Kerabu Bersuara ® |
- Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR
- Solat hajat & bacaan yasin di kediaman Anwar esok
- Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor
- Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil
Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR Posted: 22 Apr 2014 10:58 PM PDT Apr 23 2014 / Fazallah Pit Oleh: AFIX REDZUAN PETALING JAYA, 23 APRIL: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penarikan diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrhim daripada bertanding jawatan Presiden adalah kekangan Akta Pertubuhan akibat keputusan perundangan yang dihadapinya. Beliau berkata tindakan halangan itu adalah perancangan jahat Umno yang berusaha mematikan karier politik Anwar. Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRKatanya, cadangan untuk mengangkat Anwar bagi menerajui parti itu sudah lama dibuat di peringkat atasan sebelum ini. "Ini jelas membuktikan kepada kita betapa jelasnya kejahatan Umno yang terus berusaha mematahkan semangat juang Anwar. "Saya ingin tegaskan di sini bahawa tindakan ini hanya akan terus membakar semangat juang anggota PKR untuk meneruskan agenda perubahan di Malaysia," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR, di sini. Anwar kini masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan selepas mahkamah memutuskan beliau bersalah dalam kes Fitnah II. Penarikan diri Anwar daripada bertanding jawatan Presiden menyaksikan beliay kekal sebagai Ketua Umum PKR. Mengulas mengenai pemilihan parti, Wan Azizah berharap supaya semua calon bertanding dan penyokong memelihara adab pertandingan serta berpandukan kepada peraturan yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014. |
Solat hajat & bacaan yasin di kediaman Anwar esok Posted: 22 Apr 2014 10:51 PM PDT KUALA LUMPUR 23 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai menghadiri ke majlis solat hajat dan bacaan yasin di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno BN terhadapnya. Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim. Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa. Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di mahkamah, Shafee Abdullah. Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar. Justeru anggota KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir ke majlis ini. |
Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor Posted: 22 Apr 2014 10:48 PM PDT Oleh: Hafizan Taib KUALA KUBU BHARU 22 APRIL : Rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan media dihalang memasuki kawasan Empangan Sungai Selangor di sini hari ini apabila tidak dibenarkan pengawal keselamatan di pintu masuk untuk ke kawasan itu. Dalam lawatan bermula kira-kira jam 11 pagi rombongan terdiri daripada Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mahu meninjau perkembangan di empangan itu. Berikutan itu berlaku sedikit kekecohan antara kumpulan Adun dan petugas di empangan dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash). Selepas perbincangan tidak membuahkan hasil, Kee Hiong dan rombongan mengambil keputusan untuk terus memasuki kawasan empangan. Pihak media diarahkan menunggu di luar sehingga lawatan itu selesai. |
Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil Posted: 22 Apr 2014 05:20 PM PDT Kisah Saidina Umar Mengutus Surat Kepada Sungai Nil Sungai Nil, sungai yang pernah menjadi saksi keajaiban dan kekuasaan Tuhan sehingga ke hari ini. Tenang airnya yang mengalir menyimpan pelbagai cerita yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Sungai Nil tidak pernah kering walau kemarau panjang menjelma. Menyingkap kembali sejarah, kisah ini pernah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu, Mesir telah jatuh ke tangan Islam sementara masyarakatnya masih banyak yang mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syarak. Khalifah Umar lantas melantik Amru bin 'Ash sebagai gabenor bagi menguruskan hal ehwal dan masalah di Mesir. Sehinggalah tiba satu bulan di mana tarikh 11 hb, sungai Nil semakin surut dan hampir mengering. Sekumpulan penduduk datang menemui Amru bin 'Ash. Lalu mereka bercerita, "Wahai Amirul Mukminin, Sungai Nil ini boleh jadi kering kecuali kami penuhi permintaannya." "Jika begitu, apakah permintaannya?," tanya Amru bin 'Ash. "Biasanya, sudah menjadi amalan kami setiap tahun, kami akan mencari seorang anak gadis yang cantik rupa parasnya. Setelah orang tuanya setuju dan redha, kami akan menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Selepas itu, kami akan melemparkan dia ke Sungai Nil sebagai korban. Selepas itu, barulah air Sungai Nil akan mengalir semula," jelas mereka. "Jangan, perbuatan itu dilarang oleh Islam. Kedatangan agama ini adalah bagi melenyapkan amalan buruk seperti ini. Bagaimana kalian tega mengorbankan nyawa gadis lain yang tidak bersalah apa-apa," sangkal Amru bin 'Ash yang terkejut. InsyaAllah bersambung... |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan