15 Corong Speaker Digunakan Semasa Bacaan Tarhim & Ceramah Fardhu Ain.... Posted: 15 Apr 2014 01:04 AM PDT Penjelasan Sebenar Lelaki Buat Aduan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang NyaringSalinan laporan polis oleh seorang lelaki, Mohd Said yang mendakwa laungan azan menganggu tidurnya menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Lebih-lebih lagi bilamana yang membuat laporan itu adalah seorang lelaki yang beragama islam. Dan yang menghairankan, ketika ditemui, wajahnya tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap di kepalanya, pakaian sederhana, sudah tentu dia mempunyai alasan yang kukuh mengambil tindakan membuat laporan polis.
Mohd Said ketika didatangi oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan laporan polis yang dibuat olehnya
Hari ini, seorang Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang tampil mendedahkan punca sebenar kejadian yang memaksa Mohd Said mengambil tindakan membuat laporan polis berkenaan.
Berikut penjelasannya:
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11 malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~ Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline
Bacaan Kuat Selain Azan - Prof Madya Dr Mohd Asri Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak. -drmaza
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
AIU Ditutup, Satu Pengajaran Buat Syed Bukhary Posted: 14 Apr 2014 07:28 PM PDT Kementerian Pendidikan menyatakan mereka sudah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah. Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu.
Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.
“Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat pembelaan.
“Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus diambil,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan dana pendidikan Persatuan Alumni UiTM di sini sebentar tadi.
Difahamkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan. -Bernama
Universiti Albukhary ditutup mulai bulan ni Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai esok.
"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.
"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.
Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.
Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.
Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.
Malah, universiti itu juga menututp tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera "ditutup untuk penyelenggaraan." Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.
Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.
"Kami tidak mempunyai masalah kewangan," katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.
Fokus utama institusi pendidikan itu menurutnya adalah keutamaan penuntut.
Pelajar juga menurutnya membuat rungutan berkenaan program dan pengasas universiti (Syed Mokhtar) yang mahukan para pelajar tamat pengajian dengan ijazah yang baik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
"Pelajar tidak begitu gembira. Namun bukan itu punca utama kami memindahkan mereka dan menutup universiti.
"Kami berharap mereka akan menamatkan pengajian daripada universiti dengan standard yang tinggi," katanya.
Berkenaan rungutan pelajar yang ingin menamatkan pengajian di AiU sebelum institusi itu ditutup, beliau berkata, penuntut berkenaan tidak akan mendapat manfaat daripada universiti yang tidak lagi beroperasi.
"Bukan kami mahu cuci tangan dan melepaskan diri daripada tanggungjawab. Kami cuba yang terbaik bagi membantu pelajar.
"Kakitangan pentadbiran dan akademik turut kehilangan pekerjaan apabila universiti ditutup," katanya.
"Risiko kehilangan pekerjaan tetap ada dalam sektor swasta. Kami kakitangan pengajar, membantu mengedarkan resume mereka," katanya.
Beliau turut berkata, tuduhan berkenaan pelajar dipaksa menandatangani perjanjian baru untuk biasiswa adalah demi kebaikan pengajian pelajar.
"Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.
"Perjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Kami tidak mahu biasiswa disalahguna.
"Mereka masih menerima biasiswa. Kami mahu mereka belajar untuk mendapatkan gred terbaik. Sebahagian daripada 60% penuntut kami bagus. Mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi," katanya.
Seorang profesor institusi itu menggelarkannya sebagai "serabut" dan menimbulkan keadaan tidak pasti di kalangan pelajarnya.
"Tidak ada hitam putih untuk menjelaskan perkara itu. Tiada alasan yang diberikan," katanya.
Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.
"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat.
"Sekarang mereka memindahkan kredit sesuka hati, dan berkemungkinan terpaksa memanjangkan tempoh pengajian.
"Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Mereka tidak faham bahasa perundangan dan kini ada klausa mengatakan mereka perlu membayar semula biasiswa jika melanggar mana-mana syarat.
"Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.
Seorang pelajar yang enggan mendedahkan identitinya berkata, 90% pelajar sangat tertekan kerana mereka perlu menukar universiti.
Beliau berkata, kebanyakan pelajar tidak pasti dengan perjanjian baru itu, namun sebahagian 230 orang daripada mereka menandatangani perjanjian baru pada Khamis.
Mereka antara kumpulan awal yang akan dipindahkan esok (Ahad) ke Universiti Asia Pasifik di Kuala Lumpur, katanya.
"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah," katanya.
Beliau berkata terdapat banyak rasa tidak puas hati antara mereka sejak mengetahui penutupan universiti berkenaan tiga bulan lalu.
"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu.
"Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran.
"Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka," katanya.
Menurut pelajar terbabit, setiap seorang daripada mereka menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.
Sementara itu, ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, penting untuk mengetahui apa yang berlaku.
"Tiada pihak mengetahui apa yang berlaku. Saya bertanyakan di Dewan Rakyat tapi tiada jawapan.
"Penting untuk kita tahu kerana ia amal jariah yang membantu pelajar miskin dan membawa nama Albukhary," katanya.
Yayasan Albukhary diasaskan pada 1996 atas prinsip taqwa dan ihsan.
Yayasan itu mula mendapat perhatian apabila membantu orang Islam dan komuniti terpinggir akibat kemiskinan, perang dan bencana alam termasuk mempromosi kebudayaan Islam dan biasiswa bagi orang Islam dan bukan Islam. _TMI
Anwar: Penstrukturan Bernas untungkan Syed Mokhtar, kroni KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sekiranya penstrukturan semula Bernas di Bursa Malaysia sebagai langkah untuk membahagikan semula pegangan saham kepada kroni kerajaan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa penyahsenaraian itu bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula.
Menurut Anwar, pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula menimbulkan lebih banyak persoalan.
"Adakah penstrukturan semula ini bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?," soalnya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Anwar, walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang agak tinggi ketika penyenaraian semula, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan pemegang saham minoriti yang mempunyai hubungan dengan kerajaan bakal mendapat habuan lebih besar.
"Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.
"Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan.
"Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. Harapkan pagar, pagar makan padi," ujarnya.
Katanya lagi, Ismail sebelum ini menyatakan pembelian gula mentah melalui kontrak jangka panjang pada Januari 2012 pada harga USD 0.26/lb adalah "satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan".
"Namun, selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil 'kebijaksanaan' pihaknya, kerajaan kemudian menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014," ujarnya.
Katanya, setakat ini masih belum ada jaminan tegas daripada kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.
"Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5 peratus, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini yang dianggarkan bernilai RM 50 juta tanpa penambahan bebanan kewangan?
"Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini," ujarnya. -KD
ULASAN GB
Demikian Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.
Pertamanya, Syed Bukhary, anda mungkin gembira kerana telah banyak memperolehi keuntungan daripada pembolotan kekayaan kerana menjadi kroni UMNO. Rakyat marhaen terpaksa menanggung kos yang tinggi terhadap bahan keperluan seperti gula dan beras kerana "membantu" anda menjadi lebih kaya.
Walaupun pun Al-Bukhary kaya-raya, tetapi Allah Maha Kaya. Anda tidak akan dapat menguasai kesemuanya. Kekayaan yang disebabkan oleh kronisma tidak akan mempunyai keberkatannya. Justeru itu, ada "kos" lain yang ditanngung oleh Bukhary - universitinya ditutup dan ia merupakan satu tamparan dan pencemaran terhadap namanya sendiri.
Keduanya, kita hairan, apabila UNISEL kerugian RM37 juta, hiruk-pikuk para macai UMNO mengkritik kerajaan PR Selangor. Tetapi apabila Universiti Syed Al-Bukhary DITUTUP, mereka tiba-tiba menjadi batu dan diam membisu...
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
TINJAUAN: Lebih 50% Rakyat Malaysia Yakin Putrajaya Sembunyi Maklumat MH370 Posted: 14 Apr 2014 06:35 AM PDT Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider. Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.
Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.
Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.
Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.
Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.
Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.
Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.
Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.
Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.
Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.
Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.
Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.
Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.
Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.
"Orang Malaysia" menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.
Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.
Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami", "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".
Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.
Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu. –TMI
Antara Putrajaya dengan kisah pengembala kambing dan serigala Apabila 54% rakyat Malaysia teguh dengan pendirian bahawa regim Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 berdasarkan kajian Merdeka Center maka itu petandanya Putrajaya sedang menggelupar dengan sindrom hilang kepercayaan dalam kalangan rakyatnya sendiri.
Apakah bentuk kejujuran atau ketelusan boleh diharapkan daripada sebuah kerajaan yang memerintah selama enam dekad dan sudah biasa dengan segala macam taktik dalam memperdaya rakyatnya?
Pemotongan subsidi, kegagalan mengawal kenaikan harga barangan, Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dikurangkan kepada RM650 berbanding janji asal RM1,200, harga kereta yang hingga kini tidak nampak sebarang penurunan dan lebih teruk lagi apabila ada pemimpin BN yang melawat Antartika tetapi entah apa hasilnya pun rakyat tidak diberitahu. Apatah lagi lawatan menggunakan jet peribadi yang dibiayai oleh duit rakyat.
Lebih malang lagi apabila rakyat bakal digasak dengan cukai GST. Apa puak Putrajaya peduli dengan penderitaan rakyat. Kini Umno pula mahu melatih 500 penceramah untuk teruskan legasi penipuan dan pembohongan mereka dalam berbicara tentang cukai yang pasti akan memiskinkan rakyat ini. Dan lebih menarik lagi apabila Putrajaya benar-benar mahukan rakyat untuk mempercayai kata-kata mereka tentang MH370.
Apa yang rakyat dambakan adalah sebuah kerajaan yang ikhlas mahu memahami rakyat dan bukannya menjunjung tinggi para kroni dan kapitalis semata-mata. Setiap penipuan dan pembohongan yang ditaburkan kepada rakyat selama ini sememangnya berkesan dalam menguasai undi di kawasan luar bandar namun itu tidak bermakna bahawa masyarakat antarabangsa juga akan termakan tipu daya Putrajaya kali ini. Inilah kegagalan yang amat mengaibkan buat sebuah kerajaan yang selama ini bercakap megah kononnya merekalah kerajaan yang terbaik di dunia!
Realitinya, BN seharusnya belajar untuk bersikap jujur, belajar untuk bercakap benar dan lebih penting lagi belajar untuk hargai rakyat. Kini rakyat Malaysia dan antarabangsa memandang puak Putrajaya ini seperti si pengembala kambing yang perdaya orang kampung semata-mata untuk hiburkan hatinya yang kebosanan. Bukan sekali tetapi dua kali mereka tertipu tetapi ketika serigala tersebut benar-benar membaham kambing pengembala berkenaan, tiada seorang pun penduduk membantunya kerana permainkan kepercayaan yang mereka letakkan pada diri pengembala tersebut.
Begitu jua kisah regim BN, perdana menteri yang disindir 'pengecut politik', kata-kata sepupunya tentang MH370 yang masih dipertikaikan oleh masyarakat dunia serta satu demi satu kelemahan Putrajaya dalam kendalikan krisis MH370 ditelanjangkan oleh media asing, rakyat Malaysia sudah bosan mahu mempertahankan sebuah kerajaan pembohong kerana sekali pembohong tetap pembohong selamanya.
Hukum NST kerana siar laporan sensasi tanpa asas – Guan Eng KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Akhbar New Straits Times (NST) perlu dikenakan hukuman keras kerana bertindak bertentangan kepentingan negara dengan memperalatkan tragedi MH370 untuk melariskan jualannya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam akhbar itu kerana menerbitkan laporan palsu dan sensasi tanpa mempertimbangkan fakta dan perasaan keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.
NST semalam menerbitkan laporan muka depan bertajuk "MH370's desperate call for help", dengan tajuk kecil "Investigators have revealed that co-pilot Fariq Abdul Rahman had made a call from his mobile phone as the plane flew low near Penang. Who he was trying to reach remains a mystery?"
Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan dan tidak menjelaskan bagaimana perkara itu dipastikan. Ia juga tidak menyatakan pihak yang mungkin dihubungi Fariq.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menafikan laporan NST itu dan menegur mana-mana pihak yang mengambil peluang daripada tragedi MH370 untuk membuat laporan tidak berasas.
Menurut Guan Eng, teguran secara terbuka terhadap akhbar itu tidak memadai, apatah lagi laporan tidak berasas itu bukan sahaja boleh memberi kesan ke atas operasi pencarian, malah ahli keluarga krew dan penumpang pesawat itu.
"Kerajaan tidak boleh terlalu memberi muka dan perlu mengambil tindakan tegas terhadap NST. Akhbar itu dimiliki dan dianggap sebagai lidah rasmi Umno dan kerajaan, laporan muka depan itu telah menarik perhatian seluruh dunia.
"Dunia sedang memerhati sama ada kerajaan berani bertindak tanpa takut dan pilih kasih ke atas penipuan terang-terangan itu. Kegagalan bertindak akan menyebabkan saki-baki reputasi negara terus terhakis," tegasnya lagi.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kejadian MH370 dan penculikan warga China di Semporna menyebabkan pelancong dan pelabur China memboikot Malaysia.
"Pulau Pinang tidak terkecuali apabila 50% pelancong dari China membatalkan lawatan mereka dan sebuah pesawat China mengurangkan kekerapan penerbangan ke Pulau Pinang daripada tujuh penerbangan seminggu kepada empat penerbangan seminggu," jelas Guan Eng. -Roketkini
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan