Kelab Greenboc |
- Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh
- Hina Gambar Mayat Karpal Singh Dedah Mentaliti & Akhlak Rendah MP UMNO BN
- [VIDEO & GAMBAR] Karpal Singh & Pembantu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya -updated
- Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadi
- Gadis Mengaku Teman Lelaki Upah RM20 Lakukan Hubungan Seks
Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh Posted: 17 Apr 2014 12:55 AM PDT Kuala Lumpur: " Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam)," bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin. Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu. Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, "dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!" Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau. Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar. Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Hina Gambar Mayat Karpal Singh Dedah Mentaliti & Akhlak Rendah MP UMNO BN Posted: 16 Apr 2014 11:43 PM PDT Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya. Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu. "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook 'Dato Ir Nawawi Ahmad' merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh". Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia. "Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Tulisan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. "Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi. Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam. "Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam. "Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri. Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah. Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. -TMI Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO & GAMBAR] Karpal Singh & Pembantu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya -updated Posted: 16 Apr 2014 08:06 PM PDT Kuala Lumpur: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini. Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. ? Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal. Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu. Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo. Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier's Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987. Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -HD
ULASAN GB Takziah kepada keluarga Karpal Singh di atas pemergian mendiang. Untuk rekod Karpal Singh telah menang di P051 Bukit Gelugor dengan majoriti 41,778 undi (Karpal memperolehi 69,900 undi) mengalahkan calon BN Teh Beng Yam yang hanya memperolehi 14,061 undi. Majoriti itu meletakkan karpal di kedudukan ke 4 memperolehi majoriti terbesar di dalam PRU13 tersebut. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadi Posted: 16 Apr 2014 04:08 PM PDT Pelakon yang pernah dikaitkan dengan , Datuk Seri Shapie Apdal, Zahida Rafik gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu, Bernama dipetik. Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida. Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Oktober untuk perbicaraan. Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan. Pada 27 November tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem "Anak Mami The Movie", secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas. Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut. Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan. Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida, 39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu. Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. ,br> Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Gadis Mengaku Teman Lelaki Upah RM20 Lakukan Hubungan Seks Posted: 16 Apr 2014 06:04 AM PDT Melaka – Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur. Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada. Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah. Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripadmenyelamatkan anak perempuannya.Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya. Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran. "Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat," katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku. "Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma." "Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel," tambahnya "Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut." Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah. Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang 'tidak baik' selepas peperiksaan UPSR. Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan "anak kesayangannya' itu. Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu. Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol. Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur. Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu. Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut. Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu. Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. -mstar Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan