Tukar Tiub |
- HUDUD SEBAGAI SENJATA
- BERITA BAIK
- TUKAR TIUB BREAKING NEWS
- ASAL USUL NEGARA INI
- OBAMA LAWAT MALAYSIA
- BALING 1974-2014
- SEPUPU NAJIB TIPU LAGI
- MASANYA TELAH TIBA
- KENAPA JADI KANG KONG
- JEMPUTAN UNTUK KETAWA
- JANGAN BUAT FITNAH
Posted: 16 Apr 2014 06:30 PM PDT KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan... KOTA BHARU 15 April - Kerajaan Pas Kelantan tidak akan tunduk dengan tentangan DAP terhadap usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk... KOMENTAR TUKAR TIUB hudud ini sedang dijadikan senjata untuk memecahkan pakatan rakyat ini projek pevak dan belah united malays national organisation di pakistan sesudah jeneral zia merampas kuasa pada thgun 1977 hudud telah dijadikan senjata untuk menghalalkan kuasa tentera hasilnya hingga hari ini pakistan adalah negara gagal hudud tidak membantu melahirakan negara berkebajikan di pakistan di berunai hudud diperkenalkan hudud ini bertujuan untuk mempertahankan kuasa sultan hudud berunai tidak ada sangkut paut dengan islam jauh sekali dengan keadilan dunia tahu di mana anak beranak sultan berpoya-poya hudud bernuai ini adalah satu tipu helah kaum feudal untuk terus berkuasa sultan berunai anak beranak tinggal dilondon negara kafir yang tidak mengamalkan hudud tetapi menjalankan negara berkebajikan SEBELUM BERHUDUD TUMBANGKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ---------- | ||
Posted: 16 Apr 2014 06:00 PM PDT KOMENTAR tiap kali nak berhimpun di dataran merdeka ada saje songel dataran merdeka nak cabut rumput dataran merdeka nak tambah baja dataran merdeka nak diperbaki dataran merdeka longkang pecah poooraaah 1 mei 2014 tetap di dataran merdeka atau pilihan 1 dataran merdeka pilihan 2 dataran merdeka pilihan 3 dataran merdeka Himpunan 1 Mei: Tian Chua & SUA PSM dipanggil polisKUALA LUMPUR 16 APR: Ahli parlimen Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dipanggil ke balai polis, dipercayai berhubung himpunan Hari Buruh 1 Mei depan. Keadilandaily dimaklumkan dari Jawatankuasa Mei 1, kedua mereka diminta hadir ke IPD Dang Wangi jam 2.30 petang ini. "Harap ianya (panggilan polis) adalah pandangan, bukan ancaman. Seluruh dunia menyambut Hari Buruh dengan himpunan dan protes," kata Arutchelvam di Facebook. GASAK SAMPAI TERBURAI | ||
Posted: 16 Apr 2014 12:07 PM PDT AL- FATIHAH KARPAL SINGH KEMALANGAN yb karpal singh telah terlibat kemalangan kereta di gua tempurong gopeng cedera parah dan telah meninggal dunia kini mayatnya berada di hopital kampar perak ---------- | ||
Posted: 16 Apr 2014 07:00 AM PDT SATU JEMPUTAN NAMA ASAL TANAH MELAYU Dah memang nama tempat ni Tanah Melayu....tapi nama tu dah tak digunakan lagi, diganti dengan semenanjung malaysia...sebab nak menjaga hati kaum lain dan orang2 sabah sarawak...apa salahnya nama dia Tanah Melayu?...kalau di Jepun, namanya Jepun atau Nippon...kalau di China, chinalah namanya...orang english pun namakan negerinya england....yang sebenarnya singapura tu dulunya sebahagian dari tanah melayu, sekarang sebahagian besarnya dah jadi milik bukan melayu.... tak adapun disebabkan nama Melayu tu, adanya diskriminasi kaum...yang ada diskriminasi kroni...ada ke semua Melayu kaya raya sebab nama dia Melayu?...kalau tak semua pun, ramai ke? sebenarnya orang melayu tak dapat apa2 pun daripada "hak istimewa" yang dilaung2kan...janganlah tertipu...yang ada hak istimewa kroni...kroni2 ni termasuklah lim liong sick...erik chia....ananda,....dan ramai lagi yang bukannya Melayu pon...!!! yang ada diskriminasi kaum, dilakukan terang2 oleh orang cina di syarikat2 milik cina...itupun Melayu on PEDIH HATI BUKAN BUMIPUTERA Publish | Delete | Spam abang taleb on 4/12/14 | ||
Posted: 16 Apr 2014 05:30 AM PDT SAMPAI 28/29 APRIL INI NAjib dijangka guna lawatan Obama jual Malaysia, dan bawa masuk AmerikaNEW YORK: Lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Asia, termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau.Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara Scot Marciel berkata: "Isu yang mungkin dibincangkan antara Presiden Obama dan Najib termasuklah cara terbaik untuk menjual Malaysia melalui hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan perdagangan dua hala." Bekas Duta Besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada Tiewnama tentang lawatan Obama ke Malaysia - sesuatu yang dinanti-nantikan sejak sekian lama oleh Najib. Obama mengetahu bahawa keadaan politik Najib yang terumbang ambing. Najib sedang mendapat tekanan dari luar dan dalam parti. Ini membuakan Obama lebih senang untuk TTPA ditanda tangani oleh Malaysia. Permerhati politik dalm dan luar negara juga menjangkan kehadiran Obama pasti akan memberi talian hayat. Malah lawatan 36 jam Obama ini akan digunakan oleh Najib untuk menunjukkan kapada musih politiknya bahawa dia mendapat sokong penuh dari Amerika. TIEWNAMA JANGAN LUPA KHAMIS 1 MEI 2014 | ||
Posted: 15 Apr 2014 10:05 PM PDT 1974-2014
BALING 1974 Kegagalan adalah Anak Buluh Betong yang tidak diketahui siapa ibu dan bapa. Kejayaan adalah 'geng bang' yang menjemput banyak sosok yang akan mengaku ibu dan ayah. Kegagalan akhirnya akan mati sunyi bersendirian. Manakala Kejayaan membawa banyak saudara mara, chulai, menantu dan besan dan mereka berkenduri tak sudah sudah. Inilah yang berlaku kepada Sejarah Baling 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditampok kuasa, sebelum ditendang oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty, ada beratus puluh yang mengakui bersama Anwar untuk menjadi Arab brother in Malaysia dan pergi ke Baling. Ini kerana diakhir 'pengakuan' bukan saja akan mendapat hadiah pink form – silap-silap dapat menjadi YB. Ini amat berbeza ketika gelora REFORMASI turun ke jalan raya pada tahun 1999. Bengolan Mat Pink Form dan Mat Arab Brother in Malaysia ini tidak pula turun ke jalan raya. Menikus takut hilang kerja atau hilang pangkat. Walau pun pangkat ini diterima kerana telah mengakui bersama Anwar di Baling. Jawatan kerja pun bukan kerana kelayakan tetapi kerana mengaku ada bersama demo ' Baling'. Baling pekan kecil di wilayah utara Semenanjung ini memang bersejarah. Disini dijalankan perundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng pada tahun 1955. Pada bulan November 1974 ada dua tunjuk perasaan besar di Baling. Puluhan ribu warga Baling keluar ke jalan raya berarak menuntut keadilan dari Razak Hussein. Empat puluh tahun kemudian - pada 6 April yang lalu telah diadakan satu Rapat Rakyat untuk mengingati kembali sejarah Baling 1974. Kali ini yang menyusun Baling 2014 ialah Parti Pas. Dalam tulisan ini saya ingin merakamkan satu sudut pandangan tentang Baling 1974. Ini hanya pandangan dari kaca mata saya. Saya tidak berani mengatakan ini adalah keseluruhan babak dan sejarah Baling 1974. Kawan-kawan yang lain wajib juga menulis sama untuk mengutarakan sudut pengalaman mereka pula. Mustahil 6 Orang Buta itu dapat memberi gambaran sebenarnya saekor gajah. Ketika warga Baling keluar ke jalan raya November 1974 , saya BELUM pernah sampai ke Baling. Saya hanya berjaya sampai ke Baling pada tahun 2006. Tetapi Babak Pertama/First Act hidup saya telah tersangkut kuat dengan Baling. Saya berkelana ke seluruh dunia selama 20 tahun sesudah berlakunya Baling 1974. Babak Kedua hidup saya adalah merantau. Ketika dalam peratauan saya terus disabitkan dengan Baling 1974. Dari benua ke benua, dimana sahaja diberhenti dan bertemu warga Malaysia mereka akan bertanyakan Baling 1974. Pertanyaan sepontan ini sebenarnya adalah tanda setiakawan. Tanda mereka menyokong apa yang telah berlaku di Baling pada tahun 1974. Pada Bulan April 2014 ini adalah lucah, salah dan tidak jujur jika saya tidak merakamkan nama-nama pemimpin mahasiswa yang turut sama terlibat dalam Baling 1974. Dari fakta sejarah pemimpin PMUKM saperi Idris Jusi, Rahman Rukaini dan Halim Arshad terlibat sama. Pemimpin KSITM saperti Ibrahim Ali dan Darby memainkan peranan. Dari PMUSM Kamal Selamat atu Bung Selamat turut sama. Rahmatullah Khan dan Hasan Karim dari Kolej Pertanian Serdang. Ini termasuk pemimpin pelajar dari ITK ( Institute Teknoloji Kebangsaan) dan Politeknik Ungku Omar Ipoh – yang hingga ke hari ini sejarah gagal merakamkan nama-nama mereka. Diantara nama-nama yang saya rakamkan disini ada nama yang menjijikan kerana keterlibatan mereka dalam organisasi rasis. Walau terlibat dalam Lembaga Rasis – ini tidak bermakna kita wajib melupakan peranan mereka dalam sejarah. Saya tidak berlaku adil kepada sejarah dan kepada diri saya sendiri jika saya mengenepikan nama Ibrahim Ali atau Idris Jusi. Mereka hadir pada tahun 1974. Mereka adalah pemimpin pelajar pada ketika itu. Dari fakta sejarah mereka juga ditahan dibawa ISA kerana terlibat dalam Baling 1974. Sejarah yang jujur akan merakam semua yang terlibat – dari kiri dan dari kanan. Justeru saya akan berlaku TIDAKjujur jika saya mengatakan Si Anu dan Si Polan tidak bersama Baling 1974. Apa yang terus berligar dalam kepala saya hingga ke hari ini – siapakah ribuan mahasiswa yang turun berdemo itu? Dimana mereka sekarang? Apa yang telah dan sedang mereka lakukan? Hakikatnya sejarah wajib terus merayakan ribuan mahasiswa mahasiswi dari UM, UKM, ITM, USM, ITK, Polyteknik Ungku Omar dan pelajar yang lain yang turun sama ke jalan raya pada Disember 1974. Mustahil saya mengenali mereka semua. Mustahil saya mengingati nama-nama 8.000 orang ahli PMUM. Tapi wajah-wajah muda mereka tidak pernah luput dari ingatan. Wajah-wajah mahasiswa yang berdemo pada tahun 1974 telah saya bawa berkelana ke empat benua. Sama ada saya di Melbourne, Hong Kong, Karachi, Paris, Wavre atau Brixton wajah-wajah ini segar dalam ingatan. Ini kerana anak-anak muda 1974 inilah yang memberikan keyakinan kepada roh saya bahawa apa yang sedang saya lakukan adalah tepat dan benar. Justeru, ribuan mahasiwa siswi yang turun berdemo pada Disember 1974 wajib sama dirayakan sebagai protoganis Baling 1974. Tanpa mereka Ibrahim Ali, Kamrazaman Yacob, Adi Satria, Hamzah Kassim,Halim Arshad, Rahman Rukaini, Idris Jusi, Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan dan tidak akan wujud. Juga wajib sama dirayakan oleh sejarah ialah puluhan ribu warga Warga Miskin Desa dari Sik, Baling, Tikam Batu dan wilyah Utara Kedah yang telah turun ke jalan raya berdemo pada November 1974. Ketika demo pertama di Baling saya dan kawan-kawan di kampus Universiti Malaya tidak mengetahui apa yang telah terjadi di Kedah. Pada bulan November 1974 kami sedang bercuti sebelum masuk penggal ketiga – Penggal Pepereksaan. Pada ketika itu bangunan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telah dikunci, dipaku dan menjadi kawasan larangan. PMUM sebagai satu organisasi pelajar telah digantung. Ini adalah hasil dari tunjuk perasaan siswa UM yang menyokong Gerakan Penduduk Miskin Kota di Tasik Utara pada 19 September 1974. Kerana berdemo di Tasik Utara di Johor Bahru, kerana menyokong para Setinggan Tasek Utara saya bersama arwah Yunus Ali telah ditahan dan dimasukan ke penjara Air Molek selama 1 minggu. Beberapa hari kemudian penahanan bertambah lagi dengan masukanya Khoo Su Wan dari UM dan Chia Yong Tai mahasiswa dari Universiti Singapura bersama 3 warga Miskin Kota. Ketika dalam penjara Air Molek saya adalah Setiausaha Agong PMUM Majlis ke-16 dan baru sahaja dilantik untuk menjadi Presiden PMUM Majlis ke-17. Di Univeristi Malaya, ketika kami ditahan telah berlalu benterokan. Mahasiswa dan kepimpinan PMUM telah merampas dan mengambil alih Universiti Malaya. Mereka merampas UM dengan tuntutan agar kami di Air Molek dibebaskan. Mengambil alih universiti adalah satu tindakan radikal yang menjadi trend mahasiswa pada ketika itu - dari Berkeley, ke Oxford, ke Sorbbone ke Adeleide hingga berjaya dilakukan di Universiti Malaya. Rampasan kuasa mahsiswa ini telah dipatahkan oleh kumpulan yang memanggil diri mereka MTN – Majlis Tertinggi Nasionalis. Sebenarnya dibelakang MTN ini ialah satu Lembaga rasis ala fascist yang muncul beroperasi untuk kali pertama di Universiti Malaya. Lembaga rasis ini diberi nama BTN – Biro Tata Negara. BTN ini adalah anak syarikat United Malays National Organisation. Organisasi rasis BTN ini masih wujud hingga ke hari ini. Masih menjalankan program rasis. MTN bersama BTN dengan cara ganas a la fasis telah menangkap pemimpin PMUM. Kekecohan yang disusun dan yang dirancang ini telah membawa ketegangan. Suasana ini telah 'menghalalkan' penggantungan PMUM oleh pihak Universiti dan Kerajaan. Ini sebelum secara resmi diperkenalkan Pindaan AUKU 1974. PMUM pada ketika itu adalah persatuan pelajar yang kedua terkaya sesudah Australian Union of Students. Dengan ahli seramai 8.000++ PMUM memungut yuran wajib sebanyak 24 ringgit seorang untuk setiap tahun. PMUM bergerak secara demokratik. Pemimpin dipileh melalui undian. Selain dari dana yuran, PMUM juga memiliki perniagaan – cafeteria, kedai gunting, kedai buku, bilik billiard, kantin dan bilik tumpangan. PMUM juga memiliki empat buah bas, van, motosikal dan kelengkapan mesin cetak. Bas PMUM berjalan disekitar PJ dan Kuala Lumpur memungut pelajar masuk dan pulang ke kampus secara percuma. Dengan dana yang lumayan PMUM juga mengeluarkan pinjaman kepada pelajar. Saya amat yakin ramai pelajar terutama yang BUKAN BUMIPUTERA, yang sekarang menjadi 'orang besar-besar' telah mendapat dana pinjaman dari PMUM. Saya memberi latar ini agar para pembaca dapat memahami suasana gerakan pelajar pada ketika itu. PMUM yang tersusun rapi ini memiliki keupayaan – keintelektuan dan dana - untuk menentang dan memperlekehkan dasar anti rakyat ytang diajukan oleh United Malays Natyional Organisation. PMUM dari segi sejarah sentiasa menyebelahi rakyat tertindas. Baling hanya salah satu dari sejarah PMUM bersama rakyat. (TT) -bersambung NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 | ||
Posted: 15 Apr 2014 09:26 PM PDT Telefon: Polis siasat dakwaan CNN KUALA LUMPUR - Benarkah telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370, Fariq Ahmad Hamid dihidupkan dan dikesan di Pulau Pinang, seperti didakwa sumber dari Amerika Syarikat (AS)? Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein, apabila ditanya berkata, polis masih menyiasat perkara itu dan sebarang spekulasi mengenainya boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa. "Saya tidak mahu komen selagi tiada pengesahan. (Kita perlu) memastikan keluarga yang di bawah siasatan tidak tersinggung dari segi emosi dan kedudukan mereka," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Katanya, polis dan agensi risikan antarabangsa sedang menyiasat dan maklumat (yang tidak tepat) akan jejaskan siasatan mereka. M'sia minta agensi risikan abai 'maklumat bocor'Nigel Aw | 3:45PM Apr 15 Hishammuddin meminta pihak berkenaan tidak mengambil kira maklumat didakwa dibocorkan dari penyiasatan kes pesawat MH370. KOMENTAR woit.. tipu tipu tipu tak ada cara lain tipu tipu tipu menang pru13 dengan jalan tipu bunuh altantuya jalan tipu komisen scorpene jalan tipu rembat duit duit port klang tipu buat mrt dcengan cara tipu buat lebuh raya bagi kroni tipu ini dah ramai mati beratus mati nak tipu lagi tipu tipu tipu justeru tidak ada jalan lain kita turun ke jalan raya 1 mei jam 2 petang berhimpun dataran merdeka --- | ||
Posted: 15 Apr 2014 09:10 PM PDT ANAK MUDA TURUN JANGAN TAK TURUN Langkah Reformasi 2.0 untuk tendang BN, baiki institusi Malaysia, kata RafiziPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial. "Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur KOMENTAR tepat betul tak perlu heh hoh heh hoh tak perlu duk dak duk dak tak perlu kuk kah kuk kah united malays national organisation wajib di gantikan dengan kerajaan baru parti ketuanan melayu ini menag pru13 dengan jalan tipu 52% rakyat telah memilih pakatan tapi kerana penipuan kuasa masih ditangan gerombolan justeru turun ke dataran merdeka pada khamis 1 mei 2014 jam 2:00 petang | ||
Posted: 15 Apr 2014 08:34 PM PDT UNITED MALAYS KANGKONG ORGANISATION KENAPA KANG KONG DI PANGGIL KANG KONG Sebenarnya Profesor Kang Kung tu bermaksud yang Profesor Kang Kung tu tidak mengguna daya kritis dan analitikalnya bagi mengupas sesuatu isu masyarakat yang besar. Profesor Kang Kung boleh dan mempunyai karyanya di jurnal berwasit namun apabila menantang sesuatu isu sosial atau masyarakat dia akan memihak kepada tindakan rejim /kerajaan yang zalim alias dia mahu mengampu/membodek/menyetujui tanpa malu tindakan berkenaan dan menurunkan alasan yang tidak masuk akal. Tetapi keadaan dah banyak berubah kerana kini ramai Profesor Kang Kung yang tidak mempunyai lagi karya di jurnal yang memerlukan endorsement dari rakan sepakaran, lantas kita boleh melihat bagaimana mereka menjilat dasar kerajaan yang zalim dan mereka pun tidak malu-malu lagi bersenyum sumbing apabila dipinta membodek kerajaan. Ingat ramai Profesor Kang Kung bersarang di IPTA dan lembaga NGO Melayu/Islam. Satu ciri kangkung mereka ialah apabila ditemuduga/temubual dalam bahasa Inggeris, mutu komunikasinya amat on SIAPA DIA KANG KONG INI Publish | Delete | Spam Anonymous on 4/16/14ANAK MUDA JANGAN LUPA ------ | ||
Posted: 15 Apr 2014 08:21 PM PDT | ||
Posted: 15 Apr 2014 08:09 PM PDT KAH KAH KAH JANGAN KUTUK AZMIN Jangan kutuk Azmin. Aku kenal dia,dia sangat rapat dengan Anwar,manusia jujur dan baik hati.Anwar tak wujud tanpa adanya Azmin.Semua kena ingat Azmin adalah Anwar, dan Anwar adalah Azmin.Yang lain tak penting macam gerombolan United Malays No Otak tu.Boleh pi mampossss la parti celaka tu.Kah..kah..kah.. on BILA AZMIN NAK SAMAN? Publish | Delete | Spam Anonymous on 4/15/14 -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan