Tempayan Retak |
Rozi Mamat Ganti Ahmad Said MB Terengganu?? Posted: 19 Apr 2014 09:38 PM PDT Mengikut sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi. Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baru yang tidak dipasti apa 'post'nya. Menurut sumber itu lagi yang akan mengganti Ahmad Said ialah YB Rozi Mamat Adun Telemung yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri. Pertukaran ini adalah berpunca daripada laporan "geng Idris Jusoh" yang menyebut Ahmad Said telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat. Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini. Malah dikatakan Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO malah kadang kala dikatakan seolah memperli pula dalam tindakannya. Loporan itu juga menyebut Ahmad Said membantu poembangkang untuk menjadi lebih kuat. Mengikut sumber itu sepatutnya Ahmad said telah ditukar sebelum PRU-13 tapi oleh kerana kedudukan Terengganu agak tidak stabil dengan kekuatan PAS agak kemuncak maka usaha pertukaran ini terbantut. Yang paling melucukan bagaimana nama Rozi Mamat boleh dijadi sandaran kepada Ahmad Said. Ahmad Said ini kita dah lihat 'bengong'. Rozi Mamat rasanya lagi "BENGONG" dan kebudakan. Baru ini bulan Mac 2014 dia ini telah mengarahkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk menukar semula kenaikan pangkat seorang pegawai yang ditukarkan daripada Hulu Terengganu ke JPNT. Pertukaran ini adalah kerana pegawai berkenaan adalah adik kepada Zakara Dagang calon PAS semasa PRU-13. Pengarah Pendidikan Terengganu pun jadi bodoh sama kerana mengikut arahan melalui telefon ini. Rozi ini suka 'berbalah'. Semenjak 2010 dulu lagi pertelagahan antara dia bersama ketua bahagian dengan puak ahli parlimen, Adun K.Berang dan Adun Ajil pada masa itu melarat sampai sekarang. Rozi Mamat ini juga suka 'tuang' mesyaurat pembangunan daerah. Kalau dia datang pun orang lain tak datang sehingga pentadbiran daerah menjadi kelam kabut. Ada orang sebut Pejabat Dun Kuala Berang macam anjing dan kucing kerana sikap Rozi yang kebudakan suka berdendam. Rozi hanya dilihat sedikit berjaya dalam sukan, itu pun masih dalam tahap yang boleh dipertikaikan. Adakah nasib Terengganu akan menjadi semakin TERUK selepas ini sama-sama kita saksikan Najib memlilih "kangkung"nya untuk tadbir Terengganu!! |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan