[GAWAT] MH370 Sengaja Dihilangkan Helah Untuk Kuasa Besar Kuasai Asia? Posted: 05 Apr 2014 01:20 AM PDT Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370? SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.
"Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
"Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
"Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa," katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. -SH
MH370; Najib kami tahu kamu terhimpit, bercakap benarlah dengan rakyat Kenyataan Umum 4 April 2014
MH370; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.
Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.
Pasport palsu
sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .
Kapal Selam tidak berkemampuan
Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.
Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.
sistem radar lemah
sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.
Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.
Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing
dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.
Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.
Apa sebenarnya berlaku ?
Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.
telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ?
Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?
Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.
Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.
Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?
Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".
Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.
Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.
Sekian
che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia
Hagel: Malaysia Jet Search Shows Need for US in Asia U.S. Defense Secretary Chuck Hagel said the missing Malaysian jetliner will be a focus of this week's talks with Southeast Asian defense ministers in Hawaii.
Speaking Wednesday aboard a plane on his way to the summit, Hagel stopped short of criticizing Malaysia's handling of the incident, but said there are "always lessons to be learned."
"We're going to go back, the Malaysians will go back, all the ASEAN nations will go back and walk through this. What could have been done? Maybe what should have been done? Maybe what needs to be done better?" said Hagel.
The Boeing 777 mysteriously disappeared March 8 with 239 people on board. More than two dozen countries have participated in the search for the plane's wreckage in the Indian Ocean.
Geopolitics have complicated the search, with many analysts saying the the effort has exposed rivalries between Asian powers competing for military influence.
Hagel said the disaster highlights the importance of expanded regional defense cooperation and greater U.S. military involvement in Asia.
"I want those defense ministers after they leave Hawaii to feel even more clarity about U.S. commitment to the area, our coordination, our communication, the areas we can cooperate more and more and more and certainly humanitarian assistance, disaster relief is one [area]," said Hagel.
The U.S.-ASEAN Defense Forum is an informal meeting of defense chiefs from the 10 countries that make up the Association of Southeast Asian Nations. Following the summit, Hagel will visit Japan, China and Mongolia.
Hagel, who is making his fourth trip to Asia since becoming Pentagon chief, is tasked with helping carry out the Obama administration's economic and military "pivot" toward the Asia-Pacific.
In an opinion piece Wednesday on the Defense One website, Hagel said Washington remains committed to realizing the Asia rebalance. He promised the U.S. will continue to defend its allies and uphold international laws. -VOANews
|
[PANAS] KLIA No 2 Terbaik Di Dunia? Kebenarannya Diragui! Posted: 04 Apr 2014 07:18 PM PDT Media kerajaan salah lapor KLIA airport kedua terbaik dunia anugerah Skytrax? Hampir kesemuanya melaporkannya dari Bernama ke Astroawani dan Mstar dan New Straits Times. Apakah mereka salah lapor klik sini lihat. Fakta sebenar dari media dunia ialah Changi ditempat pertama dan Incheon airport Korea ditempat kedua bercanggah dengan laporan media Malaysia rujuk sini IBTimes
Klik sini baca laporan rasmi World Airport Awards
Skytrax - THE WORLD'S BEST AIRPORTS IN 2014
1. Singapore Changi Airport 2. Incheon International Airport 3. Munich Airport 4. Hong Kong International Airport 5. Amsterdam Schiphol Airport 6. Tokyo International Airport (Haneda) 7. Beijing Capital International Airport 8. Zurich Airport 9. Vancouver International Airport 10. London Heathrow Airport
Sydney Morning Herald with AFP
THE WORLD'S BEST AIRPORT VIP TERMINALS 2014
Sanya Phoenix International Airport in Hainan, China has the World's Best Airport VIP Terminal announced at the 2014 World Airport Awards held at Passenger Terminal EXPO in Barcelona, Spain
1 Sanya Phoenix Int'l Airport SYX Sanya China 2 Munich Airport MUC Munich Germany 3 Haikou Meilan Int'l Airport HAK Haikou China 4 Dubai International Airport DXB Dubai UAE 5 Abu Dhabi International Airport AUH Abu Dhabi UAE 6 Beijing Capital Int'l Airport PEK Beijing China 7 Guangzhou Baiyun Int'l Airport CAN Guangzhou China 8 Chengdu Shuangliu Int'l Airport CTU Chengdu China 9 Changsha Huanghua Int'l Airport CSX Changsha China 10 Chongqing Jiangbei Int'l Airport CKG Chongqing China © 2014 Copyright. Any use of results and data must show clear accreditation to SKYTRAX
sumber: malaysiandigest
KLIA dipilih lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014 Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut.
"KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan klia2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.
"Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan klia2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami," katanya.
Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.
Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan. - Bernama
ULASAN GB
Bukan AIRPORT TERBAIK DUNIA 2014. Tetapi terbaik hanya di kategori melayan 40-50 juta penumpang.
MAHB sengaja mengelirukan tanpa menyebut kategorinya? |
Papagomo Meroyan, Kini Ada Pilihan Untuknya, Ke Penjara Atau Ke Hospital Bahagia Posted: 04 Apr 2014 05:13 PM PDT Perang Twitter Papagomo dan Latheefa KoyaPETALING JAYA: Blogger kontroversi Papagomo dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya kini 'bercakaran' di Twitter sejak awal petang ini. Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan 'perang' Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan. "Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan," kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.
Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.
"knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan." tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.
Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.
"@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain," dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis "haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain."
Papagomo kemudiannya dilihat 'menyerang' Latheefa dengan menyoal "Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?," soalnya.
Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.
Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan 'serangannya' kepada Anwar pula.
"Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim," tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar.
Terdahulu, Rafizi mendakwa Papagomo ataupun Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan mahkamah apabila menafikan dia pernah menaiki kapal selam Scorpene.
Menurut Rafizi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dalam jawapan kepada soalan lisannya di parlimen mengesahkan Wan Muhammad Azri pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.
"Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rafizi, Papagomo telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun.
Ekoran itu, Rafizi dan Naib Presiden PKR N Surendran akan membuat satu laporan polis terhadap Papagomo pada Selasa hadapan. -FMT
ULASAN GB
Papagomo meroyan, dah jadi seperti orang gila apabila dikantoikan oleh Menteri Pertahanan bahawa beliau adalah Wan Muhammad Azri yang berada di kapal selam Scorpene.
Ini menyebabkan Papagomo bakal menghadapi saman kerana berbohong di mahkamah apabila beliau pernah menafikan bahawa beliau pernah menaiki kapalselam Scorpene.
Kesalahan itu menyebabkan papagomo berhadapan hukuman penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahan.
Itu sebab Papagomo menjadi semakin gila sekarang apa tah lagi sebelum ini Mahkamah Rayuan memerintahkan papagomo membayar RM300,000 kepada seorang ahli perniagaan. Di dalam satu kes berasingan pada bulan Februari lalu Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau membayar RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar.
Selepas kena saman, kena pula ancaman hukuman penjara dan kini meracau tak tentu hala menyerang Rafizi dan latheefa Koya.
Hanya ada satu jalan untuk Papagomo melepaskan diri hukuman penjara, iaitu mengisytiharkan dirinya "gila". "Orang gila" tidak terkena hukuman, tetapi Papagomo perlu dimasukkan ke Hospital Bahagia dan berdiam di sana...
Demikianlah ending Papagomo yang selama ini dipuji dan dipuja oleh pemimpin-pemimpin, macai-macai dan ahli-ahli UMNO terhadap kerja-kerja fitnahnya.
Dan itulah selayaknya hukuman yang diterima olehnya di dunia, di "akhirat", ada ceritanya namun itu urusan Allah s.w.t. jua.
|
[KES CULIK] Bekas KM Sabah Tawar RM500 Sesiapa Dapat Tampar Zahid Hamidi Posted: 04 Apr 2014 07:38 AM PDT Pencabulan keselamatan : Yong menawarkan RM500 untuk tampar ZahidKOTA KINABALU : Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee menawarkan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi semasa dia datang melawat Sabah sekali lagi kerana telah secara serius (kementeriannya) gagal menjaga keselamatan pantai timur Sabah. Tahun lepas Yong juga telah menawarkan RM500 kepada sesiapa sahaja yang dapat menampar Zahid kerana Zahid mendakwa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang dalam serangan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu. Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan telah membuat tuduhan-tuduhan ini pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka. Beliau berkata beliau akan mendedahkan nama-nama tersebut selepas pilihan raya umum tetapi Zahid lansung tidak berbuat demikian.
Sambil menyifatkan politik Zahid sebagai sakit, Yong berkata semalam : "Saya kini menawarkan RM500 lagi untuk tamparan ke atas Menteri Dalam Negeri itu. Kali ini kerana pencabulan terhadap keselamatan (semalam )".
Yong melahirkan kekecewaan beliau terhadap penculikan terkini seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja Filipina oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata.
Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam pada malam Rabu. Wanita itu sedang bercakap di telefon bimbitnya di serambi Singahmata Reef Resort di Semporna tidak jauh dari pulau Bum-Bum yang dihuni kebanyakaannya oleh kaum Bajau dan Sulus.
Yong berkata: "Saya juga hari ini menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana Ahli Parlimen BN yang sanggup membawa usul ke parlimen bagi memotong gaji Menteri Dalam Negeri (Ahmad Zahid Hamidi) , Menteri Pertahanan (Hishamuddin Hussein) dan Ahli Parlimen Semporna (Shafe Apdal) untuk menunjukkan kemarahan rakyat Sabah terhadap kegagalan yang berulang-ulang pihak kerajaan persekutuan di dalam memenuhi tangungjawab perlembagaan bagi melindungi Sabah dan rakyatnya."
Beliau mengingatkan bahawa keselamatan merupakan satu janji yang dibuat kepada Sabah untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. Yong juga meramalkan bahawa beberapa pegawai persekutuan akan sekali lagi memberi alasan pantai yang panjang, kekurangan sumber dan kekurangan kerjasama daripada rakyat.
"Seperti yang saya telah berkali-kali beritahu, satu-satunya kekurangan adalah tiadanya pegawai tertinggi yang dipertanggungjawabkan apabila berlaku satu-satu kesalahan. Perkara yang paing baik untuk dilakukan sekarang terhadap pegawai tertinggi Polis dan Tentera di Sabah, termasuk pengarah Esscom, adalah meminta (mereka) dipindahkan keluar dari Sabah," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa selepas pencabulan keselamatan terakhir di Pom Pom November lalu, polis telah mengumumkan bahawa dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan-penculikan ditangkap.
"Tetapi selepas itu lansung tiada apa lagi yang didengari mengenai kedua-dua lelaki sejak itu. Pencabulan peraturan keselamatan mendatang kerugian yang sukar diperbaiki terhadap ekonomi Sabah disamping merosakkan imej Sabah yang akan mengambil masa lama untuk pulih semula," kata Yong. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB
Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500 Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan. Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru. Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar. "Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya," katanya. Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya. "Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star. -mk
Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.
Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.
Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.
Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah dari Filipina.
Pagi hari ini, akhbar tersebut melaporkan semua 61 tetamu, 59 daripadanya warga Cina, memutuskan untuk keluar dari pusat peranginan tersebut.
Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai jaket kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Dilaporkan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 11 malam, selepas wanita itu dilarikan dengan bot.
Seorang wartawan dari West China Metropolis Daily yang bercuti di Semporna, merupakan orang pertama yang memecahkan berita tersebut, yang kemudiannya tersebar luas selepas dipetik oleh akhbar-akhbar Ckina yang lain.
Sebuah gambar nota beliau juga telah dimuat-naik.
Menurut wartawan tersebut, pelancong berkenaan mendakwa kumpulan lelaki bersenjata itu turut melepaskan beberapa das tembakan.
Agensi berita rasmi Xinhua berkata pegawai kedutaan China di Malaysia telah menemui Pesuruhjaya Polis Sabah dan menteri pelancongan negeri itu, dan menggesa mereka mengesahkannya dan menyiasat kejadian itu dengan segera.
Para pegawai kedutaan itu dalam perjalanan ke pulau peranginan itu yang terletak di sebelah tenggara Sabah, tambah Xinhua.
EssCom sahkan kejadian itu
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka ke Semporna berhubung perkara itu dan mengadakan sidang akhbar di Kota Kinabalu pada pukul 4 petang ini.
Seorang pekerja di Singamata Reef Resort, yang dihubungi Reuters, mengesahkan penculikan itu berlaku, tetapi enggan bercakap lanjut.
Wartawan yang berpejabat di Kota Kinabalu mendakwa bahawa polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, laporan Bernama menyatakan EssCom telah mengesahkan kejadian itu.
Ketua Pengarah (Kawasan Keselamatan Khas) Pantai Timur Sabah EssCom, Datuk Mohammad Mentek berkata penculikan itu berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan untuk memberikan laporan penuh.
Insiden terbaru datang itu berlaku ketika ketegangan tercetus di China berhubung pengendalian Malaysia terhadap krisis kehilangan MH370.
Kerajaan telah membelanjatakan berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah ekoran serangan berdarah oleh puak Sulu di Lahad Datu awal tahun lepas.
Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna.
Dia kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di selatan pulau Sulu. -mk
ULASAN GB
Maka berjalanlah hukum kebenaran dan ekadilan.... menteri yang celupar mulutnya itu dah nak kena tempeleng... apabila dia melawat Sabah nanti.
Kedua, macam kebetulan pula, beliau ialah Naib Presiden UMNO manakala tawaran yang sama juga diberikan kepada dua orang lagi yang juga Naib Presiden UMNO iaitu Hishamuddin dan Shapie Apdal....
Ketiga, berjuta wang rakyat dibelanjakan untuk EssCom demi mengawal keselamatan Pantai Timur Sabah namun sia-sia, kes penculikan masih berlaku juga! Something wrong somewhere(?) Apa taknya bekas KM Sabah itu mengamuk...
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan