RAKYAT MARHAEN |
- MH370: Waris penumpang ada 2 tahun untuk fail saman
- Kos mencari MH370 termahal dalam sejarah
- Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370
- DAP: Kalau PR pecah, BN jadi k'jaan selama-lamanya
- Opposition leader: Malaysian government knows more
- Timeline: Flight 370 twists and turns
- Perginya Seorang Pejuang Rakyat: Blogger Zorro Unmasked Meninggal Dunia
- MORE THAN HALF A TRILLION RINGGIT: About time for M'sians to claim back from the Umno elite
- "Mohon Maaf": TG Nik Aziz kesal niat disalah tafsir
- Selepas hampir 30 tahun, keluarga Memali masih mencari jawapan, mahu penyelesaian
- MH370: Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat
- MH370: ‘Meraba dalam kegelapan’
- Misi cari MH370 kini di bawah air
- Misi Kesan MH370 Masuki Fasa Pencarian Dalam Air
- Empat minggu selepas hilang, keluarga ikrar tidak lupakan penumpang MH370
- Thousands gather for anti-government rally in Bahrain
- Malaysian police accused of torture
- 2 Ships Hunt for Black Boxes From Missing Jet
- Ayohnye weiiihhh!!!!!! - Ustaz Azhar Idrus
- Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?
- MH370 ; Najib kami tahu kamu terhimpit , bercakap benarlah dengan rakyat
- Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor - Mat Sabu
- Umno buat surau, menari pun buat juga - Mat Taib
- Nak Ikut Atau Tunggu Bila Sampai Imam Tahiyyat Awal? - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Pakai Seluar Yankee/Legging - Ustaz Azhar Idrus
MH370: Waris penumpang ada 2 tahun untuk fail saman Posted: 04 Apr 2014 08:04 PM PDT Beberapa waris penumpang MH370 boleh layak menuntut berjuta-juta dolar sebagai pampasan bagi kehilangan orang yang tersayang, manakala yang lainnya mungkin tidak dapat apa-apa, kata peguam penerbangan. Jumlah pampasan yang boleh diberikan kepada setiap keluarga akan berbeza-beza, bergantung kepada bidangkuasa yang mereka pilih untuk mengambil tindakan undang-undang, dan beberapa pilihan yang terdapat di bawah Konvensyen Montreal, kata peguam penerbangan Australia, Joseph Wheeler. Pihak keluarga boleh memilih untuk memfailkan tindakan undang-undang mereka berkaitan kemalangan MH370 di Malaysia, sebagai negara syarikat penerbangan tersebut dan menjadi tempat utama perniagaannya; di China, sebagai destinasi penerbangan; atau di negara tempat tinggal tetap penumpang, tanpa mengira kewarganegaraan mereka. Jumlahnya boleh menjadi setinggi mana kerugian yang dibuktikan oleh setiap keluarga, kata Wheeler (kiri). "Jika mereka memfailkan tuntutan mereka di mahkamah Malaysia, dan mereka berjaya membuktikan tahap kehilangan sokongan dari orang yang tersayang kepada keluarga mereka, maka apa sahaja ianya, boleh dituntut. "Berapa banyak pendapatan mereka, berapa banyak pendapatan yang mungkin mereka dapat pada masa depan, dan berapa banyak ahli keluarga mereka bergantung kepada sokongan daripada penumpang, semuanya dipertimbangkan," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis. Read More / Baca Lagi >> | |
Kos mencari MH370 termahal dalam sejarah Posted: 04 Apr 2014 07:54 PM PDT Selepas empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor media. Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98). Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi. Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370. Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka. Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara. | |
Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370 Posted: 04 Apr 2014 07:30 PM PDT Selepas hampir sebulan berlalu, dengan maklumat yang tidak banyak, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk mengisi kekosongan maklumat itu dalam usaha untuk menjelaskan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Malah terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori tersebut. "Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?" soal beberapa pengguna Twitter. Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi. Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas - sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas - dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan. Malaysiakini telah memantau Twitter berkenaan MH370 sejak tiga minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain. Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam. Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam. Read More / Baca Lagi >> | |
DAP: Kalau PR pecah, BN jadi k'jaan selama-lamanya Posted: 04 Apr 2014 07:28 PM PDT MUAR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, kesepakatan PAS, PKR dan DAP adalah senjata paling ampuh untuk menumbangkan kerajaan BN. Berucap sempena malam perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini malam tadi, beliau menegaskan perlunya ketiga-tiga parti ini menjaga keakraban ini jika mahu perubahan politik berlaku di negara ini. "Kita kena sedaya upaya jaga keakraban ini. Kalau DAP, PAS dan PKR tidak duduk bersama, BN akan jadi kerajaan selama-lamanya. "Kita kena minta bukan Melayu untuk undi PAS, dan orang Melayu pula boleh undi DAP. "Kalau ini terus berlaku, maka percayalah, BN akan hancur," kata beliau. Ahli Parlimen Kluang itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu membuktikan betapa gabungan ketiga-tiga parti berjaya menarik sokongan rakyat terbanyak apabila menang undi popular 52 peratus. Read More / Baca Lagi >> | |
Opposition leader: Malaysian government knows more Posted: 04 Apr 2014 06:45 PM PDT | |
Timeline: Flight 370 twists and turns Posted: 04 Apr 2014 06:44 PM PDT | |
Perginya Seorang Pejuang Rakyat: Blogger Zorro Unmasked Meninggal Dunia Posted: 04 Apr 2014 06:39 PM PDT PETALING JAYA – Seorang penulis blog politik yang terkenal, Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai 'Zorro Unmasked' meninggal dunia pada Jumaat kerana sakit. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun. Anak perempuan beliau, Patrina, menulis di akaun Facebook miliknya bahawa ayahnya "meninggalkan keluarganya pada pagi Jumaat". "Ayah saya Bernard Khoo sedang terbang ke syurga. Beliau meninggalkan kami pagi ini, paling aman dengan ibu saya mendoakan di telinganya dan kini kesakitan yang dialaminya berakhir," katanya. Khood, yang merupakan bekas guru hidup bersama isterinya, Karen Khoo, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Menurut Patrina, upacara penjagaan mayat itu akan diadakan di Gereja St Ignatius, Petaling Jaya pada Sabtu dan Ahad, diikuti dengan pengebumian pada pagi Isnin. | |
MORE THAN HALF A TRILLION RINGGIT: About time for M'sians to claim back from the Umno elite Posted: 04 Apr 2014 06:23 PM PDT Tengku Razaleigh Hamzah is reported to have disclosed that more than half a TRILLION ringgit from Petronas has gone to questionable government expenditure which "could have been used more productively to fund a national pension programme like that of Sweden." Speaking at the launching of Anas Alan Faizli's book "Rich Malaysia, Poor Malaysians" in Kuala Lumpur, the through-bred royal lineage leader and staunch UMNO member explained with grave concern how the nation's oil company Petronas is today, as a result, forced to 'look for other sources of income in investment opportunities'. If an opposition member revealed such concerns, we can safely say that there is a hidden political agenda and if we still subscribe to his or her ranting we can be accused of being 'penghianat negara'. But if we cannot believe a senior and staunch UMNO member who else can we believe? Ask and the truth is revealed Tengku Razaleigh exposed that the government has been using the wealth of this young nation accumulated by Petronas to 'bail out government-linked companies out of muddy financial crises since 1985'. In the wake of this shocking admission, we need to pause, ask and take inventory of several crucial and time-defining questions: Malaysians, how many of you had cupped your head in your palms, prayed in silence out of hope in darkness or ran helter-skelter to find the money to ensure your children could get into a college of choice to pursue an education of passion? How many of you have to endure nightmares come end of each month as you tried all kinds of financial gymnastics to make ends meet for your family? How many of you are forced to take on an extra job or pressed by the increasing financial constrains to seek the goodwill of your spouse to leave home in search of that extra income to tide over the times? How many of you are living on borrowed cash – be it credit card spending or relief from Ah Longs, mortgages and aid from friendly sources? | |
"Mohon Maaf": TG Nik Aziz kesal niat disalah tafsir Posted: 04 Apr 2014 06:19 PM PDT KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. "Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir. "Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan," katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam. Walaupun kesihatan masih belum mengizinkan, namun Nik Abdul Aziz tetap turun padang bertemu rakyat dan pengikut setia yang tidak jemu ke Medan Ilmu untuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan mahupun pendakwah dari Kelantan sendiri. Minggu lalu, bekas menteri besar itu bergenang air mata ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka sambil memohon maaf sepanjang memimpin Kelantan selama ini. | |
Selepas hampir 30 tahun, keluarga Memali masih mencari jawapan, mahu penyelesaian Posted: 04 Apr 2014 06:16 PM PDT Selepas hampir 30 tahun, mereka yang terselamat daripada tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat pegawai polis mahukan keadilan bagi mereka yang kehilangan nyawa dan kebenaran mengenai mengapa ianya berlaku dan siapa yang bertanggungjawab. Harapan ini berpunca daripada pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam minggu lepas mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika insiden itu berlaku, bercanggah dengan laporan media dahulu yang mengatakan beliau berada di China. Pendedahan ini juga menyebabkan ahli Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat tragedi berdarah itu. Bagi Saleha Husin, 61, yang kehilangan suaminya, Ibrahim Mahmud ketika insiden Memali berlaku pada November 1985 di perkampungan terpencil di Baling, Kedah, penyiasatan akan membantu menjawab persoalan daripada ahli keluarga mangsa yang terkorban. "Sudah hampir tiga dekad. Saya tidak tahu hendak kata apa ... tetapi sudah pasti saya mahu penamatan bagi perbahasan ini," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual telefon. Ibrahim, yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, adalah guru agama yang "berpengaruh" dan pemimpin politik yang mengendalikan sekolah di kediamannya di Kampung Charuk Putih. Dituduh menyebarkan ajaran sesat, Ibrahim dijadikan sasaran serbuan polis di kampung berkenaan pada pagi 19 November. Dia ditembak bersama mereka yang menghadiri kelasnya pagi itu. Saleha berkata Ibrahim berdiri di hadapannya ketika ditembak. "Ketika dia ditembak, saya berlari ke arahnya. Penduduk kampung pegang dan letakkan dia di pangkuan saya. "Banyak darah pada masa itu ... macam air paip. Kemudian polis arahkan saya bangun dan menyerah. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370: Keluarga rayu pihak berkuasa terus kesan pesawat Posted: 04 Apr 2014 04:41 PM PDT ALOR SETAR - Kebanyakan keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 merayu pihak berkuasa terus berusaha keras mencari pesawat itu biarpun berdepan tempoh kritikal kerana jangka hayat bateri kotak hitam berakhir esok. Tan Tuan Lay, 53, ibu kepada salah seorang penumpang pesawat itu, Chew Kar Mooi, 31, berkata, dia sedar usaha mencari MH370 di Lautan Hindi ternyata sukar, namun, keluarganya berharap semua penumpang serta kru dapat ditemui semula. Ceritanya, ingatan dan rasa kerinduan terhadap anak kedua daripada empat beradik tersebut semakin menebal setiap kali menatap gambar Kar Mooi. "Satu-satunya harapan saya mahu Mooi ditemui semula dan saya yakin semua keluarga penumpang dan kru pesawat terbabit berkongsi harapan yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. | |
MH370: ‘Meraba dalam kegelapan’ Posted: 04 Apr 2014 04:40 PM PDT PERTH: Ibarat meraba dalam kegelapan, fasa baru operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di bawah permukaan Lautan Hindi oleh dua kapal tentera laut Australia dan British bermula pagi tadi tidak menjanjikan sebarang penemuan namun ia tetap dijalankan kerana pasukan pencari menyifatkan usaha itu bukanlah kerja sia-sia. Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Australia Peter Leavy mengakui tidak menaruh harapan tinggi dapat mengesan kotak hitam memandangkan sehingga kini belum ditemui sebarang serpihan pesawat bagi menentukan kawasan pencarian sewajarnya. Leavy berkata, dua kapal pertahanan tentera laut Australia Ocean Shield dan HMS Echo milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu. ALAT pengesan kotak hitam milik Tentera Laut Amerika Syarikat atau 'Towed Pinger Locator' (TPL). Ocean Shield dipasang dengan alat pengesan kotak hitam milik Tentera Laut Amerika Syarikat atau 'Towed Pinger Locator' (TPL) sebelum diseret di bawah permukaan laut untuk mengesan isyarat kotak hitam. Read More / Baca Lagi >> | |
Misi cari MH370 kini di bawah air Posted: 04 Apr 2014 04:39 PM PDT Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pada masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan. Beliau berkata, kapal Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia dan HMS Echo milik Tentera Laut Diraja British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer (km) di selatan Lautan Hindi. Read More / Baca Lagi >> | |
Misi Kesan MH370 Masuki Fasa Pencarian Dalam Air Posted: 04 Apr 2014 04:37 PM PDT Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata, dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan. Beliau berkata, kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia dan HMS Echo milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer di selatan Lautan Hindi. "Menggunakan 'Towed Pinger Locator' (TPL) dari tentera laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240 km," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat. Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut. Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, berkata usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter. Dalam usaha ini, kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya. | |
Empat minggu selepas hilang, keluarga ikrar tidak lupakan penumpang MH370 Posted: 04 Apr 2014 04:22 PM PDT Berlatarkan taklimat media harian dibatalkan dan minat semakin berkurangan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat hilang MH370, sekumpulan 20 ahli keluarga ingin memastikan penumpang pesawat Malaysia Airlines itu tidak akan dilupakan. Ahli keluarga 20 pakar teknikal daripada pengeluar barangan elektronik Freescale, yang merupakan diantara 227 penumpang dan 12 anak kapal Boeing 777-200ER turut membantu sesama sendiri. Lokman Mustafa, 40, yang mana adiknya Suhaili, pengurus Freescale, turut bersama dalam MH370, mengatakan ahli keluarganya sudah bertemu lebih kerap untuk membina kekuatan bagi penantian panjang ini. Mereka setakat ini sudah bertemu tiga kali untuk membincangkan isu ini dan memberi sokongan sesama sendiri. "Tidak lama lagi isu ini akan menjadi sejuk, keluarga penumpang akan tetap berada di sini menanti dan berharap. Kita perlu menjadi lebih kuat. Kita akan berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan sejauh yang kita mampu. Inilah tanggungjawab kita," kata Lokman yang juga wartawan portal berita. "Harapan masih lagi ada," tambah beliau. "Pada masa ini kami masih belum mendapat apa-apa. Pada awalnya semangat saya hilang, tetapi kini saya berazam untuk meneruskan pencarian kebenaran. Ini tanggungjawab saya sebagai abang dia. "Berharap? Ya, kami memang masih berharap. Kami akan terus berharap sehingga terdapat bukti kukuh (pesawat terhempas)," katanya. Lokman berkata ibu dan kakaknya masih belum bersedih kerana emosi mereka dibekukan oleh keadaan. "Pada ketika ini, apa yang boleh kita katakan adalah mereka merindui. Walaupun saya serahkan kepada Tuhan apa sahaja yang akan berlaku, ini tidak bermaksud saya berputus asa," katanya kepada The Malaysian Insider di Everly Hotel, Putrajaya malam tadi. Suhaili dan 19 rakan sekerjanya ke Beijing untuk kursus sebulan sebelum pesawat mereka hilang sejam selepas berlepas. Sehingga kini, pesawat itu masih belum ditemui. Antara rakan-rakannya adalah Safuan Ramlan, 33 dan Muzi Yusof, 50, kedua-duanya merupakan pengurus kanan bagi Freescale. Lokman mengatakan mereka bercadang untuk menyatukan ahli keluarga penumpang "supaya suara mereka akan menjadi lebih kuat untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa berkaitan dan MAS." Mereka juga bercadang untuk menubuhkan persatuan atau pertubuhan supaya dapat bergerak sebagai satu kumpulan. Malah pada ketika ini, mereka menyedari liputan berita tentang pesawat hilang semakin mengecil dan mereka mahu memastikan terdapat tumpuan media berterusan mengenai pesawat itu dan kesukaran di sebalik kehilangannya. Read More / Baca Lagi >> | |
Thousands gather for anti-government rally in Bahrain Posted: 04 Apr 2014 04:09 PM PDT | |
Malaysian police accused of torture Posted: 04 Apr 2014 04:06 PM PDT | |
2 Ships Hunt for Black Boxes From Missing Jet Posted: 04 Apr 2014 09:04 AM PDT | |
Ayohnye weiiihhh!!!!!! - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Apr 2014 08:47 AM PDT | |
Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370? Posted: 04 Apr 2014 08:40 AM PDT SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut. Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. "Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. "Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |
MH370 ; Najib kami tahu kamu terhimpit , bercakap benarlah dengan rakyat Posted: 04 Apr 2014 08:12 AM PDT Kenyataan Umum 4 April 2014 MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini. Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.
Apa sebenarnya berlaku ? Read More / Baca Lagi >> | |
Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor - Mat Sabu Posted: 04 Apr 2014 08:03 AM PDT MUAR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, perkembangan pengaruh PAS di Johor yang dahulunya antara kubu BN paling sukar ditembusi, kini pada tahap membanggakan. Bercakap pada sesi 'warming up' ceramah sempena Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini petang tadi, beliau berkata malah PAS kini sudah boleh bermimpi untuk menawan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. "Bukan mimpi saja-saja tetapi dengan perkiraan strategi dan kekuatan politik yang kita ada sekarang. "Dulu Selangor kita tak mimpi nak dapat, tapi sekarang Umno pulak yang tak mimpi nak ambil balik," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu. Turut berucap pada sesi itu petang tadi termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Mat Sabu menjelaskan, PAS ketika mula bertapak di Johor hanya dibawa oleh golongan marhain seperti pemandu teksi dan tukang gunting rambut. Read More / Baca Lagi >> | |
Umno buat surau, menari pun buat juga - Mat Taib Posted: 04 Apr 2014 08:02 AM PDT MUAR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini. Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS. Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat. "Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah. "Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada. "Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib. Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu lagi, sistem pemerintahan negara ini kian rosak dengan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama. Read More / Baca Lagi >> | |
Nak Ikut Atau Tunggu Bila Sampai Imam Tahiyyat Awal? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Apr 2014 07:56 AM PDT | |
Hukum Pakai Seluar Yankee/Legging - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Apr 2014 07:53 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan