RAKYAT MARHAEN |
- Pesawat Firefly pula terpaksa patah balik
- Adenan’s ‘double standard’ angers netizens
- Air: Mohon Syabas beri hak sama rata
- Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat
- Krisis air dan ancaman keselamatan bukan tradisional
- Lawatan Obama ke Asia: Harapan dan implikasi
- UM beku program sempena kehadiran Obama
- Rakyat tidak terjerat isu perkauman parti politik, kata sekretariat majlis perpaduan
- Putrajaya amal ‘double standard’ larang majlis memperingati Karpal di sekolah
- 25 Mei untuk PRK Bukit Gelugor, penamaan calon pada 12 Mei
- Putrajaya swastakan Penang Port senyap-senyap
- Berapa banyak Rosmah nak perabih, kali ni duit budak Autisme pulak?
- AG’s reports a waste of money
- MH370: MAS bayar 96% tuntutan waris penumpang warga China di Hotel Lido
- Bahan terdampar di pantai Augusta bukan milik MH370, kata biro pengangkutan Australia
- Anwar yakin beliau akan dipenjarakan lebih lama oleh Regim UMNO@BN..!!
- Kerajaan perlu basmi kes buang bayi..!!
- Tanah mendap akibat projek MRT
- Enam Permit Bas Syarikat Etika Express Digantung Ekoran Kemalangan 19 April
- Hudud: PKR, DAP tiada hak campur kata Mohd Amar....dah macam suara UMNO la pulak..!!!
- Hudud Brunei: PBB tak perlu campur tangan
- Detik terakhir saya bersama Pa: Ramkarpal Singh
- Orang ramai dilarang sertai Himpunan Bantah GST 1 Mei kata Polis
- Anwar Ibrahim: Perhimpunan 1 Mei, Anak-Anak Muda Turun!
- See the next best option in MH370 search
Pesawat Firefly pula terpaksa patah balik Posted: 23 Apr 2014 08:43 PM PDT Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas belepas pagi ini disebabkan masalah teknikal. "Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 minit, kapten mengumumkan kami berpatah balik. "Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas," kata penumpang Phuah Kylie kepada Malaysiakini pagi ini. Semakan dengan petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan bahawa pesawat itu ditukar ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih tidak boleh dilakukan dalam masa ditetapkan. Penumpang pesawat penerbangan FY1002/MH9948 dipindahkan ke pesawat lain selepas menunggu selama kira-kira satu jam di lapangan terbang tersebut, dan berlepas pada jam 8.50 pagi. Pesawat yang baru ditukar itu tiba di Kota Bharu sejam kemudian. |
Adenan’s ‘double standard’ angers netizens Posted: 23 Apr 2014 08:19 PM PDT The CM had said in the runup to the Balingian by-election that Sarawak will bar "religious bigots, communal racists and troublemakers". Adenan is rapidly falling-off the pedestal as netizens rant "double standard" following the state's latest decision to bar PKR strategy director Rafizi Ramli after allowing in Umno leaders and Perkasa president Ibrahim Ali. Rafizi was barred from entering Sarawak on Monday night. Immigration authorities said it was a directive from the top. Days before it was reported that former Perkasa deputy president Zulkifli Nordin, a known racist, had visited Kuching. But nothing more was said on Zulkifly's visit leaving many wondering if he had indeed entered the state. Zulkifly's alleged visit last Saturday, just after Ibrahim, flies in the face of Adenan's stand that Sarawak will bar "religious bigots, communal racists and troublemakers" from entering the state in order to preserve its peace and multi-racial harmony. Adenan had said this in the run-up to the Balingian by-election during which time four PKR leaders were barred entry. They were Rafizi , vice-president Tian Chua, secretary-general Saifuddin Nasution and Ampang MP Zuraida Kamaruddin. Only PKR de facto leader Anwar Ibrahim was allowed in to campaign for party candidate Abdul Jalil Bujang. Adenan's latest action has "disappointed" Sarawakians and left them with the impression that he like all Umno leaders was "just talk and no action". User Saen Yong posted his comments on Sarawak Sovereignty Movement (SSM) Facebook page. Yong said: "He (Adenan) gave us hope. (He said) that no racist bigots will enter Sarawak, but his policy is surely double standards. "Only people from PR (Pakatan Rakyat) are not allowed entry to Sarawak but those clowns from Umno are allowed to enter." Read More / Baca Lagi >> |
Air: Mohon Syabas beri hak sama rata Posted: 23 Apr 2014 08:17 PM PDT HULU SELANGOR - Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) digesa mengehadkan penjualan air melalui rumah pam kepada syarikat industri bagi memberi hak sama rata dengan pengguna biasa. Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Daisi, Bukit Sentosa, di sini, Mohd Rizwan Zainal Abidin berkata, penjualan air secara berleluasa kepada syarikat industri seakan memperlihatkan tidak berlaku masalah air. "Syabas harus mengehadkan penjualan air kepada pihak industri kerana jika kita bercerita mengenai catuan air, ia sepatutnya meliputi semua pengguna termasuk pengguna industri, bukan pengguna biasa. "Apa guna dicatu jika pihak industri bebas membeli berapa banyak yang mereka suka kerana sekarang diberitahu pihak industri boleh beli tanpa had. Kalau syarikat industri ini nak beli air menggunakan 200 hingga 300 (lori tangki) sekalipun, Syabas akan jual. Jadi di mana letaknya catuan itu," katanya selepas perjumpaan dengan wakil Syabas, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat Posted: 23 Apr 2014 08:14 PM PDT KUALA KUBU BHARU 24 APRIL : Pengguna perlu menukar bijak dan berhemah dalam cara penggunaan air dengan mendapatkan bekalannya daripada sumber lain bagi dengan tidak bergantung kepada bekalan air paip sahaja. Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata pengguna patut memanfaatkan air hujan dengan menadahnya agar sumber air itu tidak terbuang begitu dan dapat digunakan sebaiknya. "Bila hujan kita tidak menadahnya, mungkin kini kita perlu menggunakan cara baru untuk simpanan air," kata Kee Hiong. "Kita perlu mengamalkan cara ini untuk menampung kekurangan yang berlaku serta menunggu projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) siap sepenuhnya," katanya. Kerajaan Negeri akan melaksanakan Horas bagi mengatasi masalah kekurangan air di Selangor yang dijangkan siap sepenuhnya pada Julai tahun depan. Kolam takungan di kawasan Bestari Jaya itu mampu menampung kapasiti air sejumlah 600 juta liter sehari (JLH) yang kemudiannya dipamkan ke loji rawatan air berhampiran. Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, kempen kesedaran perlu digerakkan supaya orang ramai sebagai pengguna tahu dan bijak menjimatkan air. Katanya, ia kerana kegiatan penggunaan air tidak berlaku banyak perubahan biarpun selepas catuan air berakhir. Sebelum ini, rombongan Adun terdiri dari Bee Yin, Adun Kampung Tunku, Lu Weng San; Adun Bukit Gasing, R Rajiv diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengadakan lawatan di Empangan Sungai Selangor di sini bagi meninjau perkembangan di situ. Dilaporkan bacaan air dicatatkan di empangan itu adalah pada paras 38 peratus dan ia kurang daripada sasaran ditetapkan Kerajaan Negeri iaitu melepasi 39 hingga 43 peratus. Read More / Baca Lagi >> |
Krisis air dan ancaman keselamatan bukan tradisional Posted: 23 Apr 2014 08:13 PM PDT Lembah Klang masih berdepan masalah bekalan air yang telah memaksa catuan besar-besaran dimulakan lebih sebulan yang lalu. Masih belum jelas sama ada catuan ini akan ditamatkan dalam masa terdekat atau diteruskan lagi untuk beberapa bulan lagi, walaupun hujan lebat telah mula melanda banyak kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur. Seiring dengan krisis air ini, tumpuan ahli politik, media dan orang ramai ialah pada isu pengurusan air di Selangor, yang menjadi tempat tumpuan jutaan penduduk. Isu air, walau bagaimanapun, hanya satu daripada bahagian penting sumber penting yang semakin kritikal pada masa ini dan perlu diberi perhatian lebih serius oleh semua. Sumber air berkait rapat dengan dua sumber lain iaitu tanah dan makanan, dan ketiga-tiganya saling memberi kesan kepada yang lain. Sumber air menjadi semakin penting dalam keadaan negara kita hari ini, dan menjadi salah satu topik penting dalam keselamatan bukan tradisional. Krisis air yang terjadi pada masa ini berlaku dalam keadaan negara kita boleh dikatakan masih dalam keadaan yang baik, tanpa krisis bencana dan ancaman keselamatan, sama ada yang tradisional mahu pun bukan tradisional. Read More / Baca Lagi >> |
Lawatan Obama ke Asia: Harapan dan implikasi Posted: 23 Apr 2014 08:10 PM PDT Oleh HARIS ZALKAPLI Lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia dan tiga negara Asia lain ialah sebahagian daripada satu agenda besar AS di Asia-Pasifik, pada masa China sedang pesat bangkit dan sekutu-sekutu di Asia-Pasifik berdepan masa depan yang sukar. Hal ini mungkin kurang dirasakan di Malaysia disebabkan kedudukan Malaysia yang agak jauh dari China, dan kejayaan pemerintah mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa AS dan China dalam mengemudi hubungan luar negara. Dari segi Obama sebagai presiden yang berada di penggal terakhir, harapan yang besar bagi beliau ialah menyempurnakan atau sekurang-kurangnya membawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA, ke peringkat akhir. Tanda-tanda menunjukkan agenda ini tidak mudah, terutama ekoran isu yang masih tidak selesai dengan Jepun, sekutu kuat AS sendiri, antaranya melibatkan akses untuk produk pertanian dan pembuatan automobil, dua bidang yang menjadi tunggak penting ekonomi kedua-dua negara. Pada masa sama, Obama berdepan tentangan kuat daripada dalam Parti Demokratik sendiri, yang melihat janji-janji seperti peluang pekerjaan akan hanya tinggal janji, seperti yang telah disaksikan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, Nafta. Malah, menjelang lawatan Asia Obama, tiga anggota Kongres AS daripada Demokrat, George Miller, Rosa DeLauro dan Louise Slaughter menulis dalam akhbar Los Angeles Times, menyimpulkan, "Kita tidak patut secara membuta mengesahkan lebih banyak perjanjian-perjanjian seperti Nafta yang tidak adil, yang dirundingkan di balik pintu yang tertutup, yang membawa ancaman mengkhianati para pekerja Amerika, membawa sektor pembuatan kita ke negara luar dan mempercepatkan gaji dan faedah pekerja menjunam jatuh." Read More / Baca Lagi >> |
UM beku program sempena kehadiran Obama Posted: 23 Apr 2014 08:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya mengeluarkan arahan agar semua program dalam kampus dibekukan pada tarikh 26 hingga 27 April sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke kampus itu pada Ahad ini. Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat kepada kesemua jabatan yang menyebut ianya atas tujuan keselamatan dan nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Pihak kedutaan Amerika Syarikat telah memlih Universiti Malaya untuk menganjurkan 'US Embasy Town Hall' pada 27 April 2014 di Dewan Tunku Chanselor, Universiti Malaya "Bagi tujuan kawalan keselamatan, pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan supaya tiada sebarang aktiviti atau program dijalankan di dalam kampus pada tarikh tersebut," kenyataan surat itu dipetik. Obama dijadual tiba di Malaysia pada petang 26 April (Sabtu) ini dengan menaiki pesawat Air Force One dan akan mendarat di pangkalan TUDM di Subang. Kehadiran Omaba ke Malaysia ini adalah sempena siri jelajah beliau ke Aisa yang yang tertangguh pada Oktober lepas berikutan krisis bajet yang menyebabkan penutupan separuh Kerajaan AS. Ketibaan Presiden AS ke-44 akan disambut dalam satu majlis rasmi di Dataran Parlimen diikuti upacara menghadap Yang di- Pertuan Agong dan jamuan negara di Istana Negara. Pada Ahad, Obama dijadual melawat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak dan kemudian lawatan kebudayaan ke Masjid Negara. Selepas itu, beliau bakal mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, dan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik. Acara kemuncak akan diadakan di Universiti Malaya bersama pemimpin-pemimpin muda terpilih dari 10 negara Asean. Pada pagi Isnin, Obama akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian korporat sebelum berlepas ke Manila. |
Rakyat tidak terjerat isu perkauman parti politik, kata sekretariat majlis perpaduan Posted: 23 Apr 2014 08:06 PM PDT Shamsul Amri berkata, isu perkauman dimainkan bertujuan untuk kepentingan politik pihak tertentu. "Ia sengaja untuk mobilisasi politik. Shamsul Amri, yang juga timbalan pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) mendedahkan sepanjang 20 sesi pendengaran awam dengan orang ramai yang diadakan, rakyat rata-rata membangkitkan lebih banyak isu mengenai polisi kerajaan dan pembangunan. "Pandangan awal saya daripada 20 pertemuan yang kami adakan, kami dapati kurang orang ramai yang berbincang tentang etnik seperti dibincangkan dalam media. "Mereka banyak berbincang tentang pendidikan atau pelaksanaan polisi kerajaan dan jurang bandar serta luar bandar," kata beliau. Selepas pilihan raya umum ke-13, bahang ketegangan isu perkauman dan agama meningkat, malah inisiatif penubuhan MKPN November tahun lalu juga berakar daripada kemelut tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan MKPN akan memainkan peranan dalam mengesyorkan "blue print" penyatuan nasional kepada kerajaan. Perpaduan nasional di kalangan masyarakat teruji apabila timbul beberapa isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Read More / Baca Lagi >> |
Putrajaya amal ‘double standard’ larang majlis memperingati Karpal di sekolah Posted: 23 Apr 2014 08:01 PM PDT Mereka memberikan contoh beberapa sekolah yang diguna untuk memberikan bantuan kepada murid dan orang ramai sedangkan pada masa sama menyebarkan agenda politik BN. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (gambar) menganggap tindakan Kementerian Pendidikan itu sebagai "tidak masuk akal." "Macam mana pula apabila BN gunakan dewan sekolah untuk program politik, terutamanya di kawasan pedalaman ketika pilihan raya?" kata Kok. Tindakan itu katanya bagaimanapun hanya akan menarik lebih ramai penyertaan terhadap majlis memperingati Karpal. Program anjuran DAP itu pada awalnya dijadualkan di Dewan SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew malam ini, namun permohonan DAP untuk menggunakan dewan itu ditolak awal pagi semalam oleh kementerian. Ketika sidang medianya, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, kementerian melarang perkara itu disebabkan ia berunsur politik. Lokasi program berkenaan bagaimanapun ditukar ke Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada jam 8 malam. Read More / Baca Lagi >> |
25 Mei untuk PRK Bukit Gelugor, penamaan calon pada 12 Mei Posted: 23 Apr 2014 07:57 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, seramai 82,431 pengundi akan menjalankan tanggungjawab mereka pada kali ini yang mencatatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. "Tarikh penamaan awal ditetapkan pada 21 Mei dan Dewan Sri Pinang, Georgetown akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang. |
Putrajaya swastakan Penang Port senyap-senyap Posted: 23 Apr 2014 05:58 PM PDT Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyelar tindakan Putrajaya yang menswastakan Penang Port secara senyap-senyap tanpa melalui tener terbuka yang melanggar tatakelola dan urus tadbir yang telus. Sim dalam kenyataannya turut mendedahkan, pemenang bidaan keatas Penang Port adalah kroni BN, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. "Kenapa tidak mengumumkan berita yang cukup penting ini? Kenapa Penang Port diswastakan secara senyap-senyap? "Adakah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu? Adakah kerajaan takut rakyat mengetahui satu lagi asset strategic nasional telah diswastakan? soal Sim. Sim memaklumkan pada 24 Mac 2014 meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang. Jawapan diterimanya memberitahu Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd berjaya membida cadangan penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn Bhd. Rundingan terma perjanjian dimuktamadkan dan perjanjian tambahan penswastaan perlabuhan Pulau Pinang ditandatangani pada 23 November 2013 antara kerajaan diwakili Kementerian pengangkutan dan suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan pihak syarikat. Tambah Sim, sekali lagi penswastaan ini melalui tender terhad (restricted tender) yang dimenangi kroni BN, Syed Mokhtar al-Bukhary. Read More / Baca Lagi >> |
Berapa banyak Rosmah nak perabih, kali ni duit budak Autisme pulak? Posted: 23 Apr 2014 05:53 PM PDT Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi hos jamuan malam sambutan peserta Seminar Antarabangsa mengenai Autisme 2014 (ISAM 2014) di Seri Perdana di Putrajaya semalam. Aku cukup tertarik dengan senarai kawan-kawan Rosmah yang terdiri dari kalangan Wanita Pertama dari negara Sri Langka. Kyrgyz, Albania, Morocco dan jugak anak PM Bangladesh. Memang 'tinggi' sungguh standard kawan-kawan Rosmah ni. Taktau la pulak kalau depa-depa ni dijemput khas pasai depa-depa ni memang significant dalam hal Autism tapi kalau macam tu tentu dalam laporan Bernama tu ada sebut. Ataupun mungkin jugak cuma depa-depa tu saja yang masih sanggup kawan dengan Rosmah bini Najib ni. Dalam bab penganjuran Seminar Antarabangsa mengenai Autisme 2014 dengan tema 'Autism Is Not A Tragedy, Ignorance Is' (Autisme Bukan Tragedi, Tetapi Kejahilan)' ni aku sangat-sangat sokong. Memang patut sangat kanak-kanak Autism mendapat layanan dan hak depa yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia. Ramai mak pak yang ada anak Autism yang bela anak depa dengan serba kepayahan tanpa bantuan sokongan terutama sekali yang tinggal diluar bandar-bandar besar dan terpaksa pulak pendam rasa bila ramai yang tengok anak depa dengan pandangan sinis malah tak kurang juga dengan pandangan menghina.Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 23 Apr 2014 05:39 PM PDT Putrajaya does not seem disturbed by the yearly revelations of corruption at atrocious levels. There is no denying that our nation is deeply engulfed in corruption, as we can easily infer from what the Auditor-General has been saying for years in his reports. Almost all the ministries and the departments under them stand guilty of abusing the national coffers. The question is, what has our government done to "remedy the evil" and "restore its lost principles"? If it has done anything significant enough to match the gravity of the situation, or is doing it, we have not heard about it. That says a lot about its claim of transparency. The AG's revelations of how monies have gone to the drains and garbage bins—sometimes literally—do not appear to have disturbed the powers in Putrajaya. Not a single minister in the cabinet has taken responsibility for the misconduct of those under his charge. With such a scenario before us, we will have to assume that the ministers, the directors-general and everyone else down the food chain have been given immunity so that the boat is not rocked to expose more filth. So, if the AG's reports serve no other purpose than to fill up the national archives, why bother with the annual audits at all? They cost money too. We might as well abandon the exercise altogether. Even as the Barisan Nasional government ignores its duty to root out corruption—which should not be too difficult since the root is planted in its own system—it is enthusiastically hammering down new taxes and withdrawing subsidies in the name of "rationalisation" while exhorting the public to spend money prudently. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: MAS bayar 96% tuntutan waris penumpang warga China di Hotel Lido Posted: 23 Apr 2014 05:37 PM PDT Malaysia Airlines (MAS) melunaskan 96% tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kata Naib Presiden Kanannya Jaffar Derus Ahmad. Beliau berkata dari 8 Mac hingga 21 April lepas, pihaknya menerima 124 tuntutan bayaran balik daripada 400 anggota keluarga penumpang warga China yang tinggal di Hotel Lido, Beijing. Beliau berkata daripada jumlah tuntutan itu, sebanyak 86% atau 106 tuntutan dibayar sepenuhnya kepada saudara mara penumpang. Bagaimanapun, katanya, terdapat tiga tuntutan diluluskan oleh ibu pejabat MAS tetapi ditolak oleh waris penumpang. Jaffar bagaimanapun enggan menjelaskan butiran tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China itu apabila ditanya oleh wartawan Malaysia selepas sesi taklimat itu. Semasa taklimat itu, salah seorang waris, Jiang Hui berkata mereka tidak akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semasa lawatannya ke Beijing kecuali beliau boleh menjawab soalan teknikal berhubung MH370. Read More / Baca Lagi >> |
Bahan terdampar di pantai Augusta bukan milik MH370, kata biro pengangkutan Australia Posted: 23 Apr 2014 05:36 PM PDT Bahan yang terdampar di pantai barat Australia minggu ini kelihatan bukannya daripada pesawat MH370 yang hilang tujuh minggu lalu, kata biro pengangkutan Australia hari ini. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengkaji bahan yang terdampar di pantai 10 km dari bandar Ausgusta itu. "Ia dikira hampir pasti bukan daripada MH370," kata jurucakapnya, Tony Simes. "Kita tidak nampak apa-apa petunjuk kepada pesawat Boeing yang kita cari daripada apa yang kita lihat," katanya kepada radio ABC. Selain mengkaji sendiri, ATSB juga memberikan gambar berkenaan kepada pasukan penyiasat Malaysia, agensi yang menyelia operasi mencari pesawat malang itu. Operasi mencari pada Rabu semalam dilakukan di kawasan kira-kira 855 km di barat laut Perth. Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar yakin beliau akan dipenjarakan lebih lama oleh Regim UMNO@BN..!! Posted: 23 Apr 2014 04:42 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan ekoran kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu bias terhadapnya. Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara. Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi. Menyifatkan penolakan itu sebagai penyalahgunaan proses kehakiman, Anwar berkata ia jelas satu lagi testimoni bahawa mahkamah dipergunakan pemimpin Umno untuk mengganggu beliau. "Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah)," katanya. "Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada. "Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," kata Anwar, yang berada di Kuching bagi berucap dalam himpunan Reformasi 2.0 malam tadi. Anwar juga menceritakan gangguan yang didakwa terpaksa beliau hadapi ketika rayuan didengar di Mahkamah Rayuan. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan perlu basmi kes buang bayi..!! Posted: 23 Apr 2014 04:39 PM PDT Menurut ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat, lebih 200 ribu kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di seluruh negara dan jika kerajaan tidak bertindak, kes pembuangan bayi akan terus meningkat lebih-lebih lagi di ibu kota. "Jika kerajaan tidak mahu tangani masalah ini, banyak kesan buruk dan implikasi yang akan dapat dilihat pada masa akan datang, impaknya kita boleh lihat kepada masyarakat dan bayi itu sendiri. "Antaranya ialah masalah psikologi yang akan dihadapi oleh bayi tersebut, apabila bayi tersebut meningkat dewasa, dia akan menghadapi tekanan di sekelilingnya," katanya dalam sidang Dewan Negara, hari ini. Menurutnya lagi, penekanan oleh kerajaan perlu diberi terhadap permasalahan ini supaya angka pembuangan bayi di seluruh negeri terutamanya di kawasan bandar dapat dikurangkan. "Jangan hanya fokus terhadap isu-isu semasa, isu yang melibatkan kemasyarakatan juga perlu diambil kira demi memelihara kesejahteraan rakyat," katanya lagi. |
Tanah mendap akibat projek MRT Posted: 23 Apr 2014 04:31 PM PDT KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd (MRT Corp) menutup Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Tun Razak berikutan kejadian tanah mendap sedalam empat meter di laluan pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang berdekatan bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Menara Worldwide di sini semalam. Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Strategiknya, Amir Mahmood Razak berkata, penutupan jalan itu bermula pada pukul 9 pagi semalam sehingga pukul 6 pagi hari ini bagi tujuan keselamatan dan pembaikan jalan yang terlibat "Mendapan tanah tersebut berlaku akibat pembinaan Projek Transit Massa (MRT) di bawah tanah. "Pihak MRT menutup serta merta laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter untuk meminimumkan risiko kemalangan kepada orang awam,"katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. |
Enam Permit Bas Syarikat Etika Express Digantung Ekoran Kemalangan 19 April Posted: 23 Apr 2014 04:28 PM PDT Siasatan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendedahkan bahawa Etika Express tidak melantik pegawai keselamatan dan gagal untuk memantau kelajuan bas dengan pengesan Sistem Kedudukan Global (GPS). "Penggantungan ini berkuat kuasa dari 25 April dan melibatkan enam permit bas ekspres yang beroperasi di laluan Kuala Lumpur- Kuantan," kata jurucakap dalam satu kenyataan. Bas tersebut, menurut SPAD telah membawa 28 penumpang pada masa itu. Tindakan ini adalah yang kedua diambil pada minggu ini, dengan 27 permit bas Konsortium Transnasional Berhad (KTB) berulang alik di laluan Kota Baru -Kuala Lumpur digantung selepas salah sebuah basnya terbabit kemalangan, membunuh tiga orang pada 12 April. |
Hudud: PKR, DAP tiada hak campur kata Mohd Amar....dah macam suara UMNO la pulak..!!! Posted: 23 Apr 2014 04:17 PM PDT KOTA BHARU - Pas akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada PKR dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini. Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan. Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang. "Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara. Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya. "Saya juga tidak faham mengapa DAP dan PKR mempertikaikan usaha kita untuk melaksanakan hukum hudud sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini, hari ini.Read More / Baca Lagi >> |
Hudud Brunei: PBB tak perlu campur tangan Posted: 23 Apr 2014 04:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat berpandangan bahawa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu campur tangan dalam perlaksanaan hukuman hudud di Brunei. Ketua Penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata PBB tidak wajar untuk prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama mereka. "Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar. "Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan 'human right' yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong," katanya. Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. Read More / Baca Lagi >> |
Detik terakhir saya bersama Pa: Ramkarpal Singh Posted: 23 Apr 2014 04:11 PM PDT "Ibu dan ayah (Gurmit dan Karpal) pergi ke Hospital Pantai kira-kira jam 8 malam pada hari Rabu (16 April) untuk melawat adik saya Gobind (Singh Deo) yang dimasukkan ke wad. Mereka meninggalkan pejabat ayah saya kira-kira jam 8 malam di Jalan Pudu Lama bersama Micheal Cornelius dan pemandu V Selva. Keempat-empat mereka pulang (di Bukit Ledang, Damansara) pada kira-kira jam 10 malam dan makan malam. Rancangan hujung minggu untuk berada di Pulau Pinang juga bertujuan untuk Pa berjumpa pengundi Bukit Gelugor dan menyediakan petisyen rayuan bagi kes liwat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebelum bertolak, Pa memberitahu Michael untuk membawa beliau ke taman. Kami berpindah ke rumah ini enam bulan lalu dan Pa sangat menyukai tamannya. Bersiar di sekitar taman bukanlah perkara luar biasa bagi Pa dan beliau sekali-sekala melakukannya. Kami kemudian bertolak kira-kira jam 11.30 malam. Pa duduk di hadapan sebelah pemandu (mereka menaiki Toyota Alphard). Michael duduk di belakang ayah. Saya duduk di sebelah Michael. Pembantu rumah duduk seorang diri di bahagian belakang. Kami keluar melalui tol Jalan Duta sekitar tengah malam dan lebih kurang 20 minit kemudian saya bercakap dengan Pa tentang beberapa kes, termasuk perkara yang beliau hadiri di Mahkamah Rayuan awal hari itu dan isu-isu politik yang dihadapi negara. Seperti biasa, beliau akan berjenaka. Perlahan-lahan perbualan kami beransur senyap. Saya masih terjaga dan cuba untuk bercakap dengan Pa tetapi dia hanya membalas dengan dengusan. Michael tidur nyenyak, dan begitu juga pembantu rumah. Read More / Baca Lagi >> |
Orang ramai dilarang sertai Himpunan Bantah GST 1 Mei kata Polis Posted: 23 Apr 2014 04:03 PM PDT Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan. Katanya beliau telah mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa penganjur, S. Arutchelvan, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pembantunya pada 16 April lepas bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi membolehkan polis membuat persiapan awal. "Saya menasihatkan mereka supaya mematuhi Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran pihak pengurusan lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Zainuddin berkata dua hari selepas pertemuan itu, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunnan kepada pihak polis tanpa surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Perhimpunan 1 Mei, Anak-Anak Muda Turun! Posted: 23 Apr 2014 03:55 PM PDT |
See the next best option in MH370 search Posted: 23 Apr 2014 03:53 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan