Kelab Greenboc |
- [HOT] Bekas Perempuan Simpanan MB Tuntut RM3 Juta
- [PANAS] Kes Raba Pelajar UiTM: Ini "Jawapan" Prof Izzi...
- Apakah Najib Akan Ambil Tindakan Ke Atas Utusan?
[HOT] Bekas Perempuan Simpanan MB Tuntut RM3 Juta Posted: 08 Apr 2014 01:02 AM PDT Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya. Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas. Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu. Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian. Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta. Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB. FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. -FMT |
[PANAS] Kes Raba Pelajar UiTM: Ini "Jawapan" Prof Izzi... Posted: 07 Apr 2014 07:40 PM PDT Kuala Lumpur – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya. Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu. Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.” Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini. Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya. “Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq. Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah. Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya. Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan. Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai. “Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri. Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan. -malayazoom ULASAN GB GB tidak tahu apa maksud pensyarah berkenaan hendak sampaikan dengan menyampaikan sepotong ayat : “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.” Apakah ia sebagai peringatan kepada pelajar yang menuduhnya, atau kepada dirinya sendiri, atau kepada semua orang yang sedang memperkatakan isu hangat tersebut. GB ambil jalan gtengah bahawa ia adalah untuk semua. Jika beliau tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pelahar berkenaan, maka tidak apa pun yang perlu dirisaukan. Fitnah tidak akan dapat merubah dan merobek kebenaran. Namun jika perkara yang didakwa oleh pelajar berkenaan itu adalah benar, maka menjadi kewajipan kepada beliau untuk memohon maaf kemudian bertaubat dengan Allah swt untuk tidak mengulangi perkara tersebut. Ia mudah diselesaikan tetapi memerlukan keberanian, keikhlasan dan kejatian diri yang tinggi untuk membuat pengakuan dan berani untuk mengambil tindakan mengubah sikap kepada yang lebih baik. Bukankah beliau seorang yang sering memberikan motivasi kepada orang lain? Maka beliau sebenarnya kini diuji dengan apa yang beliau sendiri ajarkan dan serukan kepada orang lain..... iaitu keberanian untuk memperakui bahawa kebenaran itu kebenaran... Sesungguhnya tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan daa tidak ada manusia nyang tidak berbuat dosa dan salah. Dan sebaik-baik mereka yang berdosa dan bersalah ialah yang bertaubat. Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)). Wallahu 'alam. |
Apakah Najib Akan Ambil Tindakan Ke Atas Utusan? Posted: 07 Apr 2014 04:33 AM PDT Najib akan biar teori konspirasi Utusan?' Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370. "Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan "tidak masuk akal" itu. Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini. "Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak. "Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan. "Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda? "Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?," soalnya. Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370' oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia. ULASAN GB Sekarang Najib diuji. Apakah beliau akan bertindak mengikut telunjuk John Mallot (bekas Duta Amerika ke Malaysia) untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana akhbar berkenaan telah mengaitkan kehilangan MH370 dengan peranan CIA? Kebenaran akan terbongkar juga (samada disengajakan atau tidak) oleh akhbar milik UMNO sendiri sepertimana penyiaran artikel berkenaan. Semua kini menumpukan perhatian kepada Najib. Apakah beliau seorang yang pemberani untuk membela Utusan atau pun beliau seorang pengecut terhadap teguran bekas Duta Amerika itu. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan