RAKYAT MARHAEN |
- MH370: Bluefin submersible ends first mission early
- See how the Bluefin-21 AUV works underwater
- MH370: 'We can not believe the plane was there'
- Alahai kerajaan minoriti 46%
- MH370: Apa Kah Betul Pesawat Itu Terhempas Disini?
- Telefon pembantu juruterbang berhubung menara di Pulau Pinang, tetapi tiada panggilan, kata pegawai AS
- Bacaan Kuat Selain Azan - Prof Madya Dr Mohd Asri
- Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat
- Pas akan perjelas hudud kepada wakil rakyat
- SENJATA BARU UMNO LAWAN PAKATAN RAKYAT
- Kehancuran institusi Malaysia ditangan pemimpin UMNO..!!
- Bluefin-21 pula mencari MH370 di dasar laut
- MH370 : Boleh Buat Panggilan Telefon Bimbit Di Ketinggian 5,000 Kaki, Kata Seorang Juruterbang
- The race for new black box technology is on
- Journalists stand in solidarity with jailed Al Jazeera journalists
- Drone sub searches for Flight MH370
- US official: MH370's co-pilot had cell phone turned on..!!
- Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus!
- Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi
- Search for flight MH370: How do underwater sonar subs work?
- Utusan dan NST juga spekulator MH370, jadi bagaimana Hishamuddin?
- AIU Ditutup, Satu Pengajaran Buat Syed Bukhary...Macai tutup mulut membatu..!!
- MH370: Amerika Sepatutnya Beritahu Di Mana Pesawat itu,,,,!!!
- ISA Versi Najib: 51 dipertimbang untuk tahanan tanpa bicara (PCA)
- Graduan baru bergelut kos sara hidup tinggi, dedah tinjauan Jobstreet
MH370: Bluefin submersible ends first mission early Posted: 14 Apr 2014 09:24 PM PDT | ||
See how the Bluefin-21 AUV works underwater Posted: 14 Apr 2014 07:36 PM PDT | ||
MH370: 'We can not believe the plane was there' Posted: 14 Apr 2014 07:35 PM PDT | ||
Posted: 14 Apr 2014 07:13 PM PDT Amirrul JefferyTiada apa yang pelik bin ajaib apabila tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan 54% daripada 1,029 responden adalah rakyat Malaysia tidak percaya kepada kerajaan sendiri iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyampaikan maklumat yang telus dan mempunyai banyak lagi maklumat tidak didedahkan berhubung tragedi MH370. Manakala 26% menyatakan jujur dan 20% refleksi kepada tidak pasti.Maklum tahu kerajaan minoriti 46% ini tidak diyakini ketelusannya oleh 52% rakyat Malaysia. Apa jua perkara yang keluar daripada mulut kerajaan BN sudah tidak dipercayai majoriti rakyat jelata. Angka 1,029 responden adalah tinjauan rambang, bukannya tunjauan terpilih. Tinjauan rambang yang dilakukan di kawasan bandar dan separa bandar juga di kawasan luar bandar - yang celik ilmu dan maklumat dengan dunia yang tiada sempadan iaitu sudah mencapai jalur lebar - menampakkan hasil yang memukul sampai lunyai kerajaan minoriti 46% BN. Daripada kenyataan awal tragedi MH370 daripada menteri bernama Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkontradiksi dengan ketua - ketua penguatkuasa dan jabatan yang bertanggungjawab, tidak konsisten. Malah memburukkan lagi keadaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media keduanya menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, apa yang Najib definisikan berkenaan berakhir di Lautan Hindi pun saya tidak faham. Kenyataan diplomatik yang tinggi, ayat tergantung. Kalau benar MH370 terhempas mana bangkai pesawat? Serpihan pesawat sehingga ke hari ini tidak dijumpai. Andai terhempas pelampung kecemasan berkuantiti 300 lebih pasti sudah muncul di permukaan laut jika benar burung besi tersebut terhempas di situ. Kita rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk mencerna maklumat yang disampaikan kerajaan minoriti 46% ini. Cuma kita dibodohkan melalui media kawalan kerajaan minoriti 46% - Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo. Cerita yang lebih menyeramkan pada tempoh hari apabila United Kingdom menghantar kapal selam HMS Tireless. Tergerak untuk saya bertanya apa sudah jadi dengan kapal selam Scorpene kita? Benarlah kata orang Scorpene Malaysia sudah barai, tidak dapat menyelam. Kapal selam berdarah tidak berkat. Memandangkan penyelenggaraan kapal selam Scorpene yang pembeliannya mendapat komisen RM500 juta oleh syarikat kroni memakan RM1 bilion setahun amatlah besar, ia kerugian maha besar. Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Apa Kah Betul Pesawat Itu Terhempas Disini? Posted: 14 Apr 2014 07:07 PM PDT Apa kah memang pesawat itu terhempas di lokasi ini? Mengapa hanya di hari ke-25 baru ada pancaran daripada Kotak Hitam? Mengapa hanya selepas 24 hari baru mencari menggunakan underwater locator bermula? Mengapa selepas 4 pancaran yang dikesan daripada Kotak Hitam, yang bermula daripada 5,6, 8 Mac kemudian pancaran itu gagal dikesan lagi? Masuk hari ke-38 iaitu hari ini, digunakan robotic vehicle Bluefin 21 untuk menjalankan pemetaan dasar laut. Apa kah pencraian di lokasi ini merupakan satu sandiwara? sama seperti memburu Osama bin Laden di Afghanistan selama 13 tahun, sebenarnya Boss Al-Qeada itu berada di Abbottabad Pakistan. Osama berjaya dibunuh US Navy Seal pada 3 May 2011 dalam satu operasi rahsia. Sedar kah kita, bahawa Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada pagi 8 Mac tidak mendarat di Diego Garcia; sedangkan pada 13 Mac, semasa operasi mencari sedang ditumpukan di Lautan Hindi, Pentagon percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Malaysia memerlukan 11 hari untuk mengakui kenyataan itu. Kehilangan pesawat di pagi 8 Mac diselubungi misteri. Kehilangan pesawat itu, tidak seperti biasa kemalangan pesawat sebelum ini. Melihat kepada cara kehilangan pesawat itu, adalah tidak mustahil, bahawa pesawat itu tidak terhempas di lokasi pencarian, akan tetapi besar kemungkinan pesawat itu berada di suatu lokasi rahsia. Mustahil, pesawat sebesar itu dengan muatan serta berbagai jenis barangannya yang boleh terapung, tiada satupun berjaya dikesan? Apa kah benar kenyataan seorang penulis terkenal Amerika Dr Kevin Barett, bahawa CIA mengetahui lokasi pesawat itu? Cara kehilangan pesawat MH370, hanya CIA sahaja mempunyai kemampuan itu, sama seperti peristiwa 9/11. Dalam dunia moden ini, hanya Musaraff sahaja berjaya memperdaya CIA, berkaitan dengan Osma bin Laden. Kini, CIA menebus maruahnya dengan melakukan sandiwara, sehingga satu dunia panik dan terpingah-pingah. Malaysia, tersepit dengan permainan berstatus high level ini. | ||
Posted: 14 Apr 2014 05:29 PM PDT Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata telefon bimbit milik pembantu juruterbang MH370 dihidupkan dan berhubung dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tidak menunjukkan sebarang panggilan dibuat, lapor CNN. Ini susulan daripada siasatan penyiasat memeriksa jutaan rekod telefon bimbit untuk mencari bukti mengenai kewujudan panggilan dibuat dari pesawat itu selepas ia hilang, katanya. Sebahagian dakwaan itu menguatkan lagi laporan akhbar New Straits Times pada hujung minggu lalu, yang memetik penyiasat Malaysia sebagai berkata Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan telefon dari telefon bimbitnya ketika pesawat Malaysia Airlines itu terbang merentasi Pulau Pinang, pada waktu ia dilaporkan hilang. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum itu ditanya mengenai dakwaan berkenaan, berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. "Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar) kerana jika ia benar, kita sudah tahu mengenainya lebih awal," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bacaan Kuat Selain Azan - Prof Madya Dr Mohd Asri Posted: 14 Apr 2014 04:52 PM PDT BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut; 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain. 3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. 4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya: Read More / Baca Lagi >> | ||
Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat Posted: 14 Apr 2014 04:41 PM PDT Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu. Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah: Assalamualaikum Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan? Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi : Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat. Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.Read More / Baca Lagi >> | ||
Pas akan perjelas hudud kepada wakil rakyat Posted: 14 Apr 2014 04:32 PM PDT TANAH MERAH - Kerajaan negeri akan memberi penjelasan kepada semua wakil rakyat mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sebelum usul pelaksanaan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penjelasan akan dibuat terutama kepada pimpinan Pas, PKR dan DAP serta semua wakil rakyat. Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jawatan kuasa teknikal yang baru bermesyuarat Rabu lalu terlebih dahulu akan memberi maklum balas mengenai draf rang undang-undang itu kepada Exco kerajaan negeri, esok. "Bila semua Exco bersetuju, barulah kita akan proses tindakan susulan termasuk penjelasan kepada semua wakil rakyat dan mungkin juga kepada masyarakat," katanya pada Majlis Penyerahan Geran dan Jamuan Rakyat sempena lawatan kerja ke Jajahan Tanah Merah di Masjid Mukim Gual Ipoh, dekat sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, yang juga Adun Bukit Panau dan Ketua Jajahan, Dr Che Hamat Che Muda. Akhbar semalam melaporkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed agar Pas mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi menjelaskan secara terperinci tentang usul itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
SENJATA BARU UMNO LAWAN PAKATAN RAKYAT Posted: 14 Apr 2014 04:30 PM PDT 'Elemen Islam' jadi perisai lawan PAS Jika Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei 2014 bagi membantah perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) atau lain-lain isu yang berkaitan pembelaan terhadap hak rakyat, maka kemungkinan yang tidak dapat disangkal ialah kerajaan BN akan menganjurkan program keagamaan bagi menyainginya. Ia mungkin program Cinta Rasul, Salawat Perdana atau forum keagamaan yang mengundang tokoh-tokoh hebat. Baru-baru ini PAS Kedah menganjurkan Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0. Himpunan dirancang kira-kira dua bulan lalu. Tak semena-mena dalam masa tidak sampai dua minggu, Umno menganjurkan program Cinta Rasul juga di Baling walaupun lokasi berbeza. Program kilat itu mengundang habib kecil untuk memimpin salawat ke atas junjungan nabi SAW serta penceramah pro Umno. Atas rasa ketidakyakinan bahawa program tersebut mendapat sambutan, mereka mengadakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motorsikal baharu. Sewaktu Pakatan mengadakan himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang bulan lalu, Umno pula mengadakan program salawat perdana di Putrajaya yang mengundang habib besar sebagai penarik kehadiran orang ramai. Trend terkini, program-program berselawat sebegitu mendapat sokongan besar dari umat Islam khususnya yang mencintai agama. Mereka yang membanjirinya bukan anak-anak muda perempit atau yang ghairah menghadiri konsert maksiat tetapi golongan muda yang ikhlas mencintai Rasulullah SAW serta perjuangan yang dibawanya. Golongan ini lebih selesa mengenakan jubah, serban dan ridak. Maka para pemimpin Umno hadir 'tumpang tui' program sebegitu juga dengan watak golongan yang mencintai agama Allah. Perdana Menteri, menteri, menteri besar dan exco turut berjubah dan beridak, malah ada menteri besar yang turut berserban. Isteri Perdana Menteri yang hadir juga kelihatan menutup aurat dengan sempurna. | ||
Kehancuran institusi Malaysia ditangan pemimpin UMNO..!! Posted: 14 Apr 2014 04:26 PM PDT Satu ketika dahulu, Malaysia dikenali dengan institusinya – perkhidmatan awam yang memudahkan pembangunan pesat daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem kehakiman baik mengikut Komanwel dan tentera yang mengalahkan pemberontakan komunis. Hari ini selepas 50 tahun sebagai sebuah negara, dari Perlis ke Sabah apa yang kita lihat adalah kebodohan dan ketidakcekapan, kehancuran kepada institusi Malaysia. Peguam negara kini menyerahkan kes-kes besar kepada peguam Umno; ketua polis negara (KPN) mengetuai organisasi yang tidak melakukan apa-apa apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan; Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kehilangan kredibiliti dan maruah tentera udara kini hilang. Kelihatan semuanya tidak boleh diharapkan. Sedih tetapi inilah kebenarannya. Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac dengan 239 orang di dalamnya mengesahkan sesuatu yang rakyat Malaysia mengesyaki sejak dahulu lagi. Tiada meritokrasi dan pemikiran dalam perkhidmatan awam. Pihak berkuasa, daripada menteri ke bawah masih belum menjelaskan apa yang berlaku semasa saat-saat penting selepas MH370 didapati hilang. Laporan televisyen CNN dan BBC semalam menunjukkan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak soalan itu. Bolehkah sektor penerbangan awam mempercayai DCA untuk melakukan perkara betul dengan serta-merta selepas penerbangan yang hilang daripada skrin radar? Mengapa tidak tentera udara diberitahu mengenai pesawat hilang? Mengapa tidak pembuat kapal terbang Boeing diberitahu dengan serta-merta? Mengapa tiada kawalan trafik udara bertindak balas terhadap rakan-rakan Vietnam mereka apabila diberitahu tiada hubungan dengan Boeing 777-200ER yang sedang dalam perjalanan ke Beijing? Mengapa senyap? Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga perlu menjelaskan bagaimana mereka mempertahankan ruang udara negara sepanjang hari. Memang benar kita mempunyai lelaki dan perempuan berpakaian seragam yang berani, tetapi blip misteri bergerak dari timur ke barat langsung tidak dapat dikesan. Langsung tidak dialu-alukan oleh radio, apa lagi untuk menghantar jet untuk menyemak blip itu. Atau bertanya kepada DCA atau pengawal trafik udara jika mereka turut melihat blip itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bluefin-21 pula mencari MH370 di dasar laut Posted: 14 Apr 2014 04:19 PM PDT Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston (gambar kecil) berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas. "Walaupun tiada lagi isyarat dikesan, apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini semalam. "Analisis yang dibuat terhadap empat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akustik yang dikesan kapal Australia, Ocean Shield minggu lepas. Sehubungan itu, Houston berkata, para pakar memutuskan bahawa kapal Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) petang semalam dan menggantikannya dengan penggunaan dron Bluefin-21. | ||
MH370 : Boleh Buat Panggilan Telefon Bimbit Di Ketinggian 5,000 Kaki, Kata Seorang Juruterbang Posted: 14 Apr 2014 04:15 PM PDT
Sumber yang merupakan seorang juruterbang berkata, situasi itu bergantung kepada beberapa faktor seperti ketinggian, lokasi dan kelajuan pesawat. "Saya tidak pasti pada ketinggian berapa panggilan menggunakan telefon bimbit peribadi masih boleh dibuat. Namun, pada ketinggian 5,000 kaki kebiasaannya memang sukar. "Bagaimanapun, kemungkinan tetap ada jika pesawat berada dekat dengan lapangan terbang dan stesen pemancar. Begitu juga jika pesawat terbang rendah dengan kelajuan minimum, cuma isyarat tidak berapa jelas," katanya, semalam. Menurut beliau, sudah menjadi kebiasaan juruterbang dan penumpang diarahkan untuk menutup telefon bimbit kerana boleh mengganggu sistem navigasi pesawat.Read More / Baca Lagi >> | ||
The race for new black box technology is on Posted: 14 Apr 2014 03:58 PM PDT | ||
Journalists stand in solidarity with jailed Al Jazeera journalists Posted: 14 Apr 2014 03:57 PM PDT | ||
Drone sub searches for Flight MH370 Posted: 14 Apr 2014 03:46 PM PDT | ||
US official: MH370's co-pilot had cell phone turned on..!! Posted: 14 Apr 2014 03:44 PM PDT | ||
Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus! Posted: 14 Apr 2014 08:36 AM PDT Seperti mana yang telah saya zahirkan sebelum ini - dalam episod yang lepas, kerap saya tegaskan, bahkan berkali-kali saya menyatakan bahawa "mereka" mahu kisah MH370 ini kekal sebagai sejarah paling tragis dan penuh misteri dalam industri penerbangan dunia. Walaupun semua orang - termasuk satu dunia sudah mengetahui kehilangan MH370 sememangnya sebuah konspirasi, kerana ia sangat jelas dan bertepatan dengan ciri-ciri sebuah konspirasi, tetapi itu bukanlah bermakna MH370 berada di Pulau Diego Gracia atau sudah mendarat di sempadan Pakistan. Kita perlu menghentikan pencarian tanda-tanda konspirasi tersebut, sebaliknya kita patut beralih kepada mencari motif sebenar "mereka" mengapa "mereka" mencipta konspirasi ini - kita harus pantas membaca niat jahat "mereka", jika tidak, selama-lamanya kita akan terus berada dalam plot-plot yang penuh dengan keraguan. Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Kevin Barrett bukanlah keseorangan dalam hal ini - hampir semua orang akan berkata begitu. Namun demikian, plot konspirasi MH370 bukanlah semudah sebuah filem konspirasi ciptaan Barat yang sering kita tonton di televisyen - ia jauh lebih sukar daripada itu. CIA pada hakikatnya tidak terlibat secara langsung dalam konspirasi ini - hatta saya sangat yakin Presiden Barack Obama pun sama sekali tidak mengetahui rancangan jahat "mereka" ini. Salah satu ciri konspirasi bertaraf dunia yang wajib kita tahu ialah - ia dilakukan oleh "sekumpulan kecil manusia yang berpengaruh". Sesuatu konspirasi tidak akan dikatakan sebagai konspirasi jika begitu ramai yang terlibat, kerana ia akan menyebabkan risiko kebocoran maklumat yang tidak dapat dikawal. Konspirasi mestilah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang berpengaruh dengan menggunakan "tangan" orang lain, memberi impak yang sangat besar terhadap tujuan yang mereka kehendaki serta tidak meninggalkan apa-apa bekas untuk dijejaki. Yang wujud hanyalah maklumat yang bersifat khabar angin yang tidak boleh dibuktikan. Saya mengambil contoh yang paling mudah - Perang Dunia ke-2 dicetuskan oleh para pembekal dana antarabangsa - dan bukan para "pelakon-pelakon" tambahannya. Saya memetik buku tulisan William G. Carr berjudul "Yahudi Menggenggam Dunia" berkenaan bagaimana liciknya "mereka" mencipta Perang Dunia ke-2 bagi menjana keuntungan melalui pinjaman dan penjualan senjata. Dan yang menjadi "kambing hitam" adalah Jepun. William G. Carr menulis, "Para pemodal Yahudi antarabangsa melihat tanda-tanda akan berakhirnya Perang Dunia II. Negara yang terlibat dengan perang telah lumpuh dan Stalin bertekad untuk membuat serbuan besar-besaran ke Eropah Barat secara sendirian dan akan menyerbu Amerika untuk menghancurkan musuh dan memperluaskan sayap Komunis ke seluruh dunia. | ||
Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi Posted: 14 Apr 2014 08:29 AM PDT Pada November 2013, Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman menyatakan dengan tegas bahawa Israel sedang mencari sekutu baharu, kerana Amerika Syarikat (AS) semakin lemah dan mempunyai terlalu ramai musuh. Menurutnya, "Hubungan antara Israel dan mitra strategi utamanya AS semakin lemah, anda dapat memahami itu semua. Amerika Syarikat memiliki banyak masalah – Korea Utara, Afghanistan, Pakistan, Iran, Iraq, dan mereka juga mempunyai masalah ekonomi domestik sendiri. Kita harus berhenti menuntut, mengeluh, dan sebaliknya mencari negara yang tidak tergantung pada wang (sumber ekonomi) dari dunia Arab atau Islam dan negara yang ingin bekerja sama dengan kami dalam bidang inovasi." kata Lieberman. Mengapa saya paparkan berita ini? Pada hemat saya, kenyataan Lieberman di atas merupakan plot konspirasi kedua paling shahih selepas saya paparkan plot pertama sebelum ini berkenaan sejarah hubungan antara Malaysia dengan China - yang digambarkan pada saat kebangkitan dan kekuasaan Kerajaan Melayu Melaka baik dari segi ekonomi, mahupun dari aspek ketenteraan, setelah hubungan yang sangat akrab dengan Maharaja China ditemeterai. Terbukti, selepas hubungan perdagangan antara China dengan Melaka bertambah baik, China mula membuka pintu hubungan keamanan dan kerjasama ketenteraan pula, sekali gus menawarkan pakej keselamatan menyeluruh kepada Melaka secara tidak langsung meningkatkan taraf ekonomi dan ketenteraan kerajaan Melayu tersebut. Sejak 10 tahun yang lalu, teori berkenaan kejatuhan Amerika Syarikat sudah acapkali diperdebatkan. Ia bertambah meruncing saat AS mengalami masalah krisis Gadaian Sub Prima pada tahun 2008, dan sejak daripada itu ekonomi AS tidak pernah stabil sehinggalah ke hari ini. Dalam keadaan ekonomi AS bertambah merudum, China bangkit bagi mengisi kestabilan ekonomi dunia. China sering digambarkan sebagai rejim pemerintah yang jahat dan merbahaya kepada dunia, namun demikian itu merupakan propaganda Barat yang tidak mahu melihat China menjadi kuasa besar baharu ekonomi dunia. | ||
Search for flight MH370: How do underwater sonar subs work? Posted: 14 Apr 2014 08:20 AM PDT | ||
Utusan dan NST juga spekulator MH370, jadi bagaimana Hishamuddin? Posted: 14 Apr 2014 08:08 AM PDT Oleh Ng Kee Seng Kini Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membakulsampahkan teori Utusan Malaysia bahawa CIA terlibat di dalam kehilangan MH370. Adakah beliau serta kerajaan akan menyelar lidah rasmi mereka itu sepertimana media asing? Hishamuddin menolak cadangan Utusan minggu lepas bahawa agensi perisikan persekutuan Amerika (CIA) memainkan peranan di dalam kehilangan pesawat Boeing MAS, sambil membandingkan laporan bersifat spekulasi itu dengan media Barat. Beliau berkata mereka bebas berbuat begitu. "Akhirnya, jika mereka membuat laporan palsu, mereka hilang kredibiliti," kata beliau kepada wartawan ketika melawat persediaan bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Wah! Dahulu Hishamuddin ada berkata Pejabat Peguam Negara mengkaji tindakan menyaman media, terutamanya dari luar negara, yang membuat spekulasi. Adakah Hishamuddin akan menyaman Utusan, lidah rasmi Umno itu? Utusan Malaysia selalunya akan terlepas dengan laporann yang berbaur perkauman dan agama yang mengancam perpaduan negara. Pada 7 April, Utusan Malaysia berkata, sudah tiba masanya berfikir di luar kotak tentang insiden ini. Katanya, ia mungkin satu usaha mengeruhkan hubungan di antara Malaysia dan China. Berbekal teori konspirasi bahawa CIA terlibat di dalam peristiwa September 11, akhbar itu berkata dakwaan seperti itu tidak wajar diketepikan sebagai tidak masuk akal. "Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada Sept 11, 2001, mereka juga mampu melakukan sesuatu berhubung MH370," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein. Read More / Baca Lagi >> | ||
AIU Ditutup, Satu Pengajaran Buat Syed Bukhary...Macai tutup mulut membatu..!! Posted: 14 Apr 2014 08:07 AM PDT Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu. Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya. Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya. "Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat pembelaan. "Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus diambil," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan dana pendidikan Persatuan Alumni UiTM di sini sebentar tadi. Difahamkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan. -Bernama Read More / Baca Lagi >> | ||
MH370: Amerika Sepatutnya Beritahu Di Mana Pesawat itu,,,,!!! Posted: 14 Apr 2014 06:43 AM PDT Mengapa Amerika tidak beritahu di mana pesawat itu? Sedangkan pada 13 Mac, Pentagon berkata, pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Negara itu memerlukan lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat itu tidak mendarat di Diego Garcia. FLIGHT MH370 FACTBOX Flight MH370 took off from Kuala Lumpur International Airport en route to Beijing at 00:41 on Saturday 8 March (16:41 GMT Friday). About 50 minutes later, the aircraft lost contact with air traffic control. No distress call was made. On board, there were 12 Malaysian crew members and 227 passengers from 14 countries. That included 153 Chinese and 38 Malaysians. Two Iranian male passengers, Pouria Nour Mohammad Mahread and Delavar Syed Mohammad Reza, were travelling on fake passports. Neither had any apparent links to terrorist groups. No debris from the plane has been found in the international search. | ||
ISA Versi Najib: 51 dipertimbang untuk tahanan tanpa bicara (PCA) Posted: 14 Apr 2014 06:39 AM PDT Lembaga baru yang diwujudkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dipinda kini sedang meneliti sejumlah 51 kes mengenai sama ada perlu dilakukan tahanan tanpa bicara atau pemantauan elektronik terhadap suspek jenayah. "Mereka (lembaga) kini sedang jalankan beberapa kajian terhadap 51 kes yang telah dibawa kepada lembaga untuk diteliti sama ada tindakan akan dilakukan untuk letakkan mereka dalam tahanan selama dua tahun atau diletakkan bawah kawalan pemantauan dengan memakai peranti pantauan elektronik atau EMD," menteri dalam negeri. Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, lima ahli lembaga pengarah ini secara rasminya menerima pelantikan dari Yang di-Pertuan Agong dan memulakan perkhidmatan mereka pada 2 April. Katanya, 70 orang lagi turut dimasukkan dalam senarai bawah PCA. | ||
Graduan baru bergelut kos sara hidup tinggi, dedah tinjauan Jobstreet Posted: 14 Apr 2014 05:33 AM PDT Majoriti graduan baru yang berpendapatan purata gaji RM2,500 sebulan sedang bergelut untuk hidup, dedah tinjauan syarikat pencari pekerjaan atas talian, Jobstreet. Tinjauan yang dijalankan bulan lepas itu melihat 2,062 graduan baru daripada pelbagai industri yang disoal tentang pendapatan dan perbelanjaan mereka. Jobstreet melaporkan bahawa 77% responden berkata pendapatan mereka tidak memberi ruang untuk simpanan selepas berbelanja untuk kepentingan asas, dengan 63% responden mengatakan kepentingan tersebut termasuklah kereta dan pinjaman pendidikan, yang menjadi komitmen utama mereka. Jobstreet melaporkan 63% responden membelanjakan purata RM1,500 gaji mereka untuk kepentingan ini. Untuk menjimatkan kos, hampir separuh graduan baru yang ditinjau berkata mereka tinggal di rumah ibu-bapa mereka, 30% menyewa dengan rakan manakala 20% lagi tinggal bersendirian, lapor Jobstreet. "87% responden mengaku mereka tiada pendapatan lain selain gaji bulanan mereka. "Ini sebabnya graduan baru meminta gaji lebih daripada purata dalam temuramah pekerjaan." Tinjauan tersebut juga mendedahkan 60% responden berkata mereka menjangkakan gaji RM3,500 untuk pekerjaan pertama mereka manakala 30% menjangkakan sebanyak RM6,500 untuk gaji permulaan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan