Jumaat, 4 April 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Balu Ahmad Sarbaini Saman SPRM, Kerajaan RM8 Juta

Posted: 04 Apr 2014 06:31 PM PDT


Meneruskan Langkah Kajang

Posted: 04 Apr 2014 06:23 PM PDT

Meneruskan Langkah Kajang


Wan Azizah telah menang dalam PRK N25 Kajang. Asalnya kerusi N25 ini telah dikosongkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding. Tujuan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang cukup jelas. Tak perlu berselindung. Tujuan utama ialah untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Langkah Kajang ini bertelur, dieram dan menetas dengan pantas. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menafikan 'musuh' politik luar dan dalam dari berupaya melakukan sesuatu untuk menggagalkan Langkah Kajang.

Setelah Langkah Kajang diumumkan – orang ramai telah melihat bagaimana Langkah Kajang ini telah menakutkan hati perut Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad. Dua bengolan ini pernah bekerja dengan Anwar Ibrahim. Mereka dalam satu kabinet. Justeru Daim dan Mahathir tahu fikrah dan keupayaan Anwar Ibrahim.

Ketakutan Daim dan Mahathir ini semakin jelas apabila Daim dikatakan terbang ke Kota Bahru memujuk MB Kelantan dan para pemimpin PAS tidak akan menyokong Anwar dari menjadi MB Selangor.

Tup tup – Khalid Ibrahim juga telah terbang Kota Baru selepas kepulangan Daim. Dilaporkan Khalid datang dengan tujuan menanda tangani perjanjian projek dua hala – Kelantan-Selangor. Kedatangan Khalid Ibrahim ini agak memeranjatkan kerana tetiba sahaja ada 'projek' yang perlu ditanda tangani bersama. Desas desus menyamakan niat Daim dengan Khalid mula tersebar. Tetapi kesampaian Si Khalid ini agak berbeza dengan Daim kerana Kelantan dan Selangor adalah bawah Pakatan. Ini tanda setiakawan dua negeri Pakatan. Untuk masa ini tak perlu kita berdesas dan berdesus.

Daim dan Mahathir terus merancang. Mereka sedar jika Anwar menjadi MB Selangor nyawa-nyawa ikan United Malays National Organisation di Selangor akan terus diancam. Selangor wilayah terkaya di Asia Tenggara kini bukan lagi milik United Malays National Organisation. Penyokong Parti Ketuanan Melayu ini telah kehilangan Selangor yang selama ini dijadikan lubuk kontrak.

Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty sedar tentang apa yang akan dibawa oleh tim Anwar Ibrahim ke Selangor. Selangor yang dipimpin oleh MB Khalid Ibrahim ini jelas bukan pentadbiran yang korup. Ianya satu pentadbiran telus. Bayangkan pentadbiran Khalid ini akan ditambah dengan datangnya Tim Anwar Ibrahim ke pentadbiran Selangor. Tim Anwar ini akan membawa lincah politik baru yang selama ini tenggelam di Selangor. Lincah politik ini bertujuan untuk melahirkan ombak-ombak kecil sebelum satu tsunami pukul mati yang ditujukan kepada United Malays National Organisation.

Tim Anwar Ibrahim bukan hanya melihat Selangor sebagai Selangor tetapi akan dijadikan satu wilayah atau lebih tepat lagi satu kota untuk membuka dan meluaskan pentas dan laman perang. Selangor akan dijadikan basis untuk rujukan ekonomi, untuk rujukan politik dan untuk rujukan budaya anak muda. Ini adalah sebahagian dari projek Langkah Kajang.

Semua ini disedari oleh Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru tarikh bicara Anwar telah dibawa ke hadapan. Tarikh hari penamaan calon sengaja dilambatkan. Semua ini dirancang. Semua ini diatur. Jangan silap baca. Jangan silap congak. Anak Lelaki Iskandar Kutty dan para lanun yang kaya raya menjarah harta negara TIDAK akan membenarkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.

Para lanun yang selama ini menjarah harta kekayaan Malaysia sedar jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor maka mereka kesemuanya berkemungkinan untuk dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa. Lima atau enam orang jahat yang merompak harta negara ini sedar, Selangor bawah pimpinan Anwar Ibrahim ialah tali gantung untuk mereka.

Justeru Mahkamah telah digunakan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding. Semua ini cukup jelas. Adalah satu dongeng jika kita percaya bahawa mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim itu telah berlaku adil.

Lihat bagaimana Anwar telah cuba membuat rayuan bertulis setelah dijatuhkan hukuman. Peguam Anwar meminta masa untuk menuliskan rayuan mereka secara tersusun termasuk laporan dari doktor. Ini telah dinafikan.

Pihak yang didakwa telah diberi masa hanya 1 jam untuk membuat persediaan rayuan. Ini belum pernah terjadi dalam mana-mana mahkamah di dunia ini. Ini satu rekod baru dari segi kehakiman. Peguam Anwar tidak sempat menulis atau membuat rujukan. Maka rayuan hanya rayuan mulut.

Lihat juga bagaimana untuk pertama kalinya dalam sejarah Mahkamah Malaysia telah bersidang hingga jam 8:00 malam. Mahkamah biasanya bersidang hingga jam 4:30 atau selewat-nya jam 5:00 petang. Dalam kes Anwar Ibrahim ini semuanya TIDAK pelik dan TIDAK hairan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk mengagalkan langkah Kajang.

Akhirnya Daim and Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berjaya menggagalkan Anwar Ibrahim dari bertanding di N25 Kajang. Projek Daim telah memastikan Anwar tidak dapat bergerak. Pakatan menangkis dengan memunculkan Dr Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi calon N25 Kajang.

Sayugia diingatkan kemenangan Wan Azizah ini bermakna Langkah Kajang babak pertama telah berjaya. Penafian Anwar Ibrahim dari bertanding di Kajang tidak bermakna Langkah Kajang ini tamat bagitu sahaja. Niat dan tujuan Langkah Kajang untuk menjadikan Selangor kawasan basis masih utuh. Diulangi - TIDAK ada apa-apa perubahan dalam Langkah Kajang.

Tim Anwar Ibrahim telah siap siaga untuk masuk ke pentadbiran Selangor. Niat dan cita-cita ini tidak pernah berundur dan tidak luntur. Dasar dan strategi telah mula diatur, dirancang dan disusun untuk memastikan Selangor akan menjadi pusat satu gerakan politik Pakatan Rakyat yang ampuh untuk menyerang negeri-negeri yang masih dicengkam oleh Parti Ketuanan Melayu.

Untuk meluaskan fikrah demi untuk memahami Langkah Kajang biar saya bawa pembaca ke Negara Filipina – negara jiran kita. Pada 21 Ogos 1982 Banigno Aquino bekas Senator telah pulang dari Amerika. Sesampai di lapangan terbang Manila Banigno Aquino telah ditembak mati. Dilaporkan Si Pembunuh dengan sekelip mata ditembak mati. Ini adalah sebahagian dari Projek Marcos.

Presiden Marcos sama seperti Daim dan Mahathir tidak mahu Anwar di Selangor. Presiden Marcos tidak mahu Aquino berada di Filipina. Banigno Aquino datang ke Manila untuk membawa Langkah Filipina Baru. Banigno ingin menggantikan Presiden Marcos yang korup. Justeru Daim dan Mahathir beri arahan gagalkan Anwar. Justeru Presiden Marcos beri arahan gagalkan Langkah Filipina Benigno Aquino.

Aquino telah dibunuh. Anwar didapati bersalah maka tidak boleh bertanding. Apakah Langkah Filipina Aquino gagal? Apakah Langkah Kajang gagal? Jawabnya pasti tidak. Muncul Sang Isteri – Cory Aquino untuk meneruskan projek pendemokrasian Filipina. Muncul Dr Wan Azizah untuk memimpin Selangor. Anwar berjaya digagalkan. Gantinya ialah Wan Azizah. Langkah Kajang tetap diteruskan.

Dr. Wan Azizah dan Cory Aquino berada dalam kancah yang sama. Apabila Sang Suami ke penjara Wan Azizh telah muncul untuk membina Parti Keadilan Nasional kemudian bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ketika Anwar Ibrahim menjadi TPM – Wan Azizah dibaca sebagai seorang isteri. Ketika Anwar Ibrahim dipenjara Wan Azizah mendewasa untuk menjadi pemimpin parti.

Ini sejarah. Ini fakta. Saya menulis fakta ini untuk memberi tahu generasi muda yang mungkin tidak sedar akan 'timeline' sejarah politik terkini Malaysia. Saya juga ingin memberikan fakta sejarah ini kepada sesiapa sahaja yang ada memiliki was-was tentang ketrampilan Wan Azizh untuk menjadi MB Selangor.

Jika ada sesiapa yang memiliki keraguan tentang ketrampilan Wan Azizah? Atau ada sesiapa yang akan mempertikai niat dan cita-cita Langkah Kajang? Untuk mereka yang mempertikaikan Langkah Kajang ini saya berani menyamakan mereka dengan niat jahat dan hati busuk yang dimiliki oleh Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya membuat rumusan ini dengan perhitungan yang paling senang. Dengan menggunakan perhitungan yang paling asas. Daim Zainuddin, Mahathir Muahamd, Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali , Utusan Malaysia dan kaum-kaum yang lain – semuanya menentang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Jika mereka menentang bermakna Langkah Kanag itu betul dan tepat. Kalau tidak betul dan tidak tepat mustahil kesemua benggolan ini akan menentang.

Hukum politik di Malaysia ini cukup senang. Apa yang ditentang oleh Mahathir Muhamad ialah kerja baik. Apa yang disokong oleh Mahathir Muhamad ialah kerja salah. Apa yang disokong oleh Utusan ialah kerja jahat. Apa yang ditentang oleh Utusan ialah kerja betul.

Jika menggantikan MB Selangor dengan Dr Wan Azizah ditentang oleh Utusan maka Langkah Kajang wajib diteruskan. Kerana ini adalah kerja strategik yang tepat dan betul.

CERAMAH TERTUNDA Didik Anak Bagi Jadi Orang - Ustaz Fawwaz Md Jan

Posted: 04 Apr 2014 04:43 AM PDT


Benarkah Khalid kedekut guna wang rakyat? siri 4

Posted: 04 Apr 2014 04:34 AM PDT

Benarkah Khalid kedekut guna wang rakyat?


Rakyat Selangor akan meyakini kata-kata MB Selangor Khalid Ibrahim bahawa beliau kedekut untuk membelanjakan wang rakyat. Sebab itu simpanan tunai Selangor meningkat dari RM400 juta ketika BN terlungkup 5 tahun lalu kepada RM2.5 bilion hari ini.

Komen Khalid itu ditujukan kepada puak yang tidak berpuas hati cara Khalid menyumbang kepada gerakan politik di Selangor. Khususnya suara kritikan dari ahli parlimen Gombak Azmin Ali dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Banyak penyokong Pakatan Rakyat terutama dari parti PAS tidak senang dengan kritikan Azmin kepada Khalid. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah rapat dengan Khalid mahu pun dua setiausahanya Faekah dan Arfah. Atau pun tidak pernah meminta dana dari kerajaan negeri.

Khalid tangkai jering

Sesiapa yang pernah melalui pengalaman perit meminta dana dari kerajaan Selangor akan mengetahui betapa kedekutnya Khalid. Tetapi dalam perkara lain beliau tidak pula berkira.

Ambil contoh media Selangorku. Peruntukan kepada media milik kerajaan negeri ini sejak mula ditubuhkan pada 2008 telah pun melepasi RM4 juta. Gaji editor dan wartawannya bukan kecil malah hampir menyamai gaji editorial akhbar arus perdana seperti Sinar Harian walaupun keupayaan media ini terbatas. Dibanding dengan penerbitan pembangkang lain seperti Harakah dan Suara Keadilan, Selangorku menikmati ganjaran lumayan.

Bagaimanapun, bagi jentera pengedaran akhbar Selangorkini di peringkat bawahan misalnya, kerajaan Selangor tidak pula memberikan sedikit insentif kepada jentera parti bagi melancarkan edaran. Edaran terhad di masjid dan pusat khidmat. Selebihnya dilakukan oleh tenaga sukarela. Tidak salah memberi ganjaran duit minyak kepada pekerja parti untuk mengedar rumah ke rumah, terutama di kawasan Melayu yang tertutup minda untuk mengundi selain BN.

Contoh lain lebih banyak. Projek-projek yang boleh menggerakkan dana kepada gerakan politik tidak dibenarkan. Akibatnya, parti-parti politik PR terpaksa mencari derma orang ramai untuk bergerak. Kerajaan negeri boleh menggerakkan sebarang projek dan memberi modal awal kepada rakyat untuk berniaga dan dana boleh disumbangkan kepada gerak kerja kemasyarakatan. Walaupun ia melibatkan kader-kader politik namun mereka juga adalah rakyat Selangor dan tidak salah di sisi undang-undang.

Apabila sumbangan orang ramai tetap diperlukan selepas dua penggal PR mentadbir maka akan menghasilkan tanggapan tidak baik. Kebanyakan penyumbang telah menyumbang wang sejak 15 tahun lalu ketika Anwar Ibrahim ditahan oleh rejim Mahathir. Mereka menyumbang wang paling banyak pada 2008 untuk memastikan BN Selangor tumbang.

Selepas BN tumbang, mereka hanya menikmati air percuma dan sedikit bantuan kebajikan. Tentulah apabila diminta menyumbang kewangan akan timbul persoalan sampai bilakah mereka perlu membiayai parti-parti dalam PR di Selangor?

2013 momentum Putrajaya

Lebih buruk lagi jika Khalid atau exco yang dilantik mempercayai rakyat Selangor berpuas hati dengan perkhidmatan mereka kerana itu diberi majoriti besar. Memang bagi kaum Melayu, Cina dan India bandar mereka berpuas hati dengan kerajaan pentadbiran Khalid kerana mudah berurusan dengan jabatan di bawah kerajaan negeri tanpa rasuah.

Tetapi bagi pengundi Melayu sub bandar majoriti besar yang diberi adalah kerana momentum Putrajaya. Selepas mereka menjatuhkan BN di Selangor mereka ingin melihat Anwar menjadi PM. Suasana akan berlainan jika pada PRU lalu Khalid berkempen untuk mempertahankan Selangor. Berkemungkinan pada 6 Mei yang memisahkan PR dan BN hanya dua kerusi DUN sahaja atau pun kalah terus.

Oleh itu teguran Azmin dan Zuraida ada benarnya. Setiausaha Khalid seperti Faekah dan Arfah menapis banyak program juga ada benarnya. Malah telah menjadi rahsia umum media Selangorku menyekat beberapa tokoh politik PKR dari diberi ruang penyiaran dalam media milik kerajaan negeri itu.

Khalid yang masuk penggal kedua pentadbirannya wajar meneliti kelemahan dan kekurangan yang beliau lakukan dalam penggal pertama. Teguran Azmin dan Zuraida serta beberapa ADUN lain tidak sepatutnya dipandang sepi.

PRU 14 tidak sama. Dengan persempadanan baru kawasan pilihan raya Selangor dijangka tumbang. Jika Khalid meneruskan kedegilannya maka pecahan kawasan yang banyak mengutamakan kaum Melayu akan menguburkan PR Selangor.

Khalid perlu lebih terbuka. Terutama dalam mengambil hati orang Melayu. Media Selangorku tidak berjaya di kawasan Melayu yang menyaksikan kawasan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor terus menjadi kubu kebal BN.

Kawasan itu pastinya dipecahkan menjadi lebih banyak DUN untuk memenangkan BN pada PRU 14. Jadi janganlah kedekut dengan kawasan seperti itu dan jangan terlalu tertutup dengan cadangan pembaharuan, lebih-lebih lagi dari puak Azmin - Zuraida.

Pentadbiran Khalid perlu diperbaiki untuk menjanjikan kemenangan berterusan PR pada PRU akan datang.

Tiada ulasan: