MIMPI SENJA |
- Harta Karun di Pulau Nangka - Mungkin Milik Lanun
- MH370 : Bateri sudah habis
- MH370 : Pencarian kotak hitam makin sukar
Harta Karun di Pulau Nangka - Mungkin Milik Lanun Posted: 14 Apr 2014 07:20 PM PDT SHAH ALAM - Persatuan Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka, Melaka, seperti kenyataan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron. Pengerusinya, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang singgah di perairan Melaka. Menurutnya, perkara seperti menyembunyikan harta adalah amalan lanun-lanun sahaja. "Itu hanya kemungkinan sahaja. Ini kerana, tidak ada dalam amalan atau hikayat sewaktu Kesultanan Melayu dahulu kisah meninggalkan harta dengan menyembunyikannya. "Sesiapa sahaja yang melarikan diri termasuk Sultan, mereka akan membawa bersama harta-harta milik mereka dan tidak akan meninggalkan di mana-mana dengan harapan akan berpatah balik untuk mengambil semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, perkara menyembunyikan harta boleh jadi dilakukan oleh mana-mana pihak. "Kebarangkalian harta itu wujud ada, cuma saya tidak boleh kata, ia milik Sultan Mahmud Shah atau mana-mana Sultan. "Pada zaman itu, saudagar dari China dan India yang menetap di Melaka juga kaya dan mempunyai pengaruh besar, tetapi ia tidak memungkinkan harta-harta itu milik mereka kerana menyembunyikan harta bukan amalan pada era itu," katanya. Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah dinyatakan. "Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian. Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri daripada mereka yang setia. "Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut," katanya. Jelasnya, semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis. "Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding jalan darat yang lebih kepada perkampungan," katanya. Dalam pada tu, Omar menjelaskan jika benar wujud harta karun seperti yang dinyatakan, ia adalah milik kerajaan Melaka dan tidak boleh mana-mana pihak mengambilnya. |
Posted: 14 Apr 2014 06:14 AM PDT Perth: Semua isyarat bawah permukaan laut yang dikesan dalam pencarian pesawat MH370 minggu lalu telah hilang sepenuhnya menandakan kotak hitam cari telah kehabisan bateri. Bagaimanapun, gerakan mencari sebarang bukti sama ada serpihan pesawat mahupun isyarat membabitkan operasi dalam laut, atas permukaan dan di udara diteruskan di selatan Lautan Hindi hari ini. Gerakan mencari bakal memasuki fasa ketiga iaitu penggunaan jentera selam Bluefin 21 apabila pihak berkuasa yakin tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan ping (towed ping Locator/TPL) yang ditunda oleh kapal Ocean Shield Australia. Penggunaan robot bawah permukaan laut itu lebih menumpukan kepada usaha mencari bangkai pesawat dan pergerakannya lebih perlahan berbanding penggunaan TPL. ANGGOTA Tentera Udara Diraja New Zealand diberi taklimat sebelum usaha mencari, Jumaat lalu. FOTO AP "Kita sudah memasuki hari ke-37 dalam tragedi ini. Bateri kotak hitam sepatutnya hanya mampu bertahan 30 hari. Kita harap ia boleh sampai 40 hari. "Bagaimanapun, sudah empat hingga lima hari berlalu sejak ping terakhir dikesan. Apa yang diharapkan hanya satu atau dua ping lagi supaya mereka dapat mengesan puncanya dan mengecilkan kawasan pencarian," kata pakar penerbangan Geoffrey Thomas. Usaha mendapatkan data penerbangan dan rakaman perbualan dalam kokpit adalah kunci utama siasatan tragedi MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing ketika hilang awal pagi 8 Mac lalu. Gerakan mencari disertai pelbagai negara ditumpukan ke bahagian selatan Lautan Hindi di bahagian barat daya Australia berdasarkan analisis data manakala siasatan pihak berkuasa Malaysia dibantu pelbagai pasukan penyiasat mengambil kira tiga motif utama iaitu rampasan pesawat, sabotaj atau masalah psikologi di kalangan penumpang atau kru penerbangan. Dua isyarat dikesan Ocean Shield seminggu lalu didapati konsisten dengan isyarat kotak hitam manakala dua lagi ping yang diterima dari kawasan pencarian berkenaan Selasa lalu. Perdana Menteri Australia Tony Abbott melahirkan keyakinan bahawa siri ping yang dikesan Ocean Shield adalah berasal dari kotak hitam MH370, namun beliau turut menyatakan usaha itu bakal memakan masa dan tidak menentu hasilnya. Pasukan pencari memerlukan lokasi yang lebih khusus sebelum mengerahkan Bluefin 21 sedangkan zon pencarian sekarang membabitkan kawasan dasar laut seluas 1,300 kilometer persegi. Jentera selam itu bergerak enam kali lebih perlahan berbanding TPL manakala zon pencarian bawah laut itu memerlukan masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk dicarta. Isyarat ping yang dikesan setakat ini datang dari kedalaman 4,500 meter iaitu tahap paling dalam yang boleh dicapai kapal selam manakala pencarian serpihan di permukaan laut setakat ini membabitkan kawasan seluas 57,506 kilometer persegi kira-kira 2,200 kilometers di barat daya Perth membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal. - AP |
MH370 : Pencarian kotak hitam makin sukar Posted: 14 Apr 2014 02:42 AM PDT SHAH ALAM - Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter. Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan. "Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut. "Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian. Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan. "Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan. "Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya. Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda.SHAH ALAM - Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter. Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan. "Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut. "Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian. Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan. "Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan. "Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya. Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan