Selasa, 22 April 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Orang Tua Yang Duduk Di Luar Pintu Ini?

Posted: 22 Apr 2014 12:34 AM PDT


Sekali imbas, beliau seperti seorang tua yang hidupnya sebagai seorang penumpang.... tetapi orang tahu beliau adalah seorang bekas Menteri Besar Kelantan, dan seorang Mursyidul Am sebuah parti Islam di negara ini.

Sekalipun bergelar Mursyidul Am, beliau tidak sombong untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh orang lain malah khusyuk mendengarnya walau terpaksa bertimpuh di celah pintu.

Dato Saifuddin Nasution pernah bercerita:

"Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging Rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya".

Seseorang bertanya:
"Tok Guru tak makan daging rusa ke?"

Jawab Tuan Guru Nik Aziz;
"Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah diakhirat nanti."

[ADMIN fb MahaYusofII & GB]: Kehidupan TGNA telah memberi banyak Motivasi kepada kita tentang hidup. Kuat ibadat bukan kepalang. Walaupun kurang sihat masih di gagahi untuk terus bersama Jemaah mengerjakan solat.

Terasa malu dan kerdilnya dengan diri sendiri bila berhadapan dengan keteguhan ibadat TGNA bersamaan usianya berbanding dengan umur kita.

Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada TGNA di atas ilmu yang di sampaikan samada dari sudut ilmiah mahupun perbuatan...!

Namun ada juga golongan yang menghina TGNA seperti dicatatkan di dalam satu status di media sosial:


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Insan yang mulia tetapi dihina akan terus memperolehi pahala yang berlipat ganda dari Allah sementara yang menghinanya pula juga akan terus memikul beban dosa kerana melakukan penghinaan tersebut. Sehinggalah di satu ketika, siapa tahu akan diterbalikkan keadaan, yang dihina akan dipakaikan dengan kebesaranNya sementara yang menghina akan menjadi orang paling melarat disisiNya...

Sebutir "intan" tetap "intan" yang berharga walau kelihatan seperti "terbuang" di celah pintu, tetapi sebutir "kaca" tetap "kaca" walau diletakkan di almari berkilau dan bercahaya.

wallahu 'alam.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah

Posted: 21 Apr 2014 05:06 PM PDT


Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini:



Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..

Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!


Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan.


Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia "adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi."


Dengan pendedahan ini, maka terbongkarlah niat jahat tetapi bangang kumpulan macai ini... Dan saham fitnah itu dikongsikan bersama dengan pencadang kepada Blue Wave Amry tersebut iaitu Ahmad Maslan namanya!




Tubuh 'Blue Wave Army' jawab fitnah tentera siber pembangkang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya.
- BERNAMA






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: