokong
kalau tv3 bagi muka

ertinya alat musuh

lagi banyak diserang
lagi baik



------

ORANG MENTAL

Posted: 07 Apr 2014 07:08 PM PDT



Tiada petunjuk penumpang selamat, Hishammuddin  harap keajaiban

Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
KAH KAH KAH
sepupu najib ini
 mental ke apa?
nak ajaib macam mana?
macam album ziana zain?
KAH KAH KAH
soalan nya
boleh kah orang mental
macam ini menggantikan najib

------

Tiada ulasan: