Khamis, 10 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


China tangguh hantar Panda ke Kuala Lumpur..!!

Posted: 10 Apr 2014 08:53 PM PDT


Selangor catat pelaburan ke-2 tertinggi negara dengan RM9.8 bilion

Posted: 10 Apr 2014 08:49 PM PDT

pelaburan selangorSHAH ALAM 11 APRIL : Selangor mencatatkan pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013.
Exco Pelaburan, Ean Yong Hian Wah berkata jumlah pelaburan itu adalah daripada 228 projek yang diluluskan melalui pelabur asing dan tempatan.
Katanya, sebanyak RM3.62 bilion diperolehi daripada pelaburan asing, manakala sebanyak RM6.2 bilion daripada pelaburan tempatan.
"Jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan," katanya yang menjawab pertanyaan Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat).
Ean berkata di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.017 bilion.
Diikuti dengan Singapura iaitu sebanyak RM840 juta, Amerika Syarikat sebanyak RM459 juta, China sebanyak RM228 juta dan Switzerland sebanyak RM212 juta.
Read More / Baca Lagi >>

SUAMI ISTERI Bersama Di SYURGA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Apr 2014 08:26 PM PDT

Jangan Kata "Siapa Tak Kahwin Nabi Tak Mengaku Umat!" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Apr 2014 08:25 PM PDT

"Nikmat Isteri..!" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Apr 2014 08:23 PM PDT

PENCURI Di Kenduri Kahwin - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Apr 2014 08:22 PM PDT

Dalam Ini Malaysia..!!

Posted: 10 Apr 2014 07:53 PM PDT

Masih lagi percaya slogan   kerajaan BN 1M'sia Rakyat Di Dahulukan Prestasi Di Utamakan? .. masih lagi terpedaya dengan Tradisi Membela Rakyat .. masih lagi terpegun dengan laungan Nasib Rakyat akan Terbela di Bawah Pemerintahan UMNO ... masih lagi yakin dengan kata-kata BN Menang Rakyat Senang??????

Kalau sejelas dan semudah ini pun para macai UMNO tidak mampu nak berfikir dan menilai ... lebih baik berhenti jadi manusia.

MH370: Mengapa Terhempas Di Gaung Yang Terdalam?

Posted: 10 Apr 2014 07:41 PM PDT

Memang cukup mengyakinkan; lima pancaran yang konsisten dengan pancaran kotak hitam pesawat terbang dikesan 1,770 km Northwest Perth, dan pancaran itu dipercayai lebih 15,000 kaki di dasar laut. Jika benarlah pancaran itu daripada data recorder dan voice recorder pesawat malang itu, maka untuk mengangatnya merupakan operasi julungkali dilakukan pada kedalaman itu. Sebagai perbandingan, kedalaman di mana kapal Titanic tenggelam berkedalaman 12.500 kaki.
Sukar dibayangkan, apa keadaan pesawat malang itu, memandangkan sehingga kini tiada sebarang serpihan yang dijumpai yang boleh dihubungkan dengan pesawat berpenumpang 239 bersama kru itu. Apakah penumpang masih bersama talipinggang dan duduk dikerusi masing-masing? atau dan atau. Pesawat itu hilang pada radar pada 1.22 pagi Sabtu 8 Mac, ketika mana, isyarat pasangkan tali pinggang sudah dipadam. Kemungkinan makan dan minum belum dihidangkan, memandagkan penerbangan Kuala Lumpur Beijing memakan masa lebih 5 jam. Biasanya pada penerbangan seumpama ini, makanan dan minuman akan disediakan apabila pesawat terbang pada ketinggian stabil, iaitu 35,000 kaki atas permukaan laut. Memandangkan kehilangan pesawat itu,  hilang daripada radar kurang sejam selepas mengudara, besar kemungkinan penumpang  berada ditempat duduk masing-masing menanti makanan dan minuman disediakan.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Lutut Teresa Kok Dan Bini Bung Mokhtar ..Kita lihat siapa yang kena..!!!

Posted: 10 Apr 2014 07:40 PM PDT

Kata Bung pakaian Teresa Kok tak sesuai semasa persidangan."Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?," soalnya.

Teresa Kok bangun dan meninta Bung menarik balik kenyataan tersebut."Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen," kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning."Awak tidak ada kerja lainkah?," soalnya kepada Bung Moktar.

Pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap "boleh memakai pakaian sesuka hati" jika Kok dibenarkan berpakaian begitu, kata Bung lagi.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan)," kata Ismail.Teresa Kok meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu."Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi dipetik Malaysiakini.Bung amat-amat ambil kisah skirt Teresa Kok yang ke paras lutut.Bagaimana pula dengan lutut bini si Bung ni ?

Kami mahu GST dimansuh, bukan tangguh

Posted: 10 Apr 2014 07:37 PM PDT


IRFAN ES

Saya pelik melihat rakan-rakan saya dan juga pejuang-pejuang Facebook agak segan membicarakan tentang GST yang baru saja diluluskan di Dewan Rakyat, yang disokong penuh oleh ahli-ahli parlimen BN pada 7 April lepas.

GST adalah sesuatu yang tidak diperlukan oleh negara ini. Ia menaikkan harga segala barangan di sekeliling kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Ia mengakibatkan yang miskin menjadi lebih miskin.

Ia menyebabkan seorang ibu terpaksa bekerja membantu menyara keluarga meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Ia menyebabkan seorang bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan lalu meninggalkan ruang yang amat sedikit untuk bersama dan mendidik anak-anak. Lalu anak-anak tidak diasuh dengan sempurna, lalu terpengaruh dengan perkara yang tidak baik, lalu makin bertambahlah masalah sosial di negara ini. Anda katakan keharmonian negara bermula dari rumah tangga yang sempurna, jadi bagaimana?

GST menyebabkan rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tekanan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan perasaan menyebabkan manusia hilang kawalan. Jenayah akan menjadi-jadi.

Tekanan perasaan menyebabkan manusia lebih jauh dari Tuhan. Anda pernah dengar cerita-cerita di Facebook tentang umat Islam yang terpaksa murtad untuk mendapatkan bantuan kewangan disebabkan kefakiran hidup? Pernahkah anda mendengar hadis bahawa hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran? Dan anda masih mengatakan anda seorang pejuang akidah?
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya nafi TUDM dikerah cari MH370 pada pagi pesawat hilang..!!

Posted: 10 Apr 2014 07:01 PM PDT


Tweet asal H20Comms memberi respons kepada laporan CNN. – Gambar diambil dari Twitter, 11 April, 2014. Tweet asal H20Comms memberi respons kepada laporan CNN. – Gambar diambil dari Twitter, 11 April, 2014.
Putrajaya menafikan laporan CNN bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikerah mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada pagi pesawat itu dilapor hilang.
Pasukan komunikasi pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mesej di Twitter malam tadi mendakwa laporan CNN satu tuduhan tidak benar.
"Terbaru dakwaan @CNN bahawa pesawat TUDM dikerahkan selepas pesawat @MAS #MH370 dilaporkan hilang pada awal 8/3 adalah tuduhan tidak benar," menurut akaun Twitter @H2OComms pada 10.29 malam tadi.
Hishammuddin kemudiannya mengirim semula tweet itu melalui akaun rasminya, @HishammuddinH2O.
Pengguna Twitter mencurigai sama ada CNN dibayar untuk memberikan laporan yang salah kepada Malaysia.

Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah tutup mulut, kata Mufti Kelantan

Posted: 10 Apr 2014 07:00 PM PDT

Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan pelaksanaan hudud di negeri itu yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar).
Beliau berkata hanya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dibenarkan memberikan kenyataan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.
"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Bernama melaporkan pada Rabu, Setiausaha Publisiti Kebangsan DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.
Pua berkata DAP yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
Sementara itu, Ahmad dilihat tidak berganjak dengan keputusan untuk membawa usul pendirian melalui ahli Parlimen Kelantan, meskipun rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) menyatakan tentangan mereka.
"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," lapor Utusan Malaysia.
Dalam satu pertemuan bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) semalam, Ahmad turut menggambarkan pendirian sama berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Karpal tak akan berundur secara senyap-senyap'

Posted: 10 Apr 2014 06:50 PM PDT

 
Hampir 30 tahun berlalu, walaupun berdepan dengan banyak ancaman dalam hidupnya, Karpal Singh tetap enggan berundur secara senyap-senyap melalui pintu belakang .

Pernah beliau diminta oleh pegawai polis supaya secara rahsia meninggalkan bilik mahkamah bagi mengelak bahaya ancaman seorang lelaki, yang mendakwa mempunyai kuasa ghaib, yang mengancam untuk menyerang Karpal kerana menyaman sultan.

Karpal enggan, dengan berkata " jika saya pergi melalui pintu belakang sekarang, saya akan melalui pintu belakang sepanjang hidup saya."

Ahli politik dan peguam yang kini berusia 74 tahun itu kekal
dengan sikap tabahnya itu sehinggalah hari ini, dalam menghadapi satu lagi percubaan oleh kerajaan untuk bukan sahaja menguburkan kerjaya politiknya , tetapi juga untuk menyumbatnya ke dalam penjara.

Hukuman bagi sabitannya terhadap tuduhan hasutan baru-baru ini - denda sebanyak RM4,000  - menghalang Karpal daripada memegang jawatan politik dan dikenakan tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding kerusi Parlimen.

Malaysia tidak mempunyai had umur untuk menjadi anggota Parlimen, dan Karpal berkata usianya akan mencecah 82 tahun apabila dia layak semula kembali ke arena politik.

Read More / Baca Lagi >>

MAS diselar atas insiden kehilangan data kotak hitam 2012 London, menurut laporan

Posted: 10 Apr 2014 06:48 PM PDT



nsiden kehilangan data rakaman kokpit di London pada 2012 yang ditimbulkan penyiasat kemalangan udara Britain akan menjadi satu lagi kesan hitam pada reputasi Malaysia Airlines, keadaan yang CEO Ahmad Jauhari Yahya akui, 'banyak perlu dilakukan' dalam memulihkan imej penerbangan tempatan itu. – Gambar AFP, 11 April, 2014.  
Insiden kehilangan data rakaman kokpit di London pada 2012 yang ditimbulkan penyiasat kemalangan udara Britain akan menjadi satu lagi kesan hitam pada reputasi Malaysia Airlines, keadaan yang CEO Ahmad Jauhari Yahya akui, 'banyak perlu dilakukan' dalam memulihkan imej penerbangan tempatan itu. – Gambar AFP, 11 April, 2014. 

Sementara anggota operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sedang mencari sumber isyarat denyutan yang dikesan dalam beberapa hari ini di Lautan Hindi, penyiasat kemalangan udara Britain menyelar Malaysia Airlines kerana gagal menyimpan rakaman penerbangan semasa satu insiden di Lapangan Terbang Heathrow pada 2012, lapor Associated Press hari ini.
Dalam insiden 17 Ogos 2012 itu, sebuah Boeing 747 yang menuju ke Kuala Lumpur dengan 340 penumpang terpaksa patah balik selepas berlepas kerana kegagalan enjin dan elektrik.
Para juruterbang berpatah balik dengan menerbangkan pesawat tersebut secara manual dan mendarat dengan selamat.
Bagaimanapun, penyiasat daripada Jabatan Penyiasatan Kemalangan Udara meneliti dalam laporan mendapati segala maklumat audio berkaitan dengan insiden tersebut hilang kerana perakam suara kokpitnya masih berjalan selepas mendarat dan memadamkan data sebelumnya.
"Siasatan tersebut menampakkan prosedur yang dijalankan operator penerbangan tersebut tidaklah begitu teliti dalam memastikan semua rakaman dapat dipelihara dalam cara yang cekap jika berlaku apa-apa, seperti kemalangan," kata laporan tersebut.
Laporan itu juga menambah penerbangan itu sanggup melatih pekerjanya untuk memastikan mereka mengambil setiap langkah untuk menyelamatkan rakaman sebaik sahaja adanya kecemasan.
Laporan terkini daripada pakar penyiasat kemalangan udara ini merupakan satu lagi tamparan hebat kepada Malaysia Airlines yang sedang berdepan dengan kehilangan pesawat MH370 serta persaingan yang sengit daripada penerbangan lain..
Ketua Pegawai Eksekutif  Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya berkata baru-baru ini syarikat penerbangan tersebut ada 'banyak yang perlu dilakukan' dalam memulihkan imejnya selepas kehilangan MH370.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah peguam Umno Shafee "senjata baru upahan" Putrajaya, soal peguam dan bekas hakim

Posted: 10 Apr 2014 06:39 PM PDT


Pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivilnya dengan DAP menimbulkan persoalan sama ada beliau adalah 'senjata' untuk mencantas mereka yang melawan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. Pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivilnya dengan DAP menimbulkan persoalan sama ada beliau adalah 'senjata' untuk mencantas mereka yang melawan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2014. Peguam dan bekas hakim mempersoalkan mengapa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik mewakili Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam kes sivil antara agensi tersebut dengan DAP berhubung pemilihan dalaman parti tersebut.
Kebimbangan disuarakan sama ada Shafee menjadi "senjata upahan" baru Putrajaya untuk menundukkan individu atau pertubuhan yang melawan kerajaan.
Mereka mempersoalkan langkah tersebut, memandangkan Pejabat Peguam Negara sebagai penasihat perundangan persekutuan yang sepatutnya dilantik mewakili RoS.
Malah kata mereka, secara tradisinya Pejabat Peguam Negara sepatutnya mewakili RoS dan ini menimbulkan kehairanan apabila mereka dikecualikan kali ini.
Peguam DAP, Gobind Singh Deo berkata mengetahui mengenai pelantikan Shafee semasa semakan kehakiman permohonan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Gobind berkata seorang peguam rendah daripada firma undang-undang Shafee memberitahu pendaftar mahkamah RoS menghubungi peguam kanan tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
 
DAP, parti pembangkang utama Malaysia mencabar RoS kerana tidak mengiiktiraf senarai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas pemilihan terbaru pada September lalu.
Pemilihan kedua parti itu diadakan sembilan bulan kemudiaan, susulan arahan daripada RoS supaya mengadakan pemilihan semula.
Hakim bersara berkata Pejabat Peguam Negara memiliki peguam terbaik seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson untuk mengendalikan kes sivil.
"Saya masih tidak dapat lihat mengapa mereka tidak mampu mengendalikan hal tersebut melainkan ia pertarungan politik antara DAP dan Barisan Nasional," kata bekas hakim tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.
Beliau menyifatkan langkah tersebut menyebabkan kemampuan Pejabat Peguam Negara menjadi pertikaian.
Read More / Baca Lagi >>

Memali: Mahathir Ingat-Ingat Lupa Rupanya...!!!!

Posted: 10 Apr 2014 06:37 PM PDT

Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.

Musa juga menyebut bahawa beliau memujuk Mahathir agak membatalkan lawatannya ke China dengan tiga alasan iaitu kejadian Memali itu melibatkan Melayu dan Islam, berlakunya pula di negeri Kedah serta untuk menunjukkan keprihatinan dan ambil berat terhadap kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut Musa lagi, Mahathir menolak pujukannya dan meneruskan juga lawatannya ke China itu.

Namun demikian, Mahathir mengatakan beliau tidak ingat bahawa Musa pernah memujuknya untuk tidak meneruskan lawatan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Mula Terbongkar: Pesawat TUDM cari MH370 pada 8 Mac, tidak beritahu sesiapa.,.!!!

Posted: 10 Apr 2014 05:46 PM PDT


Pesawat AP-3C Orion pulang ke pangkalan Base Pearce selepas seharian mencari di Lautan Hindi untuk pesawat hilang, MH370 pada 8 April. Menurut laporan CNN, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8 pagi hari kehilangan pesawat itu menggerakkan operasi pencarian, tetapi tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). – Gambar Reuters, 11 April, 2014.  
Pesawat AP-3C Orion pulang ke pangkalan Base Pearce selepas seharian mencari di Lautan Hindi untuk pesawat hilang, MH370 pada 8 April. Menurut laporan CNN, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8 pagi hari kehilangan pesawat itu menggerakkan operasi pencarian, tetapi tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). – Gambar Reuters, 11 April, 2014. 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan sebuah pesawat untuk operasi pencarian MH370 kira-kira pukul 8 pagi, 8 Mac lalu sebaik saja Malaysia Airlines melaporkan pesawatnya hilang, lapor CNN.
Pesawat tersebut berlepas sebelum data sokongan pihak berkuasa menunjukkan pesawat tersebut terbang ke arah barat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia kepada CNN.
Namun, TUDM tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian pada 11 Mac lalu, seorang sumber terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN.
CNN difahamkan bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah individu terakhir yang bercakap dengan pusat kawalan udara dengan berkata 'Selamat malam, Malaysia Tiga-Tujuh-Kosong.
Sumber tersebut berkata kepada CNN tiada apa yang luar biasa mengenai suara tersebut yang tidak menunjukkan beliau berada dalam keadaan tertekan.
Salah seorang sumber yang terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN bahawa polis mengambil keterangan lima lagi juruterbang MAS lain yang mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang itu.
"Tiada suara pihak ketiga kedengaran," menurut sumber itu.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui.

"Keselamatan Negara"

Posted: 10 Apr 2014 05:05 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Semasa saya menjadi perdana menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh saya dan timbalan perdana menteri.
2. Ada kalanya saya memegang jawatan menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri memegang jawatan menteri dalam negeri yang bertanggungjawab ke atas polis.
Ada kalanya, apabila saya tentukan saya sebagai perdana menteri akan mengambil tugas menteri dalam negeri, maka timbalan perdana menteri akan dilantik sebagai menteri pertahanan.
Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan menteri pertahanan diberikan kepada menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting.
3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.
4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing, tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.
Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihati supaya saya tidak pergi ke luar negeri.
5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku.
Empat anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.
6. Saya begitu yakin bahawa timbalan perdana menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai pemangku perdana menteri.
Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincangkan "Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah" (Hansard).
7. Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalan perdana menteri yang memangku jawatan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Ambillah Pengajaran Dari Proses Pilihan Raya Indonesia

Posted: 10 Apr 2014 05:01 PM PDT

Oleh Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff
Selama dua minggu di Indonesia, saya melawati beberapa daerah untuk meneliti proses pilihan raya di negara ini. Tujuan saya sederhana: untuk meneliti kebaikan sistem pilihan raya di negara orang bagi memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya di negara kita.

Selama saya menulis, saya gembira dengan komen kawan-kawan. Walaupun ada segelintirnya yang teremosi, tetapi secara umumnya komen kawan-kawan adalah cukup bermanfaat. Cumanya, jika saya boleh tegur, elaklah dari memberi komen yang bersifat 'menyumpah menyeranah.' Ubah sedikit cara berbahasa dan berdebat. In Sha Allah, mutu perbincangan kita akan ada nilai tambahnya.
Analisis akhirnya, membandingkan sistem pilihan raya di Indonesia di Malaysia, saya dapati kita mempunyai banyak kelebihan dan kehebatan. Logistik kita hebat, kempen poster kita hebat, belanja kita hebat dan banyak lagi hebatnya.
Begitupun hebatnya, kita perlu tingkatkan lagi pelaksanaan proses pilihan raya kita dengan beberapa penambaikan. Antaranya:
i. Media kita perlu lebih terbuka supaya tidak lagi menyajikan pandangan sebelah pihak.
ii. Media kita tidaklah perlu terlalu mempropagandakan sesuatu isu sehingga menceroboh intelek rakyat.
iii. Media kita hendaklah mengajak pemimpin utama berbahas di tv supaya rakyat berpeluang menilai keupayaan dan kewibawaan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah

Posted: 10 Apr 2014 05:00 PM PDT

OLEH ZULKIFLI YAHAYA  
KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma 'tumpang tui' mencari nama. Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.
Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.
Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: 'Restoran jamban' idea pelik

Posted: 10 Apr 2014 04:55 PM PDT



Restoran berkonsepkan tandas yang beroperasi di pasar raya Johor Bahru City Mall, Johor Bahru.



JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya apabila sebuah restoran berkonsepkan tandas yang mengundang rasa jijik dalam kalangan masyarakat tempatan dibenarkan beroperasi di tingkat enam pasar raya Johor Bahru City Mall di sini.
Masakan tidak, pengunjung pastinya berasa geli apabila disajikan hidangan menggunakan bekas makanan menyerupai peralatan tandas seperti jamban dan tindakan pihak restoran itu dianggap suatu budaya kotor.
Pun begitu, pihak Restoran T Bowl yang memperkenalkan restoran berkonsepkan tandas itu menafikan mereka mempromosi- kan budaya pelik dan kotor dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pengurusnya, John Chai Wen Joan, 23, (gambar kecil) menegaskan, restoran itu tetap menghormati budaya dan kebersihan di negara ini dan pihaknya sekadar mengetengah suatu konsep idea baharu.
"Memang benar konsep ini seperti kamu lihat di Jepun atau Taiwan, namun suasana di restoran kami tidak sama.

Malaysia Kita: Panda China Tiba Rabu Depan

Posted: 10 Apr 2014 04:49 PM PDT



Panda betina, Fengyi yang bakal menambah tarikan di Zoo Negara
KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, akhirnya pasangan panda, Fu Wa dan Fengyi akan mula menjalani  kehidupan baharu di Zoo Negara, mulai minggu depan. Haiwan yang menjadi lambang kebanggaan China itu dijangka tiba pada Rabu depan menggunakan MASkargo.
Sumber memaklumkan, kehadiran pasangan panda itu sekali gus menolak spekulasi kononnya ia ditangguhkan atas sebab tragedi yang menimpa MH370, di mana majoriti penumpang dari negara berkenaan.
"Majlis khas akan diadakan sebaik panda itu tiba ke sini minggu depan. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama untuk kedua-dua panda berkenaan," katanya kepada mStar online di sini, Khamis.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: "Kaki berapi"

Posted: 10 Apr 2014 04:47 PM PDT

Kuala Terengganu: "Saya disoal bertubi-tubi sebelum dibakar hingga kaki hampir rentung," kata Addin Rusdam, 15, menceritakan detik cemas dia dan rakannya selepas kakinya dibakar seorang pemuda yang menuduh dia mencuri telefon bimbit.
Pelajar tingkatan tiga itu berkata, akibat kejadian 26 Mac lalu, dia dan rakannya, Ahmad Zahirul Amin Abdullah, 16, kini terlantar di wad dan baru selesai menjalani pembedahan menampal kulit paha di kedua-dua tapak kaki dan betis mereka yang melecur teruk.
Menceritakan semula kejadian, Addin berkata, dia dan rakannya itu dihubungi suspek berusia 30-an untuk datang ke sebuah rumah di Kampung Sura, Dungun.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, mereka diasak dengan soalan berkaitan kehilangan telefon bimbit milik anak saudara lelaki itu yang juga kenalannya di sekolah. Turut berada di rumah itu ialah tiga lelaki lain.
FotoAHMAD Zahirul dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Katanya, bapa saudara rakannya itu tidak berpuas hati apabila mereka memberitahu tidak tahu menahu mengenai kehilangan telefon bimbit berkenaan.

Malaysia Kita: "Pil tambah dosa"

Posted: 10 Apr 2014 04:45 PM PDT

Kuala Lumpur: Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.
Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.
Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

"Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
FotoJANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.

"Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya," katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.

Presiden FAM: ‘Saya sedia dicabar!’

Posted: 10 Apr 2014 04:44 PM PDT

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah sedia menerima sebarang cabaran sekiranya ada individu mahu mencabar kedudukannya sebagai peneraju badan induk bola sepak negara itu.
Katanya, sebagai manusia biasa, beliau tidak terkecuali kerana cabaran wujud dalam apa juga keadaan di dunia ini.

"Ia bukan perkara baru, tapi normal. Ini negara bebas, saya tidak mempunyai masalah jika ada individu yang mahu mencabar, silakan...tak kisah siapa sekalipun namun pendirian saya akan dibincang pada 19 April (Mesyuarat Jawatankuasa Exco FAM) ini," katanya selepas menerima penajaan dua kereta bagi pihak FAM daripada DRB-Hicom, semalam.

Malah Sultan Ahmad Shah menegaskan, beliau masih lagi Presiden FAM sehingga berlangsung Kongres Pemilihan FAM ke-50 pada 25 Mei nanti.
FotoSULTAN Ahmad Shah (tiga dari kiri) melihat kereta sumbangan DRB Hicom.

"Saya berhatikan batu, bertelingakan tempayan, seperti kata orang Melayu. Mereka boleh kata apa pun mengenai saya," katanya.

Tiada ulasan: