RAKYAT MARHAEN |
- Menteri selar tahap keselamatan di timur Sabah, bimbang rugikan pelancongan
- Saman RM100j: Peguam Anwar hilang kelayakan kerana beliau Naib Presiden PKR
- Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah Tentera tangguh sidang selepas setuju lima daripada tujuh dakwaan cacat
- Dewan Rakyat 8 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Menteri Di JPM Bentang RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013
- Isyarat ping, hubungan dengan satelit di tempat sama sebelum MH370 menjunam ke laut
- Hudud tiada sebarang unsur politik - MB Kelantan
- Kualiti hidup, peluang profesional faktor halang rakyat pulang ke tanah air
- 10 juta Red Bean Army: Lagi tuduhan mengarut terhadap DAP
- Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah
- Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan.,.!!! Dunia Akhir Zaman...
- Audit: 14 peratus peniaga "Tukar" gulung tikar
- Audit: RM17.25j beli kasut Rela
- Audit: Alatan Ghaib @ Aset Hantu
- Ghafur desak Junaidi letak jawatan, bubar Esscom
- Ahli Parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan
- MCA Selangor tidak setuju dengan BN, menentang rampasan Bible
- India holds world's largest election
- British journalists demand release of Al Jazeera staff
- Families of jailed journalists speak out
- What you need to know about a black box
- Pilot: Black boxes designed to handle the worst conditions
- U.S. Navy on MH370 search: We are cautiously optimistic
- US secretly sending anti-tank weapons to Syrian rebels - reports
- Egypt upholds jail sentence of activists
Menteri selar tahap keselamatan di timur Sabah, bimbang rugikan pelancongan Posted: 07 Apr 2014 09:36 PM PDT Selepas para wakil rakyat Barisan Nasional, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyelar tahap keselamatan di Sabah sebagai berada dalam keadaan tidak memuaskan susulan insiden penculikan pelancong wanita warga China dan seorang pekerja Filipina di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Khamis lalu. Beliau berkata kerajaan sepatutnya lebih mempertingkatkan kawalan keselamatan di Sabah memandangkan ia bukan kali pertama kes penculikan melibatkan pelancong berlaku di negeri itu. "Apa sekalipun keselamatan di pantai timur (Sabah) adalah penting sekiranya kita nak membawa pelancong masuk, maka ia mesti berada di tahap terbaik. Insiden penculikan yang berlaku Khamis malam disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek, yang berkata ia tiada kaitan dengan kumpulan pengganas. Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata menyerbu resort peranginan berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Saman RM100j: Peguam Anwar hilang kelayakan kerana beliau Naib Presiden PKR Posted: 07 Apr 2014 09:32 PM PDT Peguam N Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan laporan berkaitan pencerobohan Lahad Datu. Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memutuskan, kemungkinannya terdapat konflik kepentingan ekoran kedudukan Surendran sebagai naib presiden PKR dan Anwar pula ketua umum. Surendran berkata akan merayu terhadap keputusan itu. Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mungkin akan mewakili Anwar semasa prosiding yang akan bermula pada 14 April. Saman itu diambil ekoran laporan mengaitkan Anwar dengan kes Lahad Datu, Sabah, awal tahun lepas. |
Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah Tentera tangguh sidang selepas setuju lima daripada tujuh dakwaan cacat Posted: 07 Apr 2014 09:28 PM PDT Mahkamah Tentera yang bersidang terhadap pilot Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membuat laporan polis kes dakwat kekal ditangguhkan selepas panel hakim sebulat suara membenarkan bantahan awal oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bahawa lima daripada tujuh tuduhannya cacat. Presiden panel itu, Saadon Hasnan berkata, perkara ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk memutuskan tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, katanya dua lagi dakwaan terhadap Mejar Zaidi Ahmad (gambar) akan dikekalkan. Mejar Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu, iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke-13. Laporan dibuat di hadapan Leftenan Korporal Sharil Aida Sabu pada jam 10.58 pagi ekoran dakwat kekal yang dicalit pada tangannya selepas mengundi hilang apabila dibasuh menggunakan sabun atau pencuci pingan mangkuk. Zaidi kemudiannya dimaklumkan oleh pihak atasan bahawa Panglima Tentera Udara mengarahkan agar beliau dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972. Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media. Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013. Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> |
Dewan Rakyat 8 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 07 Apr 2014 09:16 PM PDT |
Menteri Di JPM Bentang RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013 Posted: 07 Apr 2014 09:12 PM PDT |
Isyarat ping, hubungan dengan satelit di tempat sama sebelum MH370 menjunam ke laut Posted: 07 Apr 2014 07:39 PM PDT Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini. Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan. Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu. The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air. |
Hudud tiada sebarang unsur politik - MB Kelantan Posted: 07 Apr 2014 07:37 PM PDT KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya merupakan kewajipan berlandaskan ajaran al-Quran. Menurutnya, sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk menunaikan solat dan berpuasa, begitulah juga dalam aspek menegakkan undang-undang ALLAH. "Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengulangi komitmen kerajaan di dalam isu ini bagi mengingatkan semua pihak bahawa kewajipan kita terhadap al-Quran bukan sekadar membaca dan mengindahkan bacaan. "Sebaliknya lebih jauh dari itu iaitu dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kali ke-57 di sini, kelmarin. Read More / Baca Lagi >> |
Kualiti hidup, peluang profesional faktor halang rakyat pulang ke tanah air Posted: 07 Apr 2014 07:34 PM PDT Pendapatan yang tinggi, peluang kerja profesional yang lebih baik, dan kehidupan yang sempurna menyebabkan ramai rakyat Malaysia di luar negara berat untuk pulang bekerja di tanah air. Mengikut statistik agensi pencari bakat negara TalentCorp, seramai 2,500 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara berjaya dibawa pulang, namun jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan anggaran hampir sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara oleh Bank Dunia pada 2011. TalentCorp ditubuhkan pada tahun 2011, bertujuan mencari bakat tempatan yang bekerja di luar negara, menerima hampir 4,000 permohonan setakat sepanjang tempoh tiga tahun. Bagaimanapun, jurang kualiti kehidupan tidak terlalu besar jika dibandingkan Malaysia dengan negara luar, kata Johan. "Sebagai contoh, pendapatan di London memang tinggi, tetapi kita mesti tingkatkan kesedaran mereka mengenai kualiti hidup yang efektif selepas kos sara hidup, kadangkala jurang itu tidak terlalu besar," kata beliau. Bagi peluang profesional, Johan menyifatkan Malaysia masih mampu menyediakan peluang terbaik kerana kedudukan ekonomi negara yang baik. "Banyak negara membangun lain di dunia, ekonomi mereka secara relatifnya perlahan, tetapi Malaysia berkembang dengan kukuh," kata Johan. "Bagi faktor ketiga, ia meliputi banyak sebab. Ia benar terdapat beberapa rakyat Malaysia membangkitkan kebimbangan mengenai pendidikan, jenayah, situasi politik." Paling ramai pemohon program pulang ke Malaysia yang diperoleh Talent Corp adalah dari Singapura, disusuli United Kingdom, China, Australia dan Timur Tengah. Menurut laporan Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berjumlah US$303.53 bilion (RM991.2 bilion) pada 2012. Nilai KDNK Malaysia mewakili 0.49% ekonomi dunia. Read More / Baca Lagi >> |
10 juta Red Bean Army: Lagi tuduhan mengarut terhadap DAP Posted: 07 Apr 2014 07:22 PM PDT Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bukan saja tidak benar malah UMNO-BN dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di bawah mereka sebenarnya yang melahirkan "cybertrooper paling gila di dunia" untuk menyerang lawan politik mereka. "Hanya orang gila paling gila saja yang akan percaya dan menerima tuduhan mengarut itu. "DAP tidak mempunyai 'RBA' dan kami tidak membayar satu sen pun untuk mana-mana 'cybertrooper'," tegas Kit Siang. Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu berkata demikian sebagai respons kepada cybertrooper dan NGO UMNO-BN minggu lalu yang mendakwa DAP merancang untuk merekrut 10 juta 'cybertrooper' RBA menjelang PRU14. |
Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah Posted: 07 Apr 2014 07:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Memali jika benar beliau tidak bersalah dalam tragedi itu. Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang RCI perlu ditubuhkan untuk mencungkil kebenaran di sebalik tragedi Memali, terutama berikutan pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam. Pada 27 Mac lalu, Tun Musa mendedahkan bahawa Mahathir sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian pembunuhan 29 tahun lalu di Kampung Memali, Kedah. "Sudah lebih 20 tahun kebenaran di sebalik pembunuhan 18 orang individu dalam tragedi Memali masih tidak terjawab. Keluarga mangsa sehingga kini masih dihantui peristiwa pada 19 November 1985 itu, jadi RCI sangat diperlukan. "Adakah Mahathir telah membatalkan arahan Musa supaya menyuruh polis mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah dalam penangkapan Ibrahim Libya? Jika tidak, beliau harus menyokong RCI. "Rakyat berhak mengetahui punca sebenar di sebalik kematian Ibrahim Libya bersama 13 penduduk kampung dan empat anggota polis," kata beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan.,.!!! Dunia Akhir Zaman... Posted: 07 Apr 2014 07:02 PM PDT Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore. Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung. Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini. Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan. Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu. Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit. |
Audit: 14 peratus peniaga "Tukar" gulung tikar Posted: 07 Apr 2014 06:46 PM PDT Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, kedai-kedai yang mengalami kemerosotan nilai jualan antaranya berpunca dari persaingan dengan pasar raya berdekatan. Kedai yang menutup perniagaan mereka pula adalah kerana menghadapi masalah kekurangan modal dan kesukaran peserta mendapat bekalan barang jualan sebab tidak memaksimakan pulangan ke atas jualan stok sebagai pusingan untuk pembelian stok seterusnya. Terdapat peserta yang bertukar milik kedai selain menutupnya disebabkan peniaga kekurangan modal dan klausa dalam perjanjian pinjaman tidak terdapat larangan kepada peserta Tukar untuk menjual (kedai tersebut) dalam tempoh perjanjian berkuat kuasa, menurut laporan itu.Read More / Baca Lagi >> |
Audit: RM17.25j beli kasut Rela Posted: 07 Apr 2014 06:44 PM PDT SHAH ALAM - Pengurusan perolehan bagi 150,000 unit kasut (combat boot) adalah tidak teratur dan tidak menjaga kepentingan kerajaan serta tidak mendapat harga lebih rendah apabila perlu membelanjakan RM17.25 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan, oleh itu tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab kerana ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan. "Pada awalnya, setelah mengambil kira syor dan perakuan Jawatankuasa Penilaian Teknikal, harga terendah yang ditawarkan petender adalah RM16.20 juta (RM108 sepasang) dan tertinggi RM19.67 juta (RM131.10 sepasang). "Bagaimanapun, disebabkan petender harga yang terendah menghantar dua sampel untuk satu tender yang sama dengan nama syarikat sama adalah tidak adil dan wajar, urus setia Lembaga Perolehan B, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan supaya petender itu tidak dipertimbangkan untuk pembekalan combat boot Rela," menurut laporan itu. |
Audit: Alatan Ghaib @ Aset Hantu Posted: 07 Apr 2014 04:33 PM PDT Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, dikategorikan sebagai 'aset hantu' atau peralatan tiada di lokasi (V4L). Menerusi pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat semalam, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L di HTAR sementara baki 419 peralatan lagi tidak dapat disahkan status yurannya, sebaliknya yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF sudah dihentikan. Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan itu masih diteruskan dan jumlah lebih dibayar bagi peralatan berkenaan untuk tempoh antara lapan hingga 38 bulan ialah RM4,497. PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Ambrin menunjukkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, semalam. Berdasarkan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disertakan dalam laporan audit itu, 31 aset dijumpai semula di HTF, manakala di HTAR sebanyak 218 peralatan dikenal pasti tiada di lokasi dan laporan polis dibuat, 218 peralatan dilupuskan, tiga peralatan dipindah keluar dan enam peralatan dijumpai dan masih digunakan. |
Ghafur desak Junaidi letak jawatan, bubar Esscom Posted: 07 Apr 2014 04:25 PM PDT Beliau yang kecewa dengan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna berkata, jawapan Junaidi agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong, mengecewakan rakyat Sabah. "Jika timbalan menteri tidak mahu minta maaf, letak jawatan. "Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Ghafur, penubuhan Esscom juga perlu dibubarkan kerana ianya tidak mampu menangani masalah pencerobohan di perairan negeri itu. Beliau mencadangkan satu pasukan dibentuk dan diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri sendiri.Read More / Baca Lagi >> |
Ahli Parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan Posted: 07 Apr 2014 04:22 PM PDT Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu dibubarkan selepas beberapa siri penculikan masih berlaku di kawasan berkenaan walaupun lebih RM100 juta dibelanjakan oleh kerajaan, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghapor Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memandang serius isu berkenaan dengan meletakkan kawasan tersebut di bawah satu kementerian berkaitan. "Esscom ini tidak sukses. Jadi saya cadangkan kepada Perdana Menteri agar bubarkan Esscom. Kita mahu satu kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan yang mengetuai ini semua. "Bolehkah dia beri arahan kepada komander tentera? Tiada yang mahu dengar (mereka)," katanya semasa di Dewan Rakyat sewaktu membentangkan usul keselamatan Sabah di Parlimen hari ini. Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, diculik sekumpulan lelaki jam 10.30 malam pada Khamis. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek yang menyifatkan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas namun enggan mengulas lanjut mengenainya. Wanita warga China berkenaan berusia 28 tahun dan berasal dari Shanghai. Read More / Baca Lagi >> |
MCA Selangor tidak setuju dengan BN, menentang rampasan Bible Posted: 07 Apr 2014 04:15 PM PDT MCA Selangor yang tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas kitab Bible dalam bahasa Melayu dan Iban, melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Barisan Nasional (BN) yang bersetuju dengan dengan rampasan Bible bahasa Melayu Alkitab dan Bap Kudus. Tindakan Jais merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban Januari lepas membimbangkan pelbagai pihak kerana ia disifatkan melanggar hak beragama orang bukan Islam dan juga larangan penggunaan 40 perkataan Arab yang terkandung dalam undang-undang negeri Selangor. "Kita memang tidak setuju dengan tindakan Jais, kerajaan negeri Selangor perlu jelaskan mengapa mereka membiarkan perkara begitu berlaku, Bible untuk orang Kristian tidak sepatutntya dirampas," kata Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
India holds world's largest election Posted: 07 Apr 2014 04:10 PM PDT |
British journalists demand release of Al Jazeera staff Posted: 07 Apr 2014 04:08 PM PDT |
Families of jailed journalists speak out Posted: 07 Apr 2014 04:07 PM PDT |
What you need to know about a black box Posted: 07 Apr 2014 04:06 PM PDT |
Pilot: Black boxes designed to handle the worst conditions Posted: 07 Apr 2014 04:06 PM PDT |
U.S. Navy on MH370 search: We are cautiously optimistic Posted: 07 Apr 2014 04:05 PM PDT |
US secretly sending anti-tank weapons to Syrian rebels - reports Posted: 07 Apr 2014 04:04 PM PDT |
Egypt upholds jail sentence of activists Posted: 07 Apr 2014 04:02 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan