Isnin, 21 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Uqasha tak pakai coli?

Posted: 21 Apr 2014 08:52 PM PDT


INILAH gaun yang menyebabkan Uqasha dituduh tidak memakai coli.


PELAKON cantik, Uqasha Senrose sebelum ini hangat dengan kontroversi cintanya bersama pelakon Pekin. Reda daripada kontroversi cinta, namanya tiba-tiba menjadi sebutan baru-baru ini di laman sosial gara-gara sekeping gambar.
Dalam gambar yang diambil ketika dia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu portal hiburan, mStar Online di Kuala Lumpur itu, Uqasha yang hadir bersama adiknya, pelakon Nelydia Senrose tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.
Bagaimanapun, gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan. Sungguhpun begitu, Uqasha tetap menanggung malu apabila gambarnya itu disebarkan di internet dengan judul, 'Uqasha lupa memakai coli'.
Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Adakah Uqasha sedar dituduh tidak memakai coli apabila hadir pada satu majlis baru-baru ini?
UQASHA: Sebenarnya saya langsung tidak sedar sehinggalah saya pulang ke rumah selepas majlis tersebut. Apabila saya melihat Twitter, saya sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa saya tidak memakai coli.
Apakah benar anda tidak memakai coli seperti yang didakwa?
Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.
Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya?
Sebelum keluar rumah saya sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang saya pakai. Memang saya tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa. Mungkin baju itu tersalah jahit dan memperlihatkan seolah-olah saya tidak memakai coli.
Komen anda apabila orang ramai mengutuk anda dengan dakwaan mengikut fesyen artis Hollywood?
Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.
Apakah anda malu dengan kontroversi ini?
Ya, memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya.
Pengajaran yang anda peroleh selepas kejadian ini?
Ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana orang ramai memerhati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki apa yang saya pakai.
Namun, siapa saya untuk ubah fikiran orang, mereka tetap akan bercakap tanpa henti jika ada yang tidak kena pada mata mereka.
Adakah anda gemarkan pakaian yang seksi dan berjenama?
Saya tidak kisah tentang jenama kerana pakaian bundle pun saya pakai asalkan ringkas dan selesa. Kalau ikutkan saya bukanlah jenis yang suka berhias sangat. Baju pula saya suka yang ringkas dan tidak seksi melampau. Sejak kebelakangan ini saya lebih suka berpakaian agak sopan tetapi cantik dipandang.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya anda?
Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Kalau Itu Jodoh Kita untuk siaran TV AlHijrah. Walaupun tidak berapa sihat kerana kepenatan disebabkan jadual kerja yang padat, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Minggu ini bermula Isnin, saya akan berada di Gold Coast, Australia hingga hujung April bagi penggambaran drama dan juga sebuah telefilem untuk hari raya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2zaAW9nhc 
Hakcipta terpelihara 

DAP Tegaskan Pakatan Tolak Hudud

Posted: 21 Apr 2014 07:54 PM PDT



PETALING JAYA: Pendirian pakatan pembangkang mengenai hudud kekal apabila DAP sekali lagi menegaskan mereka menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendirian Pakatan Rakyat mengenai perkara itu tidak pernah berubah dan isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Di bawah Pakatan Rakyat mesti ada konsensus daripada kesemua tiga parti politik apabila melibatkan persoalan dasar.

"Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu mengenai Pakatan Rakyat sokong hudud adalah tidak berbangkit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Lim, persetujuan bersama Pakatan Rakyat sejak awal termasuk menerusi manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak mengandungi persetujuan mengenai hudud atau pembentukan negara Islam.

Bagaimanapun menurut Lim, semua parti sekutu Pakatan Rakyat bebas memperjuangkan dasar dan matlamat masing-masing menerusi amalan demokrasi.

Kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

“Saya ada bukti Tun Daim punya akaun di Tanzania” – Anwar

Posted: 21 Apr 2014 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).
"Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.
Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.
"Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.
"Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.
"Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.
"Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.
"Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank 'istimewa'. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.
"Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini," kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.
Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.
"Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.
"Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun," kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60893

Tiada ulasan: