Ahad, 20 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Puaka punca nahas Karpal kata Raja Bomoh (Video Inside)

Posted: 20 Apr 2014 07:58 AM PDT


Selepas mengejutkan masyarakat dengan ritual yang dilakukan bagi meramal lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Mac lalu, Raja bomoh kini mendakwa gangguan puaka menjadi punca nahas mendiang Karpal Singh, lapor portal Suara TV.

Raja bomoh, atau nama sebenarnya Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 dikatakan melakukan ritual menghalau puaka di sekitar kawasan nahas ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Beliau berharap dengan ritual yang dilakukan ‎itu, dapat membantu pengguna lebuhraya melalui kawasan itu yang diganggu puaka. ‎

"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," katanya memetik daripada portal tersebut. Khamis lalu, Karpal maut dalam kemalangan di KM3061.1 Lebuhraya Utara‎ Selatan (Plus) arah utara berhampiran Gua Tempurung.

Turut maut dalam kemalangan itu ialah pembantunya Micheal Cornelius Selvam Vellu, manakala anak mendiang, Ram Karpal dan pemandu kereta terselamat dan pembantu rumah mereka dilaporkan masih lagi dalam kritikal.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Alphard dinaiki mendiang, ‎bersama lima yang lain merempuh belakang lori yang membawa simen, besi, jubin di lorong kiri laluan dua lorong.

Terdahulu, gambar raja bomoh yang dilihat berjalan di sekitar kawasan nahas sambil memegang objek berupa mangkuk dipercayai sedang melakukan ritual menghalau gangguan puaka yang kini tersebar meluas di laman sosial.

Bomoh itu yang mendakwa terkenal di kalangan golongan kenamaan, berkata laluan Gua Tempurung itu sememangnya menjadi tempat bagi mahkluk halus mengganggu pemandu kenderaan, terutamanya waktu malam ~ The Malaysian Insider

Ahli Parlimen BN mohon maaf kerana persenda kematian Karpal..

Posted: 20 Apr 2014 06:02 AM PDT


Akhirnya, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaku bersalah dan kesal kerana telah menghina mendiang Karpal Singh dalam laman Facebook miliknya dan memohon maaf kepada keluarga mendiang.

Nawawi memohon maaf secara terbuka di akaun Facebooknya berikutan kenyataannya sebelum ini yang seolah-olah mempersendakan kematian mendiang Karpal Singh.

"Saya ingin merakamkan rasa kesal yang teramat sangat ke atas apa yang berlaku dua hari lepas iaitu berkenaan status di Facebook peribadi saya mengenai mendiang YB Karpal Singh.

"Sesungguhnya kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa saya menyesal dan memohon maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh serta orang ramai yang telah tersinggung dengan status tersebut" katanya di dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Nawawi telah menyebabkan kemarahan orang ramai dengan status yang tidak sesuai mengenai kemalangan yang meragut nyawa pemimpin pembangkang veteran DAP itu dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius.

Dalam status itu, Nawawi telah memuatnaik beberapa gambar dari kemalangan tersebut bersama kata-kata yang pernah diucapkan mendiang iaitu 'langkah mayatku dulu'.

Status tersebut telah mencetuskan kontroversi dan ada yang mendesak agar Nawawi segera memohon maaf.

Pada Khamis lepas, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.10 pagi ~ MalaysiaGazette

Tiada ulasan: