WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
[LIVE]Forum 4 Beradik - Ust Azli, Ust Amri, Ust Amir dan Ust Aswad Posted: 10 Apr 2014 07:03 AM PDT |
Pemilihan PKR: Saifudin calon pilihan akar umbi SIRI 7 Posted: 10 Apr 2014 01:37 AM PDT Pemilihan PKR: Saifudin calon pilihan akar umbi
Calon yang mengisi tempat kedua penting seharusnya seseorang yang tidak mempunyai perwatakan 'melawan tokey' dan boleh bekerjasama dengan Presiden Dr Wan Azizah ketika ketiadaan Anwar. Bagi jawatan presiden, hampir pasti Anwar akan menarik diri daripada terus bertanding kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang dihukum penjara melebihi setahun memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan. Ketika tempoh genting, presiden memerlukan seseorang yang mudah melaksanakan arahan. Tumpuan ahli PKR adalah untuk melengkapkan parti denagn pemimpin penyambung kekuatan Anwar, bukannya memberi masalah baharu kepada Anwar di dalam penjara. Persaingan jawatan terkini berlegar sekitar Azmin Ali, Saifudin Nasution dan Khalid Ibrahim. Tiga calon lain dianggap tidak sesuai untuk mengisi kerusi timbalan. Watak tidak disenangani Tiga watak yang bersaing hebat boleh disemak rekod masing-masing daripada jawatan yang sedang disandang. Azmin mempertahankan Timbalan Presiden, Khalid MB Selangor dan Saifudin Setiausaha Agung PKR. Bagaimanapun, Azmin paling tidak sesuai sebagai timbalan semasa ketiadaan Anwar. Gaya kepimpinannya yang lebih mengutamakan sekumpulan kecil pemimpin parti dan membentuk puak tersendiri dilihat menyukarkan presiden untuk menyatukan parti. PKR sejak sekian lama diresapi pelbagai jenis NGO yang mempunyai gaya kepimpinan berbeza. Perjuangan NGO sebahagiannya diterapkan dalam parti oleh kepimpinan peringkat cabang. NGO lebih merakyat dan menuntut pemimpin utama parti mesra rakyat. Azmin kurang mesra bersama rakyat. Masalah juga akan berlaku kepada Wan Azizah yang tidak sebulu dengan Azmin dalam kepimpinan parti. Sumber dalam PKR mendakwa Azmin kadang kala tidak mengikut arahan Dr Wan. Beliau juga didakwa dalam pilihan raya umum lalu banyak meletakkan calon yang rapat dengan dirinya di peringkat Dun mahupun Parlimen. Azmin turut mempunyai gaya kepimpinan yang kurang menyenangkan pemimpin PKR lain. Tidak banyak pemimpin yang sesuai berurusan dengannya. Beliau juga bukan reformis sejati. Azmin tidak gemar tunjuk perasaan jalanan. Puak yang pro demonstrasi melabelkan Azmin golongan pejabat, bukan pro jalan raya. Gadingan Azmin - Dr Wan dilihat tidak bermasalah ketika ini kerana kekuatan Anwar. Oleh itu, Azmin bukanlah calon pilihan untuk dikekalkan ketika ketiadaan Anwar beberapa bulan dari sekarang sehingga PRU ke 14. Khalid banyak kelemahan Calon yang dianggap popular selepas Azmin adalah Khalid Ibrahim. Khalid juga tidak sesuai untuk diangkat ke kedudukan Timbalan Presiden. Pemikiran Khalid lebih kepada birokrat sejati dan tidak mencetus idea penentangan berimpak tinggi kepada BN. Cara beliau menandatangani perjanjian air dengan kerajaan BN tanpa dibawa ke pengetahuan Exco Selangor terlebih dahulu, dan hanya membenarkan setiausahanya sahaja untuk mengkaji dokumen tersebut diragui akan mendatangkan kebaikan kepada parti jika dipilih sebagai Timbalan. Terdapat sumber dalaman parti mendakwa Khalid pernah melanggar beberapa arahan Dr Wan ketika proses menggantikan pegawai penting di MBI, GLC di bawah naungan MB. Oleh kerana amalan melantik pegawai tinggi atau pengerusi MBI meletakkan orang politik yang berkelayakan bagi memberi impak kepada perjalanan kerajaan negeri seiring politik PKR, maka Dr Wan mencadangkan nama tertentu mewakili parti tetapi ditolak mentah-mentah oleh Khalid. Akibatnya, dana sangat sukar untuk diperoleh pegawai khas Adun Pakatan Rakyat Selangor. Sikap Khalid yang terlalu berkira juga ditegur Anwar. Ketua Umum menghantar Setiausaha Agung parti Saifudin Nasution menjadi ketua staf di pejabat Menteri Besar. Bagaimanapun akibat campurtangan setiausaha politik Khalid, Saifudin tidak diberi apa-apa kuasa bersesuaian dengan kedudukannya. Sebaliknya diberi potforlio berkaitan luar bandar dan semua gerak kerjanya wajib melapor kepada setiausaha Khalid. Saifundin meletak jawatan kerana tidak diberi kebebasan bekerja. Gaya kepimpinan Khalid yang 'lebih Umno daripada Umno' mustahil melayakkan beliau menerajui parti reformasi. Malah gaya kepimpinan mengutamakan dua setiausaha tidak pernah dipraktikkan dalam Umno sekali pun. Dalam perebutan ini, hanya Saifudin yang dikira layak dipilih sebagai pemimpin nombor dua parti. Beliau datang dari era reformasi. Pernah berkelana ke Indonesia ketika Dr Mahathir mengganas di dalam negara, kemudian pulang membantu bersungguh-sungguh PKR dalam pilihan raya 1999, 2004 dan 2008 sehingga PKR menjadi cemerlang seperti hari ini. Saifudin juga disenangi oleh ahli akar umbi dan gaya kepimpinannya amat mesra rakyat. Beliau juga tidak mengutamakan kelompok tertentu atau 'inner circle' di sekelilingnya. Jauh sekali mengutamakan pertimbangan setiausaha politik berbanding pertimbangan majoriti ahli parti. Namun perkara paling penting adalah Saifudin sangat disayangi Anwar kerana ketaatannya dan sekiranya dipilih akan mampu melaksanakan arahan Anwar ketika pemimpin itu tidak berada bersama saf kepimpinan PKR. Saifudin juga rapat dengan Dr Wan dan para pemimpin PKR kepercayaan Anwar. Faktor terakhir ini tidak ada pada Khalid dan Azmin. Kedua-duanya dilihat tidak senang dengan pemimpin PKR yang dipercayai Anwar. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan