Tukar Tiub |
- JEMPUTAN - MALAM KENANGAN KARPAL SINGH
- GASAK SAMPAI TERBURAI
- LAGI NAK TIPU
- BETUL KE BERITA INI?
- SEMBAH SEORANG PEROGOL
- TUKAR TIUB MEMECAH PERTANYAAN
- SEJARAH BALING #2
- SIAPA PUNYA KERJA
- DAIM BUKA LEBONG
- JUMPA DI DATARAN MERDEKA
JEMPUTAN - MALAM KENANGAN KARPAL SINGH Posted: 23 Apr 2014 06:44 PM PDT MALAM KENANGAN KARPAL SINGH Radio Bangsar Utama akan menyiarkan secara langsung Malam Kenangan Karpal Singh Siaran bermula jam 8 malam Malam Kenangan ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Bermula jam 8:00 malam Tukar Tiub akan baca puisi Nik Jidan akan petik gitar Semua di jemput datang buat ramai Berani Langgar Laporan Jelas! |
Posted: 23 Apr 2014 06:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.
KUALA LUMPUR:Bersih 2.0 mengingatkan pihak berkuasa bahawa kebebasan berhimpun ialah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, lebih-lebih lagi pada tarikh 1 Mei setiap tahun. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TIAP KALI NAK KE DATARAN MERDEKA...kah kah kah.. kah kah kah... ADA SONGEL... ADA KERENAH... kah kah kah.. kah kah kah..CUKUPLAAA....kah kah kah.. kah kah kah..ANAK MUDA DAH BOSAN DENGAR.... kah kah kah -------- |
Posted: 23 Apr 2014 06:00 PM PDT BARISAN NASIONAL LULUSKAN RM50 JUTA DANA BERASINGAN KEPADA NSERC Sebelum ini, saya telah sertakan perutusan surat-menyurat di antara sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd (NSERC) dan Najib Razak yang meminitkan pertimbangan agar NSERC diberikan dana sebanyak RM100 juta untuk membiayai projek komersilnya. Mengikut rekod NSERC sendiri, di dalam satu surat kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014, selain dari dana awam berjumlah RM100 juta di bawah geran R&D yang dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), syarikat yang sama juga telah dianugerahkan satu lagi dana berasingan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air). Salinan surat dari NSERC kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengenai perkara ini ada dilampirkan bersama. Ini bermakna, sebuah syarikat swasta iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk mengusahakan projek komersilnya. Malah, jumlah RM150 juta ini melebihi dari kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130 juta. Jumlah RM150 juta adalah satu jumlah yang sangat besar dan tidak wajar dibenarkan diperuntukkan kepada sebuah projek komersil milik syarikat swasta seperti ini. Sejak saya mendedahkan perkara ini bermula hari Isnin lepas, tidak ada satu kenyataan pun dari Perdana Menteri atau kementerian-kementerian terbabit. Saya hanya dihubungi melalui SMS oleh seorang yang mengakui pegawai Najib Razak memohon untuk berbincang dan mengesahkan maklumat yang saya dedahkan. Bukti-bukti yang saya tampilkan setakat ini adalah jelas dan tidak perlulah saya duduk berbincang dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya masih menunggu tindakan dan penerangan rasmi dari pihak kerajaan mengenai skandal yang membabitkan geran R&D dan teknologi hijau yang terbesar setakat ini. Najib wajar melakukan perkara-perkara berikut ekoran dari pendedahan ini: 1. Menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana berjumlah RM150 juta dari dua kementerian ini sehingga siasatan lanjut dimulakan; 2. Membentuk satu panel pakar yang bebas untuk menilai kandungan dan potensi R&D dan pengkomersilan produk yang dicadangkan oleh NSERC dan memastikan proses saringan yang sama dipatuhi untuk mendapatkan geran R&D seperti mana pemohon geran R&D yang lain; 3. Menubuhkan satu panel khas dari Jabatan Ketua Audit Negara untuk menyiasat serta merta keputusan meluluskan dana sebanyak RM150 juta dari kedua-dua kementerian ini. Yang paling penting, Najib perlu menerangkan kepada rakyat apakah hubungan istimewa di antara NSERC dan beliau, atau ahli keluarga beliau, atau Umno, atau sesiapa di kalangan pimpinan Barisan Nasional (jika ada) – yang membolehkan NSERC diberi layanan sedemikian rupa sehinggakan diluluskan dana RM150 juta secara percuma untuk mengusahakan satu projek oleh syarikat tersebut. Jika tiada apa-apa makluman dari pihak Najib, saya akan membuat satu laporan SPRM mengenai perkara ini minggu depan. RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan 23 April 2014 --------- |
Posted: 23 Apr 2014 07:09 AM PDT KOMENTAR hairan bin pelik obama melawat asia obama datang ke malaysia tetiba ada berita ini tapi akhbar milik ketuanan melayu tak heboh tak bising semua senyap apakah ini hanya mengolah persetujuan? 50 tahun dahulu presiden amerika lyndon johnson melawat datang malaysia meminta tunku hantar tentera ke vietnam masa itu ada demo besar demo anti amerika disusun oleh partai buruh dan partai rakyat tunku takut ombak kiri yang ampoh lalu tolak permintaan johnson kali ini obama datang apa tujuan datang? apa yang akan diminta? tanda tangan tppa? itu saje? mustahil bagaimana dengan pengalan tentera untuk jaga selat melaka ( faham tak?) NOTA sendiri buat kacau sendiri jadi polis kah kah kah Kapal Jepun disamun lelaki bersenjata dekat Pulau KetamPELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa. Tiga kru kapal dipercayai diculik. Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini. Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April. Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu. "Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini. Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan. Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang. "Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya. Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kapal-jepun-disamun-lelaki-bersenjata-dekat-pulau-ketam-34477?cp ------------- |
Posted: 23 Apr 2014 06:16 AM PDT DARI FACE BOOK APABILA MARUAH SEORANG MANUSIA ITU LETAKNYA DI TELAPAK KAKI Siapa Rais Yatim yang sebenarnya...?? Ketika memimpin Semangat 46 dahulu beliau bermusuh dengan Mahather dan pernah berkata " Kalau Mahather Mampos tiada orang yang akan menyirami kuburnya hanya Anjeng sahaja yang akan kencing di atas kubur Mahather " Tetapi kini setelah kembali bertaup kepada UMNO beliau bukan sahaja yang akan menyirami kubur Mahather Malah sudah sampai ke tahap menyembah Mahather macam Menyembah Patung Buddha... # UPACARA MENYEMBAH MAHADEWA... Teuku Zacharyah Iskandar Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO ----------- |
Posted: 22 Apr 2014 10:33 PM PDT BETUL KE BERITA INI? atau hanya untuk mengolah persetujuan kerana obama akan datang ke asia kerana obama akan singgah di malaysia selama ini kenapa tak ada pembajakan kenapa waktu dan ketika ini? ini bukan teori konspirasi hanya ingin bertanya ---------- |
Posted: 22 Apr 2014 09:58 PM PDT SEMUA TURUN 1 MEI 2014 BALING NOVEMBER/DISEMBER 1974 Bulan November 1974 – Universiti Malaya sedang bercuti sebelum masuk ke Penggal Ketiga. Kuliah bermula kembali pada awal Disember. Manakala perpereksaan bermula bulan Januari. Bulan March, April dan May – cuti panjang. Pada bulan November 1974 - ketika pelajar sedang bercuti rakyat Baling Kedah telah keluar berdemo. Penduduk Miskin Desa telah menjadi papa kedana kerana harga getah gila menurun. Ini dihantui pula oleh hujan monsoon yang tidak henti-henti. Hasilnya Orang Kampong tidak dapat menoreh. Ramai yang mula kebuluran tanpa makanan. Saya masih ingat lagi tentang berita Demo Baling 74 yang saya baca dari akhbar Strait Times. Akhbar Inggeris ini melaporkan – Hunger Strike in Baling. Berita kecil ini dicetak tebal hitam – ertinya satu berita penting. Ini berita demo pertama. Pada ketika berita ini muncul Ketua Pengarang Straits Times ialah Samad Ismail. Dari segi sejarah Samad Ismail ini ada Orang Kiri Bawah Tanah. Saya telah difahamkan pekara ini dengan jelas. Malah ketika saya di Australia (1976/77) , Samad Ismail telah ditangkap dibawah ISA. Akhbar Parti Komunis Australia – yang berkempen untuk membebaskan Samad - telah melaporkan nama Zainal/Lainaz – nama bawah tanah Samad Ismail dalam Parti Komunis Malaya. Zainal/Lainaz – seakan-akan bunyi Lenin. Ini mengikut surah Parti Komunis Australia. Ketika Demo Baling 74 di Kedah berlaku Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya ( PMUM) telah digantung. PMUM telah digantung pada 21 September 1974 kerana 'rampasan kuasa' pelajar yang menuntut agar Yunus Ali dan Hishamuddin Rais bersama para setinggan Tasek Utara dibebaskan dari penjara Ayer Molek. Pada ketika itu Hishamuddin Rais adalah Setiausaha Agong PMUM dan juga Presiden PMUM Majlis ke17 yang baru dipileh. Arwah Yunus Ali ialah Ahli Majlis. Sejarah telah merakamkan bagaimana pelajar dari Universiti Malaya telah bersetia kawan dengan setinggan Tasek Utara yang rumah-rumah mereka telah dirobohkan atas arahan Menteri Besar Osman Saat dari parti United Malays National Organisation yang baru saja menang besar dalam PRU4. Keangkuhan parti Ketuanan Melayu yang baru menang besar telah digempakkan oleh bantahan para setinggan Tasek Utara. Penduduk Miskin Kota telah berkhemah dihadapan pintu masuk Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan. Tindakan Penduduk Miskin Kota bersama mahasiswa ini telah mula mengancam kuasa United Malays National Organisation. Lalu kami ditangkap dan dipenjarakan. Satu minggu kemudian - apabila saya dibebaskan dari penjara Ayer Molek dan pulang ke Lembah Pantai saya mendapati pejabat saya telah dikunci, dipaku dan disilang dengan papan. Satu minggu dipenjara telah mengubah landskap PMUM dan Universiti Malaya untuk selama-lamanya. Disini saya ingin merakamkan satu fakta sejarah. Apabila sahaja krisis berlaku di PMUM – pihak kerajaan telah mengambil kesemptan mengharamkan Kelab Sosialis. Kelab Sosialis UM adalah persatuan yang berdaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan. Kelab Sosialis bergerak bebas dan bukan dibawah naungan PMUM. Sejarah merakamkan bahawa Kelab Sosialislah yang menerima serangan utama pada tahun 1974. Ini dilakukan kerana pengaruh Kelab Sosialis bukan hanya di Universiti Malaya malah telah mula berkembang ke Institut Teknoloji Mara, di Kolej Pertanian Serdang, dan ke Universiti Sains Pulau Pinang. Menjadi penganut faham Sosialis pada ketika itu , sama saperti hari ini dilihat cool dan counter culture – melawan arus yang poyo. Dari segi sejarah Kelab Sosialis Universiti Malaya telah merobah corak gerakan pelajar di Tanah Melayu dan kemudiannya di Malaysia. Kelab Sosilis adalah gerakan pelajar avant garde yang memulakan garis 'perlawanan menentang penjajah' dari zaman Universiti Singapura. Tradisi melawan ini telah disambung apabila tertubuhnya Universiti Malaya di Lembah Pantai. Di Universiti Singapura, Kelab Sosialis telah menjadi juru pemula para intelektual dan para seniman untuk bangun menentang penjajah British. Peranan Kelab Sosialis jelas dalam penubuhan parti PAP, dalam kerangka perjuangan Asas 50 dan dalam akhbar Utusan Melayu yang berpusat di Singapura ketika itu. Tradisi melawan ini telah diteruskan di UM. Kelab Sosialis telah menentang barua-barua dan aparacik United Malays National Organisation. Dari segi sejarah Kelab Sosialis telah berjaya menjadikan Parti Ketuanan Melayu ini dipandang hina oleh mahasiswa, pelajar dan anak muda. Pada tahun-tahun 70'an dalam Universiti Malaya tidak ada sosok muda yang memiliki hormat diri akan berani mengasosiasikan diri dengan parti ini. Jauh sekali untuk menjadi ahli. Para pensyarah juga akan merasa malu jika dilihat bersama United Malays National Organisation. Ini tidak bermakna tidak ada pelajar atau pensyarah yang bekerjasama dengan Parti Ketuanan Melayu ini. Mereka bergerak secara senyap-senyap. Mereka tidak mahu dihina secara terbuka. Buktinya : Anwar Ibrahim sendiri telah 'mengrahsiakan' keahliannya dalam United Malays National Organisation dari pengetahun umum sehingga dibocorkan oleh Bonda Mak Yan pada tahun 1982. Rahsia ini bocorkan oleh Mak Yan sesudah Anwar menjadi anggota United Malays National Organisation dan mahu bertanding jawatan. Ini fakta sejarah bukan tohmah. Dari segi sejarah semenjak bulan Serptember 1974 pelajar Universiti Malaya tidak lagi mempunyai perwakilan sah. Perwakilan PMUM terakhir yang dipilih secara undian ialah Majlis ke16 dimana Kamarazaman Yacob adalah Presiden dan Hishamuddin Rais adalah Setiausaha Agong. Dalam Majlis ke17 yang dipilih dipilih Presiden PMUM ialah Hishamuddin Rais dan timbalan ialah Zahid Hamidi. Tanpa persatuan, tanpa pejabat, tanpa dana – hakikatnya agar sukar untuk bergerak. Tetapi para aktivis dan pemimpin mahasiswa UM tidak pernah putus asa. Kami terus bergerak menentang pencabulan hak asasi. Tanda tangan telah dipungut untuk membantah penyitaan Rumah Persatuan. Akhirnya pelajar telah berdemo dalam kampus. Ketika ini Akta Pindaan AUKU 1974 belum wujud lagi. Anak Lelaki Iskandar Kutty baru sahaja dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Taring jahatnya belum keluar masih lagi tersimpan dalam gusi. Untuk para mahsiswa 70'an di UM pasti mereka teringat akan Rumah Persatuan, Kafeteria Tepi Tasek dan Kedai Buku, Klinik Gigi dan Klik Kesehatan. Semua ini adalah hak milik PMUM termasuk khidmat kesehatan dan gigi yang diberikan percuma oleh PMUM. Rumah Persatuan terletak tidak jauh dari Canseleri. Ada jalan kecil menuruni bukit yang menyambungkan Canseleri dengan Rumah Persatuan. Di lereng bukit ini – diantara Canselori dan Rumah Persatuan - ada satu rumpun buluh yang amat rendang. Dari segi sejarah rumpunan buluh ini cukup penting. Banyak keputusan dalam bulan November 1974 hingga Polis dan Tentera masuk ke kampus UM pada malam 8 Disembar 1974 telah diambil dibawah rumpun buluh ini. Hingga ke hari ini TIDAK ramai yang tahu bahawa pelbagai keputusan penting telah dbincang dan diputuskan dibawah pohon buluh ini. Saya tidak tahu sama ada buluh ini masih wujud atau tidak. Semenjak saya meninggalkan kampus Universiti Malaya pada petang 9 Disember 1974 – saya telah mengharamkan diri saya dari memasuki kampus UM. Dibawah rumpun buluh ini Kelab Sosialis telah membicangkan apakah strateji tindakan yang wajib diambil sesudah menerima surat pengharaman dari Pejabat Pendaftaran Persatuan. Saya masih ingat lagi bahawa kami akan menghatar surat jawapan mempertahan hak kami untuk berpesatuan. Tetapi PMUM telah digantung, keadaan kelam kabut - justeru kami dari Kelab tidak mahu mengheboh-hebohkan pengharaman kami. Saya ingin merakamkan disini bagaimana dibawah rimbunan buluh ini Kelab Sosialis dan Persatuan Bahasa Tionghua telah mengadakan rundingan bekerja sama. Kerja sama ini terikat kerana ada anggota Kelab yang juga menjadi aktivis penting dalam Persatuan Bahasa Tionghua. Kelab Sosialis juga berkerja rapat dengan SCM – Students Christian Movement. Gerakan pelajar Katholik ini sedang bergerak cergas dibawah bayangan Teoloji Pembebasan – Liberation Theology yang sedang merebak di Ameriak Latin. Saya sebagai Setiausaha Agong PMUM masih lagi diiktiraf oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) justeru semua ahli PKPM menolak dan mengutuk penggantungan PMUM. Pejabat PKPM sendiri ada dalam bangunan Rumah Persatuan PMUM. Ini fakta sejarah. Sesudah kami membaca berita Hunger Strikes in Baling – Kelab Sosialis telah mengadakan musyuarat tergempar. Di bawah rumpun buluh itulah keputusan telah diambil. Kelab Sosialis akan menghantar Abu Zer Ali - anak mahasiswa fakulti ekonomi tahun ke2 untuk pergi menyelidik apa yang telah berlaku di Baling Kedah. Kami ' tong-tong ' mengumpul dana untuk membolehkan Abu Zer naik van Straits Times ke Alor Star dan kemudian ke Baling. Di bawah pokok buluh itu saya menunggu untuk mengetahui apa yang telah berlaku di Baling. (TT) - sambung ANAK MUDA BERSEDIA NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 ------ |
Posted: 22 Apr 2014 09:38 PM PDT KUALA LUMPUR 22 April - Polis telah memulakan siasatan bagi meneliti sekiranya wujud unsur sabotaj dalam beberapa insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), sejak kebelakangan ini. Ketua Polis... SEPANG 21 April - Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpa SEPANG 21 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan... KAH KAH KAH siapa sabotaj? kenapa? ni mesti kerja warga china marah kerana kena tipu atau kerja anwar ibrahim kah kah kah ----------- |
Posted: 22 Apr 2014 09:17 PM PDT Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'KUALA LUMPUR 22 April - Daim Zainuddin menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai 'kaki goreng' kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih. "Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya? "Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini 'kaki goreng'," katanya. KOMENTAR lebong daim ni tak habis anwar hebohkan dalam ceramah kesahnya bagini: masa anwar kerja dengan bank dunia anwar ada datang ke tanzania anwar ada tanya gobenor bank tanzania apa jenis bank daim di tanzania tuan gabenor jawab: daim hanya buka bank mengikut anwar daim buka bank di tanzania kerana nak simpan duit tak berani simpan di eropah tak berani simpan di swiss kerana banyak kes para lanun dan pemimpin politik dari afrika dan asia yang buat duit dengan jalan tipu mereka simpan duit di swiss tapi ngo swiss berjaya membekukan duit itu ini macam kes taib mahmud daim sedar hal ini maka dia buka bank di tanzania cerita ini tak habis disini beberapa bulan kemudian si gobenor bank tanzania ditahan di heathrow airport kerana bawa duit masuk ke london yang ini daim tak berani sebut duit sapa pulak ini? NOTA hanya putu yang kenal mayam kah kah kah KAH KAH KAH ----- |
Posted: 22 Apr 2014 09:08 PM PDT TURUN JANGAN TAK TURUN Penganjur perlu kebenaran DBKL bagi lokasi perhimpunan 1 MeiKUALA LUMPUR 21 April - Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dirancang 1 Mei ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan. "Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan. ANAK MUDA SEMUA TURUN
"(Lokasi himpunan) tidak berubah. Ada bahagian penambahbaikan, ada bahagian kosong (tanpa penambahbaikan). KAH KAH KAH KAH KAH KAH ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan