RAKYAT MARHAEN |
- Demo gergasi 1 Mei bantah pelaksanaan GST
- Selangor: Pasukan pakar ditubuh kaji persempadanan semula pilihan raya
- Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media
- Pegawai pelajaran Bachok sahkan senarai pertukaran 80 guru, tetapi ‘tidak rasmi’..!!
- MP DAP Puchong mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013
- Ketua Pembangkang mencelah memarahi BN Setiu memfitnah beliau dalam dewan
- NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI?
- Malaysia Boleh: ROS lantik Peguam UMNO untuk lawan kes DAP
- Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan
- Bajet BTN RM30 juta setahun tidak mencukupi, kata timbalan menteri
- MP PKR Bukit Katil mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan)
- MP PAS Pokok Sena membangkitkan Usul Batal Kertas Putih Memali
- Bagaimana HAKIM Yang Mengenepikan HUDUD Dalam Menjatuhkan Hukuman? - UAI
- Doktor Lelaki 'Check Jalan' Isteri Nak Bersalin - Ustaz Azhar Idrus
- Mak Suka MENGUMPAT - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Beri Semua Harta Kepada ANAK ANGKAT - Ustaz Azhar Idrus
- Hubungan Menantu Dengan Madu Ibu Mertua - Ustaz Azhar Idrus
- MH370 & Pemulihan MAS - Tan Sri Abdul Aziz
- MH370 partner: The 'plane was taken by someone'
- MH370 "island" conspiracy theory doesn't die
- Ketua Pembangkang dari UMNO lupa mereka pembangkang di Selangor
- Dun Selangor: Wan Azizah bidas ketua UMNO Selangor
- MH370: Najib Dipaksa Bertindak Sebelum Obama Sampai...!!!
- Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling 2.0
- Pasca Arab Spring dan ”bahaya dari gunung”
Demo gergasi 1 Mei bantah pelaksanaan GST Posted: 08 Apr 2014 09:15 PM PDT KUALA LUMPUR 9 APRIL: Demonstrasi besar-besaran bakal menggegar negara 1 Mei ini jika kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat. Amaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu susulan Dewan Rakyat pada Isnin lalu meluluskan Rang Undang-Undang GST. Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman menegaskan, ketika ini Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan GST. Menurut beliau, pertemuan pihaknya dengan banyak pihak untuk melihat sejauh mana keperluan pelaksanaan cukai berkenaan terbukti mereka menolak percukaian itu. "Ketirisan dalam pentadbiran negara harus diatasi terlebih dahulu dengan laporan audit yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah. "Pelaksanaan GST secara tergesa-gesa tanpa memikirkan aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat akan membebankan ditambah pula peningkatan harga barang dan kos sara hidup," kata Faizal dalam kenyataan. Katanya, kelulusan pelaksanaan GST yang mendapat sokongan Ahli Parlimen BN dilihat untuk kepentingan tertentu dan bukan atas kepentingan rakyat. Faizal berkata, pelaksanaan GST yang bakal dimulakan dengan 6% pada April 2015, dikhuatiri akan melonjak pada kadar 8% pada 2016. "Ekoran itu, SAMM gesa Kerajaan Malaysia untuk umum penangguhan pelaksanaan GST atau memilih jalan raya untuk meluahkan protes bantahan dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei nanti," tegas beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Selangor: Pasukan pakar ditubuh kaji persempadanan semula pilihan raya Posted: 08 Apr 2014 09:14 PM PDT SHAH ALAM 9 APRIL : Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam Pilihan Raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara. Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh Kerajaan Negeri. "Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen. "Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun Kerajaan Negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan. "Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kapal Australia kesan dua isyarat, yakin temui serpihan MH370 sehari dua ini, lapor media Posted: 08 Apr 2014 09:13 PM PDT Kapal pencari Australia menerima dua lagi isyarat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang dan pihak pencari yakin boleh menemui serpihan kapal ini dalam sehari dua ini, lapor AFP hari ini. Koordinator pencarian ini, Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston mengumumkan penemuan maklumat baru ini. Sehingga kini kapal itu telah mengesan empat isyarat dari kawasan yang luas itu: dua Sabtu lepas dan dua lagi pada Selasa. "Saya yakin kita mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenalpasti gambar serpihan sebelum kita boleh sahkan dengan yakin ini adalah tempat terakhir MH370," kata Houston seperti yang dilaporkan oleh CNN. Bagaimanapun, kata Houston: "Saya tidak akan sahkan apa-apa sehingga sesaorang melihat sendiri serpihan." Read More / Baca Lagi >> |
Pegawai pelajaran Bachok sahkan senarai pertukaran 80 guru, tetapi ‘tidak rasmi’..!! Posted: 08 Apr 2014 09:12 PM PDT Pegawai pelajaran Bachok Amran Mustapha mengesahkan bahawa terdapat senarai guru-guru yang hendak dipindahkan dari daerah Bachok tetapi "ia tidak rasmi". Katanya, ia "senarai lama" yang dikumpulkan oleh pegawai pelajaran daerah lama yang tidak lagi bertugas di Bachok, lapor Malaysiakini. "Tiada perpindahan dibuat berdasarkan senarai ini," jelas Amran yang menyertai pejabat pelajaran Bachok minggu lepas, lapor portal itu. Semalam, Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan. Antara yang tersenarai adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar) iaitu Datin Rohana Abd Rahman. Read More / Baca Lagi >> |
MP DAP Puchong mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 Posted: 08 Apr 2014 09:07 PM PDT |
Ketua Pembangkang mencelah memarahi BN Setiu memfitnah beliau dalam dewan Posted: 08 Apr 2014 09:06 PM PDT |
NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI? Posted: 08 Apr 2014 09:00 PM PDT Pesta liar seperti 'Topless Friday Beach Party' yang mahu diadakan di sebuah kelab di Jalan Ampang Jumaat ini perlu ditentang. Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, pesta seumpama itu tidak sesuai di negara ini. "Parti tidak bermoral seperti itu perlu ditentang semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda, terutama yang beragama Islam, kerana ia boleh merosakkan akidah. "Semua pihak perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," katanya melalui kenyataan akhbar, semalam. Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini. "Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini. |
Malaysia Boleh: ROS lantik Peguam UMNO untuk lawan kes DAP Posted: 08 Apr 2014 08:56 PM PDT Pendaftar Pertubuhan (ROS) melantik peguam yang berkaitan Umno Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam permohonan semakan kehakiman oleh DAP. Perkara itu dibawa kepada pengurusan kes hari ini selepas Hakim Zaleha Yusof memberikan kebenaran kepada DAP untuk memulakan permohonan semakan kehakiman pada 26 Mac. Permohonan DAP itu dibuat DAP Februari lalu bagi memaksa ROS mengiktiraf penjawat atasan parti itu ekoran pemilihan semula jawatankuasa pusat parti itu. Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata, parti itu diminta menyerahkan dokumen sebelum 11 Jun. "Selepas itu Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh pendengaran. "Kami juga dapat tahu hari ini bahawa Shafee dilantik ROS untuk mewakili mereka," kata Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong. Beliau menjangkakan tarikh pendengaran untuk permohonan semakan kehakiman itu akan ditetapkan pada Jun atau Julai. |
Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan Posted: 08 Apr 2014 08:54 PM PDT Institusi pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di konvensyen undang-undangnya minggu lepas. Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik. "Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider. Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac. Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan. Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM. Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka. Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah. "Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet BTN RM30 juta setahun tidak mencukupi, kata timbalan menteri Posted: 08 Apr 2014 08:53 PM PDT Jabatan Perdana Menteri hari ini mendedahkan peruntukan kepada Biro Tata Negara (BTN) sebanyak RM30 juta setahun tidak mencukupi dan meminta agar ia ditambah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata meskipun dengan bajet yang sedemikian diberikan kepada BTN namun hanya 6% belia yang berjaya didekati menerusi program itu. "Perbelanjaan yang disediakan kepada BTN bagi menjalankan program latihan berjumlah sekitar RM30 juta setahun. Pada 2011, RM30.22 juta disediakan, 2012 pula sebanyak RM27.7 juta dan 2013 sebanyak RM26.4 juta. Razali berkata sejak 2012, BTN berjaya menjalankan sebanyak 7,110 program dan lebih seribu juta belia mendapat manfaat daripada program itu. |
MP PKR Bukit Katil mencelah Bahas RUU Saraan Hakim (Pindaan) Posted: 08 Apr 2014 08:50 PM PDT |
MP PAS Pokok Sena membangkitkan Usul Batal Kertas Putih Memali Posted: 08 Apr 2014 08:49 PM PDT |
Bagaimana HAKIM Yang Mengenepikan HUDUD Dalam Menjatuhkan Hukuman? - UAI Posted: 08 Apr 2014 08:37 PM PDT |
Doktor Lelaki 'Check Jalan' Isteri Nak Bersalin - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Apr 2014 08:37 PM PDT |
Mak Suka MENGUMPAT - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Apr 2014 08:36 PM PDT |
Hukum Beri Semua Harta Kepada ANAK ANGKAT - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Apr 2014 08:35 PM PDT |
Hubungan Menantu Dengan Madu Ibu Mertua - Ustaz Azhar Idrus Posted: 08 Apr 2014 08:35 PM PDT |
MH370 & Pemulihan MAS - Tan Sri Abdul Aziz Posted: 08 Apr 2014 08:32 PM PDT |
MH370 partner: The 'plane was taken by someone' Posted: 08 Apr 2014 08:32 PM PDT |
MH370 "island" conspiracy theory doesn't die Posted: 08 Apr 2014 08:29 PM PDT |
Ketua Pembangkang dari UMNO lupa mereka pembangkang di Selangor Posted: 08 Apr 2014 08:09 PM PDT |
Dun Selangor: Wan Azizah bidas ketua UMNO Selangor Posted: 08 Apr 2014 08:09 PM PDT |
MH370: Najib Dipaksa Bertindak Sebelum Obama Sampai...!!! Posted: 08 Apr 2014 05:51 PM PDT 'Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib'. Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot (gambar kanan) menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370. "Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu. Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini. "Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak. "Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan. "Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda? "Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?," soalnya. Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370′ oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya. |
Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling 2.0 Posted: 08 Apr 2014 05:44 PM PDT Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil. "Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama. Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Arab Spring dan ”bahaya dari gunung” Posted: 08 Apr 2014 05:41 PM PDT DR SYED AZMAN SYED AHMAD Bermula dari Sidi Bouzid sebuah bandar kecil di Tunisia, ia terus merebak ke Moroko, Libya, Syria, Mesir dan negara-negra Arab lain. Tuntutan mereka adalah perubahan politik yang lebih besar serta kembali kepada asas sistem demokrasi yang bertunjangkan rakyat. Perubahan ini juga telah memberi nafas baru kepada pertubuhan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini yang telah sejak sekian lama dinafikan hak mereka, kembali bergiat secara terbuka dan berjaya menguasai kepimpinan politik di beberapa negara seperti Moroko, Tunisia dan Mesir. Di Mesir, Presiden Mubarak telah digulingkan selepas berlakunya kebangkitan rakyat yang keluar ke jalan-jalanraya membantah pemerintahan diktator beliau. Namun perubahan 'Arab Spring' ini amat menggerunkan pemimpin-pemimpin di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi. Ini ditambah lagi dengan apa yang dilihat sebagai 'kebangkitan semula Ikhwan Muslimin' di dunia Arab. Negara-negara teluk yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini juga telah lama menjadi sekutu rapat pemerintah Amerika Syarikat dan Kuasa Barat. NASIB GERAKAN ISLAM Kini segala-galanya telah berubah. Kerajaan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang adil hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Beliau telah diguling oleh junta tentera yang di ketuai Jeneral Abdul Fattah Sisi. Di Tunisia, pelbagai cara juga telah digunakan bagi 'melemahkan' serta 'mensabotaj' kerajaan yang di kuasai oleh parti Nahdah yang dilihat rapat dengan Ikhwan sehingga memaksa mereka 'berundur' dari menerajui kerajaan di Tunisia. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Moroko. Institusi kerajaan yang masih 'setia' dengan pemerintah diktator di negara-negara tersebut seperti badan kehakiman, ekonomi dan pelaburan serta polis dan tentera telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh Ikhwan Muslimin. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan