Tempayan Retak |
Felixia Yeap: Apa maksud "Saya Hanya Tunggu Hidayah"? Posted: 04 Apr 2014 11:01 AM PDT Semenjak model jelita 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah Playboy mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung miski pun dia bukan Islam dia menjadi liputan media, malah media sosial juga turut membuat ulasan. Hampir setiap pergerakan Felixia telah menjadi buruan media kerana penukaran imej ini masih kekal bukan bersifat sementara sahaja. Bila ditanya tentang memeluk Islam. Felixia menjawab dengan penuh ikhlas "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah" Kata-kata Felixia Yeap menunggu hidayah menjadi tanda tanya adakah dia menunggu seseorang untuk membimbingnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Setakat ini belum ada jawapan yang sahih. "Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya. Bagaimana hidayah akan sampai kepada Felixia, kita sama-sama tunggu dan lihat. Melainkan ada yang berusaha mencepatkannya! |
Memali: Antara 2 Tun, Ada seorang yang bercakap BOHONG! Posted: 04 Apr 2014 10:35 AM PDT Peristiwa tragedi Memali yang sudah hampir 30 tahun berlalu kita menjadi polimik semula setelah dibangkitkan oleh Profesor Agus dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program "HARD TALK" BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. Pada kesempatan ini Prof. Agus bertanyakan Tun Musa Hitam berkenaan peristiwa Memali. Tun Musa menjelaskan bahawa pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan Tun Musa Hitam bukannya Pemangku Perdana Menteri. Prof. Agus menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan "My God" yang mengejutkan hadirin. Ekoran daripada itu Tun Mahathir bila ditanya wartawan di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana mengatakan di tak ingat. Tun Mahathir mengambil jalan mudah menjawab soalan wartawan dengan berkata. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam). "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir. Manakala semasa pelancaran buku 'Malaysia Kaya, Rakyat Miskin' yang dikarang oleh Anas Alam Faizli di Kelab Sultan Sulaiman Bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah berkata salah seorang daripada Tun Musa Hitam ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad berkata benar mengenai isu tragedi Memali yang menggemparkan negara pertengahan tahun 80an dulu bila ditanya wartawan. "Saya hanya mengetahui insiden ini apabila dilaporkan dalam akhbar," kata beliau. Kesimpulannya salah seorang daripada Tun MESTI BERCAKAP BOHONG!! Siapa agaknya pilihan anda?? |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan