Rabu, 16 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kematian Karpal Singh Perlu Disimpati, Bukan Dikeji

Posted: 16 Apr 2014 09:25 PM PDT

Berita mengenai kematian Karpal Singh, seorang pemimpin veteran DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan jalanraya awal pagi tadi, tentunya mengejut dan memeranjatkan banyak pihak. Malah ada yang memeriksa daripada beberapa sumber lain untuk memastikan kesahihannya, sebelum benar-benar mempercayai kematiannya.

Walaupun beliau seorang pemimpin pembangkang dan DAP, perjuangannya dalam menegakkan keadilan melalui profesyen guamannya amat mengkagumkan. Beliau boleh dikatakan peguam tersohor dan legenda dalam bidang guaman di negara ini.

Kematiannya membuatkan sesiapa juga yang mencintai keadilan dan hak seseorang berdasarkan Perlembagaan, pastinya turut bersedih. Ada yang terbuka menzahirkan kesedihan, lebih ramai lagi sebenarnya yang berbuat demikian dalam diam.

Sebagai seorang Islam, tidak salah untuk kita menzahirkan simpati atas kehilangannnya walaupun berlainan agama. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menzahirkan penghormatan atas kematian seorang Yahudi dengan berdiri sebagai tanda hormat Baginda sambil berkata, " bukankah dia juga seorang manusia."

Jika Nabi Muhammad SAW sendiri menunjukkan teladan terpuji atas kematian seorang yang bukan Islam, amatlah tidak wajar kita pula menunjukkan sikap yang sebaliknya. Hanya kerana Karpal Singh seorang pemimpin pembangkang bukan Islam dan menentang perlaksanaan hukum hudud, sebenarnya ia bukanlah halangan kepada kita sebagai umat Islam untuk turut bersedih, bersimpati dan memberi penghormatan atas kematiannya.

Hormatinya beliau sebagai manusia dan perjuangannya terhadap keadilan sepanjang hidupnya. Penentangannya terhadap hukum hudud barangkali boleh dimaafkan kerana beliau bukan beragama Islam yang memahami sepenuhnya perlaksanaan hukum tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan terakhir saya dengan Karpal Singh - V Anbalagan

Posted: 16 Apr 2014 09:21 PM PDT

OLEH V Anbalagan
Anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo menjawab soalan media yang turut berkumpul di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.Anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo menjawab soalan media yang turut berkumpul di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.Saya bertemu dengan Karpal Singh di pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur kira-kira jam 7 malam semalam dan meluangkan masa kira-kira 45 minit bersamanya.
Beliau sebelum itu menelefon saya minta saya datang untuk mengambil salinan keputusan mahkamah mengenai satu kes penting.
Beliau minta saya datang secepat mungkin kerana beliau perlu ke Pulau Pinang untuk membela seorang anak guam dalam perbicaraan kes bunuh di mahkamah di Pulau Pinang awal pagi ini.
Karpal biasanya akan memaklumkan saya mengenai kes di mahkamah. Beliau adalah salah seorang kenalan rapat saya mengenai perkara undang-undang. Menerusinya, saya memperolehi beberapa berita eksklusif.
Pembantu peribadi Karpal, Micheal Cornelius turut berada di pintu masuk pejabat ketika saya tiba.
Biasanya menerusi mendiang Michael saya dapat bercakap dengan Karpal melalui telefon bimbit kerana peguam itu lumpuh susulan kemalangan jalan raya pada 2005.
Ketika saya masuk ke dalam pejabat itu, Karpal kelihatan sedang sibuk memberi arahan kepada pembantu undang-undangnya, Zaleha al-Hayat kerana beliau menjangka akan berada di Pulau Pinang hingga Selasa depan.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam muda perlu belajar etika guaman Karpal

Posted: 16 Apr 2014 09:09 PM PDT

SHAH ALAM, 17 APRIL: Laman sosial Facebook dan Twitter dipenuhi dengan ucapan takziah atas kehilangan tokoh politik dan perundangan terkenal negara, Karpal Singh yang maut akibat kemalangan dekat Tapah, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kebanyakan pemilik akaun Facebook dan Twitter terutama peguam menyifatkan mendiang Karpal seorang yang sangat berdedikasi dan merendah diri serta sering membantu peguam muda, selain gaya berhujah tersendiri.
kak fadhLaman Facebook milik Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Sidek memperlihatkan beliau membesar dengan kisah ketokohan mendiang Karpal dalam bidang politik dan perundangan.
Fadhlina yang juga seorang peguam berkata, melihat mendiang Karpal di mahkamah adalah saat paling manis dalam hidup beliau, terutama suara, tonasi, gaya, hujah dan pembelaannya.
"Ketika berusia 13 tahun, saya memberitahu seluruh kelas bahawa ingin menjadi seperti beliau (Karpal) hingga membuatkan mereka tertanya siapakah dia?
"Innalillahi wainnailayhi rajiun. Harimau Jelutong, bersemadilah dengan tenang," katanya.
Sementara itu, Peguam, Azizah Aling, menyifatkan mendiang Karpal sangat senior dan kaya pengalaman serta merendah diri saat berurusan dengan peguam muda, selaku petugas mahkamah.
Katanya melalui laman Facebook, beliau sempat bertemu mendiang Karpal untuk satu kes prosiding pengkomitan di hadapan panel, di Mahkamah Rayuan, semalam.
kak jijah"Semalam, sehingga jam 2.30 petang, beliau ada di Mahkamah Rayuan. Sewaktu beliau tiba, bilik bicara sudah penuh dan tiada satu kerusi kosong untuk menempatkan beliau, bahkan kerusi rodanya juga sukar untuk ditolak ke hadapan.
"Saya menghampiri, lalu memaklumkan kepada beliau dan pembantunya yang setia bahawa ada tiga permohonan singkat akan didengar. Dalam tempoh 30 minit, Insya Allah semua itu boleh selesai dan beliau boleh mengambil tempat di hadapan. Dia mengangguk dan tersenyum, lalu berterima kasih.
Azizah menyifatkan, mendiang Karpal seorang yang mudah tersenyum sejak beliau mengenali tokoh itu ketika berkhidmat di Pulau Pinang dan sifat sama turut diwarisi dua anaknya yang terjun dalam bidang perundangan iaitu Gobind Singh Deo dan Ram Karpal.
"Etika kepeguaman itu sudah menjadi darah daging saya kira. Peguam muda yang masih setahun jagung dan hijau seperti kami semua patut belajar akan etika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal pejuang golongan lemah dan tertindas, kata Guan Eng

Posted: 16 Apr 2014 09:06 PM PDT

Pulau Pinang kehilangan permatanya hari ini selepas mendiang Karpal Singh maut dalam kemalangan awal pagi tadi dan beliau sering dikenali membela golongan lemah dan tertekan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Beliau boleh dikatakan tiada kawan rapat mahupun musuh politik namun apa yang ditinggalkannya adalah prinsip," katanya kepada wartawan di Hospital Ipoh.
"Integriti, kejujuran dan kesopanan antara prinsip yang dibawa Karpal sepanjang hidupnya.
"DAP, Pulau Pinang dan rakyat Malaysia terasa sakitnya dan sedih kehilangan Karpal.
"Beliau banyak memberi sumbangan di sepanjang kerjaya politiknya, malah usianya yang lanjut tidak menghalangnya terus berkhidmat," katanya.

Guan Eng sebak 'perginya' seorang pejuang keadilan

Posted: 16 Apr 2014 08:53 PM PDT

Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Posted: 16 Apr 2014 08:45 PM PDT


Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.
Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.
"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook 'Dato Ir Nawawi Ahmad' merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

Karpal ahli politik hebat – TG Nik Aziz

Posted: 16 Apr 2014 08:42 PM PDT

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

"Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

"Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.

"Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan," katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Karpal sahabat, pejuang gigih keadilan

Posted: 16 Apr 2014 08:40 PM PDT

anwar_karpalKUALA LUMPUR 17 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal Singh adalah seorang tokoh yang gigih memperjuangkan keadilan.
"Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh.
"Kami berbicara panjang melalui talipon jam 6.30 petang semalam. Karpal Singh adalah legenda!
"Takziah ikhlas kami kepada keluarga. Berehatlah dengan aman (RIP)," tulis Anwar di laman Facebook dan twitter.
Sementara itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, negara telah kehilangan seorang pejuang rakyat.
"Kepada waris dan keluarga mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya awal pagi tadi. Seorang yang kita kenali sebagai pejuang keadilan yang meletakkan dirinya sepenuhnya membela rakyat.
"Moga keluarga tabah dan sabar dengan dugaan. Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang rakyat," kata Dr Wan Azizah di laman facebook pagi ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mendiang Karpal.
"Rasa dukacita yang mendalam buat keluarga YB Karpal dan orang-orang yang dikasihi," tulis Azmin di laman Facebook beliau, pagi ini.

Karpal Singh 1940 - 2014

Posted: 16 Apr 2014 08:36 PM PDT

"He gave his honours to the world again,
His blessed part to heaven, and…henceforth, will now sleep in peace."

At almost 3 this morning I awoke to the shocking news of the death of one of the nation's most illustrious heroes – YB Karpal Singh. It came like a lightning bolt to me because just last evening, I had had a lengthy chat with him.
After getting hold of myself, I then twittered a short condolence expressing deep sorrow and devastation over the loss of "our indefatigable fighter for justice". Once again, Azizah and family offer our deepest condolences to Gurmit Kaur, Gobind, Ram and the rest of the family. May you all remain strong in this great hour of tribulation.
Indeed, words cannot express enough my profound sadness of the passing away of my brother-in-arms for freedom and democracy, an inspiring symbol for the struggle against oppression and injustice and a man of unimpeachable moral integrity.
The nation has lost one of her most dedicated servants. The people have lost  a selfless , courageous and noble defender of their fundamental liberties. The legal fraternity has lost one of it's sharpest minds and I have lost a true friend, kind in words, noble in deed.
"Cowards die many times before their deaths;
The valiant never taste of death but once."
And so it was with our hero Karpal Singh for there is none more valiant in life than this great mortal whose body may have perished but his spirit shall live on with us.

Anwar Ibrahim
17th April, 2014

Keluarga mendiang Karpal lanjut tempoh pengebumian

Posted: 16 Apr 2014 08:21 PM PDT

Keluarga mendiang Karpal lanjut tempoh pengebumian   
Ahli keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berada di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Karpal terlibat dalam kemalangan maut di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung pada jam 1.10 pagi tadi . 
 
IPOH - Ahli keluarga akan memanjangkan tempoh sebelum pengkebumian dilangsungkan bagi memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.

Anak keduanya, Gobind Singh Deo berkata, ramai kenalan dan ahli keluarga menghubunginya dan memaklumkan untuk hadir.

Menurutnya, mengikut persetujuan awal, mendiang mungkin akan dikebumikan pada Sabtu petang atau Ahad pagi ini.

"Apa-apa pun kita akan buat pengumuman rasmi kemudian tentang perkara ini seawalnya petang ini," katanya.

Mayat mendiang akan dibawa pulang ke kediaman mereka di Jalan Utama, Pulau Pinang, petang ini sebaik urusan bedah siasat selesai.

Gobind membuat pengecaman mayat bapanya di Hospital Kampar, pagi tadi.

Karpal Singh 1940 - 2014 : Najib, Anwar ucap takziah

Posted: 16 Apr 2014 08:19 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan di kilometer 301.6, Gua Tempurung pada awal pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, beliau baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga, Turki ketika dimaklumkan berita itu.

"Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila diberitahu tentang berita Karpal maut dalam kemalangan jalan raya.

"Saya ucapkan takziah buat keluarganya," katanya yang dipetik menerusi laman Twitter.

Menurut Anwar pula, dia berasa sedih dan terkilan di atas kehilangan seorang rakan yang selama ini berjuang bersama dengannya dalam dunia politik.
Read More / Baca Lagi >>

Fighting for justice till the very end

Posted: 16 Apr 2014 08:11 PM PDT

The 'Tiger of Jelutong' was on his way to Penang for yet another court case.

Tiger Of JelutongOBITUARY
GEORGE TOWN: Karpal Singh, the remarkable lawyer and the indefatigable fighter for justice was killed in a road accident doing what he knows best. He was on the way from KL to Penang to represent yet another client.
Even at 73, Karpal's stamina for the law was legendary. He flits between parliament and court during the week, and on weekends he is at his Bukit Gelugor constituency.
His son Puchong MP Gobind Singh Deo said his father left Hospital Pantai Bangsar, where he had been admitted since Monday, about 10.15pm last night.
Gobind said he told his father to travel to Penang the next morning but his Karpal was adamant that he had to be in Penang the next morning for the court case.
Karpal was born on June 28, 1940 in Penang Maternity Hospital to immigrant Punjabi Sikh couple – Ram Singh Deo and Kartar Kaur, at the time of Japanese Occupation of Malaya during the Second World War.
He had five brothers and three sisters.
Having regarded Karpal like a father figure, it was heartbreaking  news for me to hear that Karpal had died in an accident near Gua Tempurung at about 1am today.
Also killed was his personal assistant Michael Cornelius, 30, who is from Tamil Nadu. Both of them died on the spot while three other passengers, including Karpal's son Ramkarpal, were injured. One of them, believed to be Karpal's Indonesian maid, is said to be seriously hurt.
Ironically, Karpal met his demise in virtually similar way as his father Ram.
Ram was killed instantly in a road accident in Amritsar, Punjab in 1974, the same year that Karpal made his general election debut and won the Alor Star Bandar state seat in Kedah.
Karpal had his early education in St Xavier's Institution, Penang and read law in University of Singapore.
Karpal was among the country's most prominent and controversial lawyers and politicians for over 40 years.
He joined the DAP in 1970 and was its national chairman for 10 years since 2004 until he resigned on March 29 this year following his conviction for a sedition offence.
After being a state assemblyman for a term in Kedah, Karpal moved to contest in his home state Penang in 1978 general election.
He contested and won Jelutong parliamentary seat in 1978 and kept the seat until the 1999 general election when he taste defeat in hands of Gerakan newcomer Lee Kah Choon.
Between 1978 and 1990, Karpal also served as a Bukit Gelugor, then a state seat under Jelutong, assemblyman for three terms.
Karpal stint as Jelutong MP earned him the nickname "Tiger of Jelutong."
But after 1990 general election, in which he lost to Teng Chang Yeow, now the Barisan Nasional state chairman, in Padang Kota state constituency, Karpal never returned to the Penang Legislative Assembly as an elected member.
Read More / Baca Lagi >>

Cuba Mempolitikkan Kematian Karpal, KJ Bidas Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin

Posted: 16 Apr 2014 08:01 PM PDT

Pic:Malay MailKUALA LUMPUR: " Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam)," bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.
Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu
Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, "dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!"
Pic: TwitterPic: Twitter
Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen  yang sama di Twitter beliau.
Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.
Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Karpal pejuang hak asasi, sentiasa pertahan Perlembagaan

Posted: 16 Apr 2014 07:56 PM PDT

Karpal_Singh
KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugur dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya jam 1.30 pagi tadi. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu beliau, Michael.
KEADILAN turut memanjangkan ucapan takziah kepada rakan-rakan seperjuangan dalam DAP yang kehilangan seorang pemimpin yang cukup hebat, disayangi kawan dan disegani lawan.
Semoga jasa YB Karpal sebagai pejuang hak asasi, peguam yang sentiasa mempertahankan Perlembagaan, dan pemimpin yang berprinsip dan berintegriti sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik dan lebih adil untuk semua.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Harimau Jelutong: 'Perginya seorang pembela rakyat'

Posted: 16 Apr 2014 07:50 PM PDT

Berikut adalah sebahagian daripada reaksi terhadap pemergian peguam kanan yang juga ahli politik veteran pembangkang, Karpal Singh.




Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia

Pemergian Karpal Singh adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi Majlis Peguam dan rakyat Malaysia. Beliau merupakan 'gergasi' di kalangan warga perundangan, seorang rakyat Malaysia yang terulung dan seorang yang berhati waja.

Karpal baru-baru ini berkata jika beliau tiada lagi, 100 orang lagi Karpal akan menggantinya. Sememangnya itulah harapan saya agar ianya menjadi kenyataan kerana Malaysia memerlukan Karpal dan memerlukan lebih ramai lagi orang seperti Karpal.

Beliau merupakan antara segelintir insan yang sangat dihormati kerana kepimpinan dan keberaniannya dalam menegaknya apa yang diperjuangkannya.

Pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi rakyat Malaysia. Majlis Peguam mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal.

Mark Trowell, Queens Council - pemerhati bagi Lawasia dan kesatuan antara parlimen dalam kes perbicaraan Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan terhadap Karpal.

Pemergian Karpal merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi Malaysia. Beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang terulung bukan sahaja kerana penglibatannya dalam politik, tetapi juga sebagai seorang peguam.

Beliau merupakan seorang yang tidak pernah menoleh ke belakang walau apa pun akibat yang terpaksa ditanggungnya. Kehidupannya mencerminkan sejarah moden Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang telah membentuknya sebagai sebuah negara sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.

Karpal Singh merupakan sebahagian daripada sejarah tersebut. Sesungguhnya, beliau merupakan "Harimau Jelutong".

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR

Ucapan takziah kepada keluarga Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini. Beliau dikenali sebagai seorang pejuang keadilan yang telah meletakkan namanya sebagai seorang yang mewakili dan membela rakyat.

Semoga keluarga beliau banyak-banyak bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Malaysia telah kehilangan seorang pejuang rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen

Kita telah kehilangan seorang sahabat, seorang pejuang yang tidak mengenal penat lelah dalam memperjuangkan keadilan; Karpal Singh seorang legenda! Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Mayat Karpal disempurnakan hujung minggu ini - Gobind Singh Deo

Posted: 16 Apr 2014 07:37 PM PDT


Pemilihan 2014: Saifuddin lawan sebenar Azmin

Posted: 16 Apr 2014 07:31 PM PDT

Saifuddin lawan sebenar Azmin
ANTARA tiga nama besar yang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat lebih menonjol sebagai pencabar utama kepada penyandang, Mohamed Azmin Ali berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Imej  dan kredibiliti yang dibawa Setiausaha Agung PKR itu lebih 'cocok' dan meyakinkan akar umbi pada Pemilihan PKR Mei nanti, jika diberi peluang menjadi gandingan mantap presiden serta kepimpinan parti.

Bagi pemerhati politik,  pakatan dibentuk Saifuddin bagi memasuki gelanggang persaingan timbalan presiden ini bersama Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli merebut jawatan Naib Presiden PKR, membolehkan gabungan itu bertambah kuat.

Tambahan pula dalam pasukan ini, terdapat dua nama besar Izzah-Rafizi yang boleh mendapat impak sokongan daripada akar umbi.

Pasukan yang dinamakan 'Masa Depan Bersama'  itu juga, disertai  Nik Nazmi Nik Ahmad yang bertanding Ketua AMK dan Chang Lih Kang bertanding Timbalan Ketua AMK.

Jika dinilai, peluang pakatan ini lebih cerah dan kedudukan Azmin sebagai penyandang boleh tergugat. Di media siber, banyak pihak mengandaikan pertembungan sengit adalah antara Azmin dan Khalid, walhal cabaran sebenar Azmin bukan pada Khalid sebaliknya pada Saifuddin.

Sekiranya pertembungan antara Azmin dan Khalid, lebih mudah untuk Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa itu bertahan, kerana sokongan akar umbi Khalid tidak sekuat Azmin di dalam PKR.
Meskipun hubungan baik Khalid dengan penyandang Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dikatakan memberi kelebihan dan peluang cerah, namun keupayaan Khalid khasnya dalam politik begitu terhad.
Read More / Baca Lagi >>

Harimau Jelutong sudah tiada....Malaysia hilang peguambela terbaik

Posted: 16 Apr 2014 07:30 PM PDT



RIP KARPAL
Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi. Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Karpal, 74 tahun dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier's Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.
Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia kehilangan seorang negarawan ulung. Terima kasih Saudara Karpal. Berehatlah dengan tenang. 
 
 
 
 
 

Menteri bertanggungjawab ke atas tragedi Memali

Posted: 16 Apr 2014 07:28 PM PDT

Oleh Aziz Bari
Isu tanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai Memali pada tahun 1985 timbul kembali selepas Tun Musa Hitam, bekas timbalan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tahun 1981 dan 1986, bercakap mengenainya di Kelantan pada penghujung bulan lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Musa membangkitkan isu ini. Seperti yang dikatakannya semasa forum itu di Kota Baru, beliau bersedia untuk memberikan butir-butir kejadian. Entah bagaimana, tidak seorang daripada organisasi media pun bersedia menyahut tawaran itu.  Saya bersetuju dengan peguam bela hak asasi manusia, Dr Kua Kia Soong bahawa peristiwa Memali sama buruknya dengan pembunuhan beramai-ramai Batang Kali, di mana 24 orang awam yang tidak bersalah telah dibunuh oleh tentera British pada tahun 1942. Insiden Memali menyaksikan 18 orang maut, termasuk empat anggota polis yang terkena tembakan angkatan mereka sendiri. Operasi yang dijalankan oleh sejumlah 400 polis bersenjata itu dijalankan bagi menahan Ibrahim Libya, yang menguruskan sebuah sekolah agama di Kampung Memali, di daerah Baling di Kedah .
Musa adalah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan pihak polis pula diketuai oleh Tan Sri Amin Osman. Amin adalah pemangku Ketua Polis Negara, menggantikan Tun Hanif Omar yang ketika itu sedang mengikuti pengajian undang-undang beliau di England.
Musa meletakkan jawatan sebagai timbalan Mahathir pada tahun 1986 dan kemudiannya bertanding menyaingi pasangan Mahathir dalam pemilihan parti UMNO pada tahun 1987, tetapi kalah. Jadi kita dapat merasakan adanya tindakan saling menyalahkan, apabila dia membangkitkan kembali isu Memali hampir tiga dekad selepas ia berlaku.
Musa berkata bahawa Memali kekal sebagai titik hitam dalam kerjaya politiknya. Entah bagaimana persaingan, dan pergeseran beliau dengan Mahathir pada akhirnya, tidak ada di atas kertas putih mengenai kejadian itu yang beliau bentangkan kepada Parlimen pada awal tahun 1986.
Dalam laporan itu Musa menyalahkan Ibrahim, yang kebetulan pada masa itu adalah seorang pemimpin PAS di Kedah. Harus diingatkan bahawa Umno pada masa itu gementar dengan pengaruh Ibrahim yang semakin meningkat di kawasan itu, dan perkara itu menjadi topik panas semasa perhimpunan tahunan parti itu di Kuala Lumpur. Oleh itu kita boleh memahami mengapa UMNO mengeksploitasi kejadian itu bagi memburukkan imej PAS yang dikatakan ganas, sesuatu yang telah berulang kali dimainkan di RTM oleh Menteri Penerangan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang meninggalkan kabinet persekutuan pada tahun lepas.
Nampaknya orang ramai begitu bimbang sama ada Mahathir pada waktu itu berada di dalam negara – dan bukannya di Beijing seperti yang disangka umum – dan sama ada Musa adalah pemangku Perdana Menteri apabila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Tributes pour in for Karpal

Posted: 16 Apr 2014 07:25 PM PDT

Political leaders sing praises for Karpal and his never ending struggle for justice.

PETALING JAYA: Tributes poured for Karpal Singh who died in a car crash early this morning, with his contemporary, DAP adviser Lim Kit Siang saying, "I survived Semporna trip. But Karpal did not survive his journey. All Malaysians mourn the passing of Karpal. Nation lost a great Malaysian."
PKR supremo Anwar Ibrahim also expressed his condolences to Karpal's family, saying the nation had lost a legendary hero.
"We've lost a colleague; an indefatigable fighter for justice; the legendary Karpal Singh! Our sincere condolences to d family. RIP." said Anwar.
Prime Minister Najib Tun Razak, upon landing in Turkey on an official visit, also tweeted to express his condolences.
"I have just landed at Ankara when I heard the news that YB Karpal Singh died in a road accident . My condolences to the family," said his tweet.
Below are tweets from other Pakatan Rakyat leaders:
Selangor exco Ean Yong Hian Wah-  "Deepest condolence to @GobindSinghDeo & Sdr Karpal family. Extremely sad. The nation lost a great & fearless leader!
Kepong MP Tan Seng Giaw- "Condolences to the family of Karpal Singh."
Ipoh Barat MP M Kulasegaran- " The tiger of Jelutong Sdr. Karpal Singh passes away. A great loss and irreplaceable."
Read More / Baca Lagi >>

Karpal Singh walaupun sudah tiada, suaranya masih bergema

Posted: 16 Apr 2014 07:21 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pagi ini tidak ada khabar paling menggempar dan menyedihkan melainkan berita kematian ahli Parlimen dan peguam kanan Karpal Singh, 74 akibat kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 lebuh raya Utara-Selatan jam 12:45 pagi tadi. Kemalangan itu juga turut membunuh pembantunya Michael Cornandez manakala anaknya Ram Karpal dan pemandunya cedera parah.

Kematian Karpal merupakan suatu kehilangan buat negara dan ia dirasai oleh semua orang yang mengenali kehebatannya sebagai anggota parlimen dan juga sebagai peguam digeruni.

Nama Karpal Singh sinonim dengan dua institusi parlimen dan mahkamah. Menyebut parlimen tidak sah kalau tanpa menyebut namanya. Beliau tidak pernah menyepikan diri dalam parlimen atau hadir untuk mendapat elaun, tetapi akan bangun setiap kali ada isu-isu khasnya berhubung dengan berkaitan perundangan dan perlembagaan. Beliau seorang yang sangat pratikal dengan undang-undang.

Isu-isu kenegaraan akan tetap menjadi perhatiannya. Beliau seorang bukan saja, tegas tetapi berani dan berprinsip. Mendiang akan menegur dan mengkritik sama ada kawan atau pun lawan.

Walaupun beliau mengalami kecacatan, lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada tahun, 2004 dan terpaksa berkerusi roda, tetapi tidak pernah absent menghadiri sidang dewan. Beliau juga seorang ahli parlimen yang kompetem dan lantang untuk menyuarakan isu-isu mengenai kemanusiaan terutamanya dalam soal ketidakadilan, penganiyaan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Business card Karpal yang masih dalam simpanan saya.
Di mahkamah pula Karpal dikenali seorang peguam yang bijak dan berpengetahuan luas. Atas kejayaanya membela kes-kes berprofil tinggi menyebabkan beliau menjadi peguam idaman ramai walaupun terpaksa mengenakan bayaran yang tinggi. Justeru mereka yang tidak mampu tidak berani untuk membuka fail di pejabat guamannya.

Tetapi ramai orang tidak tahu yang mendiang seorang yang pemurah dan baik hati. Beliau sedia memberi khidmat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit secara percuma atau mengenakan bayaran minimum, atau mengikut kadar kemampuan. Bahkan beliau pernah membela seorang pelanggan tanpa mengenakan sebarang fee.

Read More / Baca Lagi >>

Karpal Singh, pembantu maut kemalangan, KEADILAN ucap takziah

Posted: 16 Apr 2014 07:11 PM PDT

karpal-sighKUALA LUMPUR 17 APRIL: KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya jam 1.30 pagi tadi.
Turut terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu, pembantu beliau, Michael Cornelius.
KEADILAN turut memanjangkan ucapan takziah kepada rakan-rakan seperjuangan dalam DAP yang kehilangan seorang pemimpin yang cukup hebat, disayangi kawan dan disegani lawan.
"Semoga jasa YB Karpal sebagai pejuang hak asasi, peguam yang sentiasa mempertahankan Perlembagaan, dan pemimpin yang berprinsip dan berintegriti sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik dan lebih adil untuk semua," kata Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan pagi ini.
Mengikut Roketkini, jurucakap polis memberitahu, kenderaan dinaiki Karpal dan pembantu merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah utara. Karpal dan pembantu mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.
Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Read More / Baca Lagi >>

PAS rakam takziah buat keluarga Karpal

Posted: 16 Apr 2014 07:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat seluruh anggota keluarga Karpal Singh dan ahli DAP di atas kehilangan mendiang yang terlibat dalam kemalangan maut pada awal pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mendiang adalah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.

"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.

Karpal, 74, yang juga Pemimpin veteran DAP maut dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Read More / Baca Lagi >>

Wawancara terakhir dengan Karpal Singh

Posted: 16 Apr 2014 07:08 PM PDT


Karpal Singh, antara ahli politik paling berpengaruh di Malaysia. Beliau maut dalam kemalangan di Perak awal pagi tadi.
 
Berikut wawancara terakhir dengan mendiang yang dibuat enam hari lalu di bangunan Parlimen.
 
Dalam temubual itu, beliau antaranya berkata tidak akan berundur senyap-senyap melalui pintu belakang, walaupun berdepan banyak rintangan hidup.
 
Berikut disiarkan semula laporan tersebut:


Hampir 30 tahun berlalu, walaupun berdepan dengan banyak ancaman dalam hidupnya, Karpal Singh tetap enggan berundur secara senyap-senyap melalui pintu belakang .

Pernah beliau diminta oleh pegawai polis supaya secara rahsia meninggalkan bilik mahkamah bagi mengelak bahaya ancaman seorang lelaki, yang mendakwa mempunyai kuasa ghaib, yang mengancam untuk menyerang Karpal kerana menyaman sultan.

Karpal enggan, dengan berkata " jika saya pergi melalui pintu belakang sekarang, saya akan melalui pintu belakang sepanjang hidup saya."

Ahli politik dan peguam yang kini berusia 74 tahun itu kekal
dengan sikap tabahnya itu sehinggalah hari ini, dalam menghadapi satu lagi percubaan oleh kerajaan untuk bukan sahaja menguburkan kerjaya politiknya , tetapi juga untuk menyumbatnya ke dalam penjara.

Hukuman bagi sabitannya terhadap tuduhan hasutan baru-baru ini - denda sebanyak RM4,000  - menghalang Karpal daripada memegang jawatan politik dan dikenakan tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding kerusi Parlimen.

Read More / Baca Lagi >>

Karpal Singh, sering memburu keadilan

Posted: 16 Apr 2014 07:05 PM PDT

Karpal Singh – peguam terkenal, pembuat undang-undang dan pemimpin DAP – meninggal dunia awal pagi tadi dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk melakukan tugasnya seperti biasa – hadir ke mahkamah untuk anak guamnya. Beliau berusia 73 tahun.
Reputasinya sebagai peguam dan ahli politik menyebabkan beliau digelar dengan panggilan Harimau Jelutong sejak memulakan kerjaya guamannya pada 1970 – tahun yang sama beliau menyertai parti DAP.
Ketika meninggal dunia hari ini, Karpal baru sahaja melepaskan jawatan pengerusi DAP kerana beliau berdepan dengan sabitan kesalahan hasutan yang bakal memberikan risiko buruk kepada kerjaya guamannya selama empat dekad dan karier politiknya.
Tetapi, keputusan yang kontroversi tidak memberi kesan kepada Karpal. Beliau pernah dihalau dari Parlimen, ditahan dalam Ops Lalang pada 1987 dan berdepan beberapa tuduhan hasutan.
"Menyingkirkan saya daripada dunia politik tidak akan menjadi pengakhiran Karpal Singh. Malah, ia sebenarnya akan membawa kepada kebangkitan lebih ramai Karpal Singh," katanya.
Rakan-rakannya dalam dunia guaman dan politik mengenangnya sebagai seorang yang tidak gentar serta peguam dan ahli politik yang bijak tetapi bagi kebanyakan rakyat biasa di kawasan Parlimennya di Pulau Pinang dan pejabat guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur – Karpal ialah seorang kawan.
Ini adalah sisi lain Karpal di sebalik peranannya sebagai ahli politik DAP dan peguam terkemuka – beliau adalah seorang lelaki yang bersopan santun dan sentiasa bersedia membantu rakyat biasa yang ditemui dalam kehidupan hariannya.
Mereka mengenali Karpal sebagai seorang yang rendah diri dan suka tersenyum, seseorang yang selalu bersedia untuk berhenti seketika dan mendengar, tanpa mengira berapa kecil diri anda. Tidak ada soalan yang sudah terlalu biasa atau kerap untuk beliau jawab, tidak ada sapaan hello yang tidak penting untuk beliau.
Kemalangan jalan raya pada 2005 yang dialaminya menyebabkan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sementara kemalangan pagi tadi yang berlaku berhampiran Gua Tempurung berlaku ketika peguam veteran itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang dalam kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih untuk menghadiri satu kes di mahkamah.
Sesiapa yang mengenai Karpal pasti bersetuju beliau mungkin orang tua berusia 73 tahun yang paling sibuk, kerap berulang-alik antara Parlimen dan mahkamah pada hari bekerja, dan pada hujung minggu, beliau akan ke utara, biasanya untuk melawat kawasan Parlimennya atau menghadiri mahkamah.
Tidak ada apa yang akan menghalangnya di mahkamah atau dalam politik. Sabitan terkini terhadapnya, kesalahan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya membabitkan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga tidak menghentikannya daripada politik.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: