MIMPI SENJA |
Karpal ahli politik hebat – TG Nik Aziz Posted: 16 Apr 2014 10:05 PM PDT
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan. "Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular. "Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993. "Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan," katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini. Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu. "Saya berharap anggota keluarganya bersabar. Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah," ujarnya. Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut merakam ucapan takziah di atas kepada keluarga mendiang. Katanya, kematian tokoh tersebut suatu kehilangan besar kepada negara kerana kepakaran dalam bidang perundangan. |
dimana MH370 : Media AS persoal peranan China Posted: 16 Apr 2014 03:13 AM PDT Media Amerika Syarikat hari ini membangkitkan persoalan berhubung kesan daripada penyertaan pasukan China dalam operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi, yang didakwa membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Antaranya, Wall Street Journal yang menyebut, walau China "bersemangat" untuk mencari pesawat tersebut, pasukan itu terlepas dari menyertai satu mesyuarat untuk menyelaras operasi. Mesyuarat tersebut diadakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Singapura untuk merangka pelan serantau untuk usaha pencarian melibatkan pelbagai negara dalam kes pesawat terhempas. China sudahpun dua kali gagal menghadiri mesyuarat tersebut. "Sejak pesawat (MH370) hilang hampir 40 hari lalu, orang yang terlibat dalam operasi berkata China terbukti sebagai pihak pertama memberi maklumbalas dengan bersemangat, walau kadangkala terlalu yakin, tidak tersusun dan tidak betul. "Sebagai pihak luar kepada pakatan ketenteraan dan politik yang terbina sejak berdekad lalu oleh Washington, China menuntut maklumat dalaman tetapi menunjukkan minat yang kurang mengenai gabungan 26 negara," laporan itu dipetik. Ia turut menyatakan bahawa kapal peronda China Haixun 01 menggunakan alat yang tidak sepatutnya untuk mengesan isyarat kotak hitam sehingg memberi petunjuk yang salah pada 5 April. Menurut laporan itu lagi, pasukan China juga mengirim maklumat tersebut ke Beijing dan bukannya kepada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) di Australia. "Saya cuma rasa meluat kerana sejak akhir-akhir ini, China dikritik kerana tidak terlibat langsung, jadi kita tidak boleh biarkan. "Cukuplah kekecewaan setakat ini bila tiada seorangpun berjaya mengesan pesawat itu setakat ini, kata wakil AS ke Nato, Nicholas Burns kepada CNN. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan