Khamis, 10 April 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Nombor Kenderaan TBN

Posted: 10 Apr 2014 03:20 AM PDT

Bercakap pasal plat kenderaan Terengganu dengan huruf ringkas atau ringkasan huruf TBN teringat penulis dengan huruf DR bagi negeri Kelantan yang sangat diminati ramai untuk dimilikinya.

Bukan sahaja orang Kelantan yang berlumba lumba untuk mendapat plat DR malah orang Terengganu juga turut mendapatkannya.

Pernulis tidak tahu, sama ada, ada orang negeri lain yang berminat untuk mendapatkan nombor kenderaan mereka dengan huruf TBN yang boleh dijadikan bahan kempen pihak pembangkang

Bayangkan huruf TBN boleh diertikan kepada "Tukar Barisan Nasional" tolak Barisan Nasional dan tumbakangkan barisan Nasional boleh dicanangkan.

Pihak Pembangkang mungkin boleh menggunakan TBN sebagai bahan kempen untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Bahan kempen seumpama ini,  sangat dibenci oleh orang umno. Kenapa? kerana perkataan tersebut memberi kesan yang sangat bermakna dalam kempen pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada 2018.

Lebih lebih lagi perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan Nasional dan tumbangkan Barisan Nasional boleh dan mudah memikat hati rakyat.

Seingat penulis  perkataan tersebut sudah jadi agenda sekian lama oleh PAS Malaysia umumnya dan PAS Terengganu khususnya.

Sesungguhnya Perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan nasional dan tumbangkan Barisan Nasional yang dicanangkan sedemikian menhantaui kerajaan yang memerintah Negara sekarang.

Malah ia memberi kesan yang besar sehingga umno Terengganu dalam pilihanrya umum ke 13 hampir tumbang.

Dan tidak mustahil hasrat PAS Terengganu untuk memerintah semula negeri kaya rakyat miskin ini pada pilihanraya umum ke 14 nanti menjadi realiti

TBN juga boleh disebut "tibal Barisan nasional" yang menjadi punca "barang naik" yang menyebabkan sara hidup rakyat jadi tinggi dan membebankan.





  

Tiada ulasan: