Isnin, 7 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MH370...Debaran memuncak

Posted: 07 Apr 2014 08:39 PM PDT


Selepas hilang pada pagi 8 Mac lalu, 32 hari ekemudian, 8 April, baru pihak berkuasa yang menyiasat misteri kehilangan pesawat MH370 buat kali pertamanya guna kapal selam kecik bawah laut.

Kali ini ia bukan cari kosong, sebaliknya berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh, bagi mengecilkan kawasan carian yang sebelum ini pernah menjangkau separuh dunia.

Kru kapal Australia mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.


Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

"Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

"Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar," katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

"Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi," jelasnya.

Sementara itu, kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga merupakan tempat pesawat yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.-8/4/2014

Hina Nabi: Filem Noah Diharamkan Di Malaysia

Posted: 07 Apr 2014 07:42 PM PDT


Pic:Sinar HarianPic:Sinar HarianSELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.
"LPF memutuskan sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini. Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," ujarnya.
Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.
Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.
Sudah jangka-Crowe
Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.
Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.
"Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu," katanya.
Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.
"Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
"Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam," kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.- SH

Hina agama: Kassim Ahmad dibicara 6 dan 7 Mei

Posted: 06 Apr 2014 11:47 PM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Mei ini untuk perbicaraan kes bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut pada hari ini.
  
Beliau juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris supaya jumlah jaminan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Syarie Ummamuddin Yunus sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Kassim dikekalkan.
  
Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah di hadapan Ummamuddin terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
  
Hari ini selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi, Kassim turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
  
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.
  
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.
  
Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Di luar mahkamah, ketika ditemui media, Ibrahim berkata pendakwaan akan memanggil lebih 10 orang saksi termasuk peserta seminar.
  
Ditanya sama ada pendakwaan akan memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merasmikan seminar itu sebagai saksi, beliau berkata pihaknya belum memutuskan untuk berbuat demikian.
  
Lagipun, katanya, setakat ini pihaknya belum merekodkan kenyataan daripada Dr Mahathir. - Bernama

MS - Kassim Ahmad dah ditangkap dan akan dibicara .... Si mamak kutty tu bila lagi?

Tiada ulasan: