Isnin, 21 April 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


KARNIVAL JOM KE MASJID 2014 - SEMBANG DAEI BERSAMA UAI

Posted: 21 Apr 2014 09:00 PM PDT

Pemilihan 2014: Wan Azizah Kekal Presiden, Anwar Tarik Diri

Posted: 21 Apr 2014 08:56 PM PDT

Pengarah JPP umumkan Ds Anwar Ibrahim tarik diri sebagai calon Presiden Keadilan, Ds Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding


Kenapa Begitu Cepat Sijil Kematian Penumpang MH370 Mahu Dikeluarkan?

Posted: 21 Apr 2014 08:40 PM PDT

Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.

Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan betujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.

Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang uji, ternyata tiada langsung kaitannya dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.

Di ketika yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.

Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang ditelit ketika ini.

Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakitan.

Read More / Baca Lagi >>

Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

Posted: 21 Apr 2014 08:38 PM PDT

SHAH ALAM 22 APRIL: Program larian bagi menunjukkan komitmen menjadikan negara bebas rasuah yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu memberi apa-apa kesan dalam usaha memerangi rasuah.
Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop berkata sebaliknya program yang dijalankan itu hanya merupakan percubaan Kerajaan BN memberi persepsi kononnya bersungguh-sungguh membenteras rasuah.
"Rakyat sekarang sudah bijak. Mereka juga tahu program seumpama ini hanya untuk membina persepsi positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan sahaja. Tidak lebih, tidak kurang dari itu.
"Sepatutnya, apa yang penting ambil tindakan orang yang rasuah tanpa mengira warna kulit, pangkat, tidak memilih bulu seperti darjat, politik dan sebagainya.
"Maknanya tanpa takut semua kena ambil tindakan tegas kerana rasuah merosakkan masyarakat dan perlu dibenteras hingga akar umbi," kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Beliau menambah di negara ini, tindakan hanya diambil terhadap penjawat awam yang tidak mempunyai pengaruh dan kedudukan yang tinggi.
"Masalahnya di Malaysia mereka yang pemimpin atasan makan rasuah tidak diambil tindakan, yang dikenakan tindakan adalah kerani, Lans Koperal atau Sarjan dalam polis dikenakan tindakan," kata beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

Posted: 21 Apr 2014 08:37 PM PDT

SHAH ALAM 22 APRIL: Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam digesa mengetatkan pemeriksaan rekod keselamatan semua syarikat penerbangan dan prosedur standard operasi (SOP) di Malaysia.
MH192Kesatuan Anak-Anak Kapal Kebangsaan (Nufam) dalam satu kenyataan media berkata syarikat penerbangan perlu memastikan pemeriksaan keselamatan dijalankan 100 peratus sebelum pesawat dibenarkan berlepas dengan tidak memandang ringan perkara itu.
Nufam berkata isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh selepas beberapa insiden dalam sektor penerbangan berlaku sejak kebelakangan ini.
Katanya, walaupun insiden pesawat MH192 ke Bangalore yang terpaksa balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) yang mengalami masalah tayar pecah selamat, namun tidak dinafikan ia berkait dengan pemeriksaan keselamatan.
"Kami faham isu keselamatan boleh terdedah pada bila-bila masa, namun kejadian sebegini tidak boleh berlarutan.
"Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun pihak yang terlibat dalam industri penerbangan perlu memandang serius isu keselamatan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya 6 inkues dari 80 kematian dalam tahanan

Posted: 21 Apr 2014 08:36 PM PDT

ERIC_PAULSEN
KUALA LUMPUR 22 APR: Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty (LFL) Eric Paulsen mendedahkan, hanya enam inkues dari 80 kematian dalam tahanan dilakukan dalam tempoh empat tahun.
"Hanya enam inkues daripada 80 kematian dalam tahanan dilakukan dalam tempoh empat tahun. Proses ini sangat perlahan, rumit dan sangat tidak memuaskan," kata Eric dalam kenyataan.
"Sebanyak 144 penjenayah yang mati dalam tahanan dari tahun 2000 hingga Februari 2010 serta sebanyak 298 penjenayah ditembak mati oleh polis dari tahun 2007 hingga Ogos 2012.
"Hanya sedikit anggota polis didapati bersalah dan kurang dakwaan jenayah untuk sebarang kesalahan," kata Eric.
Justeru beliau menolak rancangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang mengumumkan menggantikan sistem inkues dengan Mahkamah Koroner.
15 April lalu, Kabinet memutuskan untuk menubuhkan Mahkamah Koroner secara tetap di setiap negeri bagi mengendalikan kes kematian dalam tahanan dan diketuai seorang koroner yang dilantik dari kalangan hakim kanan Mahkamah Sesyen dan bukannya Majistret.
Katanya, penubuhan Mahkamah Koroner tidak dirunding terlebih dahulu dengan Majlis Peguam dan masyarakat awam dan boleh menimbulkan pelbagai kontroversi.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh umum status penumpang dan kru MH370

Posted: 21 Apr 2014 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menanggguhkan hasrat untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ini kerana menurut Pengerusi Sukarela Peguam (SukaGuam) Khairul Anwar Rahmat ada hikmah di sebalik mengapa Islam dan Peruntukan Undang-undang memberikan tempoh yang lama.

Katanya, menurut Islam orang hilang dipanggil sebagai al-mafqud dan sudah ada Fatwa Kebangsaan yang jelas berkenaan hukum dan tempoh yang perlu ditunggu iaitu sehingga empat tahun.

"Anggaplah kematian mengikut undang-undang sivil Sekesen 108 Akta Keterangan pula seseorang hanya boleh dianggap sudah meninggal dunia selepas tujuh tahun dari tarikh mula hilang," katanya dipetik Berita Harian.

Justeru katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa mengisytiharkan status penumpang dan pesawat MH370 meninggal dunia atau hilang dan tidak mungkin dikesan.
Read More / Baca Lagi >>

Legasi Harimau Jelutong

Posted: 21 Apr 2014 08:33 PM PDT

Dr Mujahid Yusof Rawa

Pepatah yang menyatakan bahawa "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" ada pada Karpal Singh.

Pertama, secara majazinya 'Harimau Jelutong' itu telah meninggalkan belang, kedua secara hakikinya mendiang meninggalkan nama yang besar sebagai ahli politik yang disegani kawan dan lawan.

Jarang seseorang dapat memenuhi perumpamaan ini secara majazi dan hakiki dalam menggambarkan ketokohan seseorang individu yang meninggalkan kita.

'Singh is King'

Ungkapan ini pernah dipakai oleh Karpal sesuai dengan ugutan yang diterimanya daripada Pemuda Umno. Saya ada di dalam Parlimen semasa mendiang mempertikaikan tindakan beberapa Pemuda Umno yang cuba menghalangnya di Parlimen.

Antara ungkapan lain yang disebut oleh Karpal dalam suasana yang tegang dalam Parlimen semasa itu ialah, "Ini Pemuda Umno celaka!" lalu Yang Di-Pertua Dewan Rakyat mencelah supaya ditarik balik kata-katanya itu tetapi Karpal enggan.

Setelah didesak beberapa kali Karpal setuju dengan berkata, "Saya tarik balik, tetapi ini Pemuda Umno memang celaka". Saat itu heboh dewan dengan ketawa daripada anggota dewan.

Karpal memang terkenal dengan perkataan berbisanya seperti "jangan main-main..." apabila beliau ingin mendesak sesuatu tindakan diambil segera.

Dialek Indianya dalam berbahasa Melayu seringkali mencuit hati anggota dewan tetapi isi ucapannya senantiasa mendapat perhatian pihak BN kerana sengatannya yang berbisa kepada ahli Parlimen BN.

Dewan pastinya akan sunyi selepas ini tanpa Singh is King.

Saya dan DAP

Saya mula mengenali DAP semasa di bangku sekolah menengah lagi melalui poster-poster pilihan raya apabila berlangsung pilihan raya umum.

Sebagai anak Pulau Pinang yang membesar di Georgetown lambang DAP tidak menjadi sesuatu yang menakutkan saya walaupun tanggapan saya terhadap DAP semasa di bangku sekolah adalah stereotaip sama macam budak Melayu sezaman dengan saya.

Sebagai seorang yang membesar dalam rumah pemimpin PAS, saya sukar menerima pandangan Umno apatah lagi media menyerang PAS setiap hari tetapi saya juga tidak melihat DAP mempertahankan PAS pada masa itu.

Saya boleh rumuskan semasa di bangku sekolah saya melihat DAP dari kaca mata PAS yang melihat DAP tidak banyak membantu malah sikap 'anti-Melayu DAP' begitu mencengkam dalam benak anak muda Melayu pada zaman saya.

Read More / Baca Lagi >>

Hasil kajian cara Putrajaya tangani MH370 gambarkan persepsi awam, kata Merdeka Center

Posted: 21 Apr 2014 08:32 PM PDT


 
Kaji selidik yang menunjukkan hanya 26% daripada 1,029 respondan bersetuju Putrajaya boleh dipercayai tentang tragedi penerbangan Malaysian MH370 adalah petunjuk tentang persepsi awam terhadap cara kerajaan mengendalikan tragedi itu, kata penyelidik yang dihormati Merdeka Center.
Ketika memberikan reaksi terhadap penolakan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap keputusan kaji selidik itu, Pengarah Merdeka Center Ibrahim Sufian berkata, walaupun Putrajaya melakukan yang terbaik dalam mengendalikan tragedi itu, pelbagai teori konspirasi dan maklumat yang lambat sampai daripada pihak yang berkaitan menjadi punca persepsi negatif ini.
"Ia isu yang banyak berkaitan media dan tiada apa yang diketahui orang ramai selain apa yang dilaporkan di media dan media sosial.
"Keputusan kajian menggambarkan pemikiran orang ramai. Ia mungkin tidak mencerminkan kebenaran, namun ia menggambarkan persepsi berdasarkan maklumat yang mereka peroleh," katanya.
Hasil kajian itu mendapati 26% responden percaya kerajaan telus sementara 54% lagi berkata kerajaan menyembunyikan kebenaran tentang MH370.
Read More / Baca Lagi >>

Beri bukti ‘walau kecil’ sebelum keluar sijil kematian, kata keluarga MH370 dalam emel selar kerajaan

Posted: 21 Apr 2014 08:31 PM PDT

Menjelang cadangan Malaysia mengeluarkan 'sijil kematian' kepada semua penumpang dan anak kapal MH370, teman kepada penumpang Amerika Syarikat yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang menimbulkan persoalan tentang analisis data satelit yang memberi kesimpulan bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi di mana misi carian dijalankan.
Di dalam emel bagi pihak 'The United Families of MH370', Sara Bacj yang temannya Philip Wood antara 239 penumpang MH370, meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan mengapa ia setuju dengan analisis yang diberi oleh Inmarsat, syarikat satelit Britain.
"Mereka gagal berkongsi sebab mengapa mereka menerima sumber tunggal (Inmarsat) bagi analisis yang menggunakan kaedah yang belum digunapakai, sebagai asas utama memberi kesimpulan pesawat tersebut terhempas dan tiada yang terselamat," katanya dalam emel tersebut, dipetik dari Wall Street Journal.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu sidang berita kecemasan mengumumkan penerbangaan MH370 'berakhir' di kawasan terpencil di Lautan Hindi.
Malaysia Airlines pula sementara itu memaklumkan keluarga penumpang tersebut bahawa tiada yang terselamat.
Najib kemudiannya memberitahu Parlimen pengumuman tersebut diberi supaya tidak kelihatan seperti kerajaan tidak telus selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal pertahan Perlembagaan, Dr Mahathir yang hina hudud, kata Mat Sabu

Posted: 21 Apr 2014 08:30 PM PDT


Tindakan beberapa ahli politik seperti Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Nawawi Ahmad yang menghina Karpal Singh kerana menganggapnya menghina hukum hudud dikatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai tindakan yang jijik dan tidak mencerminkan ajaran Islam. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.  
Tindakan beberapa ahli politik seperti Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Nawawi Ahmad yang menghina Karpal Singh kerana menganggapnya menghina hukum hudud dikatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai tindakan yang jijik dan tidak mencerminkan ajaran Islam. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.

Dalam mempertahankan rakan seperjuangannya sejak sekian lama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.
"Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
"Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.
Mohamad dan Karpal bersama-sama meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada 1987.
Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak mengatakan apa-apa apabila Dr Mahathir menghina hukum Islam itu.
"Mengapa apabila orang Islam seperti ini menghina hudud, saya tidak dengar pun pemimpin Umno memberikan komen tajam, termasuk mufti.
"Orang seperti (ahli Parlimen Langkawi) yang berakhlak bodoh sombong tetap ada dalam sejarah.
"Komen awal beliau itu mencerminkan pemikiran beliau walaupun sudah meminta maaf selepas itu," katanya, merujuk kepada penghinaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad terhadap mayat Karpal yang terbunuh dalam kemalangan ngeri Khamis lalu.
Read More / Baca Lagi >>

'Jika tak suka, pergi tempat lain' kata MB N9 kepada peniaga

Posted: 21 Apr 2014 05:58 PM PDT

Jika tak suka, pergi tempat lain 
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.

Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.

"Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.

"Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sekat Rafizi ke Sarawak, sabotaj KEADILAN hadapi p’raya negeri

Posted: 21 Apr 2014 05:40 PM PDT

RafiziKUCHING 22 APR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengusirannya memasuki Sarawak bertujuan menghalangnya daripada membantu KEADILAN Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.
"Amat jelas sekatan itu bermaksud untuk menghentikan kami daripada menolong KEADILAN Sarawak bagi pilihan raya," katanya seperti dilapor Malaysian Insider.
Rafizi dihalang memasuki Sarawak semalam, menjadikannya sekatan kedua pihak berkuasa negeri itu terhadapnya.
"Saya diusir dari Sarawak lagi. Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur," kata Rafizi yang dipetik melalui laman Twitternya, petang semalam.
Rafizi ditakrif sebagai orang yang dilarang masuk ke Sarawak menurut Seksyen 8 (3) yang dibaca bersama Seksyen 65 A/1 Akta Imigresen 1959/63.
Kali pertama Rafizi disekat memasuki Sarawak pada 25 Mac lalu bersama MP Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Mereka dihalang memasuki Sarawak apabila tiba di Lapangan Sibu bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil, Balingian.

Persepsi lwn Realiti Dalam Era Internet

Posted: 21 Apr 2014 05:03 PM PDT

A Kadir Jasin

SEMALAM (21 April) saya dijemput oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk "bersembang" mengenai isu semasa, khususnya yang berkaitan dengan peranan media massa.
IDR adalah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir bagi menyemarakkan semula tradisi berfikir serta membantu menyelidik hal-hal berkaitan siasah dan pentadbiran negeri.
Dua majlis diadakan. Satu membabitkan kalangan politik Barisan Nasional bertempat di kediaman rasmi MB dan satu lagi melibatkan kakitangan kerajaan awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.
Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.
Pemerintah dan parti-parti politik perlu memahami penghijrahan audiens daripada media tradisional/media arus perdana kepada media atas talian, khususnya media sosial dalam usaha mereka merancang strategi komunikasi masing-masing.
Konspirasi Media Asing
Menjawab hujah dan pertanyaan peserta, saya berkata yang saya tidak nampak ada konspirasi (persekongkolan) oleh media massa luar untuk membusukkan nama Malaysia, khususnya dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370 MAS pada 8 Mac lalu.
Daripada pemerhatian saya, selain beberapa berita yang sedikit disensasikan dan disuntik dengan unsur-unsur nasionalisme serta emosi, khususnya oleh media massa China, laporan mengenai tragedi itu umumnya faktual.
Saya maklumkan kepada audiens bahawa selagi pesawat itu tidak ditemui, selagi itulah media massa akan melaporkannya dan mengisi ruang yang tidak terjawab dengan teori dan spekulasi. Selepas itu, sekiranya pesawat berkenaan ditemui, siasatan mengenainya pula akan menjadi tumpuan pemberitaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah

Posted: 21 Apr 2014 04:56 PM PDT

Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini:



Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..

Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!


Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan.


Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia "adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi."
Read More / Baca Lagi >>

Tangisan bila Sang Harimau berjasa wafat

Posted: 21 Apr 2014 04:54 PM PDT

Zahid Naser

Gunung Hantu tempat helang,
Menjaga alam, bersarang besar;
Keadilan dipagar, dihalang-halang,
'Harimau' datang menghambat pagar.

Walau luka terkena duri,
Ngauman tidak jadi esak-esakan;
Walau mati 'Harimau' digari,
Ngauman menghantu igau kezaliman.

Saya biasa menangis atas beberapa kematian. Kematian itu memang begitu, mengusik perasaan dan selalu membuat kita terinspirasi.
Saya menangis tatkala Almarhum Dato' Al-Ustaz Fadzil Noor wafat, saya juga menangis tatkala Dr Lo'lo' Ghazali wafat, saya juga menangis tatkala seorang pemimpin wanita Indonesia, Ketua Wanita PKS wafat, Dr Yoyoh Yusroh.
Bahkan saya pernah menangisi kematian saudara  dan seorang sahabat Iman Syafiq Abdul Rahman, seorang aktivis muda tegar Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Saya menangis kerana mereka memberikan inspirasi dan mengesani kehidupan dan perjuangan saya.
Entah kenapa, ketika kewafatan Karpal Singh juga membuat saya menangis. Seperti saya menangis tatkala menonton filem Bhagat Singh, Bhagat Singh digantung kerana memperjuang kemerdekaan India menenangkan ibunya beberapa saat sebelum dia digantung dengan penuh ketenangan dan tanpa ragu.
Ajay Devgan melakonkan watak Bhagat Singh membuat hati terasa sayu atas keteguhan perjuangannya dan rakan-rakan, Sukhdev dan Rajguru.
Ya, sebagai seorang aktivis masyarakat sivil yang cenderung dan aktif dalam perkaderan pemuda-pemuda Islam dan wacana-wacana pemikiran politik dan agama. Sosok seperti Karpal Singh membuat kami terkesan sekali.
Sewaktu 7 tahun
Saya terutamanya, mengenali sosok itu sedari umur 7 tahun. Terus saya membesar dengan sebuah gambaran beliau sebagai tokoh peguam tersohor di Malaysia (tidak menafikan beberapa peguam dan aktivis undang-undang lain).
"Haaa, Zahid... Hang kena tau, ni dia Karpal Singh. Peguam paling best dan paling hebat di Malaysia ini!"
Kata ibu saya kepada kial anak sulungnya.
Pun saya membesar, dengan gambaran jelas yang terlekat di fikiran... Sampailah umur saya merentet 11 tahun.
Umur 11 tahun yang tidak berapa hendak mumayyiz itu disentap lagi oleh sosok karisma seorang Karpal Singh.
Sekali lagi menjengah sebagai hero seorang kanak-kanak hingusan seperti saya. Ya, Karpal Singh, Christopher Fernando dan rakan-rakannya itu bagai Power Rangers pada pandangan mata kanak-kanak yang kini bagai dirasuk 'semacam perjuangan'! Perjuangan Reformasi.
11 tahun dan Reformasi '98'
Sorakan gempita Reformasi muncul. Tahun 1998, Anwar dipecat.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan mendiang Karpal Singh vs perjuangan Umno dan BN

Posted: 21 Apr 2014 04:51 PM PDT

Datuk Nur Jazlan Mohamed

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Pengerusi DAP, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan peguam terkenal, mendiang Karpal Singh terutamanya anak mendiang, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong, atas kematian bapanya dalam kemalangan tragis pada awal pagi Jumaat lalu.
Sesungguhnya, mungkin ini kali pertama majlis pengebumian seorang tokoh pembangkang menerima penghormatan tertinggi daripada sebuah negeri dan kematian mendiang Karpal Singh diratapi bukan sahaja ahli keluarganya, rakan-rakan atau ahli DAP tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Walaupun tidak mengenali mendiang Karpal Singh yang turut dikenali dengan gelaran 'Tiger of Jelutong' secara peribadi, tetapi saya amat kagum dengan kesungguhan serta perjuangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam sistem perundangan negara serta kancah politik negara.
Secara tidak langsung, perjuangan politik mendiang Karpal Singh selama 40 tahun lebih kurang sama dengan arwah ayahanda saya, Tan Sri Mohamed Rahmat atau Tok Mat dan mereka juga adalah rakan ketika sama-sama menjadi Ahli Dewan Rakyat bermula sekitar tahun 70-an.
Jika ada yang beranggapan bahawa dengan pemergian mendiang Karpal Singh buat selama-lamanya akan mengubah hala tuju perjuangan parti DAP, saya tidak yakin ia akan berlaku memandangkan parti itu berada dalam 'kelasnya' tersendiri dalam kancah politik negara yang begitu mencabar.
Tambahan pula, dua anak mendiang iaitu Gobind dan Jagdeep adalah wakil rakyat DAP dan mempunyai kedudukan serta pengaruh dalam DAP sekaligus sudah pasti meneruskan legasi mendiang Karpal Singh.
Satu perkara yang paling menarik dalam perjuangan politik mendiang Karpal Singh sepanjang pemerhatian saya, adalah semangatnya yang tidak pernah memperjuangkan isu membabitkan sesuatu kaum secara khusus.
Sebaliknya, beliau sentiasa konsisten dengan perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik dan benar-benar bersikap sebagai seorang ahli pembangkang yang profesional dengan memberikan fakta serta hujah yang logik serta objektif berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Kepetahan mendiang Karpal Singh di mahkamah langsung tidak tergugat ketika dalam sesi Dewan Rakyat dengan jelas mengkritik segala dasar kerajaan, terutama sekali yang berkaitan dengan undang-undang atau perkara yang dilihat membelakangkan undang-undang atau Perlembagaan Negara.
Disebabkan itu, walaupun berkerusi roda selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2005, mendiang Karpal Singh terus menjadi idola, contoh serta ikutan perjuangan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang muda dalam DAP yang terus gigih hadir ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib rakyat.
Perjuangan inilah, yang bagi saya menyebabkan mendiang Karpal Singh sentiasa dihormati kawan serta lawan dan buktinya lebih 5,000 rakyat hadir bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ahad lalu.
Status serta perjuangan beliau ini juga menyebabkan kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan mendiang pengebumian negeri serta menamakan sebatang jalan di negeri itu dengan nama Karpal Singh bagi menghargai jasa serta pengorbanan mendiang.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal komited kepada Malaysia

Posted: 21 Apr 2014 04:47 PM PDT


Ketika itu, peguam-peguam muda seperti saya berasa teruja sekiranya Karpal ada di mahkamah. Kami akan menyelinap masuk ke kamar perbicaraan dan melihat beliau beraksi.

Orangnya tinggi dan besar; yakin dan tidak gentar dalam mengendalikan apa yang kami anggap sebagai kes-kes 'sukar' seperti pembelaan Barlow dan Chambers serta perdebatan sengit dengan DP Vijandran.

Jika dikenang kembali, saya selalu berasakan tatkala kami bertungkus-lumus mengejar "billable hours" (jam kerja) kami untuk melayani klien-klien korporat, Karpal sudah mula menempa namanya dalam sejarah.

Apabila saya mula menjadi penulis sepenuh masa, pengaruh Karpal sudah berkembang. Beliau begitu lantang dalam menegakkan keadilan dan pendukung kuat konsep Malaysia yang sekular- konsisten hingga ke akhir hayatnya.

Saya masih ingat suasana semasa menyertai satu perhimpunan meraikan penyokong Pakatan Rakyat di Puchong usai pilihan raya 2008.

Pada mulanya, orang ramai bersorak memberikan sambutan hangat apabila Teresa Kok tiba. Beberapa minit kemudian, Karpal tiba bersama ahli keluarganya. S

etelah sekian lama tidak bertemu dengannya, saya agak terkejut melihat perbezaan sosok fizikalnya yang telah susut disebabkan kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 2005.

Biarpun semakin kurus, auranya masih kekal. Ini terbukti apabila orang ramai begitu bersemangat dan berpusu-pusu ingin menyambut kedatangan beliau yang duduk di kerusi roda menenggelamkan sambutan diberikan kepada Teresa.

Saya bertanya kepada salah seorang hadirin mengapa beliau begitu dihormati dan disanjung ramai. Wanita itu menjawab ringkas: "Kami sayangkan Karpal kerana beliau mewakili kami semua: kaya atau miskin, Cina, Melayu atau India. Beliau berani dan jujur."
Read More / Baca Lagi >>

Pembinaan persepsi dalam politik

Posted: 21 Apr 2014 04:46 PM PDT

DALAM satu majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia (1985), Ustaz Abu Bakar Hamzah ada  berkata "Pengetahuan orang tentang diri saya, melebihi pengetahuan saya sendiri." Kata-kata itu bernilai jenaka, dan dalam jenaka ada kebenaran. Kebenaran itu akan menonjol jika seseorang berfikir panjang.

Abu Bakar tentulah tahu tentang dirinya, tetapi orang lain lebih tahu. Sekarang kita bawa kenyataan itu untuk dikenakan kepada orang lain, khususnya tokoh-tokoh dalam masyarakat.

Setiap tokoh mungkin berasakan dirinya berada pada tahap tertentu, namun ukuran orang lain tidak demikian. Tidak sedikit jumlah orang yang merasakan dirinya cemerlang, tetapi orang lain melihatnya sebagai manusia yang penuh kelemahan, dan sebaliknya ada pula berasakan dirinya serba kekurangan, manakala orang lain melihatnya sebagai tokoh hebat.

Sanjungan orang terhadap tokoh politik bergantung pada keupayaannya membina persepsi positif. Pada masa tokoh A berusaha membina kehebatan, pihak musuh atau rivalnya berusaha untuk menggerhanakannya, malah melemparkan lumpur kecemaran kepadanya.

Ertinya sentiasa ada pihak yang berusaha membina persepsi negatif terhadap si tokoh. Pihak musuh mungkin berada dalam parti berlawanan, tetapi mungkin juga berada dalam parti yang sama.

Bicara ini bertujuan menyarankan diskusi tentang persepsi. Menurut Teori Anjakan Makna, pujian dan kecaman boleh bertukar tempat. Perhatikan sederet ahli politik yang beralih rasa dan bertukar parti.

Apabila seseorang meninggalkan parti A dan memasuki parti B, namanya yang harum dalam kalangan ahli-ahli parti A segera bertukar menjadi busuk.

Adakah munasabah, orang baik tiba-tiba menjadi buruk, jahat, malah dikatakan tidak beriman dan pelbagai label lagi, hanya kerana bertukar parti politik? Ternyata, ahli-ahli politik sentiasa berenang di dalam kolam persepsi.
Read More / Baca Lagi >>

Politik bersih pemangkin kejayaan

Posted: 21 Apr 2014 04:42 PM PDT

SASTERAWAN Negara, Usman Awang pernah menulis, "Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja."

"Kepentingan rakyat" merupakan prinsip agung yang perlu diingati dalam setiap tindak-tanduk dan keputusan politik yang diambil. Setelah 15 tahun, Keadilan yang bermula dengan gerakan reformasi tertumpu kepada usaha memenuhi prinsip agung ini.

15 tahun - Survival parti bergantung pada kepercayaan rakyat, dan kepercayaan rakyat ini pula bergantung pada keputusan-keputusan diambil oleh parti secara kolektif.

15 tahun - Survival negara harus berlangsung dengan idea-idea baharu yang dikemukakan pemimpin-pemimpin yang mampu membawa perubahan, dan tidak mengikut corak yang telah dibawa atau dipengaruhi oleh tradisi politik Malaysia yang ketinggalan zaman; tidak serasi, lagi tidak relevan dengan masa depan yang diingini buat generasi mendatang.

Keadilan memperjuangkan sebuah arena politik yang bersih; mahukan pertandingan dan perbincangan yang sihat tanpa guna taktik yang tidak berbudaya untuk menumbangkan lawan. Keadilan perlu menjadi pemacu kepada budaya berbahas menggunakan hujah.

Read More / Baca Lagi >>

MH370 search may need to be 're-evaluated'

Posted: 21 Apr 2014 04:38 PM PDT

Operasi mencari MH370 mungkin diubah

Posted: 21 Apr 2014 04:20 PM PDT

Reuters
KENDERAAN dalam air yang dikenali sebagai Bluefin-21 diturunkan ke dalam air dengan menggunakan kren ketika misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi kelmarin.

WASHINGTON - Kerajaan Australia akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi sama ada mahu mengubah atau mengurangkan operasi mencari sebuah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi sejak 8 Mac lalu.
Duta Australia ke Amerika Syarikat (AS), Kim Beazley berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan semua negara yang terlibat dalam misi tersebut sebelum sebarang keputusan diambil.
Kata Beazley, semua negara yang terlibat akan duduk berbincang dan membuat pertimbangan semula sekiranya tiada sebarang objek dikesan di lokasi carian di selatan Lautan Hindi.
Ketika ini, kapal selam mini yang dikenali sebagai Bluefin-21 sedang melakukan carian di lokasi seluas 133 kilometer persegi di Lautan Hindi tetapi tiada sebarang objek berkaitan MH370 dapat dikesan.
Ujarnya, antara perkara yang akan dibincangkan adalah perubahan pada usaha mencari di udara dan permukaan laut serta kemungkinan melantik kontraktor swasta bagi menggantikan aset ketenteraan.
"Sudah tentu perkara tersebut yang akan dipertimbangkan dan kami juga masih menimbang untuk membawa satu lagi peralatan carian dasar laut.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Meskipun sukar… saya terima anak saya sudah tiada, kata anggota polis

Posted: 21 Apr 2014 04:19 PM PDT

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap bersama 239 penumpangnya, dan sejak itu harapan keluarga mereka semakin pudar. The Malaysian Insider mengeluarkan beberapa siri bagi berkongsi kesedihan keluarga penumpang pesawat dan mengharapkan rakyat Malaysia tidak akan melupakan penumpang yang menaiki pesawat MH370.
Gambar pasangan Norliakmar, 33, dan suaminya Muhammad Razahan Zamani, 23. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.  
Gambar pasangan Norliakmar, 33, dan suaminya Muhammad Razahan Zamani, 23. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.
Sudah 46 hari berlalu sejak berita menyayat hati berkenaan anak perempuan dan suaminya, dua-dua penumpang pesawat MH370.
Sejak itu, dunia Abdul Hamid Ramlan dilanda kesedihan dengan harapan menemui anaknya semakin hari semakin pudar.
Sukar bagi keluarga dan dirinya menerima hakikat apabila tiada bukti kukuh menyatakan apa yang berlaku kepada anaknya, Norliakmar, 33, dan suaminya yang baru bernikah selama setahun, Muhammad Razahan Zamani, 23.
"Setiap ibu bapa sudah pasti akan berdoa yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya tiada sebarang kecelakaan menimpa mereka.
"Namun dalam situasi ini, meskipun kecewa, saya terima anak saya sudah tiada lagi.
"Saya hanya berharap, sepahit mana sekalipun, kami mahukan sesuatu daripadanya untuk mengebumikan mereka dengan cara yang sempurna," kata Hamid kepada The Malaysian Insider.
Norliakmar dan Razahan adalah antara 239 penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang hilang daripada radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Sehingga hari ini, misi carian besar-besaran gagal mengesan sebarang petunjuk pesawat itu.
Carian kini tertumpu di kawasan selatan Lautan Hindi, lokasi di mana pesawat dipercayai terhempas.
Hamid, sarjan berusia 56 tahun yang ditugaskan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur berharap latihan sebagai anggota polis mampu menguatkan dirinya meskipun keluarganya melalui detik sukar menghadapi kehilangan anak perempuan tunggal daripada empat beradik itu bersama suaminya.
"Sebagai seorang Islam, saya percaya kehendak Allah. Saya juga percayakan fakta yang diberikan pihak berkuasa.
"Kami masih berharap. Sebagai anggota polis, saya belajar memahami fakta dan fakta tidak menunjukkan sebarang petanda positif.
"Harapan yang dulunya ada kini kian pudar," katanya yang berkhidmat selama 35 tahun sebagai anggota polis.
Read More / Baca Lagi >>

Liputan media menurun selepas pencarian MH370 berlarutan

Posted: 21 Apr 2014 04:16 PM PDT

Tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas dan semua maklumat harian terkini hanya diberi menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC. – Gambar Reuters. 
Tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas dan semua maklumat harian terkini hanya diberi menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC. – Gambar Reuters.

Liputan media berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-45 tanpa menunjukkan sebarang hasil.
Khemah-khemah media kelihatan berkurangan, demikian juga kelengkapan dan kenderaan yang biasanya diletakkan dekat Dumas House, di Perth, di mana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) biasa mengadakan sidang akhbar, atau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, kira-kira 40 minit pemanduan dari Perth.
Selain maklumat harian terkini menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC, tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas.
Seorang pegawai media RAAF yang enggan dinyatakan namanya memberitahu Bernama dan wartawan Malaysia yang lain bahawa petugas media tidak lagi dibenarkan memasuki pangkalan itu untuk liputan berita sejak minggu lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mahu lihat respon rakyat terhadap GST, kata SAMM

Posted: 21 Apr 2014 09:12 AM PDT

Jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut. 

PETALING JAYA: Himpunan Hari Pekerja 2014 membawa tema membantah GST sesuai dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 yang menyebut beliau sendiri ingin melihat respon rakyat tentang GST.
Menurut Ketua Solidatiti Anak Muda Malaysia (SAMM), che'GuBard, jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.
"Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasuklah rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara dan memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT yang menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'.
Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka. Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang.
Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari lima titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa empat tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.
Che'GuBard berkata SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan mesej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.
"Jika mengikut skrip regim ini, ia mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat," jelas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: